:: MOTIVASI 3 : CEKAL Dalam USAHA ::

24 September 2009

Perasaan takut dan gerun bukan setakat lumrah, malah perlu ada. Jika tidak ada, perlu dilontarkan ke dalam hati dan sanubari. Peranannya ialah untuk memetik tali kesedaran hati dan untuk menggerak akal fikiran yang lalai, agar membongkas jaga dan bergerak aktif mendorong usaha.

Sebaliknya perasaan sangsi dan ragu boleh mematikan dorongan-dorongan dan melumpuh cita-cita. Penawarnya ialah mesti dibina benteng dalam jiwa dengan kefahaman bahawa :

:: matlamat adalah satu

:: usaha yang bertali arus dan berkobar-kobar adalah senjata yang paling berkesan

:: peluang adalah terbuka untuk semua

:: susah payah dan letih lesu, adalah lumrah perjuangan

Sesiapa yang tidak cekal berjuang, dia tergolong di dalam golongan zalim, fasik dan penderhaka. Sesiapa yang tidak menghormati peperiksaan atau memperlekehkan peperiksaan, bererti menjadikan peperiksaan sendaan dan mainan. Bererti tidak mengenal batas kebenaran dan kebatilan.

Kesimpulannya, ketakutan ada kegunaannya. Tetapi penakut tidak ada sebarang guna.

~Disalin daripada Haluan Siswa~
"Pencetus Semangat dan Inspirasi"

:: Motivasi 2 : Tangga Kejayaan ::

Setiap calon peperiksaan, seumpama pendaki tangga.

Lepas satu tangga, diikuti anak-anak tangga yang lain. Takah demi takah :

Memanjat dengan kesukaran,
Memanjat dengan cekal,
Memanjat dengan sabar,
Memanjat dengan berani,
Memanjat dengan semangat,
Memanjat dengan kerelaan.

Tak bisa mengeluh dan mengutuk,
Tak bisa putus asa,
Tak bisa berubah haluan,
Biarpun pendakian ini, pahit getir semuanya,
Biarpun rakan karib bermasam muka,
Biarpun hubungan dengan dunia remaja hancur,
Namun segala itu remeh belaka.

Takah demi takah. Detik demi detik. Adegan demi adegan terus bersambung-sambung dalam satu arus, terus mengalir dan mencurah ke arah detik peperiksaan. Ke arah matlamat dan harapan yang suci.

~Dipetik daripada Haluan Siswa MAGP ~
"Pencetus Semangat dan Inspirasi"

:: Motivasi 1 : Ujian Sebelum Peperiksaan ::

Sebelum anda menghadapi ujian peperiksaan di penghujung perjalanan ini, anda sebenarnya sedang diuji =)

:: Diuji tentang komitmen dan penyerahan jiwa raga.

:: Diuji tahap kesabaran dan daya tahan, menempuh kepayahan.

:: Diuji ketaatan terhadap guru-guru dan kesetiakawan terhadap rakan-rakan perjuangan.

:: Diuji pautan rohani kepada Allah SWT dan ibu bapa.

:: Diuji dengan "berhala-berhala" berupa keseronokan yang bersifat sementara ( short lived ) seperti hiburan, kawan-kawan, tidur dan sebagainya.

KINI, anda telah berada di titik penghabisan yang tidak memberi ruang kepada anda untuk berpatah balik walau setapak pun. Teruskan usaha, tanpa dolak-dalih. Cabar diri.

~Disalin daripada Haluan Siswa MAGP~
"PeNceTus SeManGaT Dan InSPiRaSi"

:: CoNtEnGaN AiDiLfiTri ::

.: Diari Hari Raya :.

19 September 2009
Sesudah Subuh...bertolak balik ke desa tercinta ( Kg Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kelantan ) Alhamdulillah, perjalanan ke sana dipermudahkan Allah SWT. Terasa lancar sahaja dan sekitar jam 12.00 tengah hari...selamat sampai di destinasi yang dituju.

Ketibaan kami disambut oleh sanak-saudara yang terlebih dahulu pulang awal berbanding kami. ('',) Lama tidak bersua, semuanya ceria-ceria belaka. Dengan izin Allah SWT dapat berbuka puasa bersama Bak dan Mak Tok.

20 September 2009
Hari Raya tahun ini lain acaranya berbanding tahun-tahun yang lalu. Mungkin tempoh kedewasaan mengubah segalanya namun Aidilfitri kian meriah pabila semua kaum kerabat sama-sama berkumpul untuk meraikannya. Paling manis, tiap kali bersalam-salaman dapat duit raya ( malu tapi mahu...hihi ). Kejutan turut berlaku di pagi raya tahun ini. All in memory.

23 September 2009
Hari Raya ke-4...Perjalanan pulang ke Pulau Mutiara.
Abah ada kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, terpaksa akur la kesempatan beraya di kg. dipendekkan namun puas hati la kan. Pulang ke rumah, mood raya bertukar kepada mood study tetapi kawan-kawan ramai ajak gi raya bersama. InsyaAllah esok Ina luangkan masa bersama sebelum kubermula berpuasa enam hari di bulan Aidilfitri ini. Selepas ini, Ina bertekad untuk fokus study betul-betul. Bayangan STPM kian kelihatan. Kuharus manfaatkan masa sebaiknya.

TQ kepada semua yang bagi duit raya tahun ini.
Tahun depan genap 20 tahun, adakah peluang mendapat duit raya lagi?hehe...

Andai ini aidilfitri yang terakhir??? :)

:: Rayakan Aidil fitrimu Dengan Sunnah! ::

17 September 2009

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya.

Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang Ramadan.

Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya.

Antara amalan sunat yang juga merupakan Sunnah Nabi SAW menjelang Hari Raya ialah :-

  1. Bertakbir dan bertahmid kepada Allah SWT bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah SWT : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" ( Surah al-Baqarah : 185 )
  2. Mandi Sunat di pagi hari raya.
  3. Memakai pakaian baru atau bersih.
  4. Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok.
  5. Memohon kemaafan dan keampunan kepada kedua ibu bapa, suami atau isteri ( jika ada ) dan ahli keluarga yang lain.
  6. Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid.
  7. Solat Sunat Hari Raya.
  8. Ziarah-menziarahi dan sebagainya.

Ketika sedang bergembira di hari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan. Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah.

Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya, perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan amalan yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.

Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syarak mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika menziarahi sanak saudara. Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah.

Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah SWT.

~ Tulisan dipetik daripada Risalah Ramadhan PPD SPS ~


"MaSuK RaMaDhan SerViS ImAn, KeLuaR JadI MusLim BuDiMaN "
.: Lampiran :.
~Kad Raya yang paling Ina suka...comey sgt~
Penghargaan ni buat Kak faarihin (",)
TQ...


:: CoNtEnGaN sEUsAi TriAL ::

Alhamdulillah...
Dengan izin-Nya, cabaran Trial STPM'09 telah selamat kuhadapi...
Bagaimana perasaanku?
Puas hatikah dengan apa yang kujawab?
Sesuatu yang pasti,
Ku telah berusaha sehabis baik,
Kini...
Ku bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT...

Apa jua yang keputusan yang bakal kuterima,

Akanku iringi dengan senyuman...hihi
Ini janjiku.

.: Trial sudah selesai...lambaian STPM'09 kian menghampiri :.

Trial selesai jam 1.30 tengah hari,
Semua pelajar perlu ke Surau SMKSE untuk menghadiri Majlis Pemberian Duit Raya. :)
( Untung jadi budak sekolah...hehe )

Majlis yang mengambil masa 1 jam ini diakhiri dengan upacara bersalam-salaman antara guru-guru dan pelajar.
( sayup hati tika bersalam dengan cikgu-cikgu, di samping ucapan selamat hari raya, sempat mereka titipkan ucapan semangat untuk menghadapi STPM nanti...sedar tidak sedar, tak lama lagi kubakal meninggalkan alam persekolahan...huhu )


Ohya, hampir terlupa pula!
Selepas tamat kertas Pengajian Am tadi, Cikgu Solehah Abd Hamid datang memberi empat kad raya kepada Azzuana Ilmar. ( Rakan baikku ) Melaluinya disampaikan kepadaku...Agak-agak kad raya daripada siapa yea?

:: Kad Raya daripada Puan Masita Bt Rejab, PK 1 SMKSE ::

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Cikgu sentiasa doakan yang terbaik untuk Hazlina dan semua pelajar SMKSE.
Semoga Hazlina dan kawan-kawan mencapai kecemerlangan di dalam STPM nanti. Amin..."

Semoga bergembira menyambut Syawal yang mulia...

Komen Ina Nailofar = TQ ckg, x sangka ckg sempat reply kad rya...siap selitkan duit raya lagi...hihi...Banyak kenangan dgn ckg ni, yang paling indah tika di 6 Rendah yang lepas! :) Perkongsian pengalaman hidup dengan beliau yang juga bekas pelajar F6 berjaya meniupkan semangat untukku teruskan perjalanan STPM ini.

:: Kad Raya daripada Cikgu Solehah Abd Hamid, Guru BM F6 ::

"Dengan ingatan tulus ikhlas sempena ramadan yang dipenuhi rahmah dan Syawal yang indah...salam Lebaran! Terima kasih kiriman kad raya...akan lebih meriah jika ada kiriman baju raya, kuih raya, dan duit raya."

Salam Kasih Mesra,
Cikgu Solehah.

Komen Ina Nailofar = TQ cikgu sudi membalas...cantik sekali kad daripada USM tue...doakan Ina berjaya jadi cikgu then baru blh bg bju rya dll tue...syg ckg!

::: Terima kasih juga buat Cikgu Siti Hawa + Cikgu Masita + Ustazah Nurul Huda + pihak sekolah yang memberi duit raya tadi :) Agak awal dapat duit raya :p :::

Komen Ina nailofar = Banyak kenangan manis yang terukir hari ini...tahun depan, mampukah kukecapi nikmat ukhwah seperti ini lagi???Hanya Allah SWT yang tahu perjalanan kehidupan ini...
~ NiKmAt RaMaDhaN ~

:: CoNtEnGaN 22 RaMaDhAn 1430H ::

11 September 2009

.: SaLaM RamaDhaN Berutus SenYuMan :.

( Apa khabar IMAN kita ketika ini? )


Setelah mendapat rungutan daripada hamba-hamba Allah yang menyatakan perasaan hampa datang ke 'KoLeJ HaYaT' tetapi tiada entri terkini...Ina manfaatkan kelapangan masa yang ada ( yeke x busy??? ) tatkala insan lain enak dibuai mimpi indah ini untuk menconteng baris-baris kata buat pedoman bersama...hihi


Alhamdulillah...dengan izin Allah SWT, sempat Ina mengerjakan Solat Sunat Tarawih di Surau Taman Murai Jaya setelah beberapa hari Ina hanya mengerjakan secara bersendirian di rumah. Itu pun merupakan hasil cetusan idea seorang hamba Allah yang prihatin akanku...yelah, Ina banyak mengadu kepadanya masalah Ina di awal Ramadhan yang lalu...Selepas pulang daripada Tarawih Ina selalu mengalami kemalasan untuk study sedangkan Trial STPM'09 just around the corner...so untuk memastikan kelancaran study tidak terbantut dek sikap malas dan sering keletihan itu dan juga tidak terlepas mengutip pahala-pahala sunat yang bergelimpangan di bulan yang mulia ini, maka terhasillah idea bernas itu...Ina terima kerana ia relevan untuk Ina lakukan di saat-saat genting ini. Katanya, 'buatlah setakat mana yang Ina mampu'.


Syukur ke hadrat Ilahi, setelah 3 hari menghadapi cabaran "Trial STPM09" akhirnya dapat rest sekejap 2 hari ( yelah, cuti hujung minggu budak sekolah ) hihi...( sebab itulah semalam berkesempatan buat Tarawih berjemaah di Surau TMJ coz malam tu skip study jap...teruk kan perangai manusia ni???hihi...tambah online lak... :)


Apapun yang terjadi hari ini telah berlalu...

Esok yang bakal menjelma...Ina manfaatkan sebaiknya!
Pastinya persediaan untuk kertas seterusnya pula yang sememangnya menjanjikan cabaran yang lebih hebat untuk Ina.


Ingat Ina = "One step closer to university...everything begins with u and ur own hard work!"
Dalam kesibukan study...ada nawaitu nak beramal jariah juga...hehe...
Tahun ini Ina nak bagi 'kad raya' kepada 12 insan terpilih...
( agak-agak siapa yang bertuah??? )
Di bawah merupakan senarai nama penerima :-
( plan bagi Hari Jumaat depan, letak atas meja mereka saja...selepas usainya Trial STPM la )
1. Puan Solehah Abd Hamid ( Cikgu BM Ina yang paling berdedikasi di dunia )
2. Ustazah Nurul Huda Yusop
( Cikgu Tamadun Dunia & Tamadun Islam juga merangkap Guru Penasihat Persatuan Pendidikan Islam...maaf seandainya Ina x jalankan tugas Pengerusi PPI dengan baik)
3. Puan Norizan Yusoff
( Cikgu Sejarah Malaysia & Sejarah Asia Tenggara, penulis buku rujukan Sejarah F6 dan Guru Tingkatan 6 UUM )
4.Puan Rohana Shapii ( Cikgu Biasiswa, selalu buat baik dengan dia bila hujung2 bulan...hihi )
5. Puan Roni Samsudin ( Cikgu yang paling baik, macam kakak Ina sendiri la...suka belanja makan & pelawa tidur rumah dia yang cantik tue...hehe)
6. Puan Zurina Ismail ( Guru Penasihat Pengawas Keceriaan, sori yea saat2 akhir malas bertugas...hehe...)
7. Puan Saadiah Muda ( Dulu Cikgu Kimia Ina, sekarang guru penasihat PPIM...hope cikgu berpuas hati dengan Kem PUTERI yang lalu )
8. Puan Siti Hawa Abd Rahim ( Dulu Cikgu Biologi Ina...kini cikgu Rumah Sukan Hijau, maafkan Ina kerana malas buat tugas...haha )
9. Puan Mazani ( Cikgu Kelab SETIA...bagi sijil free kat Ina...x perlu jalankan tugas..hihi)
10. Puan Masita Bt Rejab ( PK Pentadbiran SMKSE )
11. Puan Rohana Salleh ( Guru Disiplin SMKSE yang paling bergaya dan garang )
12. Cik Azlinnor Hanim Abd Razak ( ckg add math ina time SPM'07 dlu... :) amat ina hormati )

***Buat kawan-kawan = kita mesej jelah...x sempat da nk btradisi kad raya...darurat ni...Exam!Cikgu2 lain la coz banyak nak kena minta maaf beradab sikit kan...

Kepada Emak tersayang...Puan Azizah Yusoff, Ina nak minta maaf juga coz tak sempat nak tolong mak balut hamper...tengok2 dah siap 20 hamper mak balut...hihi...mak memang rajin...sebab tue abah sayang sangat kan!hihi

Kak Yong dan Iwan seronok sakan nak balik raya kat kampung di Kelantan.
Mentang-mentang la sistem cuti poli bukan seperti budak sekolah da...sengaja nak menguji kesabaran Ina menghadapi Trial...huhu

Jumpa di Kelantan raya nanti... (",)

Tahun ini, kehilangan dua insan tersayang ( family belah mak ) iaitu Abg Bismi dan Moyang lelaki, Tok 'Ase... Al-Fatihah untuk mereka.


Rindunya nak kelik beraya di Kota Bharu, Kelate...
Tak sabar nak jumpa Bak & Mak Tok :)
Semoga Aidilfitri yang bakal menjelma menjanjikan sinar kebahagiaan buat kita sekeluarga!

Panjang pula contengan kali ini...hihi

Baiklah, dikesempatan ini Ina nak minta maaf seandainya terdapat silap dan salah sepanjang contengan dalam 'Kolej Hayat' ini...

Manfaatkan ruang masa di penghujung ramadhan ini untuk beribadah dan bertaubat, andai ini Ramadhan yang terakhir!

wassalam...