.: CeBiSaN KeNanGaN :.
Pejam celik...pejam celik...berakhir sudah penggal pertama persekolahan. Minggu depan bermulalah penggal terakhir Ina di Tingkatan 6 Atas. Masa begitu pantas berlalu. Bermakna Ina semakin menghampiri cabaran STPM.
Sepanjang penggal pertama di Tingkatan 6 Atas yang lalu, pelbagai pengalaman yang Ina telah lewati. Bercampur-baur semuanya antara kejayaan, kecemerlangan, ketidakpuasan dan juga kritikal sosial...semua ini adalah pengalaman yang cukup bermakna dan Ina terima segala yang tersurat serta tersirat ini dengan redha.
Pada 11 Mei 2009 yang lalu, kami ( senior 6 Atas ) telah menyambut kehadiran adik-adik Tingkatan 6 Rendah. Maka kami ditugaskan menjalankan Orientasi kepada mereka. Bilangan yang mendaftar sangat ramai, melebihi bilangan batch kami...tapi itu semua tak menghalang agenda kami untuk 'membuli' mereka...haha
Seminggu kami diberi masa bersama mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Explorace, Permainan Air ( memang semua basah kuyup ), Indoor Games, Persembahan Kumpulan, dan Jamuan Penutup.
Wajah fasilitator...hihi...salah satu stesen explorace
Kawan-kawan yang terlibat...Tengok wajah riang ria para fasilitator bertugas sudah menggambarkan kekecohan dan kegamatan suasana sepanjang program berlangsung. Semua ini memberikan seribu satu kenangan buat kami semua.
Dalam masa yang sama, kami sibuk menguruskan persiapan Sambutan Hari Guru dan persediaan study untuk Midterm Exam. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sibuknya ketika itu. Semua program ini diserahkan kepada pelajar Form 6 untuk mengendalikannya.
Untuk mengurangkan tekanan yang melanda sistem saraf, Ina dan rakan-rakan telah mengadakan study group dan belajar bersama-sama.
Ina dan Siti sedang menelaah Sejarah...Tamadun Islam...Study smart! :) "Bersendiri, terlalu sedikit untuk dilakukan..
Bersama, banyak perkara boleh diselesaikan..." -Helen Keller-
Berikut merupakan adegan kawan-kawan sepanjang Minggu Orientasi Lower6 ( '09-'10 )
yang sempat dirakamkan...
Bersama Ana, Manesh, Kalaiyarasi dan Lim Jit Tai
Classmates 6 UUM( Ana, Ct, Mooi Theng, Wei Wei, Ina, Xin Yi, dan Miin Yiu )
Ina buat ape tue???hihi .: My Favourite :. Ai, Ana pun nak tujuk rajin juga....haha
Wajah Senior...yang baik hati...haha
"Apabila berkawan ...jangan pandang pada kelebihannya kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya...
Andai ingin berkawan...jangan dinilai kebaikannya kerana mungkin dengan satu kelemahan kau akan membencinya...
Andai inginkan sahabat yang satu...jangan diuji akan ilmunya kerana apabila dia buntu...mungkin kau akan menyisihkannya...
Andai ingin berkawan...terimalah dia seadanya kerana dia manusia biasa...
Maka bersahabatlah kerana keikhlasan....nescaya persahabatan itu akan kekal selamanya...
Tentu sahaja dengan izin Allah SWT..."
Saat-saat indah bersama...Kalian pencetus semangat tatkala ketegangan melanda.
"...ada kalanya kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa,
ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata...
ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tak kesunyian...
dan ada masa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah melupakan betapa bernilainya seseorang teman..."
Wajah-wajah ceria...adik-adik lower 6... ( letih dibuli? )
Ini pula gambar kami...pelajar Upper 6 sesi ('08-'09)
Alam persekolahan memang mencabar. Meruntun banyak pengorbanan misalnya perlu mengendalikan program tertentu dan dalam masa yang sama perlu menelaah pelajaran. Alhamdulillah, Ina berjaya mengharungi segalanya dalam Semester Pertama yang lalu. Semua ini berkat kerjasama daripada kawan-kawan yang sama-sama berganding bahu menjayakan program sekolah.
Program Orientasi tamat pada 18 Mei 2009. Pada 20hb hingga 28hb Mei 2009 pula berjalan cabaran Midterm. Sesuatu yang pasti, Ina telah cuba sedaya upaya...Buka sekolah minggu depan pasti keputusan akan diperoleh. Tawakal sepenuhnya.
moGa BerJaYa....
.: bILa PeNa MuLa BerDansa :.
.: CEBISAN KENANGAN :.
AMAR
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment