:: SAMBUNGAN MENUNTUT ILMU-suatu perjalanan yang panjang ::

15 May 2010

Syukur kepanjatkan ke hadrat Ilahi...terima kasih atas rezeki ini :)) Alhamdulillah, dengan izin-NYA kudapat melepasi ujian MEDSI dan berjaya mendapat tawaran ke temuduga kos pendidikan. Suatu kesempatan yang perlu kumanfaatkan sebaiknya.

:: Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabatku yang turut berjaya mendapat panggilan temuduga ISMP...Antaranya Nurliyana, Hanis, Syuhada, Ainee Tri dan Emy ( setakat yang kuketahui )...Ya Allah, mudahkan laluan kami untuk menjadi seorang 'guru'...pastinya dengan izin-MU ::

Berdasarkan maklumat daripada rakan serta kenalan senior yang pernah melalui temuduga ini pelbagai respon yang kuterima. Pendek kata, temuduga ini merupakan peringkat yang penting untuk melayakkan kita mendapat tempat dalam bidang ini. Sememangnya diketahui persaingan sangat sengit dan pemilihan juga amat teliti jadi kuperlu persiapkan diri semaksima mungkin bagi menghadapi apa-apa jua situasi nanti. Peluang sudah terbuka di depan mata, mana mungkin kumampu persiakannya! "Ya Allah, berikan kesempatan agar kudapat 'study' sebagai persediaan diri menghadapi temuduga ini." Sesungguhnya ini merupakan temuduga keduaku selepas temuduga pertama dalam hidup tika memohon UPU untuk kemasukan ke UiTM selepas SPM yang lalu. Semoga pengalaman lalu sedikit sebanyak membantuku mengawal rasa gemuruh yang ada.

Program temuduga yang bakal kudepani ialah untuk kos ISMP PBMP di UPM dan ISMP Sastera di USM. Tempat temuduga nanti ialah di USM Minden pada 21 Mei 2010. "Ya Allah, mudahkanlah perjalananku ke tempat tersebut."

Penulisan entri ini juga sebagai salah satu latihan untuk menguatkan azam dan semangat untuk berusaha mempersiapkan diri dengan bekalan ilmu semaksima mungkin. Selain mengambil tahu akan isu-isu semasa ( sememangnya kerjaya guru perlu sentiasa 'alert' :)), aku juga mengambil inisiatif untuk pergi meminjam buku di library awam yang berdekatan...(jika aku tidak pinjam buku siapa lagi?hehe...)

1. Buku 'Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu'oleh Yahya Othman - lebih menjurus pengkhususan yang kuminati... "Ya Allah moga kudapat menguasai segala input yang penting."
2. Buku '19 Tip Pendidik Cemerlang' terbitan Utusan Publication - moga kudapat pelajari rahsia kecemerlangan seorang insan bernama guru.
3. Buku 'Cerita Motivasi Untuk Guru' oleh Hamedah Wok Awang - pengisiannya lebih santai. Berkisarkan pengalaman guru-guru tika mengajar dan sepanjang berada di dalam dunia pendidikan. Moga kudapat pelajari tekniknya...soalan popular tika temuduga (berdasarkan pemberitahuan kawan-kawan) ialah perlu melakonkan cara mengajar.
4. Buku MEDSI & persediaan temuduga oleh Mok Soon Sang ( Buku yang kugunakan sewaktu persiapan ke ujian bertulis MEDSI dahulu )

***Kira lima hari dari sekarang...moga buku-buku ini dapat membantuku dalam mempersiapkan bekal menuju ke medan temuduga. Practice makes perfect!

Doaku..."Ya Allah, berkatilah hasrat murniku dan rakan-rakan untuk menjadi warga pendidik." Segalanya pasti dengan izin-Mu. DUIT - Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.

JADILAH GURU SEBENAR GURU, KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU!
( Kata-kata peransang sebelum ke temuduga ISMP )

Berikut merupakan CIRI-CIRI GURU BERKESAN yang kutemui tika membuat asignment tadi...hehe

1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu.
4. Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11. Memastikan situasi 'guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya- mempertahankan martabat profesionnya.
16. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Akhir kalam, manfaatkan masa yang ada untuk kau study Ina! Everything begin with u n ur own hard work!berusahalah... :))

Contengan semangat,

Ina Nailofar - sekadar luahan tatkala rindu menulis...

Noktah. :))

:: Jika Bukan Guru, Siapa Lagi? Selamat Hari Guru ::



16 Mei tiba lagi. Suatu tarikh yang tidak mungkin mampu kulupakan.
Teringat bait-bait kata sebuah puisi terkenal,

"Dialah pemberi paling setia. Tiap akar ilmu miliknya. Pelita dan lampu segalanya. Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat. Alur kesetiaan mengalirkan nasihat. Pemimpin yang ditauliahkan segala umat. Seribu tahun katanya menjadi hikmat"

****

Mengharapkan satu perjuangan,
Yang bisa diberkati,
Mengharapkan satu perjuangan,
Yang bisa mengerti,
Keluhan demi keluhan,
Menanggung kerenah anak buah,
Kerap menghampakan,
Bimbang akan harapan,
Resah akan perjuangan,

Jika bukan GURU siapa lagi?
Banggakah anda menjadi GURU?

Ucapan ini khas kudedikasikan buat cikgu-cikgu yang pernah mendidikku
( walaupun satu abjad, satu nombor, sepatah kata mahupun sepotong ayat...kalian ialah guruku ) terutamanya di SKPTK, SKBT, SMKSN, ICT Klang, dan SMKSE.

Tatkala keseorangan ini, memori indah tika ranum di alam persekolahan menjelma di kotak ingatan. Terbayang beberapa wajah insan yang kuhormati. Terutamanya guru-guru tika kubelajar di pra-u...kalian insan yang paling mengerti jiwa keremajaanku ini...

1. Puan Solehah Abdul Hamid - Ketegasanmu mengunci mulutku tika P&P berjalan :))
2. Puan Nurul Huda Mohd Yusop - Kelembutanmu mendidik mengakrabkan kita :))
3. Puan Norizan Yusoff - Takkan kulupa motivasi yang seringkali menjadi mukadimah kelas Sejarah :))
4. Puan Roni Samsuddin - Keprihatinanmu membuahkan jalinan yang harum mewangi :)) Segalanya bermula di sini...Pesta Pantun...Sifu Pantunku.
5. Puan Rohana Shapii - Kejernihan wajahmu menawan heartyku Cikgu BM & Sastra SPM :))
6. Puan Habsyah Md Salleh - Mutiara masihatmu kerapkali membuatku terfikir...TQ cikgu...kunampak hasilnya kini :))
7. Puan Masita Bt Rejab - PK Pentadbiran, titis mutiara jernihku pernah mengalir di biliknya...kunampak hikmah yang tersurat kini. Kuperlu lebih bersyukur :))
8. Tuan Haji Aziz Bin Yusof - Bantuanmu 'menginsafkanku' Form6 contoh pelajar lain :)) TQ Pengetua kerana mempercayaiku dan SITI!!!!
9. Puan Rohana Salleh - Maafkanku melepaskan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ketahuilah, kuamat menghormatimu meskipun dalam diam :))
10. Puan Saadiah Muda - Kepercayaannya memantapkan kewibawaanku memimpin. Hidupku selamanya bergelar PUTERI ISLAM :))
11. Puan Siti Hawa Abdul Rahim - Renungan matamu yang tenang membangkitkan semangat untukku berjuang :))

~ Mewarnai kanvas perjuanganku di bumi SESS '06-'09 ~

****

:: Empat insan yang kurindui ::

1. Puan Hajjah Rogayah Abdul Samad - Ustazah di kelas mengajiku. Lama tidak kutemu. Hanya buku, hadiah pemberiannya menjadi tatapan tatkala rindu :))
2. Puan Nawal Syakirah Mahmood - Guru tika darjah 1...minatku akan bahasa bermula di sini :))
3. Puan Nor Azima Hassan - Minatku akan sastera dirangsang oleh beliau. Senyuman manisnya kurindui. :))
4. Puan Jamilah - bertanggungjawab mengenengahkan bakat melukis dan mewarnaku. Hanya Sijil Pameran Lukisan Malaysia-Jepun menjadi kenangan untuk mengingati kegigihan seorang guru yang baik ini :))

****

Sebenarnya terlalu ramai insan bergelar guru yang meninggalkan secebis kenangan sepanjang semusim bersama. Jika ingin disebut, panjanglah entri ini...hehe...Terutama guru-guru di SMKSN...terlalu banyak memori tercipta di sana. Semoga Allah merahmati kalian di dunia mahupun di Akhirat...InsyaAllah.



*****

GURINDAM GURU SEJATI
(Mas Adeki)

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Guru sejati berhati murni,
Sihat sejahtera hidup harmoni.

Tidak mudah berkata tidak,
Sentiasa berusaha terus bertindak.

Jika menghadapi sebarang masalah,
Guru sejati tak pernah mengalah.

Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati baik hati,
Berasa belas menaruh simpati.

Guru sejati bijak berbicara,
Hidup berbakti jadilah juara.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Guru sejati bergelar pendidik,
Pelajar diasuh bijak cerdik.

Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat,
Kedua-duanya penting diambil berat.

Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.

Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.

Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

*****

SELAMAT HARI GURU

TINTA KENANGAN,

@n@k mur!dmu...

:: Jom muhasabah sejenak ♥ ::

05 May 2010


~ Apa pula yang ingin kukongsikan? tapi...bukankah blog kau 'private'kan Ina, bagaimana rakan-rakan yang lain dapat membacanya?monologku sendirian...hehe...InsyaAllah akanku buka kembali untuk bacaan semua. Usaikan pembaik pulihan blogmu :) segera Ina, usah bertangguh lagi...bagi yang bertanya, sabar menanti yea :) ~

Sedang kuleka membelek Majalah Solusi ( Isu No.18 ), tiba pada halaman 102 kutemui PUISI ini. Puisi ini berjudul 'Pencarian' dan merupakan hasil nukilan Nor Azleen Shamshuddin dari Kluang, Johor. Kukira, lebih manis andai dikongsikan bersama teman-teman sekalian yang mungkin terlepas pandang atau tidak membacanya. Apa keistimewaan puisi ini hingga aku sangat tertarik untuk diulang paparkan? Bagi jiwa yang hidup nescaya dapat melihat nilai indah yang menjadi mutiara teladan untuk dihayati dan wajar dicontohi oleh setiap 'Muslimah' yang dambakan menjadi 'Wanita Solehah' :)

~ Ayuh sahabatku, mari kita sama-sama hayati setiap bait kata puisi ini ~
Bagi yang sudah membacanya di Majalah Solusi, Alhamdulillah...bagi yang belum, mari kita renunginya...Wallahu a'lam


:: PENCARIAN ::

Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang.

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar ditayang
Pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur.

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan.

Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh.

Nukilan,
NOR AZLEEN SHAMSHUDDIN
KLUANG, JOHOR
~Saham Akhirat buat Saudari, moga Allah memberkatimu~



Bagaimana perasaan setelah membacanya? Puisi ini mudah dihayati kerana susunan ayat yang digunakan begitu bersahaja...Kukira natijahnya juga terang lagi bersuluh :)
Konklusi...Bersama-samalah kita menjaga diri. 'Be Solehah first before you wanna find a Soleh husband'

:: Majalah SOLUSI ( Isu no.18 ) ini merupakan koleksi perdanaku. Alhamdulillah, syukur sangat...setelah mengetahui tentang kewujudan majalah ini serta perkhabaran daripada seorang sahabat, menambahkan keyakinanku untuk memburu majalah ini. Akhirnya degan izin Allah SWT, dapatku milikinya. Moga masih tidak terlambat untuk kukutip segala ilmu yang tersurat dan tersirat didalamnya. Bertambah lagi bahan bacaan yang wajib kuhadam setiap bulan, InsyaAllah ::

:: PeRkOnGs!aN InfO ::

:: Lembaran kali ini ingin kukongsikan bersama satu lagi tulisan mengenai Facebook yang kuperoleh ketika menziarahi blog penulis asal tersebut. Moga kita dapat manfaatnya disebalik kesamaran dan keasyikan melayani Facebook selama ini. Bersamalah untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Moga menjadi Saham Akhirat buat penulis asal, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan komentarnya ::

****

DOSA-DOSA DAN FACEBOOK
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


*****

Harapanku, moga kita mengambil iktibar daripada petikan karangan Ustaz ini. Bersamalah kita manfaatkan FB ini secara yang berhikmah. Pilihan berada di tangan kita semua.

Sebelum mengakhiri entri kali ini ingin juga kusisipkan mengenai Facebook - Sejarah, perkaitan,permuhasabah ::

Sesuatu sumber yg lebih menjurus kpd keburukan (facebook,friendster,tagged,et c.) sepatutnya dielakkan terus. Golongan assabiqun tdk mngkin berminat berdakwah dgn facebook. Tetapi zaman akhir ini, jika tidak ada 'mizan' pendakwahan (oleh Ustaz) yang mesra internet kesian juga kpd yg telah terlanjur (ashabulyamin) tetapi masih boleh dibetulkan (jika tertulis dlm lauh mahfuz).Kepada ashabusyimal terpulang kpd Allah SWT yang Maha Alim.

Facebook diasaskan oleh seorang pemuda ashabusyimal yang bernama Mark Elliot Zuckerberg yg lahir di New York dan dalam keluarga Yahudi(kebiasaannya Yahudi Askernazim). Beliau belajar memprogram komputer sejak zaman persekolahannya. Apabila besar, belajar di Harvard University dan menyertai Alpha Apsilon Pi sebuah badan khas utk anak-anak Yahudi mendapatkan pendidikan dan pengalaman dalam persatuan atau pertubuhan (zaman penyerapan pendidikan Protokol-Protokol Yahudi yg didasarkan oleh Thedore Herlz sehingga membawa Penubuhan Negara haram Israel Laknatullah).

Dari ringkasan Sejarah pengasas facebook diatas, fahamilah sesungguhnya Protokol2 tersebut kemungkinan besar telah disemai dalam diri si Mark tadi. Tidak perlu saya menyebutkan protokol itu (ramai yang akan jadi gila memikirkan 'kenapa ada manusia sedemikian' dan ramai juga yang buat tak kisah walaupun tahu), tetapi cukup dikatakan protokol tersebut hanya datang dari manusia yang terpedaya oleh Syaitan (Yahudi Askernazim yang mempunyai para rabbi, penulis2 Talmud yg dianggap suci dan lebih besar drpd tuhan) tetapi Syaitan yg tidak nampak lagi bahaya.

Mereka (syaitan,jin kafir,jin Islam celup) mungkin sedang bergelak ketawa ketika anda upload gambar tidak menutup aurat dll. Syaitan di Amerika dapat berita dan memberitahu kepada Yahudi Askernazim 'Hardcore' (ketua ritual penyembah syaitan) pengikut sudah bertambah. Apapun,

:: Allah Almighty Knows Best, Muhammad SAW is His Messenger ::

Wallahu a'lam