MENUJU FINAL EXAM(SEMESTER 4)

08 June 2012


Salam perjuangan berutus senyuman J
Sebagai memugar semangat, suka untuk dilampirkan jadual peperiksaanku. Agar lebih serius lagi untuk menekuni pelajaran.

Tarikh
Peperiksaan
13 Jun 2012
SKP2203-TITAS (pagi)
15 Jun 2012
MGM3410-Keusahawanan (malam)
20 Jun 2012
BBI2421-Writing (pagi)
LHE3104-Pemilihan bahan pengajaran(petang)
21 Jun 2012
BBM3101-Sejarah Melayu (petang)
23 Jun 2012
LHE3410-Falsafah+Psiko Pendidikan Islam(petang)

Nota = Mohon doakan kelancaran urusan saya ya! 

******
Berikut disertakan juga jadual perjalananku selepas berakhirnya peperiksaan. Agar kulebih menghargai masa. 
Dan ingatan buatku untuk sentiasa fokus ke hadapan.

Tarikh
Aktiviti
25-29 Jun 2012
Lawatan Akademik ke Medan J
30 Jun 2012
Target sudah berada di penang J
1-10 Julai 2012 
Urusan menyiapkan order Kraf Ina Nailofar.
Pending order bulan Mei dan Bulan Jun,
     -        20 keychain nama.
     -   100 Penanda buku.
11 – 15 Julai 2012
Kembali ke UPM
-TOF JIWA (Julang Ilmu Semangat waja)
-Program JIWA di SMK Dato Bentara Luar, Johor. ***Jika diizinkan Allah, insya-Allah.

17 Julai 2012 
Target dah pulang ke Penang J
     -      Rehat
     -      Bisnes Kraf Ina Nailofar
     -      Projek ‘suatu kebangkitan’, InsyaAllah. 
           (*^-^*)
 Selamat berjuang semua. 
Khas buat sahabat-sahabat yang telah, sedang dan akan menghadapi peperiksaan akhir. 
Doakan kejayaan bersama.

Muhasabah bersama,

'A' susah nak dapat coz itu nilai kepayahan! Orang yang suka benda senang takkan dapat kejayaan yang maksimum. Hidup ini susah tapi dalam susah itu ada ketenangan.
- Mentor BBM3201 -

Jom berusaha sehabis daya. Kita lakukan yang terbaik. Yakin dengan sebenar-benar yakin. natijah serahkan kepada Allah SWT. Insya-Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah :) 
Kita takkan sesekali kecewa, apabila berserah diri kepada Allah.

Usaha sehabis baik!

STUDY WEEK @ KAMPUS HIJAU



Study week kali ini menyaksikan kumasih setia di kampus hijau. Apa agenda sepanjang study week ini? Entri ini sekadar mahu melihat dan muhasabah sejenak akan perjalanan study week semester ini.

Study week ku secara rasminya bermula pada 31 Mei 2012 kerana pada tarikh tersebut memang sudah tiada kelas.

Tarikh / hari
Aktiviti
31 Mei 2012(Khamis)
Pagi : Hajat hati nak rileks sepenuhnya, namun panggilan telefon daripada seorang sahabat mengejutkanku. Lantas, tercetus sesuatu isu.

Petang : Tidak lama kemudian, Saudara Presiden meminta jasa baik untuk mewakilkannya ke Persidangan Meja Bulat Bersama Pegawai Kanan UPM di Bangunan Akademi. Dalam keterpaksaan wujud keikhlasan. Mungkin ada sesuatu Allah nak beri melalui ruang dan peluang ini. Dan Alhamdulillah, ternyata, petang itu menjadi momen indah J

Malam : Meeting pertama top5 JIWA. Program Motivasi yang akan dijalankan pada cuti semester nanti.
1 Jun 2012 (Jumaat)
Tengah hari : Undangan makan tengah hari yang indah bersama Kak Saba di Putra Food Court.

Perlu mencari jalan penyelesaian untuk itu. Secepat mungkin.
2 Jun 2012 (Sabtu)
Pagi hingga petang : Menyiapkan cenderahati untuk Rehlah Sisters. J

Malam : Undangan makan malam steam boat bersama Kak Tikah dan kak cha. Sweet sangat.
Kita sangat bertuah fatin!
3 Jun 2012 (Ahad)
Pagi : Jogging bersama sisters KBM di Bukit Ekspo. Ada agendanya pertemuan di pagi hari ini. J
Sarapan bersama-sama. Sharing moment lak sebab jika tak kenal makan tak taaruf J
4 Jun 2012 (Isnin)
Janji temu yang indah. Menerima tetamu dari Johor. Adik kem BERJAYA 2011 datang bertandang ke UPM. Sempat berborak sesama. Namun, maafkan akakmu ini. Tidak dapat keluar sesama seperti yang dicadangkannya.

Bersama Fatin di SS. Study week kali ini banyak bersama Fatin Zahidah! Misi kami tak usai-usai J
5 Jun 2012 (Selasa)
Takdir Allah sangat indah. Menerima tetamu istimewa dari UIAM pula. Kak Jamilah datang bertandang ke Kolej Kelima. Dalam keseganan menggagahkan diri ke sana. Alhamdulillah, rezeki terhidang minta dijamah. Sangat terhutang budi dengan mereka. Suka tengok keakraban Kak Jamilah dan Alang! J

Malam = Meneruskan agenda mencari rehlah esok. Ada tragedi berlaku.
6 Jun 2012 (Rabu)
Rehlah Sisters KBM di Sungai Tekala, Semenyih Selangor.
Alhamdulillah, sweet sangat semuanya! Abadi dalam kenangan.
7 Jun 2012 (Khamis)
Tengah hari = Bertemu untuk mengeratkan persaudaraan. Janji temu dengan Izan di Kafe Serumpun. Fatin sakit, Kak Cha ada musibah jadi bersama Suhaila, merempit g sana. Alhamdulillah makan tengah hari bersama dan berbincang tentang sesuatu!

Petang = Solat Zohor di KTP kemudian terbang ke Kolej Kelima. Melawat Fatin yang gastrik. J Ukhwah itu indah kan?
Meneruskan agenda ke SS bersama Suhaila, mencari stok barangan ‘dapur’ J

Malam = Meeting JIWA yang kedua di Perpustakaan. Alhamdulillah, berjalan lancar. Fatin ajak makan malam, lapar katanya. Merempit g tasek. Makan bersamanya sambil bertaaruf lagi! J  Terlupa ambil paper work kat Pengarah tadi, jadi pergi pula ke SERUMPUN, kebetulan ketemu Doyot di jalanan. Baru je dok sebut, dah bertemu di sini. Takdir Allah sangat indah.  Balik kolej pula, ternampak suatu yang kurang enak. Ya Allah, Ina diduga lagi. InsyaAllah Ina harus kuat. Benci pada maksiat yang dilakukan, bukan pelakunya!Bear in mind Ina. Terganggu mood Ina malam tu…huhu
8 Jun 2012 (Jumaat)
Hari ini sepenuhnya dimaksimumkan untuk urusan diri sendiri. Edit blog J  Tak puas hati kalau tak dapat siapkan entri special setiap semester ini..hehe
9 Jun 2012 (Sabtu)
Jam 1 pagi = Alhamdulillah, post entri ini.
Study week saya akan bermula. InsyaAllah. J

Tuntasnya, study week kali ini betul-betul kuinfakkan bersama team KBM dan urusan Kraf Ina Nailofar (sikit-sikit la). Ada diduga soal hati bersama keluarga KBM. Jadi, kami sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikan hal itu. Insya-Allah ada jalannya.
Ya Allah, kuatkan hati kami. Satukanlah ukhwah ini. Permudahkan segala urusan kami baik study mahupun kelab. Semoga dapat seimbangkan segalanya. Kami punya amanah yang perlu diselesaikan!

Sebagai intiha, ‘study nombor satu tapi dakwah is not no. two.’ J Semoga Allah memberkati segala-galanya. Ameen.

Final dah dekatà Ina, study hard! J

SEMESTER KEEMPAT DI BUMI HIJAU






Dimulakan dengan Bismillah…disudahi dengan Alhamdulillah…Begitulah sehari dalam hidup kita…Mudah-mudahan dirahmati Allah.
-Lagu Raihan-
(Mood bersyukur berjaya gak post entri baru, hehe)

           Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya pada hari ini, hari Jumaat yang indah. Hari yang merupakan penghulu sekalian hari, Ina punya masa untuk diri sendiri! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…Dan ruang dan peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sesi muhasabah buat diri. Apa yang dah Ina lakukan sepanjang semester ini? Renung kembali dalam-dalam. Adakah peluang hidup sebagai pelajar tahun kedua dalam semester keempat ini dimanfaatkan sepenuhnya ke arah mendambakan kasih Ilahi? Allah…Allah…Allah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi Ina peluang ini. Keluangan masa ini. Memahami keadaanku yang ingin bersendiri. Tika ini. Di ruang kamar 012/BJ/KPZ ini. Bagi melepaskan segala kekusutan yang melanda diri ini. Melalui tinta penulisan ini. Penting…untuk kusegarkan kembali. Segala matlamat yang telah ternukil. Sebagai memugar semangat pastinya, untuk bersiap-siaga bagi berjuang di pentas akhir Semester Keempat ini pada minggu hadapan. Walaupun, minggu study week kali ini Ina kekal setia berada di bumi Hijau ini, namun, kurasakan masa terlalu pantas berlalu. Benarlah kata-kata seorang teman tika berjuang di Form 6 dulu (tetiba mencelah, ‘saya bangga menjadi produk STPM’09’ hehe) iaitu ‘masa takdak masa nak buang masa dengan masa dengan hang!’ Bunyi agak kasaq tapi melekat dalam fikiran ceq sampai detik ini. Terima kasih temanku! J

            Benar, diri ini telah lama meninggalkan persada penulisan. Untuk menaip tatkala ini pun terasa kugersangan kata-kata yang begitu tara. Hebat penangan dunia penulisanku. Hanya Allah SWT tahu akan betapa tebalnya kabus rinduku pada daerah kenangan lalu. Suatu dunia yang memberikan semangat juang yang tiada taranya. Suatu zaman yang menghembuskan semangat juang tida henti. Ina harus kuat mujahadah untuk kembali mengutip khazanah-khazanah lampau tersebut. Kuyakin, semua rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Yakin dengan sebenar-benar yakin.

            Entri kali ini berkisar tentang rentetan pengalaman sebagai seorang siswi yang sedang ranum meniti tahun kedua di varsiti tempatan ini.   Catatan ini dinukilkan sebagai tanda penanda arasku sepanjang bergelar pelajar semester keempat ini dan tujuan perdana pastilah untuk mengabadikan jasa dan sumbangan insan-insan hebat yang telah mewarnai kanvas kuliahku di bumi hijau ini. Yang baik dari mereka kukutip sebagai bekal sepanjang perjalanan, yang busuk-busuk tu???(ada ke? Mestilah ada, sehebat manapun mereka tetap bergelar hamba kepada Allah SWT dan tidak dapat lari daripada kekhilafan itu). Maka kuhembus sekuat tenaga agar hilang dibawa angin yang lalu. Semua ini penting kerana jika tiada aral, jika Allah SWT izinkan, kubakal melangkah keluar kelak sebagai seorang pendidik. Jadi, untuk mendidik kuharus punya persediaan dalaman yang kuat. Dan kutahu, mana mungkin ingatanku dapat kekal lama akan segala momen-momen indah mahupun pahit yang dilalui sepanjang detik dalam setiap semester. Jadi, laman ‘Bingkisan Hayat’ ini kujadikan medan terbaik untuk menukilkan segala kenangan itu, agar kubisa rujuk dan baca kembali seusai perjuangan di bumi hijau ini nanti. Ada baki setahun setangah yakni 3 semester lagi sebelum kumelangkah keluar sebagai guru praktikal. Barulah boleh tercapai motto UPM ‘berilmu, berbakti’ J

Catatan-catatan lalu boleh didapati di sini. (*^-^*)

Semester 1 = Fasa 1 Siswi UPM

Semester 2 = Fasa 2 Siswi UPM

Semester 3 = Fasa 3 Siswi UPM

Semester 4 =
J ???

Arkib Kenangan ‘Sepanjang permusafiranku di bumi Hijau’
                                        
Semester ini menyaksikan terlalu banyak pengalaman sika-duka yang bertandang dan mewarnai lensa kamera hayatku. Jujur, terlalu banyak! Sungguh, tak tercapai akalku akan apa yang dah Ina tempuhi selama ini. Sangat mencipta sejarah! Dan pastinya daerah kelam dalam kampus hayatku. Namun, kuyakin ‘everything happen for a good reason.’  Setiap insan yang mengaku beriman itu pasti diuji. Namun, ujian yang kuhadapi bukan calang-calang. Ya Allah, kuakui kekhilafan diri. Maafkan aku andai berlebih-lebihan dalam kehidupan ini. Dan kusangat bersyukur, Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kumasih diberi nikmat usia hingga detik ini. Alhamdulillah. Semoga hujan taubat sentiasa mengiringi setiap derap langkah hayatku.


Berbalik kepada kisah perjuangan seorang insan kerdil di bumi hijau ini. Semester keempat ini menyaksikan 18 kredit yang perlu diambil. Suatu keringanan  bagi kerana sebelum ini lagi banyak kredit berbanding semester ini. Walaupun hanya enam subjek namun, bebannya cukup terasa. Hanya yang memahami bisa mengerti. Namun, di awal permulaan semester ini, pada tarikh keramat 20 Februari 2012, kumenerima penkhabaran dari kampung bahawa moyangku, Mok Bidah telah kembali ke Rahmatullah. Sungguh hati ini hiba dan sedih kehilangan ahli keluarga di hari pertama semester baru dibuka. Alhamdulillah, kusempat bertemu dengan arwah semasa cuti semester yang lalu. Tidaklah terlalu ralat, tidak sempat pulang untuk menatap jenazah moyangku. Sungguh, kubertuah kerana sepanjang hayat 22 tahun ini, kusempat bertemu dan bersama moyangku. Tidak semua orang sempat bersama dengan moyang mereka kan? Al-Fatihah untuk arwah Mok Bidah.

*****
1.  TITAS (Dr. Mohd Daud Awang)

            Semester keempat ini menyaksikan batch PBMP banyak mengambil subjek wajib universiti. Maklumlah, kami diwajibkan mengikut struktur kurikulum yang telah ditetapkan maka  ikut je la. Maka kelas TITAS ini bercampurlah dengan junior-junior Tahun pertama. Berdasarkan pemerhatian, ramai yang suka mengambil subjek universiti ni di awal tahun pengajian. Konon, mudah skor! Ada kebenaran. Namun, kami nak jadi budak baik yang ikut struktur kurikulum tu. Penat dah mereka susun cantik-cantik. Jadi, perlulah dimanfaatkan. Apa yang tragedisnya di permulaan semester lalu??? Hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya diri ini sewaktu melihat jadual. Daftar sama-sama tetapi untuk jadual ditakdirkan Ina dalan kelas yang berasingan dengan kelompok rakan-rakan PBMP. Jujur, sorang-sorang terpisah! Inilah cerdiknya sistem komputer.  Nak diringkaskan cerita, batch PBMP diasingkan kepada 4 kelas. Dan Ina pula, hanya sorang-sorang dalam satu kelas tersebut. Pada minggu pertama, yelah semanagat kuat lagi di awal semester jadi kugagahkan diri juga untuk mampir ke kelas walaupun tiada berteman…Dengan harapan, inilah peluang untukku bersosialisasi. Jujur, kuatkan diri. Masuk dewan kuliah, memang tiada sorang yang kenal la. Ada yang datang duduk ditepi. Aapa lagi, sempat berkenalan. Memang junior la semua. Namun, tunggu punya tunggu kelas tu batal. Pensyarah ada hal tapi tidak diberikan sebarang notis! Pembaziran masa tahu. Padahal tika itu kupunya urusan kelab (sebba minggu itu akan buat kem KEKANDA, jadi banyak urusan yang nak diusaikan).  Hati panas seiring panasnya suhu tengah hari tika itu. Memandangkan jadual kelas tengah hari yang ada jurang gap yang merimaskan perjalanan jadual, maka balik tu buka esmp…gugur, cuba juga memboloskan diri dalam baki tiga kumpulan yang ada rakan PBMP. Kumpulan yang betul-betul sekali dengan geng, bukan la geng tapi seklikku, yakni sama kolej la, kan mudah nak buat tugasan semua tapi  tak dapat nak daftar. Mungkin dah niat nak bersosialisasi tadi maka dapat kutembusi kelas yang ada rakan PBMP tapi jujur rakan-rakan yang tidak rapat dan dari kolej berbeza.  Kuredha dan pasrah, mungkin inilah yang telah ditakdirkan untukku. Cuba berhijrah sayang, keluar dari kelompok rakan kebiasaanmu. Yeah, Ina berjaya lakukan! Alhamdulillah…semester ini berbuah kemanisan bersama Flo, Tina, Hafiz, Syamsul, Fifa Dan Sam. 

Semangat sebelum memulakan kelas(*^-^*) Gambar kredit kepada Fifa.  

          Takdir Allah itu indah, kelas kami ini juga sama-sama dengan junior PBMP yang advance daftar awal subjek ini. Maka, bertambah lagi rangkaian ukhwah Ina Nailofar. Dan sepastinya, ku ada pelanggan untuk bisnesku. Ohya, semester ini juga kubergelar usahawan. Penangan satu subjek lagi. Maka, masuk kelas TITAS je pasti ada barang jualan yang dibawa. Produk yang paling laris pastilah brooch. Hehe…Alhamdulillah. Everything happen for a good reasons. Banyak lagi momen indah yang terhasil dari kelas TITAS ini. Yup, dalam melayari bahtera kolej hayat ini, kita kena berani berhijrah. Beranilah untuk keluar dari kelompok kebiasaan, yakni usa gentar bersendiri. InsyaAllah, Allah akan hantar individu-individu lain yang bisa menemani perjuangan kita. Jangan takut, kita tidak bersendiri dalam hidup ini J

              Berbalik kepada pengajaran subjek ini. Amat sempoi gaya Dr. Mohd Daud Awang ini, familiar panggilan ustaz, memang mempunyai latar pengajian dalam jurusan Pengajian Islam, bukti nyata apabila kuberkunjung ke biliknya. Tinggi menggunung almari kitab-kitab dalam bahasa Arab. Hebat-hebat. Cara pengajaran tamadun pula juga berbeza. Kami tidak belajar berpandukan power point. Sebaliknya lebih kepada berorientasikan pelajar. 99.99% berorientasikan pelajar. Setiap minggu akan duduk dalam kumpulan, berbincang topic dan akan bentang dalam kelas. Sangat cabaran, kelas petang. Kebetulan, selepas tragedy kelas TITAS tengah hati yang Ina daftar kali pertama tu, maka kutaknak dah jadual ada gap…rugi masa jika tiba-tiba batal camtu. Baik penuhkan jadual untuk hari-hari yang dah penuh tu. Biar penuh dari pegi ke petang janji puas belajar..hehe..Dan penat pun sekali je..hehe   Kelas ini melatih Ina untuk rajin berfikir. Apa impak untuk tamadun? Maka, Nampak jelas pro dan kontranya. Kelas ini membuka mataku. Kepelbagaian kos dan berbeda latar belakang menjadikan kuberfikir hebat dan uniknya manusia. Walaupun ramai yang usia muda dariku namun, ilmu yang dimiliki ternayata sangat hebat. Yelah adik-adik KBM pun ada. J Tercabar juga kadang-kadang. Hehe..  Rimas juga asyik perlu bercakap je setiap minggu, yelah perbentangan kan. Tambah lagi sesi soal jawab. Adoi, muka-muka senior la yang selalu kena. Apapun, dapat dilalui dengan jayanya. Walaupun, sesekali ada ponteng kelas, bukan saja-saja tapi bersebab J Namun, jujurnya gembira belajar dalam kelas ini. Selain, mekarnya ukhwah itu sejajar dengan kembangnya bebunga ilmu dan bertambah keinsafan bahawa fikir itu pelita ilmu. Kena banyak berfikir lagi. Taknak taklik semata-mata.

UJIAN 1 = Markah sangat cantik J Lepas daripada Ujian 1, yelah ujian pagi…tengah hari dah habis. Jadi, Ina+Zie+Kak Janah keluar gi Jalan Tar. Haha..sempat lagi berjalan kan? J Bukan apa, ni peluang nak rapatkan ukhwah juga. Sambil melihat keindahan kota raya…haha  

TUGASAN = Tajuk kumpulan ‘Keunikan Budaya Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka’. Kumpulan kami aktif skit, kami bukan semata-mata tertakluk kepada kupasan ilmiah semata-mata setapi buat kajian luar. Kumpulan bahagi dua, ada yang pergi lawatan terus ke Melaka. Melawat muzium baba dan nyonya di sana dan bakinya buat survey di UPM untuk tengok sejauh mana pengetahuan para pelajar tentang keunikan budaya masyarakat baba dan nyonya. Adakah masih kekal utuh di zaman moden ini? Atau semakin kikis dimamah zaman? J Jawapan, telah tersurat dalam tugasan kami.

            Bersyukur segalanya dipermudahkan. Walaupun ada di tengah-tengah perjuangan dalam kelas TITAS ini ada payahnya. Itulah perlunya kawan. Saling bantu-membantu. Melewati kelas-kelas terakhir memberikan momen indah. Soalan spot yang dibincangkan, dapat la idea untuk peperiksaan akhir. Ohya, selain Dr. Daud, ada dua orang pembantu Dr. kakak tu. Tapi detik ini tak ingat nama. Tapi, Ina suka dia, selalu buat tersenyum melihat kami. Ina suka tudung labuhnya yang cun J hehe… Akhir sekali, besar hajat Ina nak skor A untuk TITAS. Memandangkan TITAS kertas peperiksaan yang pertamaku. Harus lakukan yang terbaik. Ya Allah, permudahkan urusan studyku! J


2.  MGM3180 (Asas Keusahawanan)

           Pensyarah yang telah diamanahkan untuk mengajarku ialah Dr. Rosli Bin Saleh. Pertama kali lihat beliau, menggebu rasa respek dan semangat untuk bergelar usahawan berjaya. Ya..memang kumempunyai impian yang besar iaitu untuk memiliki bisnes sendiri tika belajar ini lagi. Memang jiwa bisnes itu ada. Tika belajar form six dulu pun diwajibkan subjek Pengajian Perniagaan itu. Ingat lagi Teacher yang selalu sebut namaku dalam kelas walaupun aku hanya dok depan mata dia ja. Dek masalah penglihatan yang dihadapi. Huhu...kudoakan kesihatan guru comelku itu! Jadi, ambil subjek MGM ni lagilah membara semanagat juang bisnes.

            Untuk berkumpulan, ditakdirkan untuk kempulan sekali dengan geng KPZ+Kak Hasna dan seorang jejaka iaitu Syakir. Jadi, kumpulan kami berlatar belakangkan berbeza gak la. Ada yang dok kolej (majoriti KPZ, K5) dan seorang siswi luar kampus. Kami mampir dengan semangat kumpulan Sinimo Hijab. Tudung merupakan produk utama. Di samping sampingan brooch dan kerepek...hehe    Keunikan pada inovasi yang ditambah , tudung bawal biasa (yang modalnya RM5-7) kami tambah dengan aksesori seperti renda dan riben, menjadikan ia cantik. Lebih kemas dipakai dan manis dipandang. Elemen kreatif itu ada.. Dan paling penting dapat melonjakkan harganya kepada RM25. Itulah serba sedikit tentang perjalanan bisnes kumpulan Sinimo Hijab. Alhamdulillah, persefahaman semakin dicapai antara kami. J Kerja akhir dapat dilunaskan dengan baik. Namun, carry mark agak rendah. Serius, rendah dalam sejarah hidupku! Kena hard untuk final nanti. Paper ini dijadualkan pada 15 Jun 2012. Semoga Ina sempat cover 4 topik yang masuk dengan jayanya. Ameen.

            Untuk individu, pastilah kejayaanku dalam mengatur strategi yang lebih berkesan untuk bisnesku. Kraf Ina Nailofar J Perniagaan kecil yang diasaskan berdasarkan minat adik-beradik dan perasaan ingin mencuba di samping secebis bakat kreatif yang dianugerahkan selain keupayaan menjahit(pernah diikhtiraf jahitan kemas tika kerja kursus ERT (KH) PMR dulu...hehe..mungkin itulah yang memberi semangat kot. Alhamdulillah. Baru diperingkat permulaan. Baru mengatur strategi perniagaan berkesan. Bisnes ini dapat menambahkan keakraban antara Ina dan adik-adik. Satu sahaja niat, nak tunjukkan kat adik-adik, masa lapang itu jika dimanfaatkan mampu memberikan pulangan hasil. Ina nak membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk berani memanfaatkan bakat diri. Bukan keuntungan yang dicari tetapi kepuasan diri tu. Sungguh, sangat teruja nak buat kraf. Tak sabar menanti cuti..hehe   Sabar...sabar...final belum habis lagi ni J  nak melawat hasil kerja saya boleh berkunjung ke sini... Kraf Ina Nailofar, jemput LIKE ya!hehe
Logo belum rasmi yang sudah diguna pakai (*^-^*)
Niat nak buat doodle baru yang lebih melambangkan diriku, hehe

       Demikianlah sepintas lalu pengalaman sepanjang belajar subjek ini. Walaupun ada momen-momen pahit yang menggugurkan atmaku menjelang hari-hari akhir kuliah, yelah kerana bagiku lari dari prinsip tu. Wajar ke berkaraoke di dalam kelas? Banyak lagi tugasan lain yang boleh dilakukan. Sesungguhnya aku sangat lemah menjelang minggu-minggu terakhir kelas tu, hanya mampu mendiamkan diri dan berfikir sendirian. Benar, fikiranku menerawang sahaja di dalam kelasnya. Bersama tugasan tambahan yang diberikan yang memang tidak kusetujui. Namun, kugagahi menunggu tamatnya masa kelas kerana kusangat menghormati beliau sebagai pensayarahku dan juga kucuba pandang positif hal ini. Ya Allah, sungguh hamba-Mu ini mohon kekuatan untuk menjalani panca-roba duniawi yang acapkali menyesakkan dada ini. Ya Allah, semoga kufokus ke arah matlamat sebenar belajar subjek ini. Dengan cara ini sahaja kuboleh cool J Ya Allah, Ina redha dengan carry mark Ina. Namun, kuyakin tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin-Mu. Ina akan berusaha untuk capai yang terbaik.

3.  BBI2421 (GENERAL WRITING SKILLS)

Subjek ini diajar oleh Miss Azima Abdul Aziz. Orangnya tegas, comel dan versatile sangat. Aapa yang dituturkan penuh dipatuhi, apa yang dia nak buat, mesti siap, jika tidak akan terganggu moodnya. Bukan susah kan? Kita sebagai pelajar patuhlah dengan amanah kerja yang diberikan. Nak outline buat, pastu diminta draft 1 buatlah dan seterusnya. Ikut step by step. Bukan susah. Cuma perlu rajin usaha la. Hehe…Alhamdulillah, setakat 14 minggu yang lalu berjaya harungi semua itu dengan baik.

TEST 1
Ujian buat diri. Tika ujian tersebut, diri ini dilanda masalah kesihatan. Asyik terbatuk-batuk sepanjang ujian tersebut. Hasilnya???Itu yang Allah aturkan terbaik untukku. Ina terima dengan redha.

TEST 2
Allah Maha Tahu yang diri telah berusaha keluar seawall mungkin, lantaran kat kolej ada fogging, taknak terbelenggu dengan asap yang bisa mengganggu konsentrasiku, lantas kumembawa diri musafir di surau Fakulti Ekonomi dan pengurusan. Ada hikmah, dapat Ina bersedia dengan lebih baik. Alhamdulillah, keputusan test 2 menyebelahiku. Bukanlah result yang flying colours tapi sejajar dengan usaha yang Ina curahkan. J Tinggi daripada Zie…hehe

ASSIGNMENT
Subjek ini memang tak dapat lari dari assignment yang maha banyaknya. Tak pernah lekang dari tugasan. Baik bertulis mahupun melalui laman e-forum Myline. Online exercises lagi. Hehe…memang enjoy buat assignment la J

CARRY MARK & FINAL
Jujur, bukanlah banyak tetapi kupercaya itu dah terbaik yang telah ditetapkan buat diri ini.  So k, still have enough time to improve. Nak lulus dengan baik untuk subjek ini.  Ya Allah, permudahkan langkahku menyantuni subjek ini. Perlu study hard!  Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT. Best subjek ini, minggu-minggu terakhir dah takda kelas. Jadi, sangat free minggu ke-14 tu. Alhamdulillah, dapat Miss Azima yang sebenarnya sporting. Kena faham caranya J


4.  LHE3104 (PEMILIHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA DAN SASTERA)

         Subjek ini diajar oleh Ayahanda PM Dr. Abdul Rasid Bin Jamian (kuliah) dan Cik Zuraini Jusoh (amali). Seperti biasa, subjek ayahanda ada tugasan individu dan tugasan berkumpulan yang memang menuntut pengorbanan masa. Untuk tugasan individu, dua hari je tempoh pembikinan J Ina memang bekerja keras betullah menyiapkan tugasan tersebut. Kepentingan Bahan Bantu Mengajar di peringkat Prasekolah. Ina seakan pelajar yang mengambil Pendidikan awal kanak-kanak je, pergi cari buku di perpustakaan memang macam bakal guru tadikalah. InsyaAllah semua itu ilmu, ada masa boleh dimanfaatkan. Alhamdulillah, tugasan bertulis individu ini markah tinggi juga.

TUGASAN BERKUMPULAN
Kelas amali Ina termasuk dalam kumpulan Bacelor Pendidikan Moral sekali, jadi, bertambah kenalan Ina. Bertambah luas rangkaian perhubungan dan pastinya selain menambah ukhwah dapat menjalur lebarkan bisnes Kraf Ina Nailofar. Laku juga brooch Ina, hehe…sangat comel dipakai dorang ketika sesi perbentangan. Alhamdulillah. Berbalik kepada tugasan, kami mendapat genre puisi.  Jadi, perlu mewujudkan suatu bahan bantu mengajar berasaskan puisi. Jadi, tubuhkan kumpulan. Semestinya kumpulan bersama Zie, Kak Janah dan Kak hasna. Fikir punya fikir, kami nak wujudkan satu BBM yang baru, kekal lama, dan lebih penting dapat dimanfaatkan oleh semua murid. Akhirnya, bersepakat memilih BBM berasaskan blog yang diberi nama ‘Taman Seribu Puisi’ J Jemput melawat dan follow…hehe   

Harga sebuah kegigihan. Jujur, bukan sedikit keringat yang dicurahkan.
Nampak mudah tapi lambang sebuah pengorbanan.
        Apa yang ada dalam blog Taman Seribu Puisi ini? Pastilah memuatkan puisi, haha…Ringkasnya, kami pilih nak memuatkan puisi di peringkat PMR seperti yang terkandung dalam silibus KOMSAS berdasarkan tiga antologi Kasut Kelopak Jantung, Gema Sepi Gadis Genius dan Harga Sebuah Lukisan. Jadi, memang kena buat analisis semua jenis puisi tu la. Lepas tu rakaman cara membaca puisi. Rakaman ada yang jadi, ada yang perlu buat semula, berikutan suara tak jelas. SEbutan tak betul dan sebagainya. Lepas rakam kena editing pula. Memang banyak prosedur sebelum dimuatkan dalam blog. Belum masuk lagi line internet yang bermasalah. Kejap laju, kejap slow…hehe   Hanya Allah SWT sahaja yang tahu macam mana kesungguhan buat tugasan ni. Dan jika mental tak kuat, akan mudah la putus asa, sebab bila badan letih, semua jadi malas la kan. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya team yang baik. Dalam kalangan rakan ada yang sporting walaupun tatkala ada yang tak berapa nak sporting. Tambah-tambah bila saat akhir, semua macam lepas tangan. Semua itu normal dan proses pembelajaran. Daripada tugasan inilah dapat kenal kawan dengan lebih terperinci. Perangai seorang demi seorang dapat lihat dengan ketara J Sesi perbentangan pula, ada kesilapan di awal. Masalah teknikal. Semua manis dalam kenangan. Sebab Ina sangat percaya, kita banyak belajar daripada pengalaman. Dan blog Taman Seribu Puisi ingin kubangunkan kelak. Sebab itulah kami buat keputusan untuk bina blog, bukan BBM dalam bentuk alat maujud yang lain. Sebab nak ia digunakan sebagai medium interaksi antara kami dengan murid-murid yang lain. Doakan hasrat murni ini dapat direalisasikan. Hambatan waktu kadang-kadang menyulitkan segalanya.

MENUJU FINAL
Alhamdulillah carry mark untuk subjek ini sangat memuaskan hati. Berbaloi-baloi dengan usaha yang dicurahkan. Terima kasih Allah J  Ina nak skor terbaik untuk Final. Nak dapat A subjek Ayahanda ni. Tetapi tak semudah itu sebab sedia maklum soalan setiap kali subjek ayahanda ni memang mencabar. Tetapi tidak mustahil kan? Ina boleh jika pulun dari sekarang. Final ini sama hari dengan BBI2421, jadi memang kena kuat. Alhamdulillah ada gap yang banyak. Sempat sangat untuk bersedia.

5.  BBM3101 (SEJARAH DAN RUMPUN MELAYU)

Subjek ini diajar oleh PM Dr. Abdul Rashid Daeng Melebek dari FBMK. Subjek ini empat jam kredit jadi faham-fahamlah, perlukan penumpuan. Andai skor subjek ini memang flying colours la. Jujur, Ina suka belajar subjek ini tetapi cara pengajaran Dr. dalam kuliah yang mengurangkan minat. Yang baik, Ina abadikan dalam lipatan kenangan, yang buruk kita tinggalkan. J

UJIAN 1 – Objektif 80 soalan. Ina memang masuk ujian dengan persediaan yang kurang. Namun, kubersyukur markah yang diperoleh melebihi target. Syukur.

TUGASAN INDIVIDU – Berdasarkan buku karangan beliau, perlu buat rumusan tentang tokoh barat. Dengan tempoh masa kurang seminggu perlu siapkan tugasan itu. Ina buat sehari semalam sahaja. Memang tak tidur la kan buat tugasan tu.

            HARAPAN UNTUK FINAL = Berdasarkan carry mark yang diterima, yang inilah paling sedikit. Jujur, satu kelas dapat rendah. Padahal dengan kuiz mingguan semasa kelas tutorial seakan tidak membantu langsung. Ina jarang tidak puas hati dengan seseorang pensyarah tetapi dengan yang ini, seakan terasa jauh hati gak la. Sebab pengajaran dalam kelas, terasa seakan tiada efek jika tidak ke kelas. Kehadiran tidak diambil. Maknanya kami pelajar tidak perlu tanda tangan. Tidak tahulah cara bagaimana yang digunakan untuk memenuhi ISO tu. Pengajaran buat diri, jadi guru kelak kena kreatif. Banyak cara lagi untuk mengajar secara aktif. Insya-Allah, belajar daripada pengalaman ya! Dan sungguh belajar menghargai masa. Ada masa nak berkongsi dengan para pelajar, ada masa nak ajar betul-betul. Supaya objektif pengajaran tercapai. Baru rezeki berkat. Kehidupan insyaAllah harmoni dan damai. Sekadar pandangan peribadi dari insan kerdil yang hanya mampu memandang dari jauh. Semoga Allah SWT merahmati pensyarah ku ini. Dan Ina, perlu serius menekuni buku Sejarah Melayu tersebut. Soalan final nanti semua objektif juga. Jadi, nak taknak, nama-nama tokoh, dan fakta-fakta yang penting kena hafal dan ingat juga. Faham sahaja tidak memungkinkan untuk skor. Faham tapi tak ingat tarikh misalnya????memang tak dapat jawab la..yang itulah kualami ketika ujian lalu. Ina kena lebih bersedia. Belum terlambat. Pasakkan niat, kuatkan keazaman. Orang Melayu mesti kuasai Sejarah melayu. Selamat menekuni Sejarah dan Rumpun Melayu. Berusaha sehabis daya, lepas itu serahkan segalanya kepada Allah SWT.

6.  LHE3410 (ASAS FALSAFAH DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Subjek ini merupakan salah satu subjek minor Ina. Diajar oleh Penasihat Akademik Ina sendiri iaitu PM Dr. Asmawati Suhid. Subjek ini ada rentetannya, jika semester lepas Ina belajar Falsafah dan Konsep Pendidikan dan Psikologi pendidikan yang lebih menekankan kajian barat, kali ini Ina berpeluang membuat perbandingan antara barat dan Islam. Sangat seronok belajar dalam kelas ini. Tapi sayang, minit-minit terakhir, Dr. Asmawati mengalami sedikit kecederaan di kaki, jadi, beliau mc…tak dapat bertemu beliau sebelum beliau berangkat ke Korea. Memang sangat sibuk orangnya. J

SCL = Student Centered Learning yang dipraktikkan dalam kelas memberi masa kepada kami untuk berbincang sesama ahli kumpulan.  Dapat bertaaruf dengan seorang sahabat baru yang punya nama sama denganku, Azlina Abdul Wahab. Bijak orangnya. Suka berdiskusi dengannya. Insya-Allah akan kumanfaatkan ukhwah dengannya. Sesi perbentangan pula. Walaupun kekadang terasa juga takut-takut, yelah bentang depan majoriti pelajar jurusan Bahasa Arab membuatkan terasa diri begitu kerdil juga.
           
TUGASAN BERTULIS = Ina suka cara berhikmah Dr. Asmawati, dia memberikan kebebasan kepada para pelajar untuk memilih sama ada mahu membuat tugasan dalam kumpulan atau secara individu. J Ina pilih untuk buat secara individu. Sebab itulah saya sangat sibuk semester ini. Huhu…
           
 UJIAN 1 = Markah Ina Alhamdulillah, sejajar dengan apa yang diusahakan. Setakat ini, markah keseluruhan carry mark belum keluar. Jadi, doakan yang terbaik moga-moga hasilnya terbaik. Tersangat nak skor A untuk subjek ini. Ina kena kemaskini nota yang masih berselerakan..hehe     Subjek ini merupakan kertas terakhir Ina. Harus lakukan yang terbaik sebab punya banyak waktu untuk belajar dan ulang kaji lagi.


Begitulah coretan sedikit pengalaman sepanjang semester keempat ini. Mungkin banyak yang dicoretkan yang manis-manis sahaja. Sebab kita lebih teringat yang manis-manis kan. Yang kurang manis?Letak di mana J   Ina bersyukur semester 4 ini, jadual kelas sangat mesra pelajar. Hari Selasa dan hari Khamis sahaja yang penuh. Hari lain sangat lapang. Isnin dan Rabu Cuma satu kelas. Jumaat hingga Ahad cuti la. Namun, yang menjadikan hari-hari penuh dan terisi ialah penglibatan bersama kelab dan aktiviti-aktiviti yang lain J Selain berbisnes bersama Kraf Ina Nailofar, hehe.

Sekitar lensa kamera tersebut dapat menjadi saksi kebersamaanku dalam Kelab Bimbingan Mahasiswa(KBM) dan Kelab PBMP.

Kem Aspirasi Kecemerlangan Minda(KEKANDA) 2012
24-26 Feb 2012
Hutan Simpan Ayer Itam, Puchong, Selangor.
***merempit malam hingga ke Kolej 17 untuk bertemu peserta KEKANDA 2012.  
Suatu pengalaman emas yang hanya menharapkan kasih dan redha dari Ilahi.
 Bersama sahabat-sahabat tersayang. 
Jujur, susah senang bersama mereka.

Muktamar KBM
9 Mac 2012
Kompleks Mahasiswa, UPM.
Sesi perlantikan sebagai saf qiyadah KBM/PKPIMUPM
Tugas ini suatu amanah.
Tegur aku andai khilaf.
Hentikan aku andai suatu yang diusahakan itu salah. Berjalan seiringlah denganku tika kita berusaha ke arah kebaikan.
Semasa sesi berlangsung. Dipengerusikan oleh mantan Presiden KBM iaitu Abang Fuad.

Selamanya kita satu keluarga.
Keluarga Bahagia Mahasiswa(KBM)

Bersama mantan dan penasihat KBM. Ops, ada orang tidur sambil berdiri, huhu.

Ina sayang kalian kerana Allah. Insya-Allah bakal-bakal bidadari semua ni.


Fasilitator di Kem Taqwa
Masjid Sepang Lama, Selangor.
13 Mac 2012
Menyantuni anak-anak yatim.
Halaqah cinta :)

Kuliah PKPIM
Surau Kolej SERUMPUN
15 Mac 2012
*Pertama kali kena urus program KBM
Belajar daripada kesilapan.

Pertama kali menjadi segala-galanya :)

Program Kolej Dan Blok
     MAK-P ( Namun, tidak bertahan hingga akhir. Ina tak mampu untuk terus berjuang bersama insan-insan sebegitu)
     SUKAN ZA’BA(SUKZA)
( wakil blok main bola jaring, tapi malunya rasa gedik sangat main sambil diperhatikan lelaki. Insaf2, tahun depan, taknak dah.      Forum MIRC. (walaupun tak jadi AJK, Ina turun kerana dahagakan ilmu dan merit..hehe )
        Explorace Blok
     Cahaya Blok
       Dinner Blok
***Sukses la semester ni banyak turun acara kolej dan blok! Tahniah sayang, berjaya stay KOLEJ dengan kumpulan merit 1++ J

Program Tunas Kecemerlangan Bersama Komuniti Di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.
5 Mei 2012
Ina ajar Ting. 2 Abu Bakar

Mewakili KBM ke Persidangan Meja Bulat bersama pimpinan kanan UPM.
31 Mei 2012
*memberi seribu satu kenangan yang bermakna. Ala-ala parlimen mahasiswa gitu!

                                                   
Rehlah Sisters di Sungai tekala, Semenyih.
6 Jun 2012
*Saya bertuah punya keluarga besar KBM yang sangat sporting. Sayang kalian kerana Allah. J

Begitulah rencahnya kitaran kolej hayatku sepanjang musafir ilmu di kampus hijau ini dalam semester keempat ini. Hanya sebilangan yang sempat kunukilkan. Yelah, agak mustahil perjalanan hidup semester mampu dinukilkan segalanya.

PECUTAN AKHIR = Untuk FINAL ini, Ina harus kuatkan usaha untuk ulang kaji. Study sampai muntah tau! J Rasa sekarang ni study smart tu dah tak takda apa dah, macam tak jalan dah, kena study hard juga!hehe…ok la, akhir sekali rakaman terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah kuabadikan jasa dan sedetik cuma kebersamaanku dengan mereka. Semoga Allah merahmati kehidupan mereka baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Sahabat-sahabat yang mewarnai kehidupanku, teman setugasan, sefikrah dll, kadang-kala memang tak dapat nak elak tragedi terasa hati, merajuk dan sebagainya, jujurnya hati ini tidaklah memendam rasa terlalu lama. Sentiasa set dalam diri husnu zon kepada kalian, harap kalian pun begitu juga. Dan pastinya, setiap malam sebelum tidur, dah maafkan segala-galanya. J

Banyak lagi nak tulis tapi sabar…sabar….sabar. Dah panjang sangat entri kali ini. Nanti sambung lain pula.
Indah suasana di hujung tanjung,
Singgah bertandang di teratak Mak Siti,
Semester 4 kian ke penghujung,
Segala kenangan terpatri di hati.


***Gambar tidak dapat diupload, lambat sangat nak loading. :)