.: Selamat Berjuang sahabatku :.

27 June 2009


Hari ini bertarikh 28 Jun 2009 bersamaan dengan 5 Rejab 1430...
Seorang 'sahabat'ku akan melangkah ke Menara Gading.
Tahniah ku ucapkan kepadamu.
Amat bertuah dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang bersesuaian dengan minat dan kebolehanmu.
Doaku dari kejauhan ini...
Semoga kau dapat berkuliah dengan baik
Menjalankan tugas kepimpinanmu dengan adil
Mengimbangi tuntutan duniawi dan Ikhrawi
Sentiasa menjadi diri sendiri
Dan berjaya menamatkan pengajian sebagai seorang Pendidik yang berdedikasi!
InsyaAllah...

Setahun usia perkenalan kita...
Namun, keakraban kita
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Yang memahami bisa mengerti.
Terima kasih sahabat,
Menerima kuseadanya...
Segala semangat yang dikau berikan takkan kulupa
Kuhargai kehadiranmu dalam hidupku.

Ya Allah,
Kumohon pada-Mu
Berkatilah kehidupan sahabatku
Sinarilah hatinya dengan Cahaya Keimanan-Mu
Berikan dia keteguhan hati
Dalam melayari kehidupan di tempat orang.
Ya Allah,
Mudahkanlah jalanku untuk menghadapi peperiksaan
Berkatilah segala usaha yang telah, sedang dan akan kulakukan.
Sesungguhnya,
Ku jua ingin bersama sahabatku
Menjejaki persada ilmu
Menggapai cita-cita yang diimpikan.
***Sahabat...pertemuan pasti ada,
jika kita ditakdirkan bersama!
- NaiLofar -



0 Lontarkan KALAM anda: