Jom, pakat mai ramai-ramai :))

23 September 2010

Salam ukhwah buat semua.
Kembali bersua di bumi UPM.

Sekembalinya di sini, banyak urusan yang perlu dibereskan. Misi utama pastinya menyempurnakan 'Assignment' yang rata-ratanya perlu dihantar pada minggu ke-10. Masih ada masa yang berbaki untuk kau manfaatkan Ina...jadi gunakan kesempatan yang ada ini dengan semaksima mungkin! :)

Kukira cukup memadailah mukadimah atas sebagai contengan warna-warni sisiwi baru sepertiku (",)

Tujuan perdanaku menulis kali ini adalah untuk mempromosikan 'FORUM BIMBINGAN INTEGRITI 2010' yang dianjurkan oleh Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM.


Jom, pakat datang ramai-ramai :)
Jangan lupa daftar dulu dengan AJK Pendaftaran yea!

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kuberpeluang menjadi salah seorang daripada ahli yang terlibat untuk menjayakan program ini. Terima kasih buat Kak Ainon yang 'berani' mempelawaku dan rakan, Cik Munirah untuk menjadi AJK. Maklumlah sebagai pelajar baru dan ahli baru KBM UPM, ini merupakan kali pertama menguruskan program sebegini. Agak terlalu awal sebenarnya. Walau bagaimanapun, kucuba melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya. Meskipun kutahu pasti banyak kekurangan. Maklumlah, 'saya budak baru belajar!' :))


Meskipun program ini berjalan serentak dengan program Meriahnya Malaysia yang dianjurkan oleh kolejku tetapi kukira suatu pengorbanan perlu dilakukan. Program ilmu perlu diutamakan. InsyaAllah...banyak manfaat disebalik semua ini.

Akhir kalam, besar harapanku agar FBI'10 ini bakal berjalan dengan lancar. Mohon doa kalian semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Amin...


Monolog di hujung entri : "Masih banyak kolej yang belum mengesahkan kehadiran wakil peserta daripada setiap kolej. Semoga kudapat mengumpulkannya selewat-lewatnya petang esok. Ya Allah, permudahkanlah segalanya!


NOTA HIKMAH =
"Mungkin saya bukan yang terbaik,tapi saya boleh memilih untuk jadi yang lebih baik!"
( ayat power kak Ira :p )



Sekian, wassalam.

:: Best of luck ::

16 September 2010


Musim peperiksaan besar tiba lagi. Tahun ini menyaksikan dua orang adik saya akan menghadapi cabaran UPSR dan PMR. Dikesempatan ini, saya nak ucapkan semoga berjaya kepada mereka. Diharapkan agar mereka berdua dapat menjawab soalan dengan tenang dan moga segala usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan diberkati Allah. InsyaAllah.

Hazirah
"Study smart...PMR 2010 just around the corner...kekalkan pencapaian cemerlangmu!"
Fokus!

Dek Ziyah
"Try your best...21 Sep 2010 - cabaran UPSR bakal bermula! Buktikan kepada semua kemampuan sebenarmu. You can do it...InsyaAllah"

With Love and prayer,
Kak Ngah :)

***********
Kutitipkan sedikit petua yang kuamalkan tika menghadapi cabaran STPM setahun yang lalu. Moga ada manfaatnya buat kalian :)

Tips untuk soalan berbentuk objektif
Baca Surah AL-ANFAL ayat 17,
"Wama romaita iz romaita walakinnallaharama..."
Maksudnya : 'Bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar.'

Ayat ini merupakan alternatif yang boleh digunakan jika menghadapi kekeliruan tika menjawab soalan aneka pilihan jawapan ini.
Menurut rentetan sirah, ayat ini dulu digunakan oleh Rasullullah SAW ketika perang. Memang serangan yang dilempar terhadap kaum kafir tepat sasarannya.
Segalanya pasti dengan izin Allah! Wallahua'lam

dan lazimi Surah An-Nur ayat 35 sebelum belajar. InsyaAllah, banyak keberkatannya :)

NOTA : Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal ( DUIT )

Monologku sendirian...


Orang mukmin itu ajaib.
Diuji dia bersabar, diberi anugerah dia bersyukur.
Bila tersilap dia muhasabah, bila berjaya dia kembalikan kepada Allah.
Bila dia berada di bawah, dia segera naik ke atas.
Bila dia berada di atas, dia sentiasa berusaha untuk istiqomah.
sebab?
Sebab dia beriman bahawa kehidupannya, adalah modal kepada akhiratnya.
-Hilal Asyraf-



Ya Allah,
Aku ingin terbang tinggi,
Mencari sebuah destinasi,
Ya Allah,
Pimpinlah daku,
Teguhkan cintaku,
Hanya pada-Mu!
Moga Syurga destinasi terakhir.


Nota : "Bersederhanalah dalam kehidupan kerana disitulah puncak ketenangan dan kebahagiaan"

:: Contengan Kenangan ::

15 September 2010

Salam ukhwah buat semua,(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)
Semoga kita berada dalam keadaan yang sihat dan terbaik untuk terus berkelana di muka bumi Allah ini.=)(●*∩_∩*●)(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)(◕‿-)✖‿✖(∪ ◡ ∪)(─‿‿─)(a◕‿◕a)(^o▽)^o(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o٩(-̮̮̃•̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃-̃)۶◤(¬‿¬)◥<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

Hingga ke detik ini, kemeriahan Aidilfitri sedang hangat dirai. Rumah terbuka rancak diadakan di sana sini. Ziarah-menziarahi, konvoi raya ke hulu ke hilir, reunion dan seangkatan dengannya kian rancak berlangsung. Namun, pejam celik...pejam celik...cuti pertengahan semester hanya tinggal 4 hari lagi. Hal ini bermakna, masa yang kumiliki untuk berada di Pulau Mutiara ini semakin pendek sebelum ku berangkat pulang ke bumi KPZ. Sesuatu yang pasti, banyak perkara yang perlu kulunaskan sebelum keberangkatanku ke kampus tercinta!

Assignment
Alhamdulillah, bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, sebelum bermula cuti yang lalu, kuselamat menyiapkan satu tugasan sulungku sepanjang bergelar siswi di UPM. Tugasan individu untuk subjek Pengantar Kemahiran Lisan ( LHE3101 ) telah berjaya disiapkan walaupun banyak cabaran yang dihadapi sepanjang pembikinan tersebut. Antara yang paling ketara ialah kekangan masa yang begitu menghimpit dek aktiviti kolej dan ibadah bulan Ramadhan di samping inilah pengalaman pertama membuat 'assignment' di universiti. Walau bagaimanapun, kusempat merasai kenikmatan berjaga sepanjang malam demi menyiapkan tugasan itu. Suatu pengalaman yang begitu menarik untuk dikenang. Dan kini, tugasan seterusnya menyusul. Kemahiran Berfikir, Pengantar Linguistik Am, dan Kenegaraan Malaysia...moga kuberjaya menyiapkan semuanya dalam jangka masa yang diperuntukkan. InsyaAllah.


Monolog Ina Nailofar =)(●*∩_∩*●)(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)
Di sana sini tika kumenziarahi sahabat-sahabat, semuanya membicarakan topik 'assignment'. Suatu tuntutan study yang perlu dihadapi oleh semua. Moga kami tidak terleka meraikan Aidilfitri sehingga mengabaikan tanggungjawab utama kami ini. "Ya Allah, kuatkan semangat kami semua. Jauhilah sifat malas daripada membelenggu diri kami. Amin"

(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)(◕‿-)✖‿✖(∪ ◡ ∪)(─‿‿─)(a◕‿◕a)(^o▽)^o(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o٩(-̮̮̃•̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃-̃)۶◤(¬‿¬)◥<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

Ziarah Raya

Starting...UPM - Putrajaya - Rawang - Pengkalan Chepa, Kelantan - Simpang Ampat, SPS Pulau Pinang - UPM...the end!

Aidilfitri telah masuk hari ke-7, ini bermakna ku berada di peringkat peleraian sebelum kembali jalan nyata. :(
Alhamdulillah...telah kubahagi masa seadilnya untuk bersama kaum kerabat mahupun sahabat-sahabat.
Teman-teman di SESS, sahabat-sahabat di SN & juga SKBT...meskipun masa yang kita langsungkan bersama amat terbatas tetapi memori terbina manis diingatan. InsyaAllah. Ada rezeki bertemu lagi di lain lapangan. Serakam kasih buat kalian.

Kunjungan di rumah cikgu-cikgu juga sempat dimanfaatkan. Paling bermakna tatkala bertemu Cikgu Syarifah Markom yang pernah melabelkan ku sebagai murtad dari pasukan Bola Jaring dan Pantun SN ekoran pelarianku ke sekolah baru. Namun, ku amat gembira kerana dia masih mengingati sebaris namaku tatkala memandang wajah ini :) Lagi manis apabila kini kuberada di bidang pendidikan bahasa ini yang ternyata mewarisinya. Di hujung pertemuan dia mendoakan sesuatu buat saya dan rakan-rakan. Andai ada rezeki dan dengan izin Allah....InsyaAllah. :)


Monolog Ina Nailofar =)(●*∩_∩*●)(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)
Menyusul perancangan untuk ke KONSERT UNIQ di SN pada malam Sabtu nanti. Pastinya menjanjikan pertemuan dengan lebih ramai kenalan persekolahan yang kini bertempiaran menuntut ilmu di serata tempat. Moga diberikan kelapangan waktu pada malam itu. Mudah-mudahan dengan izin Allah.

(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)(◕‿-)✖‿✖(∪ ◡ ∪)(─‿‿─)(a◕‿◕a)

Konklusinya, suka kumemetik 'ayat yang mahal' terbit daripada ayahanda Dr. Abd Rasid Jamian iaitu 'raya kali ini merupakan lebaran pertama yang disambut sebagai mahasiswa varsiti, pastinya memberikan 1001 makna buat pelajar semua." Alhamdulillah...kuakui kebenarannya, sepanjang seminggu pertama lebaran ini pelbagai perasaan bercampur-baur. Paling best, masih mendapat duit raya. ( Selagi bergelar pelajar, InsyaAllah...murah rezeki...so, i think nak belajar sepanjang hayat la...hehe)

Selepas beberapa kejadian yang berlaku dalam tempoh masa seminggu pertama Aidilfitri , dapat kusimpulkan....Ternyata kusemakin matang dalam meniti kolej hayat ini.
(^o▽)^o(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a) Akhir kata, Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o٩(-̮̮̃•̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃-̃)۶◤(¬‿¬)◥<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

Nota ingatan : Mutakhir ini banyak entri berbau peribadi...maaf kerana perkongsian tidak memberi khasiat tetapi inilah terapi bagiku...dalam mencari "kekuatan" yang kian hilang, huhu...Ya Allah, kuakui...segalanya milik-Mu!