.: Bengkel Membaca SMKSE 2009 :.

26 June 2009

Bertempat di Bilik Gerakan telah berlangsungnya Bengkel Membaca SMKSE '09 anjuran Kelab Pengguna dan mendapat kerjasama daripada pihak DBP Wilayah Utara.

Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Dr Abdul Razak bin Hj Dali, sememangnya pakar dalam bidang kajian membaca. Pelbagai teknik membaca secara efektif telah dibongkarkan bersama-sama para peserta. Ohya, peserta sasaran untuk bengkel ini ialah pelajar tingkatan 5 dan 6.

Antara input-input yang diperoleh :
Teknik SQRRR
SQ - Survey & Question ( aktiviti sebelum membaca )
RR - Read & Recite ( aktiviti semasa membaca )
R - Review ( aktiviti selepas membaca )
Teknik PQ4R
P - Preview
Q - question
R - Read
R - Reflict
R - Recite
R - Review
Kaedah Tanya Menteri - untuk penulisan esei
Esei Sej - Plan, Action, & Goal dll
Semua pengisian bengkel ini adalah persediaan ke arah menghadapi peperiksaan.
"Apabila anda sudah bersedia bagi kecemerlangan,
bermakna anda sudah pun menang separuh daripada perjuangan".
- Dr. Tengku Asmadi b. Tengku Muhamad -
Antara cenderahati yang diperoleh daripada bengkel ini ialah Jendela Utara daripada DBP.
Disebabkan keterlibatanku dalam bengkel ini, Ina dapat 2 buah novel daripada DBP.
Siap ada tandatangan dan kata-kata perangsang daripada Dr. Abdul Razak bin Hj Dali la...hihi...
( Priya - Abdul Rahman Daud & Jian - Muhammag fadli Al-akiti )
Akan Ina baca bila masa mengizinkan...hehe
Majlis Penutup disempurnakan oleh Puan Masita Bt Rejab selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMKSE mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir.
Terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan semua yang terlibat menjayakan Bengkel Membaca SMKSE 2009.

0 Lontarkan KALAM anda: