(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤
~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali, marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih diberi pinjaman nafas dan masih bernyawa untuk meneruskan titian kehidupan walau mehnah ujian sering bertandang. ( sayu hati untuk meneruskan entri ini, huhu )
Sahabat semua, Ramadhan kian kepenghujung. Salam Akhir Ramadhan buat semua.
>>> Benarlah nukilan seorang kenalan kursus lewat empat tahun yang lalu..."masa takda masa nak buang masa dengan kita!" huhu..
Pejam celik...pejam celik...nah, Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita. Mari luangkan masa untuk sama-sama muhasabah kembali...detik masa yang kita harungi sepanjang Ramadhan ini. Tanya diri kita...
***Sudah puaskah kita berpesta menambahkan amal Ibadah?
***Sudah direbutkah segala peluang yang ganjaran kebaikan dan bonus yang Allah SWT janjikan sepanjang bulan ini?
***Sejauh manakah tarbiyah puasa di bulan Ramadhan ini berjaya mengubah diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik hari demi hari?
***Sudahkah kita berkorban harta benda dan tenaga kita dalam memberi sedekah kepada insan lain? Sudah cukup bulatkan keikhlasan hati dalam beramal jariah tersebut? J
Allah...Allah...Allah...
Betapa kita mesti bersyukur dengan nikmat kesempatan yang kita peroleh ini. Ucapkanlah "Alhamdulillah".
★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★
CERITERA SEIMBAS LALU
Ramadhanku kali ini amat berbeza dengan Ramadhan yang lepas-lepas. Ramadhan yang kuharungi menyaksikan perjalanan genting bermusafir di bumi Taiyo. Terlalu banyak yang kupelajari lewat kembara itu. Ingin berkongsi segala ceritera sepanjang hari yang kulalui di sana, tentang erti kemanusiaan, pengorbanan dan nilai persaudaraan walaupun dari asal usul yang berbeza namun tetap rumpun yang sama! Tetapi banyak faktor yang membantutkan niat hatiku itu. Lantas semua itu terkubur di lubuk sanubari tanpa rakaman pengalaman. Huhu...
Allah SWT Pengatur Yang Terbaik! Ternyata segala yang direncanakan bersesuaian dengan kudrat dan kemampuan hamba-Nya. Seorang teman meminta khidmat dan bantuanku untuk membantunya menyediakan Risalah Ramadhan ( 3 edisi pada awalnya ) untuk keluaran persatuan belia di daerah kelahirannya. Jujur kukatakan, pada mulanya dia menyuarakan hasrat itu, aku agak berat untuk menerimanya. Apatah lagi situasi aku di bumi Taiyo membatasi segala-galanya. Selain rencana aku sendiri yang punya pelbagai benda yang mahu dilakukan (",) Yelah, jangka masa cuti semester inilah medan terbaik untuk melaksanakan pelbagai perkara yang ingin dilakukan bukan? Buka semester nanti lain pula rencananya. Namun, seperti yang kukatakan diawal ceritera ini, Allah Maha Mengetahui. Sesuatu yang diatur sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Alhamdulillah...dengan bantuan Risalah Ramadhan lama yang kusimpan, koleksi tika sekolah dahulu, aku edit kembali dan segarkan dalam bentuk baru; ditambah pula buku rujukan terbitan Galeri Ilmu yang kurembat di perpustakaan awam; dan semestinya bantuan Syeikh Google (",) yang pakar bab mencari maklumat. Alhamdulillah...segalanya siap! Meskipun terlanggar juga dateline yang kujanjikan untuk beberapa edisi. Sebagai tanda penebus kelewatan dari tarikh yang kujanjikan, kugandakan usaha dengan menyediakan edisi keempat bagi risalah tersebut. Terima kasih kepada temanku itu kerana bersabar menanti risalah tersebut, walaupun kuakui banyak kelemahan...idea kurang bernas lantaran kurang mengkaji dan tiada inovasi sebenarnya untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Apapun, kubelajar sesuatulah dari tugasan 'bidan terjun' ini. Semoga Allah merahmati segala-galanya.
Dan perjalanan akhir Ramadhan...pastinya tugas selaku anak dara tak sahlah jika tidak membuat kuih raya. Dalam kesederhanaan lengkap jua. Biarpun ada yang hangit, hehe...itu sudah cukup membuktikan tahap kesungguhanku membakar biskut! J
Ceritera Kad Raya pula; ku tidak menyangka antara rakan-rakanku ada yang masih setia menghantarkan dedikasi menerusi kad ini. Maklumlah, khidmat pos sudah naik harga sekarang. Jambangan terima kasih buat mereka yang masih mengingati, melayarkan kad buat diri ini. Jujur, kutidak sempat membalas. Sudah usaha ( konon, mahu buat kad sendiri...ekoran banyak kertas-kertas warna dan bercorak yang berpotensi besar untuk dijadikan kad cantik!hehe...namun, kalut sana, kalut sini...permintaan kawan Abah untuk menyiapkan kerja mereka, tak mampu kutolak permintaan berbayar ini...huhu...urusan penciptaan kad, begitulah akhirnya!sungguh kuberhutanglah kad raya tahun ini ) Dedikasi balasan menerusi alat teknologi yang lain mampukah setanding dengan keikhlasan mereka mengutuskan kiriman tersebut?-monolog jap...aaabbbcccdddeee-------xxxyyyzzzz.... -
Tup..tup...tibalah saat ini. Alhamdulillah, terlerai juga niat nak menaip di laman blog ini. Mahu melakukan perubahan di laman ini pun masih tiada rezeki untukku mengotakannya. Yakinlah, pasti berlaku suatu masa nanti...hehe Semangat tu yang tak boleh blah...haha
Dan esok, bakal pulang ke kampung tercinta. InsyaAllah direncanakan enam hari lima malam di negeri Tok Guru itu. ( harap dapat maksimakan peluang bersama keluarga tersayang ) Kemudian, balik rumah ( perancangan dengan kawan-kawan pun dah banyak ) dan perlu bersedia untuk pulang ke kampus hijau pula. Ya Allah, begitu pantas rasa masa berlalu! Semoga aku dapat melunaskan segala yang patut sebelum tiba detik itu.
Penutup (",)
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun-tahun lepas. Dan semoga kita diberi pinjaman nafas untuk menghabiskan Ramadhan dengan jayanya ( bukan leka membeli belah untuk menyambut raya semata-mata...huhu ). Dan semoga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Amin..
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment