Hari
|
Subjek
|
Monolog
jap…
|
31/12/2012
(Isnin)
11.30 pagi hingga 1.30 petang.
|
Kemahiran Komunikasi
Dalam pengajaran Bahasa Melayu
|
***kertas pertama.
Semoga soalan spot masuk, ameen.
Lepas habis kertas ni,
hajat nak ke Masjid KLCC untuk Tamrin Marahil seperti tahun-tahun lepas juga.
Mampukah aku dengan kertas peperiksaan yang dekat-dekat ini?
|
2/1/2013
(Rabu)
8.30 malam hingga
10.30 malam.
|
Pengujian dan
penilaian
|
Semoga aku lebih
bersedia malam nanti. Habis exam
ini balik study kertas seterusnya
pula.
|
4/1/2013
(Jumaat)
8.30 pagi hingga 10.30
pagi.
|
Hubungan Etnik
|
Ada dapat soalan spot
juga. Target isu sosial ummah masuk. Rohingya, aku datang! J
|
5/1/2013
(sabtu)
11.30 pagi hingga 1.30
petang
2.30 petang hingga
4.30 petang
|
Kesusasteraan Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu
Pengajaran nahu Bahasa
Melayu
|
Ini mencabar, dua
kertas 1 hari. Ina boleh!
Semoga tulisan Ina
cantik dan jelas untuk Pak Omar boleh baca J
Ina risau kertas ini.
Nahu BM tidak semudah
yang disangka.
Rajah pohon…ranting J kena ingat.
|
7/1/2012
(Isnin)
8.30 pagi hingga 10.30
pagi
11.30 pagi hingga 1.30
petang.
|
Hari terakhir exam. 2
subjek.
Pendidikan Syariah
Islam
Pemulihan dan
Penggayaan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
|
Ingat dalil tau Ina J
Lepas kertas ini sujud
syukur. Imtihan semester 5 akan berakhir.
Merdeka.
|
PERSISIRAN WAKTU 2012 VS 2013
28 December 2012
Sudah menjadi
adat setiap semester, jadual peperiksaan akhir aku sangat mesra alam J Jom, intai jadual di bawah. Semoga
aku lebih disiplin membuat ulang kaji dan lebih penting benar-benar bersedia
untuk menghadapinya.
Bismillahirahmanirrahim…
**Banyak yang ingin dilakukan namun ketika hampir dengan peperiksaan, keutamaan haruslah diberikan kepada peperiksaan. Doakan kejayaan saya ya.
Selamat tinggal tahun 2012. Pelbagai warna-warni suka duka tercalit. Semuanya membuahkan ibrah yang bermakna.
Selamat datang tahun 2013.
Aku tetap aku,
Ina Nailofar, 12:52 am
29/12/2012
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
Mood Berjuang : Exam :: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :)
Menggapai Harapan Semester 5 (2/2)
Bersambung bahagian kedua. Panjang rentetan
semester ini. Tak pernah ada dua edisi ini. J Benar, semakin lama belajar, semakin banyak ceriteranya.
Faktor lain, lama tak menulis blog maka
banyak ceritanya. J Baiklah
sambung subjek ketiga semester ini…
3.
Hubungan
Etnik
----> Encik Syariefuddin.
Subjek
wajib universiti. Ya, Ina baru ambil semester ini J Kami kan budak baik ikut senarai kursus
yang diaturkan oleh fakulti. Haha…impaknya, sekelas bersama pelajar
muda-muda. Di awal pendaftaran pertama bukan kelas kumpulan ini, namun
disebabkan seorang sahabat ajak tukar waktu dan mengenangkan kita bersahabat
maka turut menukar haluan waktu. Rupa-rupanya Allah ada rencana tersendiri J Ina redha.
Banyak
sangat yang berlaku dalam kelas ini. Nak mula dari mana ya? Walaupun setiap
minggu sekali sahaja kelasnya namun besar sangat impak. Dari mula la ya. Tak
mengapa bagi Ina ada hikmah masa senggang antara kelas pagi dengan dengan HE
ini. Macam-macam Ina buat pada masa senggang itu. J
Pensyarah,
En. Syarief. Dia seorang yang beriilmu tinggi. Memang nampak kepakarannya
mengulas isu dan bercerita tentang hal ehwal etnik. Namun, sikapnya yang
sangat sabar menunggu silibus baru HE sampai(masuk minggu ke-4 kot baru kami
belajar) jadi agak meributkan kami di saat akhir. Banyak bab yang perlu
dibaca sendiri. Pengajaran pula tidak berdasarkan slaid. Sebab beliau gemar
melukis dan membuat peta minda di papan tulis. Jadi, pelajar kena peka. Laras
bahasa yang digunakan juga bahasa tinggi. Maka pelajar yang tak faham(tak
terjangkau dek akal) mudah hilang fokus dan berbual di belakang. Kelas meriah
J
Takpa, setiap pensyarah ada stail tersendiri. Ina boleh terima dengan
tenang.
Kumpulan
HE kelas lain ada kuiz 1. Kelas kami tak dengar pun pensyarah cakap nak buat.
Jadi situasi selesa. Tiba-tiba seorang rakan kata dia dapat mesej yang kelas
ada Kuiz. Rakan tu pun bukan nak panjangkan mesej. Mengharapkan Ina juga.
Sabar sahajalah. Di mana sikap amanahnya?pensyarah bagi kat telefon dia tapi
dok pas-pas pula. Senyum. Tiba hari kuiz. Sampai kelas. Ada yang buat rileks
sahaja. Ina tanya, tahu tak hari ini ada kuiz. Dia terkejut. Kiranya memang
tak tahu dan mestilah tak bersedia. Situasi biasa, apabila sebaran maklumat
melalui mesej je individu tertentu sahaja, mestilah ada yang tercicir dan tak
tahu. Kelas HE memuatkan seramai 80 orang pelajar. Memang ada yang tak dapat.
Pensyarah masuk. Dia kata dia baru tahu kena buat kuiz. Senyum. Jadi, nak
buat kuiz la. Ina cuba minta budi bicara dia supaya buat secara ‘buka buku’.
Adillah untuk orang yang tak tahu tu. Dan kebetulan memang Ina pun tak cukup
sedia. Huhu…yelah dia baru ajar seminggu sahaja, nak buat kuiz. Tak patut.
Tapi tetap dijalankan. Macam komunis J Soalan senang sahaja tetapi dah memang
baca sekali lalu mana nak ingat. Tetapi terkejut ramai budak-budak lelaki kat
belakang hantar awal. Tak sedap hati juga. Ina tulis ja apa yang terlintas di
fikiran. Siap. Hantar. Bila keluar dari kelas, dengar ada seorang budak
perempuan tanya jawapan kepada kawannya, dengan selambanya dia jawab. Aku tak
ingat dah la sebba tadi tengok dalam buku. Ya Allah, sempat lagi dia buka
buku tiru jawapan. Lebih parah, dengar budak lelaki pula cakap, yang duduk
belakang semua google cari jawapan. Astaqfirullahalazim…sabar sahajalah
dengar semua tu. Yang kita berada di depan, semua jenuh berfikir. Ini tidak
adil. Ina manfaatkan laman emel yang ada, utuskan warkah cinta buat
En.Syarief dan mengadu hal ini. Mana adil, rentetannya banyak. Dah ada
pelajar yang tak tahu ada kuiz, kami minta tunda, dia taknak. Minta budi
bicara buat secara open book test pun tak nak. Tengok pelajar di belakang
rata-ratanya meniru. 10% kuiz tu. Kuluahkan segalanya. Dia baik. Dia balas
emelku dan akan buat tindakan susulan.
Tengok-tengok,
minggu depan dia buat kuiz lagi. Bagi pelajar yang tak puas hati dengan
markah, boleh lagi sekali kuiz. Boleh open book test kali ini tetapi soalan
esei. Takdir Allah mengatasi segalanya. Subjek Pemulihan ada buat tugasan
mengajar di Sekolah di Cheras pada hari terbabit dan ina terlibat maka pada
hari kejadian, Ina tak datang kelas HE la…maka, kuterlepas peluang buat kuiz
itu. Padahal yang mengutus emel dan menyuarakan ketidakpuashatian itu aku.
Konon nak jadi wonderpets buat yang teraniaya tak tahu ada kuiz tu.
Rupa-rupanya mereka semua dapat peluang kedua buat kuiz dan aku? Redha dengan
markah 6/10. Tak mengapa, itu nilai kepayahan. Senyum J Panjang pula ceritera tentang kuiz HE.
***
Cukuplah
sekadar ini perkongsian HE. Lain-lain Ina ingat sendiri la. Banyak momen-momen
tragis sebenarnya. J Menuju Final Exam, kertas ini merupakan kertas ketiga yang
akan kutempuhi. Alhamdulillah, syukur ada insan baik yang memberi set soalan
spot. Itu sedikit sebanyak membantu aku membuat ulangkaji sebenarnya. Isu
semasa Rohingya dan Palestin pun ada.
***
HE
adalah subjek terakhir untuk subjek universiti. Adik-beradik lain HE semuanya
dapat A, maka untuk HE besar harapanku untuk dapat A juga. Ina suka mendepani
subjek sebegini. Semoga segala urusanku akan dipermudahkan. Terima kasih
kepada En.Syarief dan seorang pensyarah perempuan yang ganti (sangat power,
kami tak mengantuk pun seminggu tu). Aku yakin beliau dah usaha yang terbaik
untuk mengajar kami. Faktor silibus baru juga HE semester ini maka, pastinya
setiap perubahan memerlukan masa untuk menjadi biasa.
~~Terima
kasih juga buat Nadeera, awek Kelate seorang tu. Setia duduk ditepiku setiap
kali kuliah. Buat ahli kumpulan yang lain Wong Yean Yi, Tan Fei Hua, Ley Li
Ying dan Kak Janah J Semoga berjaya semuanya.
|
4. Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
---> Encik Omar Mamat. (mesranya Pak Omar)
Perancangan Allah SWT sangat hebat. Semester ini
kuberpeluang bertemu insan hebat ini, Pak Omar. Sebelum ini hanya mendengar
cerita daripada rakan-rakan yang mengambil minor KM sahaja. Ohya aku juga
pernah bersamanya ketika menjadi pengacara majlis untuk pementasan drama
lalu(Pak Omar diundang jadi pengulas tapi beliau datang lewat, tak patut J ) dan lawatan ke Medan di
bawah kelolaannya. Akhirnya semester ini aku belajar secara langsung dengan
beliau.
Jujur, aku menilai beliau sebagai seorang yang
kreatif dan suka belajar menerusi alam sekeliling. Buktinya kerja kursus kami
ialah mengadakan seminar penulisan di luar UPM. Tempat yang dipilih ialah di
Lanchang, Pahang. Menjadi juga Bengkel Penulisan Apresiasi Alam di Institut
Biodiversiti Lanchang, Pahang Darul Makmur. Berpeluang melihat gajah di Kuala
Gandah. Bagaikan mimpi minggu itu aku ke sana. Dek kerana program ini juga,
aku memadamkan harapan untuk bersama Ila Husna di Perhimpunan MPR di Melaka.
Ada hikmahnya. Itulah tugasan kerja kursus yang paling sempoi semester ini J
***
Kaedah
pengajaran di kuliah pula. Lagilah sempoi. Beliau cakap, kami salin. Macam di
sekolah dahulu. Senyum. Mungkin faktor fizikalnya yang semakin dimamah usia,
jadi beliau selesa mengajar cara sebegitu. Aku sebagai pelajar, menerima
seadanya dan setia menyalin di belakang. Ya, aku duduk agak belakang dalam
kelas beliau. Namun, aku dapat dengar jelas apa yang dia tuturkan meskipun
perlahan. Sedangkan rakan-rakan di depan pun ada minta ulang kadang-kadang
tu. Itu kelebihan duduk belakang. Fokus. Haha… Setakat ini kertas ini belum naik markah
terkumpul. Tidak tahulah bagaimana penilaian yang dilakukan. Harapnya
berbaloi dengan usaha.
***
Pak Omar,
Aku mengenalinya lewat penulisan biografinya,
Novel ‘Memori Bukit Pantai’ J
Seorang pendidik dan juga penulis…
Masuk ke kelasnya membuatkan aku merindui
bidang penulisan, namun, aku tak puas belajar. Sebab ada lompang-lompang yang
aku nampak dan di situlah kelemahannya. Aku tak nampak penekanan kepada elemen KOMSAS dalam P&P itu. Jiwaku
seakan memberontak di situ.
Apapun aku bersyukur dipertemukan
pensyarah sepertinya.
Doaku, harumlah jasamu menabur bakti
mendidik anak bangsa.
*Ina nak dapat A kertas ini*
|
5. Pengajaran
Nahu Bahasa Melayu
--à
Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian(ayahanda)
Ini
subjek killer semester ini J Nahu BM. Tidak semudah yang disangka. Kerja
kursus pun mencabar. Ada dua biasalah subjek ayahanda akan ada kerja individu
dan kumpulan. Ina suka cara agihan tugasan ayahanda ni. Baru boleh nampak
potensi pelajar. Perbandingan kerja individu dan kumpulannya. Namun, sangat mencabar untuk individu sebab
kami perlu hantar sebelum ayahanda berangkat ke Mekah. Bayangkan masa tu ina
sedang berperang dengan subjek yang perbentangan giliran pertama, jadi memang
kalut juga. Ina buat tugasan individu itu dalam masa dua hari je kot J Syabas Ina, hehe…untuk kumpulan pula
lagi mencabar, kena buat rancangan mengajar dan ajar di dalam kelas. Soalan
pun mencabar. Subjek ini habis betul-betul di minggu terakhir dan Ina
kumpulan terakhir bentang J
***Komen
dia masa Ina mengajar, cara dan bahan yang digunakan bagus sebab sesuai
dengan pelajar tingkatan enam tapi kena ingat kamu cikgu, bukan pensyarah
yang mengajar. Jadi kena banyak interaksi dengan murid. Ok ayahanda saya
ingat! Dan terfikir juga, memang dia nampak aku ada gaya pensyarahkah?hehe…
Markah
terkumpul untuk subjek ini sudah naik. Ina bersyukur sebab banyak juga bagi
Ina. Untuk Final, ina kena fokus. Risau juga sebab exam ayahanda ni sama hari
dengan kertas Pak Omar. Harapnya, ina boleh bawa dan kuasai kedua-dua kertas
ini dengan baik. Chaiyok. Teringin juga nak A kertas ayahanda. Sebelum ni
hanya A- sahaja. Ayahanda sangat tegas menyemak jawapan. Namun, kalau ina
kuasai betul-betul nah utu, tiada yang mustahil. Positif. J
~Ina suka dengar pengalaman ayahanda
pergi haji~
|
6. Pendidikan
Syariah Islam
è
Ustaz Adib(Pensyarah import dari UKM)
Ini
satu-satunya subjek minor yang Ina ambil semester ini. Masuk kelas ini terasa
banyak sangat benda yang Ina masih tak tahu. Terima kasih ya Allah, ada
kesempatan kubelajar di sini.
Tugasan
subjek ini juga besar impaknya kepada diri. Kami diberi kebebasan pilih
tajuk. Maka alang-alang semua ahli kumpulan pelajar pendidikan maka kajian
dibuat di sekolah la. Sekolah Seri Serdang dekat UPM je menjadi destinasi.
Kami
buat temu bual secara spontan kepada adik-adik di sana dan penghayatan
terhadap Islam masih kurang. Ini isu besar yang perlu diberi perhatian.
Sayang melihat adik-adik yang muda ini terus begitu. L
Ujian,
tugasan kuliah, tugasan amali…markah terkumpul belum diketahui. Semoga
terbaik buatku. Kertas ini dijadualkan pada hari terakhir peperiksaanku.
Setakat ini belum sentuh Cuma sudah print semua tugasan sebab soalan masuk
berdasarkan tugasan setiap kumpulan. Bayangkan ada lapan kumpulan, semua kena
baca. Hebat J
Di
akhir kelas yang lalu juga menjadi momen indah. Ustaz belanja makan nasi ayam
untuk satu kelas. Pemurahnya dia. Itulah bagi insan yang ada asuhan Islam,
dia tidak teragak-agak untuk infakkan. Semoga ustaz dimurahkan rezeki J
~Ina perlu fokus subjek ini, nak dapat A.
Usaha. ~
|
7. Pemulihan dan Penggayaan Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu.
è
Dr.
Roselan Baki.
Peringkat
awal ketika perlu mendaftar subjek ini seakan tertanya-tanya apa relevannya
belajar ini? Sebab masih tak faham antara pemulihan khas dan pemulihan dalam
pembelajaran. Tetapi selepas kelas pertama beliau Dr. Roselan Baki, seorang
pensyarah yang hebat. Kepakarannya
Mengajar
memang memukau. Beliau seorang yang kelakar dan bersahaja. Namun, setiap
perlakuan beliau sangat bermakna.
Kemuncak
subjek ini ialah perlu mengajar di Sekolah Yaakob Latif di Cheras. Sebuah sekolah
berkeperluan khas. Jujur, Ina jatuh cinta untuk mengajar para pelajar
pemulihan khas pembelajaran itu.
Betapa mengajar mereka memang memerlukan kesabaran dan kreatif mengajar. Masih
ingat nama anak-anak murid walaupun hanya dua jam mengajar mereka. Ezam, Wei
Liang, Shah Amarul, Lee Chee Kheng, Azila dan Farhatul. Masing-masing ada
potensi tersendiri. Sesuatu yang pasti aku pulang bersama segunung rasa insaf
dalam diri. Betapa pengasihnya Allah menjadikanku sempurna serba serbi ini.
Jujur, Ina tiba-tiba rasa pening yang bukan kepalang selepas pulang dari
sekolah itu. Pelbagai perkara yang kufikirkan. Turun sahaja daripada bas
terus berdenyut-denyut kepala, Alhamdulillah aku selamat sampai di bilik,
solat dan sesudah baring atas katil. Fuh, melayang ke alam mimpi. J Penangan tugasan subjek ini.
***
Melihat
dalam sistem maklumat pelajar, markah terkumpul untuk subjek ini adalah yang
paling terbaik. Alhamdulillah. Namun, ujian akhir tidak semudah yang
disangka. Apapun, Ina kena banyakkan bacaan tentang pemulihan khas dalam
pembelajaran.
~Dr.
Roselan Baki J
Semoga
Allah memberkati usia dan perjuanganmu. Ina suka karekter dia. Cara dia latih
kami bercakap di depan pun sudah menunjukkan kepakarannya. Selain bidang ini,
beliau juga pakar dalam bidang penulisan(mengarang). Rasa bangga sahaja
tengok buku hasil tulisan dia di PSAS. Itu buku pensyarah, jika buku sendiri
lagilah gembira kan? J Harap dapat belajar lagi dengan beliau selepas ini.
|
Demikianlah perkongsian ekpress pengalaman
semusim bersama insan-insan berjasa untuk semester kelima pengajianku ini.
***Entri yang lesu tanpa paparan gambar.
Kusangat diburu masa. Ya Allah, permudahkan segala urusanku. Wassalam.
~Ina Nailofar, 12:26 am~
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
Mood Berjuang : Exam :: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :)
Menggapai Impian Semester 5(1/2)
Catatan ini kembali
lagi.
Mendendangkan rentak hati,
Yang bersegi-segi.
Sedar tak sedar sudah berada di tahun
ketiga pengajian dalam kos pengajian yang menjadi pilihan sukma. Alhamdulillah.
Nikmat yang sentiasa perlu disyukuri J
Hakikatnya belajar dalam kos impian ini
tidak semudah yang disangka. Lagi besar ujian Allah beri buat kita. Sebab
apa?Jika benar suka mesti diuji kan untuk tengok sejauh mana kesungguhan dan
keutuhan cinta tu. Tak gitu? J
Namun, satu yang aku pegang. Sebesar mana pun
cabaran yang mendatang, jika diiringi dengan gunung kesabaran dan keikhlasan
yang tiada bertepi di hati, insya-Allah semua perkara akan dipermudahkan.
“Allah beri pada takat usaha hamba!” ayat
seorang novelis muda Ila Husna.
Pejam celik, pejam celik, hanya berbaki dua
semester kuliah dan satu semester praktikal. Insya-Allah. Masa yang ada tak
lama dah. Sebelum tempoh pengajian ini berakhir, sesuatu yang diburu sekian
lama itu perlu direalisasikan. Sebelum menapak ke tingkat hayat yang seterusnya
dalam fasa hidup ini, impian yang didambakan sekian lama perlu diraih. Hidup
ini akan terasa sempit jika tiada luasnya cita-cita. Jika bukan sekarang bila
lagi Ina Nailofar. Kuat berusaha tanpa jemu. Pasti ada jalannya. Yakin dengan
sebenar yakin. Noktah.
***
Semester
kelima sudah tiba ke penghujungnya. Sekarang, aku sedang ranum meniti titian
minggu ulang kaji yang menjadi fasa penting untuk persediaan menghadapi cabaran
imtihan. Hanya tinggal beberapa tapak lagi untuk melangkah dan menjelang tanggal
7 Januari 2013 nanti, aku akan melompat riang ke seberang. Harapanku semoga
dapat kekal berada atas landasan ini tanpa ada goyah di hati. Semoga Allah redha.
Sebelum
kumeneruskan kembara redah berhalangan ini, suka aku berhenti seketika di
tengah jeda yang ada untuk kembali mengutip mutiara cinta yang menguat
perjalananku semester ini. Seperti arkib yang tersurat di bawah ini, contengan
kali ini bakal menyambung legasi coretan pengalaman sepanjang pengembaraan di
kolej hayat ini.
Semester
4 = Fasa 4 Siswi UPM
|
Rentak
kembaraku dihiasi dengan sumbangan bakti beberapa insan berjasa. Semester
kelima ini memperlihatkan tujuh subjek yang dipelajari dan keseluruhannya
mewakili 20 kredit. Suatu jumlah kredit yang maha besar untuk dipikul. Dan
Alhamdulillah, aku dapat harungi segalanya hingga detik ini. Syukur. Pandang
insan lain, ada yang diuji dengan lebihan jam kredit daripadaku. Jika mereka
mampu harungi, Ina mesti lebih-lebih lagi. Optimis J Allah uji dengan apa yang Ina mampu.
Senyum.
Jom
telusuri Kolej Hayatku di semester lima ini.
1) KEMAHIRAN
KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
---> Dr. Ghazali Lateh.
Takdir
Allah sangat indah, tidak kusangka semester ini kumasih diberi ruang dan
peluang untuk belajar dari insan hebat ini. Jika di semester ketiga lalu,
kubelajar Pengajaran Kemahiran Mengarang bersama beliau. Kini, dalam konteks
kemahiran yang agak berbeza. Yakni, komunikasi. Tambahan pula, beliau telah menjadi
pensyarah tetap di kampus hijau kini. Tahniah Dr. Ghazali Lateh J
Kata
beliau, untuk menjadi guru, aku harus punya skil komunikasi yang baik.
Lebih-lebih lagi sebagai guru bahasa. Aku bersyukur kerana dilahirkan di
Utara tanah air yang mana bahasa seharian sudah kedengaran baku dan pastinya
bebas daripada masalah dialek. Ditambah pula dengan secebis minat dalam
bidang seni berpidato sedari sekolah, belajar berpantun pula, bersajak,
syarahan juga dan lain-lain banyak membantu memperkayakan kemahiran
berkomunikasi ini. Namun, untuk tampil bergaya mengajar murid-murid nanti,
pengalaman lampau itu harus diperkayakan dengan penguasaan pelbagai jajang
ilmu pengetahuan. Inilah medannya. Pelbagai teknik berkomunikasi dengan
efektif diajarkan. Namun, mendepani masa depan, aku seakan berubah menjadi
seorang yang amat berat mulut. Ya, jujur aku semakin berhati-hati untuk
bercakap sekarang. Perlukan masa sebagai terapi yang mendamaikan. J
Kelas
kuliah Dr. Ghazali Lateh diadakan pada hari Isnin. Satu-satunya kelas yang
aku ada pada hari tersebut. Manakala kelas amali pula dijalankan pada hari
Jumaat, petang. Penunjuk ajar ialah Tuan Haji Hamid, bekas pensyarah di
Institut Pendidikan Guru. Jujurnya terasa sangat bertuah kerana mendapat
bimbingan daripada insan-insan yang ‘pakar’ dalam dunia pendidikan bahasa. Namun,
manusia memang tak dapat lari dari kelemahan kan? Aku suka gaya pembelajaran
mereka namun kurang power sikit.
Lihat, besar cabaran mengajar generasi di alaf ke-21 ini. Keperluan para
pelajar berbeza-beza.
Contohnya,
aku semakin kurang selesa jika pendekatan permodelan digunakan dalam
pembelajaran. Bagi pelajar lemah mungkin itulah cara terbaik sebab kaedah ini
hanya duduk, lihat model dan salin. Itu yang hakikatnya berlaku dalam dewan
kuliah. Menyalin nota dari skrin putih itu. Tak bagus! Memang latihan menulis
tangan itu bagus, menggerakkan segala urat sendi namun, kurang berkesan.
Bayangkan bagaimana pembelajaran itu akan efektif jika proses menyalin dan
mendengar penerangan berjalan secara serentak. Tipu la jika nak kata 100%
pelajar boleh faham dan dapat tangkap. Mesti ada lompang-lompangnya.
Begitulah
realitinya yang berlaku. Betapa menjadi guru memerlukan skil komunikasi yang
tinggi. Mesti mewujudkan hubungan dua hala dengan para pelajar. Nak tarik perhatian
pelajar bukan mudah tapi tiada yang mustahil Induksi set mesti menarik. Ini
langkah pemula yang menentukan keberkesanan P&P itu sendiri. Benda asas
yang guru selalu pandang mudah. Dan sesuatu yang penting, setiap arahan yang
dikeluarkan terutamanya melibatkan hal ehwal tugasan kerja kursus perlulah
terang dan jelas. Terutama sekali kelas besar dan melibatkan kelompok
kumpulan pelajar berbeza semester ini. Nak hantar bila, format bagaimana dan
sebagainya. Semua ini jika benar-benar jaga, seseorang pendidik itu akan
kelihatan sangat ‘berkarisma’ di mata anak-anak didiknya. Betul. Sudah
terbukti berkesan, haha.
***
Dan
kini…subjek ini merupakan kertas pertama yang akan kujalani peperiksaan.
Nota-nota pembelajaran Alhamdulillah semuanya lengkap. Soalan-soalan yang
menjadi target juga ada. Ihsan seniorku. Ohya, subjek ini diambil sekali gus
oleh senior, semester kelima dan junior PBMP. Jadi, pensyarah yang berbeza
ada pro dan kontranya. Terima kasih kepada Kak Fieza Tahir yang beritahu
soalan spot. Hehe…insya-Allah ada rezeki masuklah satu dua atau tak mustahil
sedebuk J
Markah
terkumpul untuk subjek ini belum naik sepenuhnya. Untuk peperiksaan akhir
menjanjikan 30%, usahalah sehabis daya Ina Nailofar. Pasti nak skor A kertas
ini.
(*^-^*) Suka ayat Dr. Ghazali Lateh bila
ada para pelajar yang masuk lewat ke kelas, ‘’Jangan risau, jemput duduk..kelas belum mula pun lagi.’’ ***Padahal nota dah lepas beberapa slaid J
~~~”Nak
jadi penulis, mula dari sekarang. Proses nak cipta nama memakan masa.”(Ghazali
Lateh)
(*^-^*) Kelas amali Tuan Haji Hamid pula
tidak kurang hebatnya. Beliau seorang yang tenang, dan romantis? Yeke? Ayat
yang membuatkan aku tertarik, “orang
yang nak dunia dia menjadi kecil, bercintalah waktu belajar.”
**Baiklah, tutup cerita kelas komunikasi.
Selamat ulangkaji Ina. Bab 1 hingga bab11 masuk. Hadam.** J
|
2. Pengujian
dan Penilaian
----> Pensyarah, Dr. Fadzilah Abd.
Rahman.
----> Penunjuk ajar untuk amali, Cikgu
Junaida J
Sekali
lagi semester ini berpeluang meneguk ilmu daripada insan hebat yang pernah
mengajarku pada semester yang lepas-lepas. Sebelum ini pernah belajar dengan
Dr. Fadzilah Abd. Rahman dalam kelas Pengajaran Kemahiran Membaca. Jujurnya,
beliau sangat komited orangnya. Menjaga disiplin dan ketetapan masa, perkara
yang aku suka. Adab belajar amat dijaga, pelajar datang lewat dia tegur. Itu
yang perlu, bukan buat tak tahu sahaja. Dalam kelas pertama lagi sudah ada
kontrak pembelajaran iaitu perjanjian sepanjang semester ini. Dengan gaya
keibuan mengajar sangat dedikasi. Kelas beliau yang dua jam itu dimanfaatkan
sepenuhnya dengan membuat aktiviti sebagai peneguhan pengajaran kuliah
beliau. Kiranya pembelajaran berjalan secara aktif.
~Tugasan kerja kursus~
Ini
antara subjek yang menguji kesabaran kami sepanjang semester ini. Ada dua tugasan diberikan. Pertama, perlu menyediakan set soalan
dan pergi ke sekolah untuk diuji kepada para pelajar. Ini nampak mudah tetapi
nak melaksanakannya bukan mudah. Faktor semester ini berada di hujung tahun,
rata-ratanya sekolah sudah kesunyian..Para pelajar dah ramai pontenglah sebab
dah habis peperiksaan hujung tahun. Set soalan yang dirangka pada aras mudah
dan mensasarkan kepada pelajar tingkatan satu. Namun, di saat kertas soalan
sudah dicetak, sekolah terbabit membuat pembatalan dan tidak dapat menerima
kehadiran kami dek beberapa faktor yang mengahalang pihak sekolah. Bayangkan? Duit sudah dikeluarkan untuk
membuat salinan kertas soalan. Hanya Allah SWT sahaja yang mengerti rasa di
hati. Akhirnya, Sekolah Menengah
Tinggi Kajang menjadi destinasi kami untuk membuat pengujian soalan kepada
para pelajar tingkatan 6, kebetulan kawanku sekolah di sana dahulu jadi
berkat pertolongan gurunya juga kami dapat sekolah tersebut. Satu malam masa
yang kami ada. Dek beberapa masalah teknikal bersama rakan-rakan sekumpulan,
akhirnya aku dan seorang sahabat sahaja yang bertungkus-lumus saat akhir
menyediakan set soalan. Masih segar di minda, malam itu cuaca nak hujan. Kami
kolej kediaman yang berasingan. Aku gagahkan diri juga ke kolejnya. Tup..tup
hujan…namun, dek mahu mendapatkan talian internet yang baik, aku tinggalkan
motor di kafe dan naik bas untuk ke
Perpustakaan Sultan Abdul Samad(PSAS) untuk membuat soalan pengujian
bagi tingkatan enam. Dari soalan aras mudah tingkatan 1 tukar ke aras yang
bersesuaian dengan pelajar tingkatan 6. Syukur kerana aku salah seorang
graduan tingkatan enam. Kira, pengalaman lalu banyak membantu. Dek
pertolongan guru tingkatan enam lalu, Puan Solehah (kini mengajar Sekolah
Sultanah Asma, Alor Setar) yang kebetulan berada di atas talian, aku minta
ihsan beliau untuk memberikan contoh set soalan ujian para pelajarnya.
Alhamdulillah, Allah permudahkan talian internet malam itu. Namun terlupa
minta skema jawapan. Kami berdua cuba-cuba menjawab dan soalan relevan kami
ambil terutama di bahagian tatabahasa. Meskipun pada asalnya bahagian ini
bukan bahagian kerja kami. Inilah nilai gerak kerja kumpulan. Pengorbanan itu
sangat manis. Alhamdulillah dalam masa dua jam, kami selesai dapatkan soalan.
Dan mengejar masa kerana perkhidmatan bas untuk pulang semula ke kolej akan
tamat sebelum jam 10.30 malam. Jadi, bergegas. Membelah kepekatan malam
dengan rintik-rintik hujan yang mendinginkan. Kerja tiba habis di situ. Kami
duduk sambung buat di kafe pula. Aku sambung membuat kerja editing dan
rakanku pulang ke bilik untuk mengambil kertas A4. Nasib baik dia ada
simpanan 1 rim kertas A4. Ikutkan bekalan aku??Jujur, tinggal beberapa helai
sahaja di bilik. Dengan izin Allah, jam 12 lebih habis kerja kami. Bersurai
di situ. Aku pulang ke kolej. Masih basah di ingatan, betapa dinginnya membawa
motor dalam suasana tengah malam seorang diri dan hanya ditemani
rintik-rintik hujan itu. Ya Allah, semoga semua ini menjadi sumber penghapus
dosa-dosaku. Jika tidak kuat memang boleh terbabas.
Kerja
malam itu tidak berakhir di situ. Sampai kolej, aku teruskan kerja-kerja
percetakan pula. 30 set kertas soalan(satu set sekitar belasan muka surat).
Terima kasih printer canon comelku. Suka tengok dia tersengguk-sengguk
mengeluarkan dakwat. Kau banyak berjasa. Terus berjasa ya sayang! J Habis 1 rim kertas A4 tadi. Usai
segalanya malam itu sekitar jam 4 pagi. Kesian teman sekamar, mesti sedikit
sebanyak aku mengganggu tidurnya dek bunyi printerku yang sopan. Penangan tugasan
ini.
Esoknya
pergi sekolah buat pengujian soalan.
Habis
pelajar jawab, perlu buat analisis menggunakan JSU pula. Ini lagi mencabar.
Benda tak belajar lagi, berdasarkan rujukan melalui buku-buku buat sendiri. Urusan cantum tugasan juga menggamit memori.
Dek kelewatan salah seorang, yelah dugaannya cuti pertengahan semester pulang
ke rumah, maka kerja tidak berjalan. Lepas cuti dah kena hantar. Sabar aku
agak teruji. Aku insan biasakan. Penantian itu menguji kesabaran nurani.
Apabila aku diam dan lebih membawa diri maknanya aku sedang marah la tu. Kita
bersahabat sudah hampir lima semester, takkan masih tidak berupaya membaca
rentak laku sahabatmu? Alhamdulillah, dalam krisis sebegitu dan sebegini,
Allah permudahkan usaha kami dengan memberikan markah tertinggi berbanding
kumpulan lain. Syukur. Berbaloi susah payah itu. Itu ceritera tugasan
pertama.
Tugasan
kedua pula buat kajian
perpustakaan sahaja. Tetapi bertuahnya mendapat giliran pertama perbentangan.
Di saat orang lain masih boleh goyang kaki di awal semester, kami sudah
bertungkus lumus sediakan slaid untuk bentang. Kelas amali perlu dua kali
bentang. Alhamdulillah, lepas bentang lega. J
***
Jujurnya,
aku sukakan kelas subjek ini. Dr. Fadzilah memang tak terkenal kepakarannya. Dibantu
Cik Junaida pula (guru yang sedang buat PhD) memang sangat seronok. Selingan
cerita akan pengalaman yang sedang dilalui di sekolah, mencuit hati. Sedikit
sebanyak kami didedahkan dengan keadaan semasa di sekolah. Sebab itu aku
menggemari jika penunjuk ajar amali terdiri daripada guru yang sedang sambung
belajar. Dalam kesibukan mereka, ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Aku
doakan Cikgu Junaida dapat habiskan PhD tahun depan. Kita konvo sama-sama ya!
J
~Konklusi~
Subjek
ini merupakan killer paper dalam
bidang pendidikan.
Terutama sekali bagi kami pelajar PBMP yang
selesa dengan huruf tetapi kena mengira pula dan ada graf-graf keluk-keluk ni
sangat mencabar. Selepas belajar subjek ini betapa aku lihat pentaksiran di
sekolah sangat penting. Salah satu cara untuk menilai pelajar dengan cara
inilah. Pentaksiran sumatif dan pentaksiran formatif. Insya-Allah Ina suka
subjek ini tetapi nak dapat A tak boleh sekadar suka. Kena kuasai betul-betul
semua istilah tu. Mengira juga. Ini kertas kedua yang akan kuhadapi masa
peperiksaan nanti. Fokus Ina, you can
do it!
Dr. Fadzilah Abd. Rahman, terima kasih atas segalanya.
Kewibawaannya ketika mengajar di dalam kelas memotivasikanku untuk hadir awal
ke kuliahnya. (Kelas awal pagi tau)
Cikgu Junaida à Anda role
model kami. Anak kelahiran Sik,
Kedah ini ada bakat mengajar dan skil komunikasi yang sangat baik. Ina suka
mendengar cikgu bercakap. Faham. Jelas sangat. Beliau sambung belajar kerana memang
sifat cintakan ilmu tu. Konsep pendidikan sepanjang hayat ini sedang
dipraktikkan di depan mata aku. J
|
***Bersambung bahagian kedua, terasa panjang pula.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Subscribe to:
Posts (Atom)