Showing posts with label ISLAM IS THE WAY OF LIFE. Show all posts
Showing posts with label ISLAM IS THE WAY OF LIFE. Show all posts

PREMIS BICARA 001 -GANJARAN KEBAIKAN (^_^)

10 March 2011

"What you give, you get back!"

SIFIR KEHIDUPAN (^-^)

Rutinnya setiap yang dilakukan oleh seseorang manusia itu punya implikasinya di akhirat dalam bentuk balasan baik atau buruk mengikut amalan yang dilakukan.

Seperti yang ditegaskan oleh Allah SWT,
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau seberat zarrah ( habok paling kecil ) sekalipun, pasti dia akan melihat balasannya dan barangsiapa yang mengerjakan amal kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun, pasti dia akan melihat balasannya pula."
( Surah Az-Zalzalah Ayat 7-8 )


GANJARAN KEBAIKAN (^_^)

Daripada Abu Mas'ud al-Ansari r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yg menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya " 
     
-riwayat Muslim-


Semoga Allah SWT meningkatkan kekuatan! :)

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah
:: Imam Hassan al-Banna ::


Ayuh semua para mujahid
Ayuh semua para mujahidah
Mari bersama kita nyalakan
Bara perjuangan di dalam diri
Agar tertegak kalimah Ilahi!



KALAM FITRAH = Kita diwajibkan berusaha
Apa yang dapat itu yang terbaik.

(✿◠‿◠)

12 February 2011

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Menghampiri 14 Februari, menyedari peri pentingnya kita (sesama muslim ) untuk mengingatkan para remaja dan sesiapa sahaja bahawa tiada alasan munasabah bagi umat Islam menyambut hari Valentine.  
Jangan sekali-kali merayakannya kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah kita sebagai umat Islam. Telah terang lagi bersuluh yang hukumnya haram di sisi Islam. Namun, realitinya masih ramai umat Islam yang masih meraikannya. Angkara kejahilankah? 

Mendepani fenomena ini, sebagai mahasiswa, apa peranan kita?
Menganjurkan forum, ceramah dan pelbagai program bersimbolkan cinta cuma pengisiannya lebih Islamik?

Bukan mahu meng' highlight' atau menghidupkan lagi aura Valentine's Day itu tetapi salah satu cara mahu menyokong kepada 
  Kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day".

Kalau bukan kita, siapa lagi?


Sematkan dalam hati kita bahawa...


 

Semoga usaha yang kecil ini berupaya menyelamatkan segelintir mereka yang lalai...Kita hanya berusaha untuk menghalang perkara yang lebih parah daripada berlaku. 
Tiada ruginya kita berpesan-pesan dalam kebaikan :)


Mari tumpukan perhatian dan minda kita untuk persediaan menyambut Maulidur Rasul.


KITA perlu memanjatkan kesyukuran kerana menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menyusuri sirah hidupnya, mengamalkan sunnah, dan menghayati pengorbanan yang dilakukan sepanjang hayat Rasulullah SAW.

( by abubasyer )


CINTAILAH RASULULLAH SAW

Cinta kepada Rasulullah s.a.w memiliki kesan kepada agama, jiwa, masyarakat dan akhirat. Allah berfirman yang bermaksud: "Cinta kepada Rasulullah s.a.w harus lebih tinggi daripada cinta terhadap diri sendiri, kerana Allah menegaskan, "Nabi itu lebih utama bagi orang-orang Mukmin dan ukuran diri mereka sendiri." (Surah al-Ahzab, ayat 6)
 Justeru, mencintai Nabi bukan hanya manis di bibir, tetapi perlu dilaksanakan dengan tindakan bagi membuktikan kecintaan itu.

 -Mohd Fadly Samsudin,  myMetro-


Sambutan yang diraikan perlu selari dengan apa yang kita diucapkan. 
Bacalah selawat "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat baginda."
Tanda kasih, sayang dan cinta kita kepada Baginda, kaum kerabat dan para sahabat.

Sebagai umatnya, kita perlu sentiasa berfikir dalil kenabiannya, merasai betapa kasihnya nabi kepada umatnya, mempelajari al-Quran dan hadis yang menunjukkan hebatnya kedudukan nabi di sisi Allah.


BUKTI KASIH BAGINDA
Masih ingatkah kita?


Ingatlah, satu-satunya penolong kita di hari Kiamat hanyalah syafaat Rasulullah, dan syafaat itu berlaku untuk umat Rasulullah S.A.W yang mengikuti sunnahnya. Oleh karena itu, marilah kita cintai dan ikuti Rasulullah mulai sekarang sebelum datangnya hari kiamat itu, jangan menganggap hari akhir itu masih lama datangnya, tidak usah menunggu tanda-tanda kiamat dahulu untuk bertaubat, karena dosa sebesar apa pun akan diampuni olah Allah mumpung hayat masih di kandung badan. Semoga kita terhindar dari keganasan malaikat Malik dan Neraka Jahannam.


Amin Ya Rabb Al-'Alamin

***saham Akhirat buat Nur Muslimah & abubasyer 


NOTA KAKI : Mari kita jadi 'mujahid yang waspada dan mujahidah yang prihatin :)