:: CoNtEnGaN sEUsAi Exam ::

10 December 2009

Tamatnya Peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas 2 tepat jam 4.00 petang tadi maka berakhirlah perjuangan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) untuk tahun 2009 ini. Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kudapat tempuhi 'exam' dengan baik, kesihatan juga sangat baik, dan moga-moga 'result' yang bakal kuperoleh juga terbaik! Mudahan-mudahan, InsyaAllah.
Usaha yakin berjaya!
Ku bertawakal kepada-Mu, Ya Allah.

Kelegaan jelas terasa. Kusangat pasti kerana sebaik kupulang dari sekolah saja telah masuk mesej "Merdeka! Merdeka! kiriman seorang rakan seperjuangan! ( sapa yea???biarlah rahsia, nanti malu pula Hamba Allah tue ) maklumlah.... Setelah hampir setahun setengah berusaha untuk menghadapi STPM, kini exam pun telah habis, jadi memang berhaklah untuk kami berehat dan menikmati kehidupan terkini.Hihi... :)

Banyak 'agenda' yang bermain-main difikiran. Namun, keperlu bijak merancang masa agar segala minat dan kegemaran yang kuingin lakukan dapat berjalan dengan lancar. Kuperlu memanfaatkan cuti panjang sementara menanti keputusan STPM 2009 ini dengan melakukan 'sesuatu' yang bermakna untuk masa hadapan. Sudah tiba masanya untuk kubertindak ke arah masa depan. :)

Kepada rakan blog yang mempunyai 'idea' tentang perkara apa yang boleh kulakukan sepanjang cuti panjang ini, bolehlah kalian utarakan. Pandangan dan sumbangan buah fikiran anda amat dialu-alukan! ;)

Sesuatu yang pasti, blog ini akan tampil dengan 'wajah baru' dalam jangka masa terdekat ini! Tunggu................... (",)

Sekian dahulu contengan malam ini...

4 Lontarkan KALAM anda:

Shukri Mohd Ali said...

salam.

alhamdulillah...habis selesai sudah perjuangan =)

masa2 cuti ni,berkarya la...apa lagi.hehe =)

selain tu cuba2 la kerja part time.isi masa lapang.dapat jana pendapatan juga =)

dan boleh la kita berkenal-kenalan sambil bertukar-tukar pendapat =)

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

ws...Alhmdlh usai sudah exm! :)

Tq, cdgn saudara tue mmg dlm perancangan da!hihi...nak bkerja la cari pengalaman n bkarya sudah sepastinya tp nak rest minda baca novel2 dulu la. ;)

Shukri Mohd Ali said...

hehe...sama seperti saya...habis STPM jer terus baca novel2 yang tertunggak =P

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Itulah, dah minat xde sp blh halang...hihi...nak jd penulis kena byk mbaca terutama karya2 mntan MPR...tp awas, klu byk mbc pn, xmnulis kang jd pembaca trus lak!hihi