REMINDER yang manis :)

16 December 2013

"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"

-----------------------------------------------------------------

Minggu ke-14 sudah. Esok, kelas terakhir untuk semester ketujuh ini. Pantasnya masa. Petanda apakah ini?

Sedang diri ini asyik menatap muka buku. Notis daripada grup PBMP SEMASA menyinggah. Oh, mesej peringatan daripada Dr. Ghazali Lateh sememangnya mengundang debaran di hati. Hanya mampu tekan butang suka seusai membaca. Kemudian, berperang di dasar hati. Setakat manakah perkembangan penulisanmu? Allah...permudahkan segala-galanya. 

Terima kasih Dr. Ghazali Lateh. Mesej ini jentikan kasih sayangmu. 

Sesuatu yang pasti, draf akhir penulisan projek ilmiah tahun akhirku sudah diserahkan kepada penyelia utama pada minggu yang lalu. Namun, sehingga ke hari ini masih belum punya apa-apa respon daripadanya. Ya Allah, permudahkanlah urusan Prof. Madya Dr. Jamaliah Abdul Hamid untuk memeriksa penulisanku. Semoga beliau berpuas hati dengan usaha yang telah aku lakukan.

Selamat bersedia untuk perbentangan projek ilmiah tahun akhir.
23 Disember 2013. Giliran kedua.

Semoga Allah redha. Mohon tembakan doa untuk saya kuat dan ikhlas menyelesaikan projek ini.

"Hubungan Kekerapan Penglibatan Aktiviti Kampus dengan Keupayaan Kepimpinan Dalam kalangan mahasiswa."

Dunia cinta. Lewat kembara di daerah ini.

2 Lontarkan KALAM anda:

fh said...

amin .. insyaallah ..

Kraf Nailofar said...

Syukron jazilan :)
May Allah bless you.