.: Reunion SKBT :.

06 June 2009

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Illahi kerana telah menyuratkan segala-galanya.

Cebisan kenangan yang terbina pada 1 Jun 2009 yang lalu akan menjadi memori indah buat Ina dan rakan-rakan. Reunion pertama batch SKBT ( 1997-2002) berjaya diadakan dengan jayanya bertempat di Pacific Megamall Penang. Pelbagai perasaan bercampur-baur, bagaikan tidak percaya dapat bertemu kembali rakan-rakan yang telah lama tidak bersua kira-kira hampir 7 tahun lamanya. Suasana riuh-rendah bersama celoteh dan gurauan mesra bertanya khabar serta perkembangan masing-masing di perkarangan Pusat Bowling menjadi saksi kegembiraan kami dapat berkumpul kembali.

Berikut merupakan rakaman kenangan yang sempat dihasilkan.




Antara yang hadir...


Sahabat yang setia diingatan

Bersama Cikgu Norisyam


Pakatan strategik



Siapa berani lawan dengan kami???

Kek 1st Reunion

Grup bowling yang paling teror...haha
Dalam kenangan...

Gaya mau ada...


Cebisan kenangan tika bersama...

Pacific Megamall Penang

Sahabatku...Maisarah

Bez...haha

Bersama Cikgu Masitah
Terserlah wajah-wajah ceria menghiasi setiap rakaman kenangan. Ternyata jalinan ukhwah fillah yang terbina sentiasa mekar meskipun terpisah dek jarak dan masa. Berikut merupakan nama-nama yang hadir memeriahkan Reunion ini...
  1. Cikgu Masitah
  2. Cikgu Nazariah
  3. Cikgu Norisyam
  4. Nur Hazlina
  5. Nurul hani
  6. Maisarah
  7. Nur Radiyyah
  8. Nur Sarahanis
  9. Puteri Naqiah
  10. Ros Nadia
  11. Nur Farida
  12. Nor Syafinaz
  13. Siti Nur Shahira
  14. Mohd Hidayatollah
  15. Muhd Faiz haziq
  16. Amirul Shamim
  17. Syukri Fadzil
  18. Satis Kumar
  19. Mohd Nazrin
  20. Harivinthan
  21. Mohd Firdaus

Jambangan terima kasih kepada Saudari Nurul Hani yang bertungkus lumus mencari rakan-rakan yang telah lama terpisah ini untuk menjayakan reunion pertama ini. Kesungguhan beliau amat dihargai. Terima kasih buat cikgu-cikgu yang turut bersama terutama Cikgu Norisyam kerana kedatangan beliau adalah tidak diduga, kejutan dari cikgu-cikgu barangkali...Cikgu Masitah yang menaja kek dan Cikgu Nazariah yang belanja makan di akhir perjumpaan. Sesungguhnya tidak dapat digambarkan dek kata-kata kesyukuran atas suratan takdir Ilahi ini.

Semoga ukhwah kita kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Kini semua sedang rancak mengikut rentak alunan jalan masing-masing, ada yang sedang menunggu keputusan UPU setelah usai matrikulasi, di politeknik, belajar di KPTM, program persediaan ke luar negara, di UTP, IPGM dan bakal menghadapi STPM.

Di mana pun kalian berada semoga berjaya dalam bidang masing-masing. Murah rezeki dan panjang umur berjumpa lagi di reunion akan datang...mungkin tika umur kita melewati 25 tahun...haha...bagaimana yea tika itu?pasti keadaan berbeza dengan kenangan reunion pertama.

" Kerana ilmu kita bertemu,

Kerana perkenalan persahabatan terjalin,

Kerana cita-cita perpisahan terjadi,

dan...

Kerana ukwahfillah ia akan berkekalan dan diredai Allah. "

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Akhir kalam...Yang indah dalam kenangan...Moga saat nan indah bisa berulang kembali.

.: Bila Pena Berdansa :.



























































































0 Lontarkan KALAM anda: