CATATAN : SEMESTER 2 ( 2010/2011 )

20 April 2011

Sebagai memugar semangat, jom dengar lagu di bawah. Lagu apa yea? Semestinya….Lagu Rasmi Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Layan…PANJI KEHIDUPAN

Study Week sedang kuharungi. Berapa peratusan yang telah kuhadam? Wallahu’alam, Allah SWT Maha Mengetahui. Dan kuyakin, Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang berusaha. Janji Allah tak pernah menghampakan. InsyaAllah.

Kuingin manfaatkan ruang blog kesayangan ini untuk muhasabah diri sebentar tentang perjalanan pahit manis sepanjang semester dua sesi 2010/2011 ini. Sebagaimana catatanku sepanjang semusim yang lalu (ARKIB DI SINI), semester ini juga kutidak mahu ketinggalan untuk menitipkan ucapan penghargaan buat insan-insan hebat meskipun kutahu, mereka tidak mungkin membaca tulisan kumal ini. J Tujuan lain agar suatu hari nanti, apabila kutelah usai tempoh matang pengajian bacelor ini…laman blog ini bisan menjadi kenangan terindah (“,) dan mengukir memori buat ingatan sepanjang hayat.  Dan menjadi panduan buatku juga ( kiranya ada rezeki menjadi warga pendidik ) untuk mencontohi skil-skil pengajaran mereka mengikut situasi anak muridku kelak. Maklumlah, semua pensyarah mempunyai teknik dan pendekatan tersendiri. Mana yang sesuai, kita cedok la J Apapun falsafahku, ‘guru kreatif, murid aktif’ InsyaAllah…

Berikut merupakan nama-nama insan yang telah berjasa kepada sepanjang semusim kembara ilmu di kampus hijau ini.

1-Dr. Fadzilah Abd Rahman ( Pensyarah LHE3105 : Pengajaran Kemahiran Membaca )
Gaya lemah lembut Dr. Fadzilah amat menawan hatiku. Cool je gayanya. Penuh sifat keibuan la…hehe   Subjek ini sangat memcabar. Mesti ramai yang tak percaya sebab kalau ikut apa yang faham daripada kursus pengajaran kemahiran membaca mestilah berkaitan membaca je kan? Pada peringkat awal, itulah persepsiku tetapi setelah mendapat rancangan pengajarannya, belek-belek..tengok-tengok… ‘tu dia’ ( loghat utara skit ) sangat meleset.

Nak kongsikan la skit antara tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kami dan Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, tugasan-tugasan tersebut telah berjaya diselesaikan. ( mestilah dah siap, dah nak habis sem kan…hehe )  Pertama, kami kena buat Bengkel Membaca. Ohya, lupa nak gitau awal-awal tadi, subjek melibatkan dua kumpulan pelajar, maksudnya kelas kami campur dengan pelajar Semester 4, Bacelor Pendidikan Moral yang mengambil minor BM. Ada untungnya kelas bersama senior ni, boleh manfaatkan pengalaman mereka untuk cepat menggerakkan kerja. Apa dah jadi dengan struktur ayat den ni?aiyo…hehe   ok2…teruskan J maka pada tanggal 5 Mac 2011 ( bersamaan hari Sabtu ) telah berlangsungnya Bengkel Penggunaan Majalah dalam Kelas yang bertempat di Dewan Kuliah 1, FPP UPM. Yang bestnya, bengkel ini mendapat kerjasama daripada DAWAMA Bahagian Selatan. Jadi, di ruang legar depan depan kuliah itu berlangsunglah jualan murah buku, majalah, dan novel dalam harga yang powerlah murahnya J Paling Ina tak sangka, dapat beli edisi majalah Dewan Siswa (DS) yang Ina nak sangat ada koleksinya sebab nama terukir dalam majalah tu kan. Ina ada dapat dah satu keluaran majalah tu tapi Ina hadiahkan kat cikgu Ina sebab sesuatu yang tersiar itu berbentuk Pertandingan Dedikasi Ucapan hari Guru…Hehe…syukur-syukur akhirnya Ina dapat juga simpan keluaran DS tu. Selain itu, yang istimewanya bengkel ini kerana dijalankan oleh “Pengasas Majalah Dalam Kelas” itu sendiri  iaitu Tn.Hj. Azizul Rahman Abd.Rahman, Guru Cemerlang Jusa C dari SMK Dato' Syed Sulaiman, Batu Pahat Johor.” Memang Ina dah lama ikut perkembangan beliau dalam majalah DS, rasa teruja pun ada sepanjang mendengar ceramahnya. J

Ina bertekad nak jadi guru yang kreatif seperti beliau. Insyaallah lebih hebat lagi…hehe…lawan toke dah ni… J Seorang lagi penceramah Jemputan yang memeriahkan bengkel tersebut iaitu Tuan Haji Zainudin bin Dirin. Penceramah kedua ini  juga tidak kurang hebatnya. Saya dapat mengenali insan hebat ini. Siapa sangka bahawa beliau merupakan classmate kepada Dr. Fadzilah Abd Rahman, Pensyarah LHE 3105 yang disayangi. Merangkap senior kami. Telah terbukti kehebatan mantan-mantan PBMP telah mekar jasa mereka di serata bidang Pendidikan Negara. Maka kami? Bakal meneruskan jejak langkah kalian. Semoga pengisian berhikmah ini mampu memandu kami untuk mempersiapkan diri bagi menjadi seorang guru bahasa yang berpengetahuan tinggi, kreatif dan berdedikasi. Balik daripada bengkel, Ina meneruskan pencarian tentang penceramah kedua ini. Ini hasilnya. Ina temui laman sesawang miliknya. InsyaAllah, bertambah lagi rujukan bahasa Ina di laman maya. ( SUMBER DI SINI ) Tamat tentang bengkel.

Selain itu, dalam kelas Dr. Fadzilah ini ternyata ada kelainannya. Setiap minggu kami diminta membawa bahan bacaan yang berbeza-beza. Contohnya, minggu kedua kami diminta membawa sebuah novel. Novel ini dipertanggungjawab kepada kami untuk menghabiskan dalam masa seminggu dan bertukar-tukar antara rakan-rakan sekelas. Pertukaran novel ini berjalan hingga ke akhir P&P. J Kemudian, minggu seterusnya majalah berbentuk akademik. Juga teknik yang sama, baca dan tukar-tukar. Seterusnya majalah hiburan. Sangat seronok buat begini sebab minat Ina memang membaca. J Semester ini memang banyak membeli bahan bacaan la…hehe  Inilah punca ‘bertambahnya’ belanja semester ini… J   Antara yang Ina beli novel berjudul Seindah Mawar Berduri ( pemenang sayembara penulisan novel DBP ) oleh Kak Fatimah Syarha, majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa, Dewan Sastera, Tunas Cipta, majalah Solusi, majalah Al-Islam, Majalah Dakwah, dan majalah Muslimah.  Tamat bab tugasan membaca. Pergi ke  Ujian 1  subjek ini pula amat memuaskan hati. Alhamdulillah, itu menjadi titik mula untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang dalam subjek ini. J  Final untuk subjek ini akan berjalan pada 30 April 2011, semoga Ina dapat bersedia semaksima mungkin. InsyaAllah.

Ops, tak habis lagi…subjek ini juga ada kelas tutorialnya. Dibawah bimbingan penunjuk ajar Cikgu Mohd Rusdi bin Mat Nor, yang baru menghabiskan masternya J Juga mantan PBMP. Lagi mencabar, ada dua tugasan di sini iaitu tugasan Micro Teaching ( kena mengajar selama 20 minit ) dan membina Modul Interaktif Membaca. Inilah yang mencabar dan menuntun banyak pengorbanan masa. Contohnya, untuk micro teaching. Ina telah pergi bertemu Cikgu Roni Samsudin ( juga produk PBMP, hehe ) untuk mendapat pendapatnya akan tajuk tugasan Ina. Minit-minit terakhir Ina minta pertolongan Cikgu Solehah ( sifu bahasa di SESS ). Fuh, menguji kekuatan la. Untuk siapkan Modul Interaktif Membaca pula, membuatkan Ina menjejakkan kaki buat pertama kalinya di UM untuk mendapat khidmat bantuan daripada seseorang di sana. Nasib baik ini tugasan berkumpulan. Ina, Kak Janah dan Kak hasna. Masing-masing tiada kepakaran menggunakan Adobe Flash Player, maka langkah pertama…bertanya pada yang mengetahuilah. Nasib baik ada insan yang sudi membantu. Hasil bantuan buku membaca anak kak hasna, dapat la kami buat research skit…hehe…masih segar diingatan, pengalaman berkejar masa dari The Mines ke kelas…hehe…menyiapkan modul secara manual…huh, pengalaman…dan Alhamdulillah, hasil markah Modul Interaktif Membaca yang berlangsung selama satu jam ini yang kami bagi nama ‘Mari Membaca Adikku’ dapat markah yang sangat berbaloi dengan usaha kami. Syukur sangat-sangat.  Demikianlah, suka duka belajar subjek ini. Terima kasih Dr. Fadzilah dan Cikgu Rusdi, Ina banyak belajar sesuatu yang baru menerusi kelas kalian.  Namun, final…banyak yang perlu dikuasai. Apapun, Ina nak skor A subjek ini. InsyaAllah…ada jalannya J

2- Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh ( Pensyarah BBM3203 Tatabahasa Melayu )
Semester ini menjanjikan keunikan buatku kerana siapa sangka dapat belajar dengan Dekan FBMK ini. Bukan calang-calang orang J Bertuah…bertuah…sempoi je orangnya. Tenang. Walaupun kelas kadang-kadang batal sebab beliau sangat sibuk dengan urusan mesyuarat yang tidak dijangka dan urusan lain tapi silibus, tetap dapat habis. Ina suka catatkan nasihat yang dia berikan secara spontan kadang-kadang keluar juga pantun-pantun lama. Ina catat…hehe

Antara bait-bait kata  yang sempat kutangkap dalam kelas beliau :-
“Sungguh ketenangan itu mahal harganya. Mengapa dibiarkan dosa diperincikan tanpa mendung oleh hujan taubat?”
“Kebahagiaan dan kejayaan itu bukan tujuan tapi sebuah perjalanan”
“KEHADIRAN KE KELAS”-Melatih integriti. Kepercayaan kepada orang lain.
“SUNAT”-buat dapat pahala, kalu tak buat takpa tapi alangkah ruginya! Ting..ting…ting…kelas Tatabahasa Melayu tiba-tiba dengar macam tazkirah lak kan…Gaya bersahaja beliau tika berbicara membuatkan kami berfikir apa yang beliau sampaikan.
Yang manis itu jangan cepat ditelan, yang pahit itu jangan cepat dibuang.

Demikianlah antara yang menarik untukku kongsikan. Mungkin bagi kalian kelihatan biasa tapi bila dengar dalam kuliah Tatabahasa Melayu jadi luar biasa pula…hehe
Kelas beliau ini mewakili 4 jam kredit. Bukan main-main la…berdasarkan carry mark, untuk mendapat A, usaha gigih amat perlu. Exam dijadualkan pada 7 Mei 2011, kertas terakhir yang bakal kududuki sebelum final melabuhkan tirainya J

3- Dr. Chee Chen Soon ( Pensyarah FCE3000 Kokurikulum )
Kelas yang rileks je..bebas dari sebarang tekanan selain perlu menyalin nota je. Haha…paling kukagumi pensyarah berbangsa Cina ini, kualiti percakapan bakunya sangat baik. J Selain itu, pengurusan masanya. Pagi menjawab test 1, petang markah dah masuk dalam E-smp. Sangat pantas. Ina belajar banyak perkara, terutama pengurusan berkaitan kokurikulum. Finalnya akan berlangsung pada 3 Mei 2011, harapnya dapat habiskan study nota dia tu. Dengar kata, paper final memang susah. Ina kena tekun berusaha tau! Tiada yang mustahil , chaiyok2 J

Amali pula – kumemilih permainan Bola Jaring. Memang minatku. Ina pun suka pendekatan jurulatih kami iaitu Cikgu Abd Razak Shadan. Dari awal beliau katakan, beliau nak hasilkan guru-guru yang boleh melatih para pelajar bermain bola jaring dengan sempurna bukannya menghasilkan seorang atlit. So, sudah terang lagi bersuluh bukan? J enjoy…Cuma yang terkilannya tak dapat nak jumpa cikgu buat kali yang terakhir sebab dua minggu sebelum kuliah berakhir beliau ada kursus dan masalah kesihatan kot kalau tak salah Ina. Pengalaman manis juga, jejak kasih dalam kelas ini. Ina ketemu kak Hajar. Senior sekolah dulu. Siapa sangka dapat bertemu di kampus ini dan sekelas pula tu. Takdir Allah cukup indah. Alhamdulillah. Seni dalam Pendidikan pula bersama Tuan Hj. Nafi. Merasalah belajar dalam kelas beliau J Ina hormat dia. InsyaAllah.

4-Puan Siti Suria Salim ( Pensyarah FCE3300, Sosiologi Pendidikan )
Kelas yang paling meriah. Apa taknya, kami belajar cara bersosial dalam kelas ni… J Kelas ini gabungan dengan pelajar yang bakal Cikgu Kimia la, Cikgu Math la, Cikgu PJ la…sekelas dengan atlit tau…ingat lagi betapa terujanya kawan-kawan PBMP tatkala bersua Roslinda Samsu tu… J Subjek ini juga paling kambat turn kumpulan Ina untuk perbentangan. Punya bersedia seawal 3 minggu sebelum tarikh bentang tapi asyik tunda ja. Sehingga point yang dah plan pun lupa la. Rupa-rupanya Allah takdirkan, hanya ketua kumpulan kami yang bentang pada hari kejadian. Tu pun dalam kelas terakhir di minggu ke-14. Bentang ambil syarat ja. Sebab masa tak cukup kan. Puan Suria pun nak kejar masa, dia highlightkan mana yang penting sahaja. Bersyukur juga. Nasib baik la, ketua kumpulan iaitu saudara Hatta sempoi orangnya J

Subjek ini juga tidak terlepas daripada menyiapkan kerja pada minit-minit terakhir. Apa taknya, alih-alih kami juga yang siapkan. Inilah cabaran kumpulan dengan mereka yang lain kolej dan pengkhususan…Nasib baik isi dah ada just copy and paste je…huhu…kualiti atau tak?Wallahu’alam…Tapi kami dah cuba buat yang terbaik!InsyaAllah…Ina yakin…Ina takkan kecewa bila dah tawakal kepada Allah. Bukankah natijah milik-Nya? J

Ina sangat suka masuk kelas sosiologi. Rileks dan bersahaja. Dan kena banyak berfikir dan kadangkala soalan Puan Suria suatu yang tak dijangka dan membawa kami berimaginasi ke sekolah-sekolah untuk mengembara melihat budaya sekolah dan pelajar. Ina suka gaya Puan Suria, punya imej dan ketrampilan tersendiri. Contoh untuk personality dan keunggulan peribadi. Gaya percakapan juga menarik. Namun, untuk dapat A subjek ini tidak semudah dijangka even Ina hanya tinggal fokus untuk soalan-soalan tertentu sahaja. Selamat menelaah la Ina, Insyaallah…ada jalannya! J

5-DR. FATHIYAH BT MOHD FAKHRUDDIN ( Pensyarah LHE3404 dan LHE3408 )
Pensyarah ini mengajar dua subjek pada semester ini. Insyaallah, semester depan juga ketemunya lagi J Ina suka gaya Ustazah. Lembut. Bila berbicara, bagaikan seorang  ibu yang menasihati anaknya. Bila berkongsi cerita bagaikan seorang kakak yang menitipkan kisah pengalaman emasnya. Ustazah gemar membaca, Ina suka tengok orang yang suka punya semalar ini. Selain itu, ketelitian menjaga masa, amat kukagumi. Ustazah mesti tiba di dewan kuliah 10 minit sebelum kelas bermula. Dua subjek ini merupakan cebisan antara subjek minorku. Alhamdulillah, di pertengahan laluan perjuanganku di bumi UPM ini hati diketuk untuk membuat alihan bidang tumpuan kedua. Setelah istikharah, meminta pendapat dari insan-insan yang kupercayai dan muhasabah diri sedalam-dalamnya…akhirnya kumemilih jalan ini. Jujurnya hati tenang, kerana kujelas pengakhiran hidup ini apa lagi yang kudambakan selain menagih redha Ilahi. Tetapi setiap perjuangan ini pasti diuji. Dan aku juga tidak terlepas dari diuji dengan Allah memperlihatkan apa yang kuminat dilakukan oleh rakan-rakan seperjuangan PBMP yang mengambil minor KM. Ina ada melontarkan pandangan ketika cuti semester pertama yang lalu, kuat ke hati Ina bila berdepan semua itu? Jawapannya telah kutemui….Kutelah bersedia awal semua ini, apabila tiba masanya, Alhamdulillah…Ina dapat mengawal diri.  J InsyaAllah peluang belajar agama dengan lebih mendalam mana mungkin untukku lepaskan.  Moga allah redha pilihan ini.
 
Pendidikan Akidah Islamiah = Kelas ini menyaksikan hanya 20 orang pelajar yang berani mendaftar. Hehe…istilah berani tu macam subejk ini digeruni la pula J Tetapi itulah realitinya, subjek elektif dan minor untuk sesetengah kos menyebabkan tidak ramai pelajar yang mendaftar. Jika diperhalusi dengan teliti, tidak ramai lagi mudah. Bukan kuantiti yang dijana tetapi kualiti pengajaran dan ilmu yang bakal diamalkan oleh para pelajar itu yang perlu dijaga. Batch Ina yang paling junior dalam kelas ini J Ina ketemu ramai pemuda dan pemudi yang hebat-hebat peribadinya dalam kelas ini.

Tugasan Berkumpulan : Ina berpasangan dengan Kak Ifa, dari FBMK. Tajuk perbentangan kami ialah Isu Kebanjiran Filem dan Drama Berunsur Seram Dalam Masyarakat. Sangat mencabar sebab Ina bukanlah seorang yang suka menonton filem-filem sebegini. Tengok-tengok tu tengok tapi bukanlah jika ada tayangan baru mesti tengok. Musim-musim raya je kalau ditayangkan, itupun untuk melihat dan menghabiskan masa bersama ahli keluarga yang lain.Tetapi untuk menyiapkan tugasan ini, Ina minta roommate yang dan jiran tetangga grounders ( ada tanggakah grouders?hehe ) yang sporting dan minat menonton cerita-cerita terkini untuk bercerita kepadaku tentang semua cerita-cerita yang kufokuskan. Alhamdulillah, daripada sinopsis tu Ina pandai-pandai goreng la J  ada juga kulihat trailer untuk mantapkan permulaan perbentanganku J Subjek akidah antara yang terawal bentang, jadi…lega la pastu…hehe

Ujian 1 : Ina diuji. Dek tak berapa fokus dan sikap ambil mudah barangkali, markah agak merosot. Jujurnya, Ina agak terkejut bila tengok soalan. Jadi, tiba-tiba blurr…so, nak kembalikan kefokusan kepada soalan tu memakan masa dan akibat mengejar masa, ina jawab agak tidak cermat.

Ujian 2 : Ina belajar sesuatu dari kesilapan itu. Alhamdulillah. Markah Ujian 2 better than Ujian 1.

Final : Ina harap lebih cemerlang.  Ya Allah, moga Ina dapat menelaah dengan baik dan dijauhi sebarang gangguan yang boleh menggangu gugat tumpuan kepada peperiksaan. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Tasawwur  Islam = Kelas ini sangat ramai orang, hehe…kontra dengan Pendidikan Akidah Islamiah. Tugasan berkumpulan juga menarik iaitu berbentuk forum J Kumpulan Ina dapat tajuk Hijrah Membawa Perubahan dan Kemajuan. Ina jadi moderator,hehe…teringat zaman-zaman Forum Remaja di sekolah dulu. Carry mark untuk subjek ini Alhamdulillah bagi Ina baik…Ina perlu fokus Final, demi pastikan A menjadi realiti. InsyaAllah.

6-Puan Rosiha Abdul Razak ( Fasilitator QKB2109 : Persembahan Lisan Tradisional )
Inilah kelas koko Ina. Ramai yang bertanya, mengapa ambil kelas koko ini? Jawapan ringkas sebab minat kepada dunia Kesusasteraan Melayu dan boleh release tension sebenarnya bila ambil komponen kebudayaan. Tetapi, hidup ni takda serikan kalau takda cabaran J Ina diuji juga di pertengahan jalan perjuangan ini. Koko ini berakhir dengan projek meganya iaitu Malam Citra Budaya ( MCB ).Faham-fahamlah MCB selalu dikaitkan isu apa….huhu…apapun terpulang niat masing-masing…semua ada peranan kan, dan dalam proses belajar. Tetapi, matlamat tak menghalalkan cara, huhu…. Inilah yang membuatkan hidup seakan-akan sibuk skit…hehe  Alhamdulillah, koko ini merealisasikan impian untuk menjadi emcee di dalam Dewan Besar. Bunyi macam kelakar kan? Tapi inilah realitinya. Untuk Malam Citra Budaya tersebut, komponen koko kami ditugaskan bahagian emcee. Gaya penyampaian Pengacara majlis  je yang menggunakan unsur-unsur lisan tradisonal. Ina ambil part pantun je dan bahagian cabutan bertuah, sebab itu la yang Ina reti kan J Alhamdulillah, Allah permudahkan. Ina dah buat yang terbaik dan berusaha menjaga batas pergaulan dan segala-galanya. Moga Allah redha.

Menerusi kelas koko ini juga, telah membawa Ina keluar dan melawat ke Muzium Negara. Bila dah besar ni pergi lawatan muzium sangat menarik J lawatan sehari itu juga membawa Ina ke Actor’s studio di Lot 10. Huhu…first time Ina menjejaki kaki ke sini. Dan tidak kerana kelas kelas koko ini, nescaya kutakkan datang ke sana. Sempat menonton teater ringkas selama 1 jam. Huhu…melihat keadaan warga kota di malam hari. Sungguh meruntun hati.  Semoga Allah berikan hidayah buat mereka. Sayang benar melihat belia remaja, mereka berpotensi besar untuk berjaya!
Kelas terakhir dijalankan sebelum berakhir minggu ke-14. Kak Siha belanja makan-makan. Terima kasih akak. Fasi yang paling sporting la J  Jujurnya, Ina banyak tak datang kelas koko sebab hari Sabtu je mesti banyak aktiviti lain kan…selalu bagi surat ‘cinta’ ( pelepasan kelas ), Ina paling terbanyak kot…tapi time kira markah…total masuk KI semua…93% J mana lagi 7% yang hilang????tolak markah kehadiranlah…hehe…so k…dah A tu dah terbaiklah…Alhamdulillah.

Selain itu, apa menariknya di semester dua ini???

Lain tak bukan bila Ina berpeluang masuk kelas Dr. Mat Rofa, Falsafah Sains Islam. Walaupun satu kelas tapi sangat berbaloi…jangka masa 2 jam tu Ina tak terasa 2 jam pun. Kejap je masa berlalu dan sarat dengan pengisian selama 2 jam tersebut. Beliau suka berkongsi buku-buku yang wajib dibaca oleh pelajar. Itu kualiti dirinya. Ina sangat suka. Semester depan, kalau ada lagi kelas beliau yang Ina tahu, kena dengan masa free, ina akan masuk sebab kelas beliau open even pelajar tersebut tidak mendaftar…like! J

Pantun di bawah khas buat para pensyarah yang mewarnai perjuanganku semusim ini,

Kedidi sekawan di pohon delima,
Terbang bersama tuju ke hutan,
Budimu tuan saya terima,
Teguh bertakhta dalam ingatan.

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*

Berikut merupakan antara untaian aktiviti dan program yang mengukir kenangan terindah musim ini.

Program Make It Right Campaign di KPZ
Forum Nak Tutup ke Nak Bungkus J
Ceramah Traffic Light Teruna dan Dara oleh Imam Muda Aran.
= Ina diamanahkan sebagai AJK Protokol. Alhamdulillah belajar jadi emcee manager, flow manager dll…bertambah pengalaman…Alhamdulillah.

Kem Kepimpinan di Kem Kaizen, Johor J  -Pemilihan MTM kolej tapi Ina tak g Interview (“,)

KEKANDA di Janda Baik + Kursus Kejurulatihan Da’ie Muda di Kolej Dar Hikmah + Jejak Belia Metropolitan sempena Tahun Baru - pengalaman emas yang Ina syukuri. 

Seminar Pemikiran Pendidikan Sastera Melayu anjuran PBMP sem 6. - Masuk paper lor...hihi
Dll
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*

Mendepani  Peperiksaan Akhir semester 2 sesi 2010/2011

Ini detiknya =)

26/4/11 : FCE3300
28/4/11 : LHE3404
30/4/11 : LHE3105
03/5/11 : FCE3000
05/5/11 : LHE3408
07/5/11 : BBM3203

:: SEMOGA DIKURNIAKAN NIKMAT KESIHATAN YANG TERBAIK UNTUK BERSIAP SIAGA MENEMPUH DETIK ITU ::

:: SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI ::

Menuntut ilmu banyak cabaran,
Hadapilah ia dengan kecekalan,
Kuatkan semangat teguhkan keazaman,
Kejayaan pasti dalam genggaman.

Angin bertiup kembangkan layar,
Haluan menuju ke pecan,
Hendaklah hidup berikhtiar,
Kemudian serahkan kepada Tuhan.

( Dipetik dari Kumpulan Pantun Melayu, KL DBP)

Mood J  "Yang ku harapkan adalah
  rahmat dan keredhaan ALLAH swt"
Kejayaan yang sebenarnya adalah berada di dalam syurga ALLAH swt.....

4 Lontarkan KALAM anda:

Anonymous said...

Salam....
tak adalah tragis sangat perjalanan sem 2 ina ni ya.huhu :P...papepon smoga berjaya untuk final exam k .....

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Tuan Anon,

Sesuatu yg tragis mana leh nak cerita... :p

no provok here...tq...hehe
i noe who u r..

محمد حذوان بن حميدان said...

teruskan perjuangan ilmu~ (^_^)

Bulya Iswandi said...

Assalaamualaikum,
panjangnya cerita... :P