:: Selamat Bergraduat, Cikgu Shidah! ::
11 October 2010
:: Sesuatu yang diburu ::
Salam ukhwah semua, kembali bertemu. Kali ini entri riang berbau ceria kerana berada dalam mood konvo katakan :)
Bak kata Ayahanda Abdul Rasid Jamian, tahun pertama di varsiti ini memang perasaan sangat teruja melihat suasana konvo...pabila maju setapak ke tahun dua, tiga dan final year kelak...semuanya kembali neutral...benarkah pendapat Ayahanda ini??? kena tunggu tengoklah pe perasaan tahun depan :))
Baiklah, kali ni Ina nak manfaatkan masa yang ada untuk nukilkan sesuatu buat akak tersayang, Cikgu Rashidah Othman yang akan bergelar graduan beberapa jam dari sekarang. Sebenarnya kumasih berkira-kira adakah sempat untuk menemuinya petang ini atau tidak...jam 5.30 petang dijangka beliau akan keluar dari dewan ( pastinya dengan bergayanya setelah dinobatkan sebagai graduan...hehe ) Apapun kuiringi langkahnya dengan doa, semoga hari ini menjadi kenangan terindah buatnya di samping insan-insan tersayang yang datang melihat beliau di puncak kejayaan!
~ Saat-saat bahagia beliau ~
Siapa sangka, perkenalan yang terbina di Minggu Penulis Remaja ( atau singkatan famousnya MPR 2007 ) salah satu program berprestij anjuran DBP akan berbunga ranum dan segar seperti kini. Amat kubersyukur dengan nikmat ukhwah ini. Hinggakan saat Kak Shidah nak kawin ( beberapa bulan yang lepas...hihi...dah selamat jadi wife kepada seorang hamba Allah yang beriman tu, hehe ) pun menyebabkan saya dan seorang rakan... ( siapa entah la, identiti terpaksa dirahsiakan ) berasa sedikit kehilangan, huhu...yelah tiada orang dah nak layan perangai budak-budak kecik kawan saya tu... :))
Go back to story...
Kak Shidah bergelar graduan Bac. Pendidikan ( PBMP ) (",) seakan pernah dengar lak kos ni...hehe Cuma Cikgu Shidah ni ambil minor Pendidikan Islam, selayaknya bergelar Ustazah Rashidah...hehe Ina pula????minor....sedang berfikir..huhu...berfikir dengan cara orang yang boleh berfikir...susahnya nak fikir...
Akhir kalam....semoga Kak Shidah terus sukses bergelar warga pendidik :)
Pastinya seorang guru yang sporting...baru boleh dapat anugerah tiap-tiap hari guru...hehe...
Tahniah Kak Shidah :))
With Love ang Prayer....adik comey! :)
Nota Hujung Kolej Hayat = Kak Shidah nak bunga kan? nanti la Ina pos di angin yang lalu...ting...ting...jam berbunyi..watu makan...jom lunch :))
Label : Coretan
:: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :),
Pesta Konvo UPM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Lontarkan KALAM anda:
:)) best2...segalanya pengorbanan berbaloi....hehe
Dont cnfuse...akak tu yg konvo..not me yea! :)
Post a Comment