Surat Untuk Adik ♥

28 November 2010

Dikesempatan ini kutitipkan bait-bait kata buat adik tersayang.

Antara nikmat berharga pemberian Ilahi,
Pelayaran duniawi ini,
Menemukan kita,
Dalam ikatan adik dan kakak,
Yang tiada secantik lukisan dapat kubayangkan.

~ Saya dan sesuatu ~
:: Nama diberi Muhammad Hazwan Bin Mohd Fisol ::


Kau bertuah,
Kumbang seekor antara lima bunga,
Anak ketiga daripada enam adik-beradik,
Kelahiran yang amat dinanti-nantikan,
Di pihak emak pastinya,
Untuk apa?
Inilah yang kau perlu sedar.

Aku,
Insan bergelar kakak,
Punya tanggungjawab,
Mengetukmu dari daerah kelalaian itu,
Punya suara untuk dilontarkan,
Wakili keluarga bahagia kita,
Perlu kau dengar,
Sehikmahnya...
Sedarlah...
Kami punya impian dan harapan,
Yang perlu kau realisasikan,
Bertepatan waktu,
Menghampiri 3 Disember nanti,
Genap usiamu 19 tahun,
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Jika bukan kamu, siapa lagi?
Jika bukan di sini, di mana lagi?

Adikku,

Seakan baru terbayang kau ke melangkah ke bumi PUO,
Kini...
Dan hari ini,
Bermulalah semester keempat,
Menjanjikan LI selama lima bulan,
Bakal kau tempuhi,
Meredah Penang Bridge setiap hari,
Semoga kau pelajari sesuatu di sana.
Bukan melencong ke QB semata :)

Usah gelisah dengan result terkinimu,
Masih 3 keatas right?
Ku yakin, kau pelajari sesuatu daripadanya,
Majulah derap langkah kehadapan,
Kerana kau bakal melalui konvokesyen dahulu...mendahuluiku... :)
Jadilah anak lelaki yang terbaik dalam keluarga.
Kau tersangat mampu!

Berusahalah...demi masa depanmu.

~With love and prayer~

Mood : Mahu menukilkan sesuatu buat adik tersayang. Namun, terasa kaku yang amat sangat...ekoran lama tidak menyusun kata...hampir dua tahun sepi dari dunia itu.

Tekad : Sedang berusaha untuk menamatkan penyepian itu. Chaiyok2 :)

:: Menuju FINAL Sem 1 '10/11 ::

01 November 2010

Sebagai mukadimah entri kali ini, saya mahu recall semula antara rentetan senario yang sering melanda rakan-rakan seperjuangan dan saya juga...inzar buat diri yang sering lupa...
"Kenapa perlu bermalasan sedangkan kalau nak diikutkan, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim lagi banyak daripada masa yang kita ada..." mengambil kata-kata Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna :)

Baik ma...baik pa... :)

Jom pantun jap,

'Tambah tolak darab bahagi,
Asas matematik untuk panduan,
Ayahanda bonda mengharap diri,
Jangan anakanda sia-siakan.'
- M.Ismail-

(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)

Berakhirlah penjalanan masa di semester pertama sesi '10/11....masih berbaki tujuh semester untuk berjuang. Buat pertama kalinya bakal mencipta pointer di sini...huhu
Sesuatu yang pasti, pelbagai cabaran menanti di hadapan. Moga kudiberi kekuatan untuk menghadapi segala macam situasi...InsyaAllah.. Kurindukan sokongan sahabat-sahabat lalu di sisi.. Ternyata kasih kalian tiada tandingan...

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan! Kata seorang sahabat setia OUTREACH dan ICT Klang, "kejayaan itu dicipta oleh manusia biasa yang berusaha secara luar biasa."
- Norliana Abd Aziz-

Sentiasa kuingat pesanan ringkasnya disebalik kiriman kad lewat bulan Jun yang lalu.

Kini, tiba musimnya.... Final Exam datang menjengah! Bersediakah kita, kawan-kawan?
Inilah realitinya...

Salam Imtihan untuk semua :)

Kudedikasikan khas buat teman-teman seperjuangan di UPM, khususnya....

- batch 1 PBMP ( khas buat geng KPZ : Zu, Kak Janah, Kak Nisa, Mun, Dayah, Fura, dan Fitrah)
rakan-rakan lain yang terpisah dek kolej : geng K5, KOSAS, dan KTP )
- keluarga bahagia mahasiswa ( Kelab Bimbingan Mahasiswa : KBMUPM )
- rakan SRMUPM
- my roomate, kak Kira yang kini pulang ke Rawang...huhu :)
- jiran tetangga...ada tanggakah grounders? :) Kak Ana, Dayah Dak kecik, Fatin, Dila, Kak Ima, dan lain-lain.
- dan seluruh rakan-rakan seperjuangan di UPM.

Good luck buat kalian! :)
May Allah bless us, InsyaAllah

Jika bukan di UPM, di mana lagi???
UPM terbaik!

Juga buat sahabat-sahabat di seluruh IPTA, politeknik dan kolej2...

Ingin juga kusisipkan untaian doa. Moga kita lebih kuat untuk menghadapi FINAL Exam. :)

DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN- SEMOGA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT

by Azrim ازريم Mukrim مكرم ( saham Akhirat buat beliau )

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan. Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.

:: Selamat beramal. Ingatlah, ilmu tanpa amal ibarat pepohon yang tiada buahnya. Jadilah kita insan yang bijak memanfaatkan segala sesuatu ::

Ke sana sini mencari paku,
Untuk disangkut kain basahan,
Bertungkus lumus membaca buku,
Rela berkorban demi sebuah kejayaan.

- Asmawati M.Ali -

:: Silap pegang buku TITAS lak...sem ni mana ambil TITAS lagi...hehe ::

Cuaca mendung hari nak hujan,
Guruh berdentum menjadi-jadi,
Tinggi gunung tinggi harapan,
Doa dan restu agar diberkati.

Akhir kalam, selamat berjaya semua.
Tinta perjuangan : "Kembara minda menelusur kebeningan hati".
Ada banyak perkara yang perlu dilakukan dalam hidup ini...namun, tika hampir dengan peperiksaan, keutamaan perlu diberikan kepada peperiksaan!

Moga Allah redha.
Wallahua'lam :)