Satu kata berutus cinta
10 September 2013
Banyak peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Ada berbaur kejutan, ada yang mengundang aliran deras mutiara jernih dan ada
yang membuahkan keinsafan dek tarikan sekejap nikmat kesihatan. Semua ini
sedikit sebanyak mengubah kehidupanku. Sekali pandang ia berlaku seakan terlalu
drastik. Namun, aku pasakkan keyakinan dalam hati. Setiap yang berlaku itu ada
hikmahnya. Yakin dengan sebenar-benar yakin.
Melalui
dua hari di kampus hijau ini, memberi persepsi baharu dalam diri. Bagaimana aku
memandang sesuatu itu. Bagaimana tafsiran aku terhadap perkara yang berlaku di
hadapan mataku. Allahurobbi…benar, rupa-rupanya Allah hadiahkan aku dengan sesuatu.
Pandang dari sudut positif, dua hari berturut-turut waktu petangku terisi.
Buku-buku menjadi peneman setia. Alhamdulillah, sekali harung khatam semua.
Sampai tahap ini, nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan duhai diri? Sedar dan bersyukurlah J
Satu buku yang merubah paradigma aku tentang rezeki. Keikhlasan penulis dapat kurasakan. Proses penerimaan buku yang tepat pada masa dan tika yang sepantasnya. membawa aku ke suatu daerah yang baharu. Insya-Allah.
Al-fatihah buat arwah. Aku kagumi semangat dan fikrah perjuangannya.
Puan Mawar, Allah uji tanda mahabbah kan? Embun dan Kekwa, membesarlah kalian menjadi untaian rantai penerus perjuangan ayahandamu. Izinkan aku bertemu mereka, ya Allah.
Hari ini
melihat promosi buku yang aku idamkan sekian lama. Pantas sahaja tangan ini
menaip ayat untuk membuat tempahan. Sedangkan aku buat-buat tidak sedar akan baki
wang dalam akaun hanya tinggal cukup-cukup untuk hidup di kampus hijau ini.
Duit sara hidup masih belum kunjung tiba. Jika ditakdirkan semester ini terjadi
kelewatan kemasukan wang seperti semester lepas yang memakan masa hampir empat
minggu lamanya. Bagaimana untuk kamu meneruskan kehidupan? Hendak meminta
kepada keluarga? Mulutmu amat berat sekali. Egokah aku? Mahu makan mee segera? Senyum.
Berpuasa? Insya-Allah. Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini. Sungguh aku cinta akan
ilmu. Mana mungkin untuk aku lepaskan buku yang sekian lama aku dambakan.
Melihat nombor stok yang ada Cuma 20 buah, maka aku perlu merebut peluang ini.
Ya Allah, permudahkan urusan penerimaan wang biasiswa untuk semester ini. Aku
yakin bukan aku sahaja yang memerlukannya, sahabat-sahabat yang lain juga
memerlunya. Demi sebuah ketenangan hati. Untuk terus menekuni semester ini
dengan jiwa yang bahagia. Bukankah itu hak kami?
Ceritera tentang persahabatan. Aku letakkan
kepercayaan buat si dia. Aku sayangkan dia sebagai sahabatku kerana itu aku
berkongsi rasa. Aku berkongsi cerita. Semoga keikhlasan ini membuahkan
kemesraan di hatinya. Bersahabat bukan setakat mahu bersama di dunia, bahkan
jauh lagi matlamat yang ingin kita capai. Bersama hingga ke Syurga. Ajari aku
untuk sentiasa memperbaiki diri ya sahabat.
Hari Selasa hanya tinggal beberapa jam lagi. Tarikh
akhir untuk penghantaran draf satu penulisan tesis penuh hanya tinggal dua
hari. Apa yang kau sedang lakukan sekarang? Mengapa masih belum bergerak? Giat
mara membuka fail dan mulakan sayang. Meskipun rasa payah, rasa terpaksa,
hadirkan segenap tumpuan hati. Insya-Allah, andai benar ikhlas dan gigih
berusaha, pasti ada jalannya. Berusaha sementara ada masa. Bukankah Allah
mengajarkan kita untuk berusaha bukan sekadar menunggu dan berharap draf itu
lengkap sendirinya.
“Terlalu banyak yang ingin kau lakukan saat ini,
namun, pilihlah yang utama. Kamu pasti akan bahagia.”
Salam inspirasi,
Ina Nailofar, bumi Serdang UPM.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
:: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :)
Bumi Hijau UPM
09 September 2013
*Satu*
Hampir tiga
bulan membiarkan laman blog ini sepi dan kaku. Tiada sebarang kemaskini. Ke
manakah kau menghilang selama ini?Dush…cubit pipi diri sendiri.
Dua bulan
cuti semester yang lalu. Berapa kali kau berulang-alik? Perjalanan dari UPM ke
Penang, Penang ke UPM dan UPM ke Penang semula untuk tuntutan projek ilmiah
tahun akhirmu. Allah Maha Mengetahui niat hatimu yang teringin benar untuk
merasai nikmat berpuasa dan Ramadhan di bumi barakah tanah hijau ini maka
diberi kesempatan melalui tugasan ini untuk merasainya sekali lagi. Solat sunah
tarawikh di Masjid UPM bersama Hidayah dan Safura, berbuka puasa dengan Hidayah
di The Mines, berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan
Rukaiyah Bangi dan merempit ke Pasar Ramadhan Serdang. Suatu pengalaman yang
terlalu mahal harganya. Namun, mulut masih juga merungut itu dan ini.
Mengapakah masih tidak bersyukur?
Mak tok
datang berpuasa di rumah. Sebulan puasa di rumah anak-anak. Ina minta maaf Mak
Tok andai tidak meluangkan masa yang cukup bersamamu. Ini baru berdepan tugasan
sudah tergugat masa, bayangkan bila kau sudah berkeluarga kelak. Muhasabahlah
duhai diri. Walau sesibuk manapun dengan hal ehwal dunia, jangan pernah kau
abaikan insan-insan tersayang.
*Dua*
Bulan Syawal
yang lalu melakar banyak kenangan. Alhamdulillah, tahun ini Allah masih memberi
rezeki untuk pulang beraya di kampong halaman. Negeri Kelantan yang selalu
dekat di hati. Jujurnya, aku sukakan suasana hidup di negeri Cik Siti Wan
Kembang ini. Aman, damai dan meriah J Raya kali ini
masih terasa kehilangan. Pemergian Bak pada tanggal 5 Mei 2013 yang lalu masih
berbekas di nubari. Setiap tahun beraya dengan arwah, tahun ini memang terasa
kekurangan. Al-fatihah untuk arwah Bak, Yusoff bin Yaakob. Semoga Allah
memberkati bak di sana.
Syawal kali
ini juga melakar memori yang tersendiri. Tanggal 24 Syawal 1434H bersamaan 31
Ogos 2013 telah menjadi satu tarikh yang berharga dalam hidup. Fasa kehidupan
meningkat ke satu takah hidup yang baharu. Sehebat mana kau merancang di atas
kertas, perancangan Allah jauh lebih baik. Tiba saat ini, aku redha dengan
segala yang tersurat. Everything happen for a good reason!
Usai
peristiwa tersebut, aku dilanda virus demam yang maha dahsyat. Sudah jenis yang
jarang demam, jadi sekali jatuh sakit memang betul-betul sakit. Insya-Allah,
aku sangat yakin. Itu kafarah dosa-dosaku. Ya Allah, ampuni daku!
Penutup
Syawal menyaksikan kepulanganku ke kampus ditemani Mak, Abah dan Iwan. Terima
kasih ya Allah kerana mengurniakan aku kedua ibu bapa yang baik dan memahami
jiwa anak gadisnya ini. Menghantarku pulang ke kampus untuk semester akhir di
bumi UPM ini, insya-Allah. Sedar tak sedar, air mata mengalir laju seusai
keberangkatan mereka pulang ke Penang.
*Tiga*
Bazar
Persatuan sempena Minggu Perkasa Putra 2013. Sungguh aku tak sangka akan berada
di sini lagi untuk kali ketiga sebagai menyambut adik-adik baharu dan mempromosikan
kelab. Sekali bersama Kelab Pantun dan Puisi Cenderawasih, UPM; dua kali
bersama KBMUPM. Banyak pengalaman yang kuperoleh selama kurang lebih empat jam
di Bukit Ekspo tersebut. Paling seronok apabila terserempak adik-adik Asasi KPZ
yang mengenali diri ini. Akak KPZ kan? J Terhibur rasa melihat 1001 karakter pelajar-pelajar
baharu ini. Semua masih segar dan bersemangat untuk memulakan kehidupan di
kampus. All the best adik-adik. Akak tinggal satu semester sahaja lagi
di sini untuk bersama kalian. Time to all out.
Juga
persiapan bazaar persatuan KBM yang serba meriah. Aku kagumi semangat saf
qiyadah KBM. Al-Banna, YB, Fazri, Aima, Nisa, Kak Dila, Rifqah, Mat KL, dan
lain-lain….aku kagumi gerak kerja kalian. Semoga terus bermanfaat untuk ummah.
*Empat*
Cuti
semester sudah melabuhkan tirainya. Selesai hari pertama kuliah. Kelas Kaedah Mengajar
Bahasa Melayu menjadi perasmi. Ina ke dewan kuliah bersama Kak Janah. Memakai baju
kurung cotton jahitan pertamaku J Kelas pertama sudah mendapat tajuk tugasan.
Alhamdulillah syukur, Ina dapat tajuk yang kena dengan diri. Mengajar menggunakan
medium blog. Allah….Terima kasih atas segala-galanya.
*Lima*
Esok,
peperiksaan UPSR akan bermula. Adikku Nur Hazimah bakal menyahut cabaran
tersebut. Kudoakan semoga adikku dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang.
You can do it! Begitu juga dengan adik sepupu, Aiman dan adik abang Zul,
Hakimi. Kalian sudah berusaha, yakinlah…kalian pasti berjaya. Insya-Allah.
Dan
menjelang peperiksaan besar ini juga mengingatkan aku akan projek yang sedang
diusahakan bersama seorang teman. Projek penulisan novel. Ya Allah, permudahkan
kami untuk menyiapkan penulisan tersebut.
*Enam*
Jadual
semester tujuh yang tenang dan harmoni. Semoga hari Jumaat kekal tiada kelas J Untuk memberi laluan kepada penulisan projek tahun
akhirku. Kekerapan penglibatan aktiviti kampus dengan keupayaan kepimpinan
dalam kalangan mahasiswa. Suatu amanah yang perlu aku lunaskan.
*Tujuh*
Hari ini
usai membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Suka baca buku ini. Memang menjadi
sumber inspirasi aku untuk terus menukangi projek Kraf Ina Nailofar. Teringin
nak tulis ulasan untuk buku tersebut. Insya-Allah.
*Lapan*
Kraf Ina Nailofar
sudah ada blog sendiri. Akan dikemaskini dari masa ke masa. J
“Ya Allah, berkatilah detik masa yang sedang aku
lewati.
Kurniakan aku ilham untuk mensyukuri setiap perkara
yang aku miliki kini.”
Syukur, Alhamdulillah. J
Salam ceria dan salam inspirasi,
Ina Nailofar. 1:07am. 10/09/2013.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Subscribe to:
Posts (Atom)