Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sejauh mana kepekaan kita terhadap isu ini?

22 October 2010

Mutakhir yang lalu, kita digemparkan dengan Festival Busana Muslim yang rata-ratanya menampilkan peragaan fesyen yang memang bercanggah dengan Islam. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan sememangnya tidak layak diberi nama 'Islamic'.
Lihat antara gambar-gambar yang melintasi lensa kamera.

Layakkah diangkat sebagai fesyen Islam?
Model-model dengan pelbagai fesyen yang langsung tidak mencerminkan Islam.

Sedarlah kawwan-kawan akan isu ini. Persoalan menutup aurat bukan hal remeh yang boleh dipermainkan. Islam tidak melarang hamba-nya untuk berfesyen tetapi biarlah selari dengan syariat yang telah digariskan. Apapun, jangan sampai termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Ayuh kawan-kawan...
Sedarlah...
Mari kita semak semula,
Surah An-Nur ayat 31:

" dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya"

Sudah terang lagi bersuluh, bukan? :)
Peringatan sudah diberikan...adakah kita lupa?


Konklusinya...


Kita semua punya akal untuk berfikir, jadi buka mata dan minda seluas-luasnya. Kita mampu menilainya.

"Rutinnya hidup ini dipenuhi pelbagai kesilapan, tetapi berusahalah menjadi yang terbaik...Semoga kembara di sepanjang " Kolej Hayat " ini menemukan keinsafan untuk menilai apa yang dicari..."

Nota dihujung entri : Melihat penampilan siswa siswi ke kuliah, pelbagai fesyen dapat dilihat. Persoalannya, adakah ia menepati etika berpakaian yang ditetapkan oleh pihak universiti??? Hmmm... Ketahuilah, segala-galanya bermula di sini... Anda mampu menilainya :) Mari kita berubah bersama-sama...

"Bersendiri, terlalu sedikit untuk dilakukan...Bersama, banyak perkara boleh diselesaikan." -Helen Keller-
(muhasabah Ainul Hayat)


Berita baik kawan-kawan!

02 October 2010

~ 2014...InsyaAllah :) ~

Tindakan pengumunan menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa mesti melegakan para peminjam yang menerima ijazah kelas pertama. Dengan pengumuman ini, diharap peminjam-peminjam yang sedang dalam pengajian akan terus gigih belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Pengumuman ini boleh dijadikan motivasi supaya pelajar lebih gigih mendapat pencapaian terbaik.

Dipetik daripada Berita Harian

RM59.7 juta pinjaman PTPTN jadi biasiswa

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM59.7 juta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa sebagai pelepasan kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang memperoleh ijazah kelas pertama, tahun ini.

Pelaksanaan dasar baru itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pembentangan Bajet 2010 tahun lalu bahawa kerajaan akan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf bermula tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah penerima ganjaran setakat ini adalah berdasarkan perangkaan dari Januari hingga Julai lalu, dan bilangan itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini apabila baki IPT lain mengumumkan keputusan pelajar masing-masing tidak lama lagi.

Katanya, ganjaran itu diharap akan menjadi dorongan kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlangan.

Ini menunjukkan kerajaan bukan hanya memandang serius aspek kejayaan pelajar, tetapi turut mengambil inisiatif mendorong kecemerlangan dengan menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, katanya pada majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama dan Majlis Bersama Media anjuran PTPTN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan surat pelepasan berkenaan kepada 13 pelajar terbabit sebagai simbolik.

Selain itu, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RM100,000 oleh Bank Islam Malaysia Bhd kepada PTPTN untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi pelajar miskin.

Menjelaskan lanjut pada sidang media, Mohamed Khaled berkata, pemberian ganjaran itu tidak menjejaskan dana pinjaman pendidikan kerana PTPTN sudah mengambil kira perkara itu dalam pelaksanaannya.

Katanya, PTPTN memberi jaminan selesaikan keseluruhan proses penurunan caj perkhidmatan pinjaman daripada tiga kepada satu peratus dan menyelaraskannya dengan kaedah syariah atau ujrah, menjelang Jun depan.

:: Sumber :

http://www.gnesop.com/2010/10/rm597-juta-pinjaman-ptptn-jadi-biasiswa.html ::

******************

Jadi, apa tunggu lagi kawan-kawan? Marilah kita bersama mengambil peluang ini dengan menumpukan sepenuh perhatian dan belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat keputusan yang terbaik! Permulaan semester pertama sangat penting, ia menjadi penanda aras untuk semester akan datang. Segalanya bermula di sini. "Ya Allah, permudahkanlah segalanya." Ameen...

“Cuaca mendung hari nak hujan,

Guruh berdentum menjadi-jadi,

Tinggi gunung tinggi harapan,

Doa dan restu agar diberkati.”

Nota semangat Ina Nailofar : Nak fokus study...takut....Final exam just around the corner! Bear in mind Ina...Everything begin with you and your own hard work. May Allah bless you.