:: Semusim Bersama ::

30 October 2010

Masa begitu pantas berlalu,
Akukah yang sering tertewas dengan masa?
- monolog Ainul Hayat -

Minggu ke-14 telah selamat melabuhkan tirainya semalam, ini bermakna...huhu...tamatlah perjuanganku dalam semester pertama 2010/2011 di bumi UPM ini. Pelbagai perasaan silih berganti sekarang, apapun kuperlu FOKUS! Maka bermulalah 'study week' yang menjanjikan 10001 cabaran, sepastinya menuntutku untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran. Alhamdulillah, dapat juga kurasai keenakan mengulangkaji saat-saat genting study week...
( gentingkah??? ) Realitinya, ramai rakan-rakan seperjuangan yang mula beransur-ansur meninggalkan laman kampus...ke mana mereka??? :)

Semusim kumenuntut ilmu di bumi UPM ini pastilah tidak terlepas mendapat bimbingan daripada beberapa insan hebat lagi berkarisma tinggi. Ingin kuabadikan nama-nama mereka di sini agar laman 'Sesuatu yang diburu' ini bisa menjadi saksi bahawa mereka telah berjasa kepadaku! Orang berbudi, kita berbahasa bukan? :)

1 ) Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif
:: Pensyarah BBM3201 Pengantar Linguistik Am ::

Jujurnya, kuamat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk berada di bawah kuliahnya. Insan hebat yang pakar kajian linguistik! Karekternya yang bersahaja tika membuat kelakar, membuatkan kami riuh ketawa satu dewan tetapi dia maintain cool dan bijak mengawal langkah kami sepanjang kuliah beliau. Yang paling membuatkan dia begitu istimewa di mata Ainul Hayat ialah kebijaksanaan beliau menyelit cerita disepanjang waktu kuliah yang terbatas serta kerajinannya berkongsi sesuatu khususnya pengalaman lampau...memberi ruang dan peluang kepada kami untuk belajar sesuatu daripada pengalaman emas beliau itu! Seorang pensyarah yang pemurah, bayangkan satu kelas linguistik memuatkan 1++ pelajar itu kesemuanya mendapat duit raya sempena ketibaan Aidilfitri yang lalu. Betapa luasnya rezeki beliau yang begitu bermurah hati. Teringat kembali kata-kata beliau tika bercerita soal kenduri-kendara, 'jika hendak menjamu orang biar yang special, kalau diri sendiri biar sederhana!' Begitulah prinsipnya yang begitu menawan hati sehinggakan dia dianggap sebagai inspirasi oleh sebilangan kawan-kawan. Berbalik kepada cerita-cerita yang disampaikan ( rata-ratanya merupakan cebisan daripada rakaman kenangan penghidupan lampaunya ) mencakupi pelbagai aspek seperti agama, pendidikan, sains, adab dan sahsiah. Bahasa dan sastera sudah semestinya! Pendek kata, semua cukup terangkum indah dalam butiran berhikmah oleh insan hebat ini. Bagaikan mendapat tiupan motivasi pabila dikibar dengan kata-kata semangat yang pastinya amat relevan untuk kami pelajar semester 1. Jika diberi peluang untuk belajar bersamanya lagi, nescaya akan kurebut. Pasti kelak kuakan merindui bicara santai pensyarah ini yang sarat mutiara teladan. Buku bacaan pilihan yang dibekalkannya penuh kuconteng dengan catatan daripada ceritera yang kudengar sepanjang kuliah. Kupasti rakan-rakan lain tidak ada yang mencatat sedetail yang kucatat :) kan Ina suka menulis???hehe... Setelah kusalin kemas dalam buku nota, menjangkau tiga halaman panjang kesemuanya. InsyaAllah, cerita-cerita itu ( lebih jelas butiran nasihat sebenarnya ) akan kupanjangkan kepada insan-insan lain ( mungkin anak-anak muridku kelak....jika dimurahkan rezeki menjadi guru ) agar bisa dimanfaatkan oleh orang lain. Semoga Allah memberkatimu, Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif dan seisi keluarga! :)

Nota : Mungkin beliau tidak mengenaliku kerana kuhanya insan kecil ( kecil ke?haha ) yang duduk setia mendengar syarahanya dari belakang. ( belakang ke???hihi ) tetapi kuyakin, mampu menjadi pelajarnya yang paling mengenang jasa. InsyaAllah kuakan cuba sedaya upaya untuk skor yang terbaik bagi paper ini. Walaupun current test result untuk subjek ini rendah berbanding subjek lain...huhu Never give up Ina...don't give an inch until the last buzer sound!
- Mazni Razita -

2) En. Mustafa 'Afifi Bin Abd Halim
:: Pensyarah SKP2101 - Kenegaraan Malaysia ::

Bekas Peguam Muda yang agak good looking ini amat popular dalam kalangan rakan-rakan, especially for Kak Nisa! :) Hmmm, selalu suka bagi berita gembira kepada kami khususnya soalan final kali ini dalam bentuk esei...huhu...itu antara berita baik yang acap kali menggembirakan kami semua...haha...memang sudah biasa menjawab Sejarah STPM yang ratanya lebih mencabar berbanding subjek ini tetapi rasa kelainan yang agak ketara kali ini. Mungkin, lama tidak menghafal...apapun, menurut hint yang diterima soalan lebih berbentuk kepada kefahaman pelajar untuk mengaplikasikan subjek tersebut dalam kehidupan. Hope dalam jawab dengan baik memandangkan inilah 1st paper for my final...wish me luck yea!

3 ) Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian
:: LHE3101 - Pengajaran Kemahiran Lisan ::

Subjek ini paling mencabar semester sulung ini kerana kami perlu membuat kerja kursus berbentuk pementasan teater di samping terpaksa belajar dalam satu kelas bersama senior-senior daripada kos Bac. Pendidikan Moral ( semester 3 dan 5 ; mereka ini mengambil minor BM ) yang ternyata lebih berpengalaman. Maka dengan izin Allah SWT, terhasillah teater 'Fitrah Di Ufuk Kasih' :) ramai orang salah faham dengan menyangka Drama 'Surat Untuk Ina' tu projek ku ( maybe sebab tertera nama Ina kot :)) padahal itu batch senior PBMP sem 3 :p Alhamdulillah, semuanya telah selesai...hanya tinggal kenangan...haha...

Ohya, subjek ini juga memberi 1001 makna kepadaku kerana untuk tugasan kerja individu kubersama 2 rakan lain iaitu Kak Hasnah dan Kak Nor berjaya mendapat markah tertinggi. Alhamdulillah...syukur sangat...terasa berbaloi usahaku mencari buku-buku rujukan di PSAS untuk menyiapkan assignment berjudul 'Pengaruh Media Massa Dalam Perkembangan Bahasa' sehingga diejek mengalahkan pelajar Mass Com tika mencari buku sebagai sumber rujukan tersebut. Alhamdulillah segalanya berhasil!

NOTA : Dalam kelas ayahanda ini kuagak berdiam diri...hehe...mungkin sebab ramai kot... :) apapun, tika bercakap di hadapan kelas untuk bicara isu pendidikan BM, sedikit sebanyak kudapat menunjukkan secebis potensi diri ini. Apapun, masih terlalu awal untuk menilainya. InsyaAllah, semester ketiga kubakal bertemunya lagi untuk subjek nahu ( dengar kata lagi mencabar...huhu ) hope, dapat buat yang terbaik exam untuk subjek ini.

MOOD : Teringin skor A subjek ni :) Teruskan usaha ya, Ina!

4) Miss Nazatul Shima
:: Pensyarah BBI2420 Oral Interaction Skills ::

Beliau merupakan pensyarah tunggal perempuan yang mengajarku sem ini. :) Orangnya cantik, bergaya dan sempoi sekali. Pengajarannya paling best, rileks je...penerangannya amat clear! Membantu la keje kami agar lebih efisyen. Seorang yang mudah bertolak ansur dan paling baik, coz sudi membantu kami yang tak berapa teror sangat bab grammar ni untuk menjadikan ayat kami lebih gramatis...hehe
Jasa Miss Shima takkan saya lupa. InsyaAllah, untuk BBI2421 yang dijadualkan sem 4 nanti, Ina akan cari kelas Miss Shina gak...hehe...hope Miss Shima still ngajar subjek tu lagi la time tu :)

Mood : Nak buat yang terbaik untuk kertas BBI2420 ni nanti...al-maklumlah ini merupakan kertas terakhir exam finalku! :) Semangat lebih la...hehe

5) Dr. Tajularipin Sulaiman
:: Pensyarah FCE 3204 Kemahiran Berfikir ::

Seorang lagi pensyarah yang good looking..ehem...Saudari Munirah amat meminati yang ni.. :)
Yang paling kami suka time dia fly ke Manila kot, kami takda kelas sehari tu...enjoy sangat...tapi bab mengganti kelas, huhu tak dapat la kami nak elak... :)
Semua tu jadi memori la...Untuk Ujian 1 subjek ini, alhamdulillah markah agak tinggi. Just untuk assignment belum keluar sehingga detik ini. Hope dapat la tolong untuk menaikkan carry mark! Sebab senior ada cakap, subjek ini agak susah finalnya...huhu...risau sangat...hope Ina dapat buat the best juga untuk paper ini..ameen

6) Dr. Kassim Hamid
:: Pensyarah PRT2008 Pertanian dan Manusia ::

Subjek yang paling sukar bagi Ina...ada beberapa faktor Ina berkata begitu...huhu...biarlah bersemadi di hati :)
Apa yang best tiada exam akhir untuk subjek ini. tetapi itulah cabarannya. Apapun, Ina dah buat yang terbaik untuk Ujian 1, Ujian 2 dan tugasan individu. Ina redha jika betul result yang telah Ina dapat seperti yang dikhabarkan oleh Saudari Munirah. Hingga detik ini Ina belum berkesempatan ke Jabatan Sains Haiwan di Fakulti Pertanian tu untuk lihat markah. Biarlah, tawakal to Allah! :)

7) Miss Syuhada Jamaluddin
:: QKK2101 Bakti Siwa Kumpulan 13 ::

Ops sorry, salah inform diatas...ada lagi seorang fasilitator perempuan yang mengajar sem ini :) Sangat bersyukur dapat fasi macam Cik Syuhada ni, sopan saja orangnya. Masing muda, sedang buat Master dalam bidang pendidikan juga. Macam kakak mengajar adiknya saja rasa apabila masuk kelas ini. Sangat seronok, enjoy je...Good luck Miss Syuhada, kami yakin skil pengajaran Miss boleh ditingkatkan lagi...kita sama-sama belajar lagi :)

Demikianlah sedikit imbas kembali tentang pensyarah-pensyarah yang bertuah mengajar Ina semester ini :) Inilah antara rentetan kenangan sepanjang semusim bersama. Yang tersirat????biarlah berkubur di hati...hehehe...Genap 17 kredit untuk sem ini.. :)

*********
MUHASABAH FINAL

Nota hujung laman : 'A' susah nak dapat coz itu nilai kepayahan! Orang yang suka benda senang takkan dapat kejayaan yang maksimum. Hidup ini susah tapi dalam susah itu ada ketenangan
- Mentor BBM3201 -

Segalanya mungkin...tiada yang mustahil...pastinya dengan izin Allah SWT!

Selamat berusaha memburu pointer terbaik untuk semester pertama, Ina!May Allah bless you.

Last but not least....


:: Kudedikasikan khas buat insan-insan ini ( seperti di atas ) yang telah berusaha mengajar + mendidik + memahamkanku...sekaligus merealisasikan impianku menerusi ILMU, insyaAllah...moga Allah redha ::

0 Lontarkan KALAM anda: