Awas, contengan belaka!

20 April 2011

Salam ukhwah berutus senyuman.
Kembali bertemu di laman maya ini.
Ada beberapa topik yang mewarnai hidupku mutakhir ini. 
(amaran : abaikan jika anda tidak mahu membuang masa )

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨

Minggu 14 melabuhkan tirai dengan berakhirnya kelas ganti Tasawwur Islam. Hujan lebat petang itu menyaksikan betapa  hibanya hatiku, sungguh…diri ini berasa sedih mengenangkan perjuangan dalam semester dua sesi 2010/2011 ini akan berakhir. Lain benar rasanya semester ini berbanding semester lepas.
Agak sentimental di sini...hehe

Petang Jumaat di depan hentian bas FSKTM.

Hujan mencurah-curah membasahi kampus hijau ini. Kebetulan, kulupa untuk membawa payung dan keseorang petang itu kerana sahabat akrab, Kak Janah sudah pulang awal ke kampung halaman. Nasib baik, ada insan yang baik sudi mempelawaku berteduh bersama dengannya. Juga siswi FPP, pelajar BPSP J Syukran…perkenalan tercetus dek kerana itu! Alhamdulillah bertambah kenalan baru. Bas datang. Berpisah di situ.

Selamat berebut naik bas. Alhamdulillah J Hati terselit bimbang. Nak melangkah ke kolej pula menjanjikan cabaran. Hujan semakin rancah membasahi bumi. Mata meliar di dalam bas, mencari muka-muka warga KPZ. Mata berhenti pada seseorang…yes, Melisa! Rakan sekumpulan Explorace tika Minggu Induksi KPZ dulu. Dia menawarku untuk berkongsi payungnya. Selamatku pulang ke kolej meskipun basah kuyup juga sebenarnya.  TQ Melisa, gadis manis berbangsa Cina itu telah berjasa kepadaku. Berjaya Konsep 1 Malaysia dek kerana sekaki payung. Sungguh hujan itu turunya membawa rahmat. TQ Allah, everything happen for a good reason! J

Kemas diri. Sekitar jam 5.30pm, telefon bordering. Tertera nama Cik Su. Menandakan, tibalah masanya untukku melangkah meninggalkan laman KPZ ini untuk pulang ke rumah. Study Week kali ini menjanjikan suatu kelainan bagiku. Bertolak ke Rawang, transit seketika di rumah Pak Tam sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Mutiara.
Alhamdulillah lewat jam 11.45pm, kuselamat sampai di Baiti Jannati J
Kepulanganku kali ini dengan satu misi. Meraikan kakakku yang bakal menjadi tunangan orang, huhu. Suka ku’highlight’kan di sini,

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Syukur ke hadrat Ilahi, dalam majlis yang sederhana tetapi serba ada, yang dihadiri kaum kerabat dan jiran terdekat segalanya termeterai.

Kalam buat Kekanda Ayong Wani dan Abang Zul,
Pertunangan ini suatu amanah. Bukan tiket kebebasan untuk keluar bersama. Malah suatu ikatan perjanjian. Berusahalah menjaga kesuciannya. Kata orang, alam pertunangan suatu tempoh yang menguji. Jadi, elak fitnah yang boleh menduga jiwa. 
With love and prayer  

***PAKEJ 3 HARI DUA MALAM DI TERATAK BONDA, TAMAN MURAI JAYA.
-Rasa bahagia dapat menatap wajah-wajah insan tersayang.
-Sibuk mengemas barang-barang berharga milikku…jangan tak tahu, diri ini punya pelbagai koleksi peribadi. Maklumlah, hasil kenduri ringkas itu rumah agak ‘kemas’ jadinya. Sebelum barangku hilang entah ke mana, kumanfaatkan masa mengemas dalam beberapa kotak ajaib J
-Fikiran…mendepani satu isu global. Wah…wah…wah J

Akhirnya….Selamat kembali ke KPZ,UPM setelah transit sebentar di Putrajaya.

 ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨

 SELASA
-Usaha mengumpulkan dan menyiapkan nota-nota J study smart!hehe
-Mengintai laman group facebook : KBM, program terdekat Jumaat nanti. Insyaallah turun padang J

RABU
-Ke sekolah SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Persiapan untuk Program Tunas Kecemerlangan Bersama Komuniti anjuran Kelab PBMP UPM pada semester hadapan. Ada amanah yang perlu kuperjuangkan. Kali pertama menabur budi dalam kelab ini. Hidup biar berjasa!
-Mood study week, chaiyok-chaiyok! J
-Bersedia untuk misi menghadapi Temuduga penting selepas diterima sebagai pelajar jurusan pendidikan ini.  Bakal berlangsung, Sabtu nanti…mohon doa kalian.

 ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨

Muhasabah = Sungguh dalam melayari Kolej Hayat ini, terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan namun, tika hampir dengan peperiksaan, keutamaan perlu diberikan kepada peperiksaan!
Ina Nailofar = Baik, saya faham! Bertindak mengikut arahan J

0 Lontarkan KALAM anda: