DISEMBER

30 November 2012

***
Semalam, aku lena bersama sepikul beban yang berada di pundak.
Berat sekali perjalanan insan seorang hamba ini.
Namun, tidak seberat mana jika dibandingkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW…
tetapi bila ia dikelaskan ‘amanah’.
Bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Bukankah Imam Al-Ghazali menyebut bahawa memegang amanah itu adalah perkara yang paling berat dalam dunia. Allah…

“Ya Rahman, saat Kau kirimkan amanah buat adikku ini, kirimkan jua kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakannya.”

Ameen. Itu doa Kak ‘Atiqah Syairah dari New Zealand yang melewati peti mesej muka buku.
Seperti dia tahu segala apa yang sedang kuhadapi kini…

“Orang baik akan melakukan kerja amal ketika masa lapang, orang hebat akan meluangkan masa meskipun dalam kesibukan.”

Ini juga kalam hikmah darinya sebagai memugar semangat yang kelam.
Terima akak, ingatanmu sangat bermakna.
Sesusuk peribadi insan yang sungguh istimewa.
Ina nampak  jelas kenapa Allah campakkan akak di ladang NZ sana.

Dan aku yang berada di sini???
Insya-Allah kuhadapi segalanya dengan senyuman J

Pagi ini, sedar tak sedar Disember menjengah sudah.
Adilkah jika aku meneruskan hari-hari yang bakal menjelma ini tanpa ada sebarang perubahan dalam diri?
Suara hati menjerit mahukan pengertian.

***
 Masa begitu pantas berlalu,
Usah biarkan ianya pergi bertalu,
Sebagai manusia berilmu,
Jangan pernah ada jemu.
***

“Kenangan lalu, memori indah, masa hadapan.”

Terus berusaha tanpa malu,
Yakinlah, Allah beri apa yang yang kita perlu! 
Ya Allah, terangilah perjalananku dengan sinaran Nur Iman-Mu.
Berikanku kekuatan untuk istiqamah atas jalan ini.
Mulia dan cemerlang destinasi kita.
Dari Allah kepada Allah.


Ina Nailofar
1/12/2012
~Kampus Hijau~


~DILEMA CINTA INI~

09 November 2012

~10/11/12~

Tarikh yang cantik.
Mana mungkin hati ini tidak tertarik.
Seenak rasa pawana melirik,
Bagai isyarat ada jernih air yang bakal menitik,
Itulah hujan turun rintik-rintik.
Syahdunya...
Sore di teratak maya ini.

Antara sedar atau tidak, 
Suasana di blok jelas sunyi sendiri,
Ke manakah warga kolej sekalian? 

*****
Itu tanda cuti pertengahan semester menjengah sudah.
Aku kan setia di sini.
Mengutip kembali azimat diri.
Cuti midterm, satu perubahan!
Pasakkan dalam diri.  

Nota hayat = Tika enak melayan perasaan, ada lagu yang mengitari di ruang fikiran. Ini dia. Jom, layan! 


Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU....

*Kredit buat youtube dan lirik lagu Forheart

MAJALAH ASUH NOVEMBER 2012

02 November 2012

Apa yang menariknya dalam Majalah Asuh keluaran November 2012?
Jom lihat gambar di bawah J

Muka surat 28, akan ketemu ini. 

Testimoni pembaca tentang novel 'Friends Forever'
Jangan tak percaya nama hamba tertera si situ. Alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepi dari media cetak.

Alkisahnya semua bermula daripada beberapa bulan yang lalu. Melalui suatu servis pesanan ringkas yang kuterima daripada seorang insan yang kusayang…meminta jasa baikku untuk menyiapkan penulisan tentang itu. Memang niat sudah ada, sedari “novel” tersebut tiba di tanganku sekitar bulan Januari yang lalu (fuyooo…lama tu tempoh masa yang kuambil ) Namun, hambatan waktu sering membuatkan kutertewas untuk itu.

Di mana ada usaha, disitulah ada hasilnya.

Akhirnya, setelah bertarung habis-habisan, kuberjaya juga menyiapkan penulisan tersebut. Ini hasilnya. Rujuk di arkib ini. J

Ila Husna J
Dedikasi ini untuk kamu.
---> Terima kasih kerana masih memberikan kepercayaan kepada diri ini untuk memberi pandangan tentang novel FF. Rasa bersyukur dan bertuah, dalam ramai-ramai pembaca novel FF, Ina Nailofar yang terpilih untuk itu. Dan…………………….Dah lama nama tak keluar majalah. Tumpang sekaki la famous J
Selamat maju jaya Ila Husna.
Bertemu lagi di novel akan datang…hehe

Sahabat-sahabat blogger, jom ziarah blog rasmi penulis. 
Di sini : Ila Husna 

Tinta akhir = Adik-adik di luar sana, jom baca majalah Asuh. Lama tak baca, rasa sangat menarik dan penuh pengisian ilmu. Jom, membaca!

HUJUNG MINGGU INI

Salam kemesraan berutus senyuman.

Alhamdulillah, Allah titipkan kelapangan waktu tatkala ini untuk kembali menulis di blog ini. 
Jujur, terlalu banyak yang mahu dinukilkan di sini. 
Blog 'Bingkisan Hayatku'--->Medan kecintaan ini. 

Melewati minggu ke-8 kuliah...
Menjalani kehidupan akhir-akhir ini menyuratkan pelbagai perkara yang manis untuk dikongsikan. 
Antaranya =

  • Program mengajar murid-murid berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaakob Latif, Jalan Peel, Kuala Lumpur.
  • Pengujian Soalan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor
  • Bazar KBM pada Pesta Konvokesyen UPM
  • dan kesempatan pulang berhari raya Aidiladha bersama keluarga tersayang, turut bermain di fikiran. meronta-ronta untuk dikeluarkan. (*^-^*)
***Ada ruang dan peluang akan kuabadikan di sini. Pengalaman pahit manis yang banyak mengajarku erti kesabaran, ketelusan hati, kerjasama dan erti pengorbanan. 

Esok petang???

~Kredit gambar Ina Nailofar~

Insya-Allah Ina akan ke UIAM bersama Kak Amal.
Misi SERUMPUN 2012
(Seminar Penulisan Untuk Putra Putri Nusantara)

"Selangkah kata, serumpun karya."

Semoga semangat dapat digegarkan di sana :)

----> Kak Jamilah Mohd Norddin...jumpa di sana!