Cuti Sekolah datang lagi...

29 May 2009

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi, malam yang damai ini, dapat Ina luangkan masa mencoret sesuatu untuk dikongsikan bersama. Exam Midterm telah selamat ku tempuhi, tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT....Ina dah buat yang terbaik, namun ku sedar masih banyak yang perlu ku perbaiki..."cara menjawab soalan, jawab apa yang ditanya bukan apa yang Ina tau k,"begitulah nasihat daripada seorang insan prihatin...hihi...pembahagian masa, 3 jam begitu pantas berlalu tika peperiksaan berlangsung...semua ini harus Ina perbaiki...

Jumaat ( 29 Mei 2009 )
Sambutan Hari Guru SMK Simpang Empat. Ina bersama seorang teman, Saudari Faezah ditugaskan menjadi Pengacara Majlis, memang meninggalkan pengalaman yang bermakna. Majlis pun berjalan lancar, cikgu-cikgu pun rata-ratanya berpuas hati...cayalah...haha
Tahun ini Ina berpeluang bagi hadiah kepada empat orang cikgu yang sememangnya rapat dengan Ina iaitu Puan Roni Samsuddin, Puan Solehah Abd Hamid, Puan Norizan Yusoff dan Puan Nurul Huda Yusop. Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar, sokongan dan halalkan segala yang cikgu dah belanja kami tue ya...hihi...mesej terima kasih daripada Cikgu Solehah dan Cikgu Nurul Huda membuktikan mereka menghargai hadiah yang tak seberapa yang Ina berikan bersama seorang sahabat, Azzuanna Ilmar... :)
Agak-agak hadiah apa yea????shhh,rahsia....

Cuti sekolah tiba lagi...

Dapat la Ina menarik nafas sebentar...haha...antara agenda yang telah dirancang ialah pertemuan dengan rakan-rakan lama...reunion la katakan...balik kampung jumpa saudara mara dan study...persediaan untuk Trial STPM nanti...minggu kedua cuti pula Ina terlibat dengan Kem Integriti Remaja Tingkatan 6 yang bertempat di USM Seri Ampangan. Semoga Ina dapat input yang bermanfaat daripada program itu nanti...

Wassalam

0 Lontarkan KALAM anda: