:: Jom muhasabah sejenak ♥ ::
05 May 2010
~ Apa pula yang ingin kukongsikan? tapi...bukankah blog kau 'private'kan Ina, bagaimana rakan-rakan yang lain dapat membacanya?monologku sendirian...hehe...InsyaAllah akanku buka kembali untuk bacaan semua. Usaikan pembaik pulihan blogmu :) segera Ina, usah bertangguh lagi...bagi yang bertanya, sabar menanti yea :) ~
Sedang kuleka membelek Majalah Solusi ( Isu No.18 ), tiba pada halaman 102 kutemui PUISI ini. Puisi ini berjudul 'Pencarian' dan merupakan hasil nukilan Nor Azleen Shamshuddin dari Kluang, Johor. Kukira, lebih manis andai dikongsikan bersama teman-teman sekalian yang mungkin terlepas pandang atau tidak membacanya. Apa keistimewaan puisi ini hingga aku sangat tertarik untuk diulang paparkan? Bagi jiwa yang hidup nescaya dapat melihat nilai indah yang menjadi mutiara teladan untuk dihayati dan wajar dicontohi oleh setiap 'Muslimah' yang dambakan menjadi 'Wanita Solehah' :)
~ Ayuh sahabatku, mari kita sama-sama hayati setiap bait kata puisi ini ~
Bagi yang sudah membacanya di Majalah Solusi, Alhamdulillah...bagi yang belum, mari kita renunginya...Wallahu a'lam
:: PENCARIAN ::
Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang.
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!
Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.
Si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung litup
Bergambar sakan
Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar ditayang
Pemilihan terbatal.
Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur.
Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan.
Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh.
Nukilan,
NOR AZLEEN SHAMSHUDDIN
KLUANG, JOHOR
~Saham Akhirat buat Saudari, moga Allah memberkatimu~
Bagaimana perasaan setelah membacanya? Puisi ini mudah dihayati kerana susunan ayat yang digunakan begitu bersahaja...Kukira natijahnya juga terang lagi bersuluh :)
Konklusi...Bersama-samalah kita menjaga diri. 'Be Solehah first before you wanna find a Soleh husband'
:: Majalah SOLUSI ( Isu no.18 ) ini merupakan koleksi perdanaku. Alhamdulillah, syukur sangat...setelah mengetahui tentang kewujudan majalah ini serta perkhabaran daripada seorang sahabat, menambahkan keyakinanku untuk memburu majalah ini. Akhirnya degan izin Allah SWT, dapatku milikinya. Moga masih tidak terlambat untuk kukutip segala ilmu yang tersurat dan tersirat didalamnya. Bertambah lagi bahan bacaan yang wajib kuhadam setiap bulan, InsyaAllah ::
Label : Coretan
MUHASABAH NAILOFAR,
SOLUSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment