Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal dan zikir.
Diriwayatkan Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad SAW : " Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha".
Oleh kerana itu dianjurkan :-
- Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, Syurga bahagiannya ( Al-Baqarah )
- Bahawa di Syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah SWT mengurniakannya minuman dari sungai itu ( hadis )
- Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat ( menghapuskan ) dosa-dosa kecil.
- Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya : "Nisfu Rajab' ; sesiapa yang menghampiri diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampuni, dengan bersedekah dan berzikir dan menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga baginya."
- Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam.
>> Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun, dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaja, sesiapa bersedekah 1000 dinar, dan dicatat tiap-tiap rambut dan bulu yang ada dibadannya 1000 kebajikan, dan diangkatkan darjatnya 1000 darjat, dihapuskan daripadanya 1000 kejahatan dan dicatat juga ia bersedekah itu beroleh ganjaran 10 kali ganjaran haji dan umrah, serta didirikan baginya gedung di Syurga ( Salman Alfarisy ) <<
Semoga bulan Rejab yang bakal dilalui lebih baik dari tahun-tahun lepas dan moga-moga kita termasuk dalam golongan yang beruntung. Amin Ya Rabbal'alamin.
**RUJUKAN : Buku tulisan Drs. Abd Rahman Mat, Darul Nu'man.
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment