:: CoNtEnGaN sEUsAi KetaHui ResuLt ( bahagian akhir ) ::

26 February 2010



Memikirkan STPM 2009
Ku tabah dan sabar
Ku teruskan usaha
Ku tekadkan azam
Ku tabahkan hati...
Dan...
Ku lupakan kegagalan lalu
Ku semaikan semangat baru
menghadapimu...
Dalam debaran
Ku hitung hari yang menjelma
Dalam gementar...
Dalam ketakutan...
Memori silam datang menerpa
Ku nanti jua hari yang bakal tiba
Semoga kejayaan dan kecemerlangan
MENJADI MILIKKU

:: Monolog Ina Nailofar ::


Tanggal 25 Februari 2010 yang lalu, berakhirlah suatu penantian! Terjawablah suatu persoalan!

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah SWT...terasa pantas hari yang berlalu! Kubersyukur atas segala-galanya yang tersurat untukku :)


Hanya Allah SWT yang mengerti perasaanku pada hari itu. Dari pagi fikiranku resah, memikirkan apakah keputusan yang bakal kuterima. Pelbagai andaian negatif berlegar-legar di benak fikiran. Kucuba sedaya upaya untuk menepis gangguan yang datang menerpa itu. Sesekali rakan-rakan seperjuangan menghantar mesej. Bertubi-tubi juga panggilan telefon daripada seseorang...hehe...Ada yang bertanya jam berapa mahu ke sekolah untuk mengambil keputusan dan tidak kurang juga yang menghantar mesej untuk bertanyakan keputusan walhal diriku sendiri belum mengetahuinya! Semua itu tidak kuendahkan! Soal debaran hati lebih utama. Kumelihat detik jam sambil berzikir kepada-NYA.
Tepat jam 12 tengah hari, kuberhajat untuk membuat semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (sms) untuk mengetahui 'result'ku. Jika baik ( better than my trial ) ku akan segera menghantar mesej kepada sahabatku, Siti Khatijah dan berangkat ke sekolah, namun jika sebaliknya plan B bakal bermulalah! :) Belum sempat kumemegang telefon, satu panggilan masuk...berlainan nada deringnya berbanding panggilan masuk yang kuterima pagi tadi. Sebaik sahaja melihat skrin telefon, tertera nama 'Cikgu Habsah'! Semakin berdebar la hatiku. Pelbagai andaian muncul mahu diangkat atau membiarkan sahaja panggilan itu seperti yang kulakukan sejak pagi itu. Entah dari mana kekuatan yang kuperoleh, jari lancar sahaja menekan butang hijau dan segera kujawab panggilan itu.
>>>Apakah butir bicara CIKGU HABSAH kepadaku???sesuatu yang pasti, panggilan itu telah membuatkan mutiara jernih mengalir ke pipiku...Hanya Allah yang tahu segala-galanya! :)
>>>Terima kasih kuucapkan kepada Cikgu Habsah, panggilan daripadanyalah telah membuatku hadir ke sekolah dengan penuh bersemangat dan Alhamdulillah memori indah tercipta!Manisnya saat itu :)
****
Tiba di Kantin Sekolah, kelihatan ramai rakan-rakan berbangsa Cina mendahului kami mengambil keputusan. Sempat kujenguk melihat keputusan mereka serta bertanya khabar. Maklumlah sudah dua bulan jugalah tidak bersua. :) Hati terus juga berdebar namun tidak sehebat pagi tadilah, berita yang kuterima daripada Cikgu Habsah itu sedikit sebanyak telah menenteramkan jiwaku! Cuma kuperlu pastikan kebenarannya diatas slip keputusan yang sebenar. :->
Kulihat sahabatku, Siti Khatijah tenang sahaja walaupun kutahu gelora hatinya berkencang hebat! Bijak kau menyembunyikannya sahabat. Kami meneruskan langkah menuju meja kantin yang ternanti sedia beberapa fail diatasnya serta beberapa orang guru yang sedia menanti di situ! Kelihatan Cikgu Norizan Yusof ( Cikgu Sejarah merangkap guru kelasku )dan Encik Sivaji ( Cikgu Pengajian Am ) menyambut kami dengan senyuman manis mereka. Penuh makna senyuman itu :) Lagi berdebar dadaku...ekoran dua subjek inilah yang kurasakan susah ketika menjawab peperiksaan yang lalu...Kini, terpaksa berhadapan dengan mereka untuk mengambil 'result'.
>>>Ketika hendak mengambil 'result' juga menggamit kenangan. Gimik yang dicipta antara Cikgu Norizan dan Cikgu Sivaji benar-benar menguji kesabaran kami menanti keputusan. Dalam hati dapat menduga benarlah kata-kata yang dilontar oleh Cikgu Habsah dalam panggilan sebentar tadi. Kupasrahkan hati untuk menerima apa sahaja ketentuan. Segalanya milik-NYA!
+++ Kata Cikgu Norizan: Slip ku hilang...logikkah???huhu
+++ Cikgu Sivaji pula bijak memainkan peranan: Mengiyakan kata-kata cikgu Norizan.
+++ Selain itu, mereka juga mencabar kami jika keputusan baik belanja mereka. Benarkah baik?Namun, tatkala itu hanya mampu mengiyakan sahaja. Setelah mengisi nama pada borang yang diberikan serta 'letih' juga melayan gurauan gimik cikgu, akhirnya slip keputusan beserta sijil-sijil behenti sekolah dan lain-lain diserahkan kepada kami.
Alangkah terkejutnya melihat keputusan SEJARAHku...lagi sekali mutiara jernih mengalir di pipi, cepat diseka...bimbang kalau2...tut...lantas kuhulurkan tangan kepada Cikgu Norizan dan menyalaminya!Ucapan terima kasih kuucapkan...kubahagia melihat dia gembira! :) Terbayar sudah susah payah dia mengajar kami. Berakhir sudah penantiannya menunggu keputusan cemerlang kami setelah dua tahun berturut-turut hampa dek keputusan senior Sejarah terdahulu!Kami berjaya membuktikan sejarah lama tidak akan berulang kembali. Teruslah senyum wahai guruku... :)
Peristiwa seterusnya tidak mampu kuteruskan. Semuanya terpateri kukuh di kotak ingatan.
Sangat bersyukur dapat bertemu kawan-kawan yang pelbagai ragam hari itu. Ada yang riang gembira, dan tidak kurang juga berduka serta bermuram durja. Guru-guru kelihatan riang menyambut kami dan rakan-rakan. Dua bulan meninggalkan sekolah, banyak perubahan telah berlaku terutama pada kedudukan bilik guru. Merata juga kami merayau untuk mencari guru kesayangan**...Alhamdulillah akhirnya dapat bertemu jua Cikgu Solehah Abdul Hamid.
>>>Hampir sejam juga berborak dengan Cikgu Solehah ( cikgu BM )sambil mendengar kata-kata azimatnya yang sering menyentuh hatiku!Amat kuhormati cikgu ini dan teramat kusenangi cara pengajarannya dalam membina anak bangsa.
>>>Terima kasih buat Cikgu Roni, Ustazah Nurul Huda ( Cikgu Tamadun Islam dan Tamadun Dunia, amat terharu apabila beliau menatap slip 'result'ku dan berkata...inilah yang saya nak tengok ni...Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan melainkan dapat melihat wajah-wajah yang penat mengajarku iu tersenyum gembira), Cikgu Habsah ( dapat duit dari cikgu...TQ :-> ), Cikgu Mazni, Cikgu Rohana, Cikgu Saadiah ( tak sempat kuborak dengannya tika di sekolah, sebaik pulang ke rumah menerima mesej tahniah daripadanya ),Cikgu Azlinnor Hanim, Cikgu Mazani dan lain-lain...Jasa kalian, hanya Allah SWT yang mampu membalasnya!
*****
Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Terbaik untuk kalian. Semoga kita mendapat tempat di IPTA kelak!Ameen...
Kepada yang kurang berpuas hati dengan 'result', bersabarlah...dan jangan putus asa...teruskan aply upu...manatau rezeki ada di sana. Redalah dengan keputusan yang telah diterima! :)
"Setiap kegagalan menyimpan kejayaan,
Setiap masalah membuka peluang,
Setiap jalan rezeki yang tertutup banyak lagi yang akan terbuka!"
"Jika doamu dimakbulkan,
tanda Allah menyayangimu...
Jika doamu lambat dimakbulkan,
tanda Allah ingin mengujimu...
Jika doamu tidak dimakbulkan,
tanda Allah merancang yang terbaik untukmu!"
Yakinlah dengan janji Allah SWT...Jangan sesekali berputus asa!
( Peringatan buat semua dan diriku jua yang sering terlupa )
*****
P
P/S = Junjungan terima kasih buat Bonda,Bonda,Bonda Puan Azizah Yusoff, kemudian Ayahanda tercinta Mohd Fisol Hj Ali...adik-beradik dan seluruh keluarga yang mendoakan ku selama ini. :)
*****
Perjuangan STPM telah berakhir,
Kupanjatkan kesyukuran,
Keputusan terbaik yang pernah kuterima.
Ke mana pula destinasi yang bakal ku tuju selepas ini?
Moga ke IPTA hendaknya,
Kurindukan zaman belajar... :)
Ya Allah,
Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,
Tempat para Syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia,
Serta kemenangan mengatasi musuh!
Amin Ya Rabbal A'lamin.
~Monolog Ina Nailofar~
Kamar Espiranza Cinta
27022010 / 04:26am

STPM RESULTS OUT ON FEB 25

19 February 2010

~Hearty makin berdebar menanti detik itu!Hope Allah bless us~

:: Gelombang Facebook ::

11 February 2010

Ramai kawan-kawan yang mengundangku untuk menyertai FACEBOOK mereka.
Bagus juga rangkaian ini, boleh mewujudkan perkongsian pintar antara satu sama lain!

Rakan blogger boleh sertai Ina Nailofar, juz add hazlina_90@yahoo.com.my


~ina nailofar~
ukhwah fillah abadan abada'

:: Entri KembaLi ::

Assalamualaikum buat semua,
salam seindah ukhwah yang terpatri...setiap umat Islam itu bersaudara,kan? :-)

Agak lama kutidak menulis di sini, pelbagai kritikan membina telah kuperoleh!hehe...Antara sedar atau tidak permulaan tahun 2010 ini kurasakan masa semakin pantas bergerak. Sukma berbisik, "Akukah yang sering tertewas dengan MASA?". Mungkin komitmenku yang telah bertambah menyebabkan masaku terisi sepenuhnya. Bulan Januari 2010 yang baru sahaja kita lewati meninggalkan pelbagai pengalaman dan kenangan yang bermakna. Alam pekerjaan sementara yang kuterjuni memberikan impak yang besar dalam lipatan sejarah keremajaanku. Di sana, kubelajar untuk hidup dalam masyarakat! Membuka fikiranku seluas-luasnya melepasi sempadan tanah air. Tidak semudah 'abc...' untukku melupakannya!

Awal Februari pula lain rencananya, benarlah...kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Insiden yang menimpa dua rakan akrabku telah menyebabkanku mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan 'kerjaya' sementara itu. Mulut menuturkan alasan tersebut sebagai 'pelepasan diri' tetapi sebenarnya hanya yang memahami bisa mengerti.

Tuntutan kerjaya tersebut menyebabkan kukekurangan waktu untuk diri sendiri...benarkah begitu? Jiwa memberontak mahukan 'sesuatu'...seringku gelisah pabila dahagakan pengisian ilmu itu. Namun, kupendamkan semua itu demi mencapai matlamat nan satu. Akhirnya kutewas sebelum matlamat itu diraih. Mungkin bukan jalan itu yang perlu kulalui untuk mencapai matlamat tersebut! Kuyakin, rezeki ada di mana-mana. Itu janji Allah SWT untuk insan yang cekal dan tidak mudah menyerah. Setabah itukah aku???

Benar...segala yang terjadi terselit jutaan hikmah! Ketika satu pintu yang tertutup, 10 pintu lagi terbuka. Oleh sebab itu, jangan terleka pada pintu yang tertutup sehingga tidak sedar akan pintu-pintu lain yang dibukakan untuk kita!

Perjalanan hidup seterusnya??? Kau yang tentukan gerak tarinya...bersediakah aku menyahut cabarannya?Di hati ini, hanya DIA yang tahu...be ur realself :)

Be strong...yakin 'usaha pasti berjaya'! ( slogan SESS always in memory )

~Ina Nailofar~
Teratak Bonda TMJ