:: Kembali...kembali??? :) ::

05 August 2010

"Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara."
( Sengaja kubuka dengan pantun...penyeri entri sulong di tanah baharu ini )

^^^ Mukadimah ringkas ^^^

Terlalu lama kumenyepi daripada 'update' blog ni sehinggakan kubertekad untuk 'private' blog ini untuk beberapa tempoh ketika :)
Kini, kukembali...Alhamdulillah...mungkin desir bayu yang bertiup di laman Serdang ini mengembalikan semangat itu. ( Benarkah? Segalanya mungkin...pastinya dengan izin Allah SWT )

Perjuangan dalam STPM yang lalu mentakdirkan kuberada di sini. Alhamdulillah, kumakin ranum meniti alam varsiti yang pastinya menjanjikan seribu satu ceritera dalam hidupku.

Konklusinya..."Segalanya bakal bermula di sini..."

^^^Bacelor Pendidikan ( PBMP ), UPM^^^
&
Kolej Pendeta Za'ba - "Hanya yang terbaik!"

^^^^Kukira lebih manis andai diakhiri dengan serangkap pantun..tradisi yang kugemari walaupun tidak searif mana :)

"Keris bernama Taming Sari,
Peninggalan Hang Tuah gagah perkasa,
Seandainya kejayaan matlamat diri,
Berilmu dan bertaqwa pasti berjaya."


Wassalam...Noktah***

11 Lontarkan KALAM anda:

Shukri Mohd Ali said...

Moga awak berjaya dalam bidang yang diceburi!

(^_^)

Bulya Iswandi said...

berani jom r lawan pantun...orang dah mengkaji pantun budaya melayu ni....bukan bongkak ea tapi takbur..hehe...papepun gud luck k...

AinuL HayaT said...

amboi, awalnya dua org ni :))
thnx ye komen...bulya, tau la dak persuratan :p

...Nur iNsAn... said...

salam sahabat=)...
akhirnya kembali juga ina yer..huhu..
mga ina jga b'jya d bumi upm dan d khirt nnti(",)v...

...Nur iNsAn... said...

salam sahabat=)...
akhirnya kembali juga ina yer..huhu..
mga ina jga b'jya d bumi upm dan d khirt nnti(",)v...

AinuL HayaT said...

Syukran jazilan emy, may Allah bless u... :)

syahbandar87 said...

teruskan menulis..dan blaja rajin2 :)

Faarihin said...

salam dek.. lama tak singgah di sini..

semoga maju jaya yer.. (^__^)

belajar rajin2..

AinuL HayaT said...

to syahbandar87 & faarihin,

tq...masih sudi singgh ke mari..

^Jamilah^ said...

Ina, sangat rindu nak baca sentuhan ina.. Terus menulis ye.. Lepas ni kembali ke arena penulisan di media cetak pula..

Terbaik!!!

=)

Sangat rindukan tulisan Ina..

AinuL HayaT said...

akak Jamilah,

terasa jauh dari itu...huhu