Pengalaman Bersama Raja Sehari :)

07 June 2009

Pada 7hb Jun 09 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1430 H, Ina telah memenuhi undangan seorang sahabat iaitu Ain untuk ke Majlis Perkahwinan Along Ain. Majlis berlangsung di kediaman mereka iaitu di Bandar Tasek Mutiara.

Warna tema untuk kenduri Along ni ialah maroon...Along, Arikhin Ahmad( 32 tahun ) telah disatukan bersama pilihan hati iaitu Kak Nor Aziah Ibrahim ( 28 tahun ). Lihatlah kemeriahan sepanjang majlis yang sempat dirakamkan.

Acara makan beradab
Posing dengan P-kah, Ina dan P-ja

Bersanding dengan P-ja???hihi...si kiut tepi, anak sulong Angah Ain


Antara hantaran dari pihak perempuan

Bergambar bersama pengantin

Posing dengan Angah ain pula

Family ain


Senyuman colgate member SESS


Memeriahkan suasana...nasib baik x runtuh pelamin...haha

Riang ria rakan-rakanku

sweet luv
Demikian la beberapa rakaman peristiwa buat kenangan hari bersejarah Along Ain. Ini antara pengisian cuti sekolah Ina. Terima kasih untuk Ain sekeluarga atas jemputan bagi memeriahkan suasana. Kehadiran member SESS memang hingar la...hihi
MADAH CINTA ALONG & K.AZIAH
"Lemah gemalai langkah disusun
Melirik manja penuh keayuan
Lafaz diatur bermulanya kewajipan
Dirimu kini dianugerahkan Tuhan
Dugaan buat insan beriman
Kan ku tabah penuh kesyukuran
kan ku redha sebuah ikatan
Demi cinta yang hakiki
InsyaAllah...
Bahagiakan bertandang"


Merafak kata menyusun bahasa...Menyusun adat resam berteras agama
sekian sahaja...



.: Bila Pena Mula Berdansa... :.





0 Lontarkan KALAM anda: