:: Bingkisan 012 to 313 ::

28 October 2010

:: Entri kali ini khas kudedikasikan buat insan yang banyak menemaniku lewat keberadaanku di bumi UPM ( Universiti Pentarbiahan Mujahidah ) ini.
Walaupun usia perkenalan baru saja genap 3 bulan tetapi ukhwah yang terbina,
tiada secantik lukisan dapat kubayangkan!
:)

*******

"Sanah HelwaH ya Kak Janah!!

Hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang.
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu dilambung onak dan duri.
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya.
Semakin berkurang tempoh beramal,
semakin kubur mempersiap tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut untuk datang menjemput,
semakin dekat masa amalan dapat dihitung
dan semakin hampir haruman FIRDAUSI atau azabnya JAHANAM.
Eidmilad said..."


Pantas masa berlalu, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan. Genap usiamu yang ke-????hehe... Moga pengurangan usia ini bertambah kematangan diri :) dan diberikan kekuatan hati untuk menempuhi alam kampus yang penuh cabaran!
Pastinya menguji kekuatan Iman...berbicara tentang Iman??? :)

Nak hadiah ke??? Hmm, disebabkan Ina seorang insan yang baik hati terimalah hadiah biru seperti lampiran di atas....hihi

Khas warna biru lagi... :)

Apa kandungannya???? tunggu.................... :p


Moga diberkati segala urusan, dipermudahkan perjuangan memburu degree edu ( PBMP ) ini dan mencapai segala hajat yang diimpikan!
Semoga Kak Janah berjaya menjadi anak yang paling membanggakan dalam keluarga!
ketahuilah, Ina sangat yakin akan kebolehan Kak Janah...anda berpotensi besar untuk berjaya...hargailah segala nikmat Allah SWT yang telah dikurniakan!

Bear in mind,
'Everything happen for a good reason'

Tinta nailofar,
'Selalulah bersidang di mahkamah hati,
hati takkan berdusta,
selagi hati tidak mati!'

-inzar untuk diri juga, huhu-


Today...
Kita ada misi yang perlu diselesaikan.
Menjadi sukarelawan KBS.
Moga niat ikhlas kita ini diberkati Allah :)

Nota hujung entri : epy besday...mood berdebar-debar menanti hari esok. pastinya ia bakal menjanjikan 1001 cabaran baru buat kita. :)
Mohon ditegurkan jika terdapat khilaf Ina yang tak enak di pandangan mata dan sumbang dek kelakuan. Kalau Kak Janah tak tegur Ina, siapa lagi???hehe...Moga Allah redha persahabatan ini.

0 Lontarkan KALAM anda: