.: Selamat Berjuang sahabatku :.

27 June 2009


Hari ini bertarikh 28 Jun 2009 bersamaan dengan 5 Rejab 1430...
Seorang 'sahabat'ku akan melangkah ke Menara Gading.
Tahniah ku ucapkan kepadamu.
Amat bertuah dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang bersesuaian dengan minat dan kebolehanmu.
Doaku dari kejauhan ini...
Semoga kau dapat berkuliah dengan baik
Menjalankan tugas kepimpinanmu dengan adil
Mengimbangi tuntutan duniawi dan Ikhrawi
Sentiasa menjadi diri sendiri
Dan berjaya menamatkan pengajian sebagai seorang Pendidik yang berdedikasi!
InsyaAllah...

Setahun usia perkenalan kita...
Namun, keakraban kita
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Yang memahami bisa mengerti.
Terima kasih sahabat,
Menerima kuseadanya...
Segala semangat yang dikau berikan takkan kulupa
Kuhargai kehadiranmu dalam hidupku.

Ya Allah,
Kumohon pada-Mu
Berkatilah kehidupan sahabatku
Sinarilah hatinya dengan Cahaya Keimanan-Mu
Berikan dia keteguhan hati
Dalam melayari kehidupan di tempat orang.
Ya Allah,
Mudahkanlah jalanku untuk menghadapi peperiksaan
Berkatilah segala usaha yang telah, sedang dan akan kulakukan.
Sesungguhnya,
Ku jua ingin bersama sahabatku
Menjejaki persada ilmu
Menggapai cita-cita yang diimpikan.
***Sahabat...pertemuan pasti ada,
jika kita ditakdirkan bersama!
- NaiLofar -



.: Segalanya bermula di sini...:.

.: Kem Integriti Remaja :.
12 hingga 14 Jun 2009
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
Seri Ampangan
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang berperibadi asertif, bijak merangsang minda dan membentuk label positif dalam fikiran
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Mahmod bin Zakaria, Adun Sungai Acheh.
Anjuran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri dan PERDA.
Telah disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas sekitar Negeri Pulau Pinang.
Para peserta program telah dibimbing oleh :
Motivator 1 - Che Ahamad bin Daud
"Perkongsian kisah kehidupan sebenar dan pahit manis perjuangan sehingga meraih Pingat Emas Canselor UPSI 2002"
Motivator 2 - Pak Awang ( Kaunselor SMKK )
"Meniupkan semangat dalaman"
Motivator 3 - Cikgu Z ( Kaunselor SMKANT )
"Membina keyakinan diri"
.: Lensa kamera :.







.: Sekitar USM yang indah :.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain".
***Moga berjaya dalam STPM 2009...IPTA 2010.
InsyaAllah...
Apabila anda sudah bersedia bagi kecemerlangan,
bermakna anda sudah pun menang separuh daripada perjuangan.
( Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad )
-Kenangan lalu...memori indah...masa hadapan -



Sebuah bingkisan...



BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan.


Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:


1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.

2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.

3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.

4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..



Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.


Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti. Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut.


Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik." Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.


Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu. Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya. Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.


Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya iaitu: Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya...


Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari. Amin....
"Selamat Beramal...."

.: Bengkel Membaca SMKSE 2009 :.

26 June 2009

Bertempat di Bilik Gerakan telah berlangsungnya Bengkel Membaca SMKSE '09 anjuran Kelab Pengguna dan mendapat kerjasama daripada pihak DBP Wilayah Utara.

Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Dr Abdul Razak bin Hj Dali, sememangnya pakar dalam bidang kajian membaca. Pelbagai teknik membaca secara efektif telah dibongkarkan bersama-sama para peserta. Ohya, peserta sasaran untuk bengkel ini ialah pelajar tingkatan 5 dan 6.

Antara input-input yang diperoleh :
Teknik SQRRR
SQ - Survey & Question ( aktiviti sebelum membaca )
RR - Read & Recite ( aktiviti semasa membaca )
R - Review ( aktiviti selepas membaca )
Teknik PQ4R
P - Preview
Q - question
R - Read
R - Reflict
R - Recite
R - Review
Kaedah Tanya Menteri - untuk penulisan esei
Esei Sej - Plan, Action, & Goal dll
Semua pengisian bengkel ini adalah persediaan ke arah menghadapi peperiksaan.
"Apabila anda sudah bersedia bagi kecemerlangan,
bermakna anda sudah pun menang separuh daripada perjuangan".
- Dr. Tengku Asmadi b. Tengku Muhamad -
Antara cenderahati yang diperoleh daripada bengkel ini ialah Jendela Utara daripada DBP.
Disebabkan keterlibatanku dalam bengkel ini, Ina dapat 2 buah novel daripada DBP.
Siap ada tandatangan dan kata-kata perangsang daripada Dr. Abdul Razak bin Hj Dali la...hihi...
( Priya - Abdul Rahman Daud & Jian - Muhammag fadli Al-akiti )
Akan Ina baca bila masa mengizinkan...hehe
Majlis Penutup disempurnakan oleh Puan Masita Bt Rejab selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMKSE mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir.
Terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan semua yang terlibat menjayakan Bengkel Membaca SMKSE 2009.

REJAB...datang lagi! :) Jom kita semak amalan bulan Rejab...

24 June 2009

Alhamdulillah...Kita dapat merasai lagi kedatangan Rejab pada tahun ini.
Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal dan zikir.

Diriwayatkan Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad SAW : " Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha".

Oleh kerana itu dianjurkan :-
  1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, Syurga bahagiannya ( Al-Baqarah )
  2. Bahawa di Syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah SWT mengurniakannya minuman dari sungai itu ( hadis )
  3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat ( menghapuskan ) dosa-dosa kecil.
  4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya : "Nisfu Rajab' ; sesiapa yang menghampiri diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampuni, dengan bersedekah dan berzikir dan menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga baginya."
  5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam.

>> Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun, dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaja, sesiapa bersedekah 1000 dinar, dan dicatat tiap-tiap rambut dan bulu yang ada dibadannya 1000 kebajikan, dan diangkatkan darjatnya 1000 darjat, dihapuskan daripadanya 1000 kejahatan dan dicatat juga ia bersedekah itu beroleh ganjaran 10 kali ganjaran haji dan umrah, serta didirikan baginya gedung di Syurga ( Salman Alfarisy ) <<

Semoga bulan Rejab yang bakal dilalui lebih baik dari tahun-tahun lepas dan moga-moga kita termasuk dalam golongan yang beruntung. Amin Ya Rabbal'alamin.

**RUJUKAN : Buku tulisan Drs. Abd Rahman Mat, Darul Nu'man.

Hari ini dalam sejarah...

15 June 2009

Hari ini dalam sejarah...




Berusaha dan berjaya selalunya menjadi kenangan manis...


Alhamdulillah...


Dengan izin Allah SWT...


1 A telah berjaya kuperoleh...


Tinggal 3 subjek lagi belum diketahui...


Mudah-mudahan... :)


.: Terima kasih ku ucapkan kepada Pn Solehah abdul Hamid atas segala tunjuk ajar dan kata-kata perangsang yang telah diberikan...hingga kumampu memperbaiki pencapaian sehingga memperolehi keputusan sebegini...Dari pencapaian bulan 3 hanya mendapat C hingga paling highest untuk Midterm ini.:)


Kejayaan ini merupakan titik mula untuk mencipta kejayaan dalam STPM sebenar...


ku akan melipat gandakan usaha untuk meraih kejayaan seterusnya.


InsyaAllah...
.: MAY ALLAH BLESS YOU :.


.: Akukah yang sering tertewas dengan MASA? :.

10 June 2009



.: MeNgHiTunG HaRi :.






Esok 12 hingga 14 Jun 2009, Ina akan mengikuti



Kem Integriti Remaja



yang bertempat di USM Seri Ampangan, Transkrian.






Selepas pulang dari kem nanti bermula la



sesi persekolahan semester kedua.






Berakhir la cuti sekolah...huhu






Semoga kubersedia 100%



untuk kembali sibuk dengan P&P



dan rutin persekolahan.






Doaku...moga hari-hari yang mendatang lebih baik daripada



hari-hari yang telah Ina lewati...






p/s : Teruskan berlari...



Mara bersama tekad yang padu...



Beranilah untuk berimpian...



Beranilah untuk berharapan...



Demi menggapai bintang di langit...






InsyaAllah... :)




SeLaMaT BerJuanG...

video

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
· Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
· Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
· Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu....
.: CeBiSaN KeNanGaN :.






Pejam celik...pejam celik...berakhir sudah penggal pertama persekolahan. Minggu depan bermulalah penggal terakhir Ina di Tingkatan 6 Atas. Masa begitu pantas berlalu. Bermakna Ina semakin menghampiri cabaran STPM.






Sepanjang penggal pertama di Tingkatan 6 Atas yang lalu, pelbagai pengalaman yang Ina telah lewati. Bercampur-baur semuanya antara kejayaan, kecemerlangan, ketidakpuasan dan juga kritikal sosial...semua ini adalah pengalaman yang cukup bermakna dan Ina terima segala yang tersurat serta tersirat ini dengan redha.






Pada 11 Mei 2009 yang lalu, kami ( senior 6 Atas ) telah menyambut kehadiran adik-adik Tingkatan 6 Rendah. Maka kami ditugaskan menjalankan Orientasi kepada mereka. Bilangan yang mendaftar sangat ramai, melebihi bilangan batch kami...tapi itu semua tak menghalang agenda kami untuk 'membuli' mereka...haha




Seminggu kami diberi masa bersama mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Explorace, Permainan Air ( memang semua basah kuyup ), Indoor Games, Persembahan Kumpulan, dan Jamuan Penutup.






Wajah fasilitator...hihi...salah satu stesen explorace



Kawan-kawan yang terlibat...



Tengok wajah riang ria para fasilitator bertugas sudah menggambarkan kekecohan dan kegamatan suasana sepanjang program berlangsung. Semua ini memberikan seribu satu kenangan buat kami semua.


Dalam masa yang sama, kami sibuk menguruskan persiapan Sambutan Hari Guru dan persediaan study untuk Midterm Exam. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sibuknya ketika itu. Semua program ini diserahkan kepada pelajar Form 6 untuk mengendalikannya.

Untuk mengurangkan tekanan yang melanda sistem saraf, Ina dan rakan-rakan telah mengadakan study group dan belajar bersama-sama.


Ina dan Siti sedang menelaah Sejarah...Tamadun Islam...Study smart! :)



"Bersendiri, terlalu sedikit untuk dilakukan..

Bersama, banyak perkara boleh diselesaikan..." -Helen Keller-



Berikut merupakan adegan kawan-kawan sepanjang Minggu Orientasi Lower6 ( '09-'10 )

yang sempat dirakamkan...




Bersama Ana, Manesh, Kalaiyarasi dan Lim Jit Tai



Classmates 6 UUM

( Ana, Ct, Mooi Theng, Wei Wei, Ina, Xin Yi, dan Miin Yiu )



Ina buat ape tue???hihi



.: My Favourite :.


Ai, Ana pun nak tujuk rajin juga....haha


Wajah Senior...yang baik hati...haha


"Apabila berkawan ...jangan pandang pada kelebihannya kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya...

Andai ingin berkawan...jangan dinilai kebaikannya kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan membencinya...

Andai inginkan sahabat yang satu...jangan diuji akan ilmunya kerana apabila dia buntu...mungkin kau akan menyisihkannya...

Andai ingin berkawan...terimalah dia seadanya kerana dia manusia biasa...

Maka bersahabatlah kerana keikhlasan....nescaya persahabatan itu akan kekal selamanya...

Tentu sahaja dengan izin Allah SWT..."






Saat-saat indah bersama...Kalian pencetus semangat tatkala ketegangan melanda.



"...ada kalanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa,

ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata...

ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tak kesunyian...

dan ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah melupakan betapa bernilainya seseorang teman..."





Wajah-wajah ceria...adik-adik lower 6...

( letih dibuli? )




Ini pula gambar kami...pelajar Upper 6 sesi ('08-'09)




Alam persekolahan memang mencabar. Meruntun banyak pengorbanan misalnya perlu mengendalikan program tertentu dan dalam masa yang sama perlu menelaah pelajaran. Alhamdulillah, Ina berjaya mengharungi segalanya dalam Semester Pertama yang lalu. Semua ini berkat kerjasama daripada kawan-kawan yang sama-sama berganding bahu menjayakan program sekolah.



Program Orientasi tamat pada 18 Mei 2009. Pada 20hb hingga 28hb Mei 2009 pula berjalan cabaran Midterm. Sesuatu yang pasti, Ina telah cuba sedaya upaya...Buka sekolah minggu depan pasti keputusan akan diperoleh. Tawakal sepenuhnya.




moGa BerJaYa....



.: bILa PeNa MuLa BerDansa :.

.: CEBISAN KENANGAN :.

AMAR






video


09 June 2009

- PeNawAr HAt! -
( amar )

Tangisan sanubari telah terhenti

Kala suram suria memancar sinarnya

Pertemuan seindah bayangan Firdausi

Menjadi Zikir kasih yang suci...

Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku

Santun berhikmah mengingatkan diri

Hidup dan mati hanya untuk Ilahi...

Menggenggam janji cinta ini

Bertemu kasih tanpa jasad

Bicara tanpa suara

Hanya tulisan bahasa indah

mengeratkan antara kita

Hinggalah ke akhirnya...

Kau kusanjung kerana pengorbanan
Bagai Puteri di kayangan
Tika kulesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat...
Penawar Hati...


video

PERSOALAN???


...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Pertama dan selama-lamanya kita wajib merafakkan segala kesyukuran hanya Allah Tuhan Pemberi nikmat dan rahmat...
.: RINDUKU VS RINDUMU :.
Merindu naluri semulajadi...
Namun, ia harus dibendung dan dikawal mengikut penghayatan Islam yang sebenarnya.
Untuk mendapatkan ikatan DUA HATI yang tulus dan ikhlas,
cuba amalkan beberapa potong ayat Al-Quran yang ringkas bersama pasangan.
Contohnya Ayat 1000 Dinar, Surah Al-Talaq ( ayat 2-3 ) 3x selepas solat.
Berdasarkan pengalaman pengamal yang telah lama melazimi,
hati mereka seolah-olah boleh berinteraksi antara satu sama lain.
Jika mereka berjauhan sekalipun, mampu untuk mengetahui sama ada pasangan mereka dalam keadaan baik ataupun tidak.
Bagi semangat kepada pasangan untuk mengharungi rindu yang mendalam.
Misalnya, semakin rindu semakin sayang...rindu inilah membuatkan kita menjadi setia kepadanya.
Setiap kali teringatkan dia, tambahkan alunan selawat mudah-mudahan hatinya sekuat dan sekental hati Rasulullah SAW...
Jadi diri kita!
Pegang syariat kuat-kuat, tiada pengecualian...
Yang halal itu jelas dan haram juga jelas!
Apa yang perlu bina diri dan pasangan kita...
Bayangkan kita akan bersamanya hingga ke penghujung nyawa...
Penuhkan diri dengan ilmu dan kongsi bersama pasangan.
Perkongsian itu akan membuatkan kita merindui dan menghargai pasangan kita.
Berdoalah...
Moga apa yang sedang kita lalui dikira sebagai ibadat dan bukan satu adat.
Jangan jemu mencuri perhatian Allah SWT dalam doa dan tawakal.
Moga Cinta yang dimiliki sempurna setiap sudutnya.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya CINTA MULIA berasal dari Iman"
( Riwayat Al-Hakim )
.: PoWer Of LOvE :.

.: Cuti Sekolah yang Bermakna :.

08 June 2009

Kenapa cuti sekolah saya begitu bermakna?
Apa yang membuatkan ia bermakna?

Haha...Segalanya bermula apabila tercetusnya pertemuan Ina dan Cikgu ( Kak Rasyidah ) di Pacific Megamall Penang. Apa taknya ada orang belanja makan. hihi...
syukur ke hadrat Ilahi kerana menyuratkan pertemuan kami setelah lama tak berjumpa. Pertemuan pertama dan terakhir kami sebelum ini adalah di Menara DBP ( MPR 2007 )

K.Syidah datang bersama drivernya.......haha...dan seorang teman...kak faezah...
Macam-macam yang sempat diborakkan bersama.
Story about dunia penulisan adalah suatu kemestian la...ramai kawan-kawan MPR'07 yang semakin bersinar. Setiap bulan ada sahaja yang menghiasi ruangan-ruangan terpilih.

Turut sempat memberi motivasi supaya tekun mendepani STPM...Beliau juga melalui jalan yang sama dan akhirnya berjaya ke UPM sekarang. :)
so,Ina perlu sahut cabarannya...hihi

Terima kasih akak coz belanja makan.
Seronok sangat dapat bersua.
Murah rezeki kita bertemu lagi...


Memori MPR'07...segalanya bermula di sini :)
.: Bila Pena Mula Berdansa :.

MOTIVASI NAILOFAR : Keajaiban Sikap

Lazimnya sikap seseorang yang menentukan sama ada mereka gagal atau berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan.
Sikap yang betul ialah apabila anda percaya anda akan berjaya, apa yang anda cuba capai, sekiranya sanggup melakukan yang terbaik. Dengan kata lain, anda membina lebih keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri, sehingga anda tidak boleh dihalang. Membujur lalu melintang patah. Jika gagal bangun semula. Usaha lagi. Sikap yang betul bermakna :

  • Berazam mencapai impian
  • Berfikir secara positif, yakin "boleh"
  • Percaya pada diri sendiri
  • Sanggup merebut peluang dan memanfaatkan masa yang ada
  • Sanggup berkorban seperti keselesaan diri dan keseronokan masa kini demi masa depan
  • Sanggup gagal dan tahan diuji dengan kepayahan
  • Menjangkakan yang terbaik dalam semua situasi
  • Sanggup menerima teguran
  • Sanggup bekerjasama dan menghormati semua pihak seperti rakan-rakan seperjuangan, guru-guru dan ibu bapa

Sikap yang betul bertitik tolak dari visi dan misi yang jelas. Yakni impian yang mendorong anda setiap hari.

.: Haluan Siswa :.

Pengalaman Bersama Raja Sehari :)

07 June 2009

Pada 7hb Jun 09 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1430 H, Ina telah memenuhi undangan seorang sahabat iaitu Ain untuk ke Majlis Perkahwinan Along Ain. Majlis berlangsung di kediaman mereka iaitu di Bandar Tasek Mutiara.

Warna tema untuk kenduri Along ni ialah maroon...Along, Arikhin Ahmad( 32 tahun ) telah disatukan bersama pilihan hati iaitu Kak Nor Aziah Ibrahim ( 28 tahun ). Lihatlah kemeriahan sepanjang majlis yang sempat dirakamkan.

Acara makan beradab
Posing dengan P-kah, Ina dan P-ja

Bersanding dengan P-ja???hihi...si kiut tepi, anak sulong Angah Ain


Antara hantaran dari pihak perempuan

Bergambar bersama pengantin

Posing dengan Angah ain pula

Family ain


Senyuman colgate member SESS


Memeriahkan suasana...nasib baik x runtuh pelamin...haha

Riang ria rakan-rakanku

sweet luv
Demikian la beberapa rakaman peristiwa buat kenangan hari bersejarah Along Ain. Ini antara pengisian cuti sekolah Ina. Terima kasih untuk Ain sekeluarga atas jemputan bagi memeriahkan suasana. Kehadiran member SESS memang hingar la...hihi
MADAH CINTA ALONG & K.AZIAH
"Lemah gemalai langkah disusun
Melirik manja penuh keayuan
Lafaz diatur bermulanya kewajipan
Dirimu kini dianugerahkan Tuhan
Dugaan buat insan beriman
Kan ku tabah penuh kesyukuran
kan ku redha sebuah ikatan
Demi cinta yang hakiki
InsyaAllah...
Bahagiakan bertandang"


Merafak kata menyusun bahasa...Menyusun adat resam berteras agama
sekian sahaja...



.: Bila Pena Mula Berdansa... :.