:: Teruskan berlari Kak Jamilah ::

21 October 2010


Salam ukhwah semua :)

melihat tajuk entri Ina malam ini masih menggunakan nama kenalan-kenalan di MPR 2007...hehe...kenapa yea??? :)

Malam ini Ina berada dalam mood yang 'rajin' ( Alhamdulillah, namun, alangkah indahnya jika kau rajin study Ina...monologku seketika...hehe ) ehem, kembali kepada cerita tadi :)
Sedang blog-walking, tup...tup... ( jeng...jeng...jeng ) terjumpa la entri menarik di sebuah blog yang bertajuk "Manuskrip Bawah Meja" tu, cik empunya blog sangat hebat di kaca mata Ina Nailofar :))
Apa yang membuatkan entri itu menarik sehinggakan membuatkan kumelihatnya sebagai sesuatu yang istimewa malam ini???? Sesuatu yang pasti, ada something yang tersurat di dalamnya.... Jom kita lihat bersama-sama!
Minggu depan minggu terakhir untuk semester ini. Minggu ini aku baru nak siapkan assignment yang sudah berbulan-bulan diberikan. Haha, selagi tak sampai deadline terbiar sahaja buku yang sudah sebulan dipinjam daripada maktabah. Ingatkan rajin membaca, rupanya assignment yang tertangguh.

Jangan ditiru tabiat tidak baik ini. Siapkan assignment awal-awal, pasti bahagia. Aku? Assignment kena beri deadline dalam masa seminggu baru akan cepat aku siapkan mungkin.

*sempat lagi aku mencelah menekan-nekan papan kekunci menulis manuskrip bawah meja ini.*

Bermula 28 Oktober 2010-10 November 2010 fatrah imtihan nihaie untuk semester ini..

Terasa cepat benar masa yang berlalu. Belajarnya banyak namun apakah agaknya yang melekat dalam kepala? Tentu sahaja yang tidak berkaitan dengan pelajaran.... Ingat, semester depan... jeng3x.... kerja besar menantimu sejak awal hari pertama kamu datang ke UIAM semula mendaftarkan diri semester 2 2010/2011. Insya Allah....

Namun, jangan mengalah, wahai Jamilah. Kamu tahu tak kamu sangat bertuah Allah takdirkan untuk kamu berada di Bumi UIAM??? Kata Ainul Hayat a.k.a Ina Nailofar, (adikku di UPM).. Kena jadi orang bersyukur.. Dush... Semalam kena tumbuk di perut dengan ayat tu... Aku tidak bersyukur Allah letakkan aku di Bumi UIAM??? Orang lain mahu datang sini, kamu mahu lari?

Bersyukurlah, wahai diri.

Titik.

Baik, Sengaja aku mahu menconteng juga.. Manuskrip-manuskrip ini adalah catatan peribadi manusia bernama Jamilah... Maaf dengan kekacauan bahasa dan emosi dalamnya.. =)

Qamar Cinta 1-1 UIAM
2123
~Rabu, Khamis, Jumaat... Three days to go!~

Konklusinya, entri ini menarik lagi istimewa sebab ada terselit nama Ina, hehe...penghargaan daripada Akak Jamilah ni...Tak sangka dapat dijadikan motivasi buat akak tersayang! Kepada Bulya Iswandi, tolong jangan jeles k :)

Ketahuilah insan bernama Cik Jamilah Mohd Norddin, 'anda berpotensi besar untuk berjaya di bumi UIAM! Baik dalam bidang akademik mahupun lapangan sasteramu...tinta pena yang akak nukilkan sentiasa memberi sumber inspirasi buat diri ini, khususnya... (",)
Ina percaya ramai lagi yang turut terkesan dengan lakaran contengan akak tu.
So, senyumlah pada mentari yang berada di hadapan" :)

Ada pantun istimewa buat akak Jamilah,

Alang-alang gunung didaki, ( mood teringin nak buat aktiviti lasak ni, hihi)
Biar sampai ke puncak tinggi, ( memang la dah penat-penat panjat kan, hehe )
Alang-alang mengejar mimpi, ( letih oooOOh lari ligan-meligan, haha )

Biar sampai ke hujung pelangi. ( InsyaAllah, ada kemanisan dipenghujungnya :)


With and prayer,

Ina Nailofar
Kolej Pendeta za'ba, UPM ( Universiti Pentarbiahan Mujahidah )
-Hanya yang terrrrrrrbaik!-


2 Lontarkan KALAM anda:

Jamilah said...

Salam,

Ina, ina...

Terima kasih tampalkan entri tu di sini... Tak perlu minta izin pun nak ambil isi manuskrip bawah meja tu.. hihi..

Doakan akak...

Semoga dapat terbaik untuk final yang bakal tiba..

=)

AinuL HayaT said...

Ws....tq akak :)

InsyaAllah, doakan kejayaan bersama :)