PERSOALAN???
09 June 2009
...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Pertama dan selama-lamanya kita wajib merafakkan segala kesyukuran hanya Allah Tuhan Pemberi nikmat dan rahmat...
.: RINDUKU VS RINDUMU :.
Merindu naluri semulajadi...
Namun, ia harus dibendung dan dikawal mengikut penghayatan Islam yang sebenarnya.
Untuk mendapatkan ikatan DUA HATI yang tulus dan ikhlas,
cuba amalkan beberapa potong ayat Al-Quran yang ringkas bersama pasangan.
Contohnya Ayat 1000 Dinar, Surah Al-Talaq ( ayat 2-3 ) 3x selepas solat.
Berdasarkan pengalaman pengamal yang telah lama melazimi,
hati mereka seolah-olah boleh berinteraksi antara satu sama lain.
Jika mereka berjauhan sekalipun, mampu untuk mengetahui sama ada pasangan mereka dalam keadaan baik ataupun tidak.
Bagi semangat kepada pasangan untuk mengharungi rindu yang mendalam.
Misalnya, semakin rindu semakin sayang...rindu inilah membuatkan kita menjadi setia kepadanya.
Setiap kali teringatkan dia, tambahkan alunan selawat mudah-mudahan hatinya sekuat dan sekental hati Rasulullah SAW...
Jadi diri kita!
Pegang syariat kuat-kuat, tiada pengecualian...
Yang halal itu jelas dan haram juga jelas!
Apa yang perlu bina diri dan pasangan kita...
Bayangkan kita akan bersamanya hingga ke penghujung nyawa...
Penuhkan diri dengan ilmu dan kongsi bersama pasangan.
Perkongsian itu akan membuatkan kita merindui dan menghargai pasangan kita.
Berdoalah...
Moga apa yang sedang kita lalui dikira sebagai ibadat dan bukan satu adat.
Jangan jemu mencuri perhatian Allah SWT dalam doa dan tawakal.
Moga Cinta yang dimiliki sempurna setiap sudutnya.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya CINTA MULIA berasal dari Iman"
( Riwayat Al-Hakim )
.: PoWer Of LOvE :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment