JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

27 October 2011

Salam Sejahtera dan salam ingatan yang berterusan.

Lama tidak sertai segala macam segmen anjuran Blogger ni...kebetulan malam ini, tatkala memerah keringat (yeke?haha) membuat tugasan, kusinggah sebentar ke blog rakan dan tertawan hati la untuk sertai segmen ni. Maka.... :)

Jom Join Kempen Tingkatkan Jumlah Followers


Anjuran :
Terjah Bicara@Azim Razak
( Jom la, kita pakat join ramai-ramai. Support rakan blogger. InsyaAllah ada faedahnya. )

Tempoh masa kempen : 
23/10/2011 - 29/10/2011 hingga jam 12.00 tengah malam
( tengok jam, sempat lagi kan. Ramai dah join, anda bila lagi? )

"Jom berkumpul dan berkenal-kenalan."

JOM PAKAT KE PESTA KONVO UPM

15 October 2011

Tiada kata pembuka seindah lafaz mulia, "Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam kemesraan yang berpanjangan...."

Lama sekali tidak menitipkan sesuatu di laman ini. Setelah menjejaki kaki kembali ke Kampus Hijau ini, selama itulah blog ini kubiarkan sepi. Ada sesuatu perubahan yang menanti di blog ini :)

Detik waktu yang dilalui kini terasa penuh sekali, ada saja keperluan yang perlu kupenuhi saban hari. Ya, hidupku terisi! Namun, ada sesuatu yang ingin kulakukan yang belum punya kesempatan untuk kulunaskan. Jika telah tertulis 'perkara itu' rezekiku, pasti tertunai suatu hari nanti. Semangat buat diri, haha...

Kembali ke tajuk entri setelah melalui mukadimah yang panjang! Pesta Konvo UPM kembali lagi. Jika tahun lalu, akulah yang paling teruja melihat kemeriahan pesta konvo ini, ( yelah tahun pertama di sini namun.. ) tahun ini...rasa seronok itu ada, yelah pelbagai macam barangan, makanan dll yang dijual ketika ini...( ada ke patut bab itu yang kufikir, haha ) Boleh shopping kan!hehe...namun, kebersamaan minggu ini bersama 'test 1', mengundang cabaran buat diri untuk fokus itu ini...Ya, itu ini! Mood pening sebenarnya... :)

Straight to the point, kepada warga Kampus Hijau atau sesiapa jua kaum kerabat blogger yang tinggal berdekatan kawasan ini...jemput singgah ke mari...



BOOTH JUALAN KBMUPM [SI INTERPRISE] 


MACAM-MACAM ADA :)

1. PRODUK ANA MUSLIM
2. BUKU ILMIAH & NOVEL KELUARAN PTS
3. BUKU ILMIAH & NOVEL KELUARAN PUBLICATION LAIN
4. TUDUNG LABUH BIDANG 50 & 60
5. STOKIN TANGAN/STOKIN KAKI
6. PURDAH
7. BROOCH CUTE
8. BUTTON BADGE
9. TEMPAHAN T-SHIRT KBM & T-SHIRT MUSLIMAH KBM

DAN?????

BANYAK LAGI... ^___^

JEMPUT DATANG YE... AJAK KAWAN2...

10 PAGI HINGGA 9 MALAM....
GERAI NO.20...JUMPA DI SANA!



*******************************************

Minggu hadapan bakal melalui cuti pertengahan semester, yahoo! Sebelum itu, punya tugasan yang perlu dihantar sebelum pulang bercuti. Tidak kurang juga, tugasan yang menanti untuk dihantar selepas pulang bercuti. Sebelum itu, fokus TEST 1, masih berbaki 2 subjek lagi. Tempahan analisis daripada Cikgu Habsyah. Duty bazar konvo + kiosk + latihan drama + hal ehwal Program Tunas yang ditunda. Tiket bas belum dibeli. Ahhh.... Semoga dipermudahkan segala urusan dan kekal tabah dan kuat melalui kolej hayat ini. :)