Sikap yang betul ialah apabila anda percaya anda akan berjaya, apa yang anda cuba capai, sekiranya sanggup melakukan yang terbaik. Dengan kata lain, anda membina lebih keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri, sehingga anda tidak boleh dihalang. Membujur lalu melintang patah. Jika gagal bangun semula. Usaha lagi. Sikap yang betul bermakna :
- Berazam mencapai impian
- Berfikir secara positif, yakin "boleh"
- Percaya pada diri sendiri
- Sanggup merebut peluang dan memanfaatkan masa yang ada
- Sanggup berkorban seperti keselesaan diri dan keseronokan masa kini demi masa depan
- Sanggup gagal dan tahan diuji dengan kepayahan
- Menjangkakan yang terbaik dalam semua situasi
- Sanggup menerima teguran
- Sanggup bekerjasama dan menghormati semua pihak seperti rakan-rakan seperjuangan, guru-guru dan ibu bapa
Sikap yang betul bertitik tolak dari visi dan misi yang jelas. Yakni impian yang mendorong anda setiap hari.
.: Haluan Siswa :.
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment