BERJALAN TANPA HENTI(PART 1)

22 March 2012


Last post :- 30 January 2012
Now :- 23 March 2012

Wow! (*^-^*)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..akhirnya mendarat juga hamba ke sini. 
Ke mana saya sepanjang tempoh masa itu? Jika sibuk yang meniti dibibir, kupercaya bahawa 'orang yang sibuk tu ialah orang yang paling punya banyak masa.' 
Jadi, alasan apakah lagi yang pantas untuk dilontarkan? 

Perkembangan terkini penulis, eh..jap-jap...layakkah aku menggunakan kata ganti diri 'penulis'? 
Terasa amat jauh dari itu. Menulis di blog pun amat jarang. Di media cetak pula? Sudah gersang dari wilayah itu. Jadi???apakah yang selayaknya ('',)
~Maka, bermonologlah duhai hati!~

Takdir menyuratkan segala-galanya.
Alhamdulillah, Ina sekarang berada dalam Tahun kedua, pengajian dalam bidang pilihan hati. 
Masih berbaki 2 tahun lagi pengajianku. Pelbagai perkara yang dirancang, mahu dicapai. 
Masih punya kesempatankah untuk itu?


Giat maralah menuju wawasan.

Jika bukan sekarang bila lagi?
Masa takdak masa nak buang masa dengan Ina, tau dak!(comey tak bahasa saya?)

Di tengah-tengah pengajian ini, pelbagai perkara yang kutemukan.
Benarlah bahawa sehebat manapun rancangan yang kurencana, Allah SWT lagi Maha Berkuasa. Benda yang Ina nak Allah bagi, tapi dalam bentuk yang tak dijangka-jangka. Dalam bentuk lain bahkan yang lebih indah dari plan asal tu. Ada juga yang Ina nak Allah tak bagi...tapi Ina yakin dan sedar, usaha Ina pun belum cukup kuat menuju ke arah tu. Hanya cantik rencananya di atas kertas. Tindaka, habuk pun tarak!
So, adil la kan? TQ Allah..semoga Ina lebih cepat belajar untuk mensyukuri segala nikmat-Mu.

Salam Takziah buatku... 
Pemergian moyang yang kusayang buat selama-lamanya. Semoga aman rohmu di sana! Ameen..
"Jelas, hidup ini sementara..mati datang dengan tiba-tiba."

Kerinduan terhadap seorang sahabat yang...Allah SWT lebih sayangkan dia. Al-Fatihah buat sahabatku, arwah Nuriy Zarkasya Hanna Binti Amir. Seindah namanya. Macam tu jugalah indah parasnya. Ina bersahabat dengannya seawal umur 7 tahun hinggalah sama-sama masuk sekolah menengah yang sama. 
Baru-baru ini ingatan subur kembali kepadanya, apatah lagi setelah menemui kakaknya dalam fb...yang khabarnya dah berusaha mencariku sekian lama. Alhamdulillah, ketemu jua.
 Tengok gambar Kak Fifi, lagilah Ina jadi rindu kat arwah Nuriy. Ya Allah, kuatkan hati ini.
~Ina sayang Kak Fifi, jadi..Ina harus melakukan sesuatu.
Keep in touch, itu yang utama~


Seterusnya…benda yang paling berat dalam dunia!
Apa dia ye kawan-kawan?
Berbicara tentang amanah…Ina jadi gusar. Jujur, jika di zaman sekolah dulu, benda itu menjadi sasaran Ina. Alhamdulillah, Ina dapat.
Dalam masa yang sama pegang jawatan Pengerusi : Persatuan Bahasa Melayu, Pergerakan Puteri Islam & Persatuan Pendidikan Islam, Ketua Pengawas Keceriaan dan AJK Disiplin bagi Kelab Tingkatan 6.
 Itu ceritera tika Tingkatan 6, form 5 dan form 4  pula…
Lebih kurang la..
Penolong Ketua Pengawas 1, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam, Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Penolong Editor Majalah Sekolah, Ketua Pembimbing Rakan Sebaya(***syarat atas kertas sahaja, tugas langsung tak buat melainkan menjadi tetamu di Bilik kaunselor sahaja), Bola Jaring dan Rumah Hijau…tak ingat dah….
Itu kisah beberapa tahun yang lalu…kini?

Semakin ingin lari jauh dari itu, ia muncul dengan tak disangka-sangka.
Untuk KBMUPM, Ina terima dengan redha. Walaupun sebenarnya diri ini masih berkira-kira..namun, andai itu dah tertulis, kuharus galas dan pikul semaksima baiknya. Hidup biar berjasa! Kotakan…

Kelab pantun & Puisi Cenderawasih :- Tiba-tiba ja dapat khabar dilantik menjadi Timbalan Presiden. Ini keputusan drastik sebab Ina tak pergi pun AGM Kelab. Hanya melalui mesej, Presiden hantar minta maklumat itu dan ini untuk dihantar ke BHEP. Semester lepas, memang ya Ina pegang Setiausaha, tapi itu hanya usaha awal untuk menggerakkan kembali kelab itu di bumi UPM. Dan secara tak langsung, Ina wakil team Pantun UPM ke Pesta Pantun Bestari tu. Hanya sebagai Simpanan setelah main tolak-tolak dengan kak Ummi Nazifah. (Beralah juga dia yang gantikan Pemantun Kedua tu) 
Nak kata Ina bagi harapan???
Kutelah lepaskan segala-galanya…peluang beraksi di Pesta Pantun Integrasi di UKM yang lalu. Kerana apa? Ina yakin, ahli-ahli baru yang muncul jauh lebih layak dan sesuai berada di tempat itu. Diam bukan bermakna setuju, sahabat! Harus ada perundingan untuk itu…

Kelab PBMP bawah kos~AGM pun Ina tak pergi. (Hehe..)
Kelangsungan program semester lepas, semester ini Ina meneruskan agendanya. Sebagai Timbalan Presiden 1 untuk program itu. Benda minat, Ina cuba lakukan yang terbaik. Namun, kuperlukan sokongan sahabat-sahabat untuk sama-sama luangkan masa, keringat dan idea untuk itu. Ya Allah, perkenankan hal itu.

Kolej??? Alhamdulillah..penolakanku jelas difahami. Jelas tiada sebarang paksaan. Cuma beberapa aktiviti kuturut terlibat, contoh MAK-P semester ini kuturut serta sebagai AJK Cenderahati.( Kali pertama pegang hal ehwal ini***toink2)

 Sekitar itu yang bermain di fikiran…Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini untuk sentiasa ikhlas dalam semua urusan.
Ingatkan Ina andai terlupa,
Atur langkahmu di bumi hijau ini untuk mengotakan suatu janji.
Study no.1 buat DAKWAH not no.2!

‘Ia wajib even diri tak sempurna.
Kesempurnaan itu bukan milik kita, sahabat-sahabat. Manfaatkan ruang dan peluang untuk itu!Hidup kita tak lama…’


Daerah ini membawa persinggahanku ke dunia itu. Punya banyak minat, maka kufikir harus mulakan sekarang.

Maka, terhasillah…Kraf Ina Nailofar.

***Wujudnya dah lama, tahun lepas…time cuti panjang semester lepas tu. Ingat dak???hehe..tapi tak fikir nak luaskan sebab target pasaran kat kengkawan adik-adik. Tapi, bila ambil Subjek Universiti = Asas Keusahawanan…kuterpanggil untuk gerak kembali. Setelah perkenalanku dengan Plaza GM juga sebenarnya.
Semangat MGM3180 la…
Mendapat kerjasama bersama team MGM grupku, ‘Sinimo Hijab’.


 Kuberhutang sesuatu kepada seseorang…Ila Husna! Resensi Novel Sulungnya…hehe
***moga ada kesempatan untuk lunaskan.

Lihat, sedang kuleka menyelek Majalah Anis, kutemui iklan ini! Syabas akak! You are the best :)

***Malu sangat, tiap kali terima mesej pesanan ringkas dari penulis itu… J
Contoh teman akrab dalam bidang Penulisan. Bahagia mengenalimu, Ila Husna!


Tatkala menaip entri ini, kesihatan berada di tahap perlukan perhatian.
Suhu badan tiba-tiba berubah. Kepala semakin berat.
Tarbiyah dari Allah SWT.

***Ralat :- akibat kelekaan…sikap enteng..kuterlepas peluang itu! BBI2421, Ina kena lebih hard untuk subjek itu. Fokus la sayang!

***Bahagia :- Semester ini banyak subjek memerlukan sesi perbentangan. Macam tak biasa bentang…tak..ini lain, setiap minggu bentang. SDL katakana.. Harus Ina untuk jadi lebih berani. Lontarkan apa kau faham. Jangan takut-takut. Usah gentar-gentar. Jika salah, tak mengapa..itu proses belajar! Mengerti? Good…


KHATIMAH

Teruslah berjalan tanpa henti. Jangan sesekali berputus asa. 
Dari rahmat Yang Maha Esa.
Jangan-jangan kita lupa, ujian itu lumrah dunia.

Senyumlah pada mentari yang berada di hadapan! 

~Kolej Pendeta Za’ba~
3:13 am

3 Lontarkan KALAM anda:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Catatan biasa dari insan biasa :)

Ila Husna said...

Yeah, bahagia dapat baca update Ina.
Take care.. :)
Ina terbaik berada dalam posisi sekarang. Tahniah!

Ina kraf? menarik! teruskan.

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Akak..malu la..hanya catatan bersifat peribadi. Hari ini pergi program MPR tu kan? Best la..Ina dok berperang dengan banyak benda sekarang..Minggu depan test 1..doakan saya!

Kraf Ina Nailofar, tau?hehe..like2
Xleh kreatif menulis, otak ni nak kreatif benda lain lak..huhu