TINGKATAN ENAM
21 May 2013
Beberapa
hari yang lalu, keputusan permohonan UPU
telah keluar. Begitu juga panggilan ke matrikulasi juga telah diumumkan
beberapa minggu lepas. Ada yang berjaya dalam permohonan tersebut dan ada juga
yang tidak berjaya. Itu fitrah kan? Hanya yang memenuhi syarat dan berkelayakan
sahaja diambil. Kebanyakan mereka yang berjaya mendapat tempat ke
IPTA(panggilan pertama) dan matrikulasi merupakan mereka yang mendapat 7A dan ke
atas.
Tahniah
bagi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berjaya mendapat tempat
ke universiti dan matrikulasi. Bagi para pelajar yang tidak berjaya pula? Ke
manakah destinasi anda?
Bersama-sama
keputusan di atas, panggilan ke Tingkatan Enam juga ditawarkan kepada yang
layak. Ya, tingkatan enam juga berbentuk tawaran. Standart bukan? Walau
bagaimanapun, jalan ini bukanlah menjadi pilihan ramai.
“Apa class
kena pakai baju sekolah lagi. Tak rock la. Leceh giler”
“Form
Six tak best la, terikat dengan jadual waktu sekolah.”
“Memang
tak mau p form six, macam budak-budak je.”
Pelbagai
pendapat yang dilontarkan mengenai pilihan menyambung pelajaran ke Tingkatan
Enam. Benar pepatah Melayu ada menyatakan bahawa hanya jauhari yang mengenal
manikam.
Sekiranya
diperhalusi dengan teliti, apabila masuk ke Tingkatan Enam dapat diibaratkan
seperti sebelah kaki sudah berada di universiti, tinggal sebelah kaki lagi nak
melangkah je. Tambahan pula, tingkatan enam juga dikenali sebagai
pra-universiti. Benar penyataan ini. Tak percaya? Harus cuba dulu J
“Form
Six sekarang dah sama macam tahap universiti. Guna sistem semester. Sejibik U
dah la.”
Saya Graduan
Tingkatan Enam tahun 2009
Saya enjoy zaman tingkatan enam saya :)
Mengimbas kenangan lalu, amat manis
sebenarnya kenangan berada di Tingkatan Enam. Zaman yang penuh warna-warni. Enjoy
giler la senang kata.
Masa di tingkatan enam juga
merupakan masa untuk explore macam-macam. Maklumlah, kitalah yang paling
besar (dari segi umur ya, bukan fizikal). Jadi, ke mana-mana je adik-adik akan
respek. Akak-akak dan abang-abang tingkatan enam katakan. Kelas tingkatan enam
juga standart. Contoh masa saya belajar dulu kelas kami dihiasi permaidani.
Maknanya, masuk perlu buka kasut la. Seperti rumah gitu. Nama kelas pula guna
nama universiti. Persis berada di universiti dah la.
Selepas SPM dahulu, saya ada memohon
untuk ke maktab perguruan (sebut IPGM). Tetapi, rezeki tidak menyebelahi saya.
Sedangkan minat nak belajar dalam bidang pendidikan amat tinggi. Tawaran lain
saya tidak minat. Kerana apa? Mata dan fikiran sudah nampak dengan jelas akan
peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan melalui jalan STPM.
Bezanya mengambil pendidikan di universiti, berbanding lepasan SPM di maktab
perguruan.
Apabila keazaman telah membulat, apa
juga cabaran akan dapat ditempuhi dengan baik. Setelah bertungkus-lumus selama
hampir setahun setengah itu, akhirnya saya berjaya mendapat keputusan STPM yang
paling terbaik buat diri. Sehingga dinobatkan dalam kalangan enam orang pelajar
terbaik STPM dan saya seorang perempuan Melayu Islam tunggal. Alhamdulillah. Rezeki
saya di peringkat STPM.
Dengan keputusan STPM itulah saya
berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang pengajian yang
diidamkan. Dapat ke universiti dengan jurusan pilihan pertama permohonan amat
menggembirakan hati. Sangat mengujakan. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Alhamdulillah.
Namun, kejayaan yang diperoleh dalam
STPM bukanlah dicapai dengan mudah. Ia disusuli dengan pengorbanan yang tinggi,
usaha yang tidak pernah kenal erti lelah, bimbingan guru-guru, inspirasi
teman-teman tersayang dan juga berkat doa ibu bapa tersayang. Peperiksaan STPM
rata-ratanya berbentuk penulisan esei yang mengambil masa sekitar tiga jam
(waktu menjawab). Memang memerlukan konsentrasi yang tinggi. J
Khatimah
Ketahuilah bahawa tingkatan enam
merupakan tiket ke universiti. Bagi para pelajar yang tidak pasti atau masih
ragu-ragu dengan minat dan arah tuju masa hadapan, bidang kerjaya apa yang
diimpikan dan potensi diri, eloklah sekiranya memanfaatkan peluang dengan
mengikuti tingkatan enam. Tempoh masa setahun setengah itu menjadi medan
muhasabah untuk kalian mengenali potensi diri dan cuba menggali khazanah ilmu
yang terbentang luas. Tambahan pula, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti
sama pilihan kursus seperti lepasan matrikulasi. Malah, lepasan matrikulasi akan bersaing
bersama lepasan STPM untuk mendapat tempat ke IPTA.
Bagi anda yang masih keliru dan
mahukan pandangan serta pendapat bolehlah menghubungi saya. Usah malu bertanya,
nanti sesat jalan J Usah
terikut-ikut dengan pilihan rakan-rakan, mungkin ada yang mahu melanjutkan
pelajaran ke kolej-kolej swasta, politeknik dan kolej kemahiran yang lain.
Silakan, pilihan membuat diploma juga baik tetapi memerlukan tiga tahun
pengajian. Selepas itu pula untuk Ijazah Sarjana Muda mengambil masa sekitar
tiga hingga empat tahun. Agak memakan masa di sini.
Tepuk
dada, tanyalah diri anda.
Di sini
saya sertakan link grup STPM yang menghimpunkan mantan-mantan produk STPM
sebelum-sebelum ini. 99% sedang berada di IPTA tempatan.
“Kejayaan
milik insan yang tidak pernah berputus asa.”
“Jom
sibukkan zaman muda kita dengan perkara yang berfaedah. Contohnya dengan sibuk
menuntut ilmu.”
Sesungguhnya,
Allah mengangkat darjat orang yang berilmu dengan kelebihan yang tersendiri. Wallahua’lam.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
3
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
TENTANG IMPIAN DAN HARAPAN
"Gantunglah cita-cita setinggi langit.
Namun, gapailah ia dengan penuh kerendahan hati.
Bermimpilah, Allah akan memegang mimpi-mimpimu."
Semua insan punya impian.
Semoga semua impian itu membawa kita hampir kepada Allah.
Dari Allah kepada Allah.
*Butang huruf comel ini boleh didapati di Kraf Ina Nailofar. (Jemput LIKE)
Namun, mimpi dan angan-angan sahaja tidak cukup, harus berusaha untuk menjadikannya nyata.
Harus
berusaha untuk sentiasa keluar daripada dunia fantasi ke alam realiti. J
Jangan
berhenti bermimpi, tetapi, jangan juga berhenti setakat mimpi, harus berusaha
menjadikannya nyata.
Masa depan???
Kita yang mencorakkannya.
Mode : Merancang satu persatu cerita kehidupan selepas ini. Benar kata Imam Hassan Al-Banna, 'tanggungjawab yang kita ada melebihi daripada masa yang ada.' Semoga Allah redha.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
:: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :),
BAITUL MUSLIM,
BiCaRa Hearty,
CITA-CITA,
KELUARGA BAHAGIA,
Kraf Ina Nailofar
MENUJU TAHUN AKHIR PENGAJIAN
Sedar
tak sedar, aku sudah punya ‘Penyelia’ yang bakal menyelia sepanjang perjalanan menuju
destinasi akhir aku bergelar ‘siswi’ di Kampus Hijau ini. Semester keenam hanya berbaki seminggu lebih, cuti ulang kaji
seminggu dan peperiksaan akhir. Kemudian, semester ketujuh yang bakal
menyaksikan aku menghabiskan saki-baki subjek yang ada sebelum meninggalkan
bumi hijau ini untuk keluar berpraktikal. Rencahnya kehidupan kini…dan masa
yang ada terasa amat singkat. Allahurobbi.
Memilih Tajuk Projek Ilmiah Tahun Akhir
Taklimat awal telah diberikan oleh
Dr. Hj. Samsuddin Othman sekitar sebulan yang lalu. Melalui taklimat tersebut,
kami diarahkan untuk memilih tajuk yang betul-betul diminati. Paling penting,
boleh dibuat dalam jangka masa yang diberikan. Tak perlu terlalu gempak
katanya. Ini baru projek pertama. Dan diselitkan juga cadangan untuk
menjalankan penyelidikan hanya di kampus. Lebih mudah. Berbanding buat di
sekolah memerlukan urusan surat-menyurat untuk memohon kebenaran masuk sekolah
yang pastinya memakan masa untuk mendapatkannya.
Ada relevannya kata-kata beliau.
Namun, kerana memikirkan topik yang hendak aku kupas dan lebih seronok jika
respondennya murid-murid sekolah maka aku setkan fikiran untuk buat di sekolah.
Tambahan pula, aku punya hubungan yang baik (baca : kamceng) dengan
guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dahulu, maka tiada masalah untuk buat kaji
selidik di sekolah. J
Antara tajuk yang aku fikirkan untuk
tesis :-
·
Tinjauan
Pelaksanaan Program Majalah Dalam Kelas (MDK) Sebagai Bahan Bantu
Mengajar Kemahiran Mengarang.
·
Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Kesantunan Berbahasa Murid-Murid Dalam Perbualan Harian.
·
Peranan Pusat
Sumber Sekolah (PSS) Terhadap Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
·
Hubungan Konsep Kendiri
Dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik Bahasa Melayu.
·
Hubungan Minat
Membaca Dengan Tahap Penguasaan Kosa Kata Murid-Murid.
Isu yang
aku pilih seperti dia atas merupakan persoalan yang aku fikirkan mahu dikupas.
Ada yang banyak kajian lepas-lepas dan membantu untuk buat sorotan literatur dan
ada juga yang belum ada tajuk tesis berkaitan itu. Contohnya, Program MDK yang
amat aku minati tetapi kurang bahan rujukannya. Inilah yang menjadi cabarannya.
Malu Bertanya Sesat Jalan
Dalam kerumitan memilih tajuk yang
benar-benar menepati citarasa dan mudah mendapat rujukan, aku ada mendapatkan
pendapat dan pandangan beberapa orang senior terdekat dan guru-guru yang baik
hati.
v
Puan Solehah Abd.
Hamid
Beliau antara
insan terawal yang membantu aku, memberikan komentar tentang tajuk pilihan dan
cadangan untuk mengembangkan idea yang sedia ada. Perbincangan kami melalui
laman sosial muka buku. Pada waktu yang menjengah ke tengah malam. Terima kasih
cikgu atas kesudian anak didikmu ini! Ohya, ini sifu BM sewaktu aku di
tingkatan enam.
v
Puan Roni Samsuddin
Perbualan
kami menerusi telefon bimbit membuahkan hasil. Idea cikgu ini datang bercurah-curah.
Aku hanya bertanyakan apa senario di sekolah kini yang boleh aku kaji, maka dia
senaraikan kepadaku. Siap bagi cadangan, kesantunan berbahasa itulah yang
kononnya cocok denganku. Ya, aku berkampung sehari di Perpustakaan Sultan Abdul
Samad (PSAS) untuk mencari bahan berkaitan dengan topik kesantunan berbahasa! Ketemu
rujukannya tetapi memerlukan ketelitian untuk menghuraikannya. Beliau sifu aku
ketika mewakili Pesta Pantun dan Sayembara Puisi dahulu.
Seceria Wajah Penyelia
17 Mei
2013. Jumaat. Pertemuan kedua kami bersamanya. Aku, Zie, Fura, Dayah dan Asi
bertemu Dr. Jamaliah untuk bertanya dan berbincang tajuk kami. Habis pusingan
pertama. Masing-masing nyata belum berpuas hati. Apa yang mahu diukur?Tanya Dr.
Jamaliah bertubi-tubi. Hendak membuat
kajian mesti jelas. Statistik apa yang hendak digunakan. Allahurobbi. Ternyata pengetahuan
kami amat cetek. Tak terjangkau dek akal, huhu.
Pertanyaan
seorang sahabat yang cukup berhati-hati itu memecahkan segala kerumitan yang
ada. Pertanyaan tersebut ternyata membuatkan penyelia kami tersenyum lebar.
Manis sekali. Dan jawapan daripada Dr. Jamaliah melahirkan bunga-bunga bahagia
di ruang atma. J Cuma kami perlu mendapatkan persetujuan
daripada penyelaras PBMP tentang hal itu.
Usaha Mendapatkan Titik Persetujuan
Kami bergegas ke Bilik Penyelas.
Tetapi hampa, beliau tiada di bilik. Menghubungi beliau dan menunggu beberapa
minit. Akhirnya beliau tiba dan kami berbincang sehikmah mungkin.
Kata putus dicapai. Boleh jalankan
penyelidikan di luar bidang pengkhususan tetapi masih dalam ruang lingkup
pendidikan. Alhamdulillah J
Pertolongan Allah Datang Dari Arah Yang Tak
Disangka-Sangka
Kembali mendapatkan Dr. Jamaliah.
Usaha menghubungi beliau tanpa henti. Setelah penantian demi penantian,
akhirnya jam 3 janji temu kami. Pertemuan kali kedua. Hari yang sama. Drastik
sekali. Itulah aturan Ilahi. Hujan rahmat mengiringi petang Jumaat itu.
Dengan wajah yang tenang, beliau
membuka data dapatan kajian beliau. Dalam masa yang kurang sepuluh minit, lapan
tajuk telah tersedia di hadapan kami. Hanya tunggu pilih dan bahagi antara kami
berlima. Senyum pada mentari yang berada di hadapan.
“Hubungan Kekerapan
Penglibatan Dalam Aktiviti Kampus Dengan Keupayaan Kepimpinan Dalam Kalangan
Mahasiswa.”
(Bittaufiq wannajah
Ina Nailofar)
Jujurnya, tajuk ini sangat mencabar.
Bukan kerana ruang lingkupnya di luar bidang BM tetapi sebab memang mencabar la
J Bertepatan dengan
penglibatan aku dalam kepimpinan kelab memang seakan kena dengan keupayaan
diri. Ya Allah, permudahkan segala urusanku untuk menyantuni tugasan tesis
akhirku ini.
Mahu Senyuman Ceria
Sang Penyelia Itu Terus Terukir
Kepercayaan yang penyelia berikan
ini merupakan peluang emas yang perlu dimanfaatkan. Sebijaknya. Meskipun banyak
rujukan dalam bahasa Inggeris, tetapi aku harus positif. Inilah masanya untuk
aku kembali memungut kekuatan untuk memperbaiki penguasaan bahasa ini. Usah
berdalih lagi J
Kami berlima perlu usaha sekeras
tenaga untuk mencari bahan rujukan literatur dan membuat persediaan untuk sesi
perbentangan yang akan diadakan seminggu lebih dari sekarang.
Berjalan Tanpa Henti
Langkah untuk menukangi tesis ini
baru sahaja bermula. Aku tahu bukan mudah untuk berjaya. Bukan mudah nak
hasilkan penulisan ilmiah ini. Pasti banyak pengorbanan yang perlu aku
korbankan. Ya Allah, semoga aku benar-benar bersedia mental dan fizikal untuk
berhadapan ini. Besar harapanku agar kajian ini dapat dimanfaatkan dalam gaya
hidup sehari-hari.
Hakikatnya
kita dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Semua orang merupakan pemimpin
dan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya. Jadi, keupayaan
kepemimpinan ini tidak perlu dipertikai lagi. Mendepani isu mahasiswa kampus
kini yang dilihat lesu dan suka membisu. Tak suka melibatkan diri dengan
aktiviti luar. Hanya 3 K (Kolej, Kafe dan Kuliah). Semua ini merencatkan
perkembangan sahsiah seorang insan. Bagaimana Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERI berdasarkan kepatuhan dan
kepercayaan kepada Tuhan mampu dicapai? Matlamat kita tinggi, pemupukan ke arah
insan kamil. Allahurobbi.
Isu ini
menarik untuk dikupas. Kumohon kekuatan daripada Allah SWT, permudahkan
usahaku. Semoga aku mampu belajar banyak perkara daripada tesis ini. Kurniakan
aku kesihatan yang baik untuk merealisasikan amanah ini. Pastinya dalam jangka
masa yang diberikan. Satu semester kini bukanlah jangka masa yang lama dan
tidaklah terlalu singkat bukan? Positif untuk jadi lebih kreatif dan inovatif.
Insya-Allah.
***
Menulis tesis??? Amanah
yang akan dipersoal. Senyum pada mentari yang berada di hadapan. J
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
:: KBM UPM dihatiku :),
:: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :),
FYP,
Tahun Akhir,
Tesis
PESTA BUKU 2013
02 May 2013
PWTC…Ina Nailofar datang! J
Bukti semangat yang tiada tara. Hari Jumaat, hari
pertama Pesta Buku. Syukur, bangun pagi tengok telefon, ada mesej masuk. Kelas
En. Addy batal! Yeay….alhamdulillah. Setelah berjaga malam mengedit tugasan
yang perlu dihantar, mata pun seakan beruang panda (sedikit saja…hoho) maka ini
peluang terbaik untuk berehat-rehat pagi itu. Maka, perancangan ke Pesta Buku
semakin mekar bak bunga kembang pagi. Usai mendobi dan mencari bahan untuk
perbentangan FYP, Ina bersiap untuk ke Pesta Buku. Selepas zohor yakni usai
orang solat Jumaat, seorang sahabat dunia dan akhirat(Insya-Allah, moga Allah
izinkan ) telah sedia datang menjemputku untuk ke PWTC. Ingat lagi, masa itu
ada seorang insan yang menghantar mesej dan siap update status di muka
buku. Cemburu akan daku. Hoho….Kak Jamilah! J
Alhamdulillah,
langkah mula dipermudahkan. Walaupun hujan sedikit gerimis sebaik sahaja
melintasi kawasan bandaraya namun itu hujan rahmat J Nampak sahaja
papan tanda ke PWTC, terus berbunga-bunga hati. Seronok. Tahu tidak perasaan
itu?
Untuk mudah, kami
naik ke tempat letak kereta di bahagian atas. RM10 ok? Baik. Itu bayaran yang
harus dibayar untuk masuk ke PWTC dengan selesa. Syukur. Kelihatan budak-budak
sekolah yang setia menyarung uniform sekolah. Ramai. Sangat. Ini mengingatkan
Ina akan tujuan asal ke mari hari ini adalah untuk menghabiskan baucer buku
kawan…hehe Jujur…dah orang pelawa nak
belanja. Itu rezeki kan? Mana mungkin Ina tolak… J Ina manfaatkan dengan membeli buku rujukan
adik-adik dan adik dia juga. Setelah Ina tanya baru dia ingat adik-adiknya.
Haru sungguh. Maka, calon guru cemerlang ini pun memilih set koleksi soalan
untuk adik-adik. Habis satu baucer buku di Penerbitan Sasbadi. Hampir satu jam di booth itu. Pilih buku punya
pasal dan beratur membayar. Ina baik, mengalah bagi budak-budak sekolah bayar
dulu…hehe
Ziyah dan Zimah...Makanan untuk kalian.
Berhenti solat.
Kemudian, kembara buku diteruskan. Jalan punya jalan, berkenan di Galeri Ilmu.
Dua buku disambar dan cukuplah satu baucer buku. Misi complete! Nampak booth
ITBM. Singgah. Nampak buku yang berguna untuk tugasan kuliah. Sahabatku itu,
bawa keluar telefon dan ambil butiran untuk bibliografi. Awas, jangan tiru aksi
ini. Ohya, Ina beli buku Antologi Syair
Dr. Ghazali Lateh. Tengok jam hari dah petang. Sekitar jam 6.30 petang kami
beredar.
Dalam hati belum
puas. Nak datang lagi. Hati yakin. Pasti
datang lagi. Pastinya dengan bajet dan ongkos sendiri pula. J
***
Kali kedua.
Cuti
Umum 1 Mei manjadi medannya. Kali ini, mengotakan janji untuk melunaskan
pertemuan dengan seseorang. Perjalanan ke sana dipermudahkan. Niat hati nak
tunggu bas KTM tetapi pertolongan Allah datang dari arah yang tidak
disangka-sangka. Kawan rumet, kebetulan lalu jalan yang sama. Kereta dia masih
muat dan Ina dan Oya Nazira beriringan ke KTM Serdang. Cuti umum rupa-rupanya
KTM agak lewat. Hampir empat puluh lima minit berdiri, akhirnya KTM datang….dengan
kepadatan yang tidak terkira. Tetapi usaha juga masuk. Alhamdulillah, untung
badan muat. Hihi…jika tak berebut, pasti belum dapat naik. Naz turun di BTS dan
Ina meneruskan perjalanan ke Putra. Dalam hati, kesian orang di sana menanti.
Ina selalu lewat bila janji temu dengan beliau. Memang masih belum cukup integriti
pada masa ni, huhu
Target nak sampai
10.30 di Putra tetapi lewat 5 minit…Tak mengapa, janji sudah menapak ke PWTC….sangat
ramai orang. Sudah terbayang lautan manusia yang bakal kuredahi…hehe Akhirnya, masuk ke PWTC. Mencari kelibat
seseorang yang berada di bahagian pentas utama. Mesej punya mesej….akhirnya
dari jauh kunampak seseorang yang manis bertudung serba ungu. Itulah dia, Ila
Husna. Alhamdulillah, Allah temukan kita jua J
Berjalan
beriringan. Mencari tempat makan. Penuh. Jalan-jalan tingkat atas pula. Alang-alang
naik. Beli buku dulu. Turun bawah kembali. Makan sambil bertemu penulis, Kak
Maz namanya (rakan Ila Husna). Berbual
dan dapat kurasai pengalaman menulis mereka. Berkawan dengan penulis. Hanya aku
yang belum berhasil. Hoho…macam mana nak ada hasil kalau tak menulis…hehe Akal menjentik sejenak.
Jujurnya, buku yang
Ina target semua dapat beli. Untuk Babu Zufar, untuk diri dan untuk adik-adik.... Dengan bajet RM200 nah… J
kupulang dengan baki yang cukup-cukup untuk bayaran pengangkutan. Tawakal
sungguh dan bukti kecintaan. Memadai dengan keperluan membacaku.
Rezeki Pesta Buku 2013
Inginku dedikasikan
di sini…untaian bait kata buat seorang teman…
Ila Husna.
Semanis nama.
Manis sekali berbusana serba ungu.
Semanis itu juga…. senyum yang terukir di wajahmu.
Sabar menanti tanpa jemu.
Diri ini yang sering kelewatan.
Terima kasih, kak…menemaniku.
Mengisi ruang masa yang ada. Bersama.
Terima kasih kak…Tuah berteman penulis.
Bisa menumpang diskaunnya. J
Usah serik bersamaku. Lain kali. Di lain waktu.
Insya-Allah bertemu lagi.
Nota = Pesta Buku kali ini memugar semangat yang kelam. Insya-Allah...Yakin dengan janji Allah. pasti. Jom usaha...
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
2
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
Ila Husna,
Pesta Buku PWTC
PESTA BUKU (Sorotan kenangan)
Tahun ini. Tahun ketiga berada di kampus Hijau.
Bermakna…pejam celik, pejam celik… sudah
masuk kali ketiga aku berpeluang merasai kemeriahan Pesta Buku di PWTC. Namun,
hingga saat ini belum ada momen kenangan yang dibingkaikan dalam entri blog ini.
Kenapa ‘rajin’ sangat sih? (*^-^*)
Memori silam menjengah. Adegan kenangan muncul satu
persatu.
Kenangan pertama kali ke Pesta Buku (Tahun 2011)
Keluar beriringan dengan Zulaikha Ibrahim dan Izwani,
tunggu bas UPM untuk ke KTM Serdang. Dalam masa yang sama telah bersepakat
dengan sahabatku, Liana Aziz. Waktu Liana masih belajar di KPTM Bangi. Kami
berpakat untuk bertemu di KTM Bandar Tasek Selatan(BTS).
Takdir Allah memang
indah. Perancangan berjalan dengan baik. Kami bertemu di BTS. Ingat lagi, riang
tak terkata apabila bertemu. Sahabat sejatiku. Kami bersama beriringan ke LRT
PWTC. Memanfaatkan detik masa bersama. Ina ingat lagi, tahun pertama ni Ina
beli Al-Quran pink. Memang target nak beli ni. Alhamdulillah dapat juga miliki
Al-Quran kecil terjemahan. Setelah Ina
amati, besar hikmahnya. Al-Quran…itulah sebaik-baik kitab yang perlu dibaca dan
fahami. Memang menghabiskan masa dengan Liana. Mujur Liana arif tentang selok
belok jalan di sana. Kalau harapkan Ina, pengalaman pertama katakan, memang
tak tahu langsung la.
Kitab terbaik di dunia.
Teman usrahku. Terapi jiwan muslimahku.
Paling menyengat di
fikiran, masa nak balik. Kami naik KTM Pelabuhan Klang. Rancak punya berbual,
rupa-rupanya terlepas stesen. Bila sedar dah berada di Maluri kot…haha.
Bergegas turun dan tukar haluan.
Kenangan pertama bersama
sahabat baik ini tak mungkin Ina lupakan. Perkenalan yang terbina di Kem
Outreach Peringkat Kebangsaan ketika sama-sama mewakili Pulau Pinang pada tahun
2006 sangat berkesan di hati. Kemesraan terbina dengan utusan surat-surat yang
mengakrabkan kami. Seterusnya, ICT Klang menjadi medan pertautan hati kami.
Kita akan lebih mengenali seseorang itu apabila pernah keluar bermusafir dengannya,
bukan? Liana…rindu kamu. Semoga Liana dapat praktikal dengan baik di Tabung
Haji dan struggle menekuni tesis akhirmu. Sedar tak sedar, sahabatku ini dah
menjadi tunangan orang. Allahuakbar.
Kenangan kali kedua ke Pesta Buku(Tahun 2012)
Tahun lepas. Ina diasak dengan tuntutan belajar yang
maha mencabar. Hampir-hampir kumengetepikan hasrat hati untuk ke Pesta Buku. Tetapi,
tahun lepas merupakan tahun bermakna untuk seseorang yang turut bertakhta di
hati. Siapa tu? Ce teka….haha…Pastilah insan yang istimewa di atma. Jamilah
Mohd Norddin.
Tahun lepas kan
pelancaran novel pertama Ila Husna iaitu Friends Forever terbitan Galeri Ilmu. Masih
ingat lagi, Kak Jamilah punya mesej tanya bila nak datang. Ina diasak dengan
seribu satu persoalan. Antara keinginan dan harapan. Rindu kot nak pergi Pesta
Buku. Aura tu dengan sangat. Jadi, selepas berakhirnya Program Tunas
Kecemerlangan Di SMKA Maahad Hamidiah, Ina terdengar perbualan Kak Ummi dan Kak
Liyana Salim untuk ke Pesta Buku. Pucuk dicita, ulam mendatang. Bagaikan orang
mengantuk disorong bantal, begitulah…kiranya kami naik teksi untuk komuter dan
PWTC, Ina datang. Terbayang lagi wajah Ila Husna yang sabar menanti di sana.
Dalam keriuhan orang ramai, kami bertemu. Ingat lagi, masa itu dek poket yang
kering..sebab apa yea???Ohya dah pergi on the spot jadi memang tak
keluarkan duit. Selain itu, catuan duit untuk ke Medan yang menyebabkan kejimatan
tiada tara. Tetapi dah tengok buku. Mana boleh tahan. Beli tetap beli. Buku
yang memang Ina target masa itu ialah Buku I Wanna Be A Writer karya
Ummu Hani.
Pesta Buku 2012
memperlihatkan kemesraan antara Ina dan senior PBMP ini. Yelah, waktu Kak Ummi
masih solo (*^-^*). Juga sempat berbual mesra dengan Kak Jamilah. Walaupun tak
lama tetapi amat rasa ukhwah yang terjalin.
Pesta Buku 2013????? Bersambung di entri seterusnya.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
Ila Husna,
Pesta Buku PWTC
Subscribe to:
Posts (Atom)