:: Contengan Bakti Siswa ::
31 October 2010
Sukarelawan Rakan Muda
Program : Konvensyen dan Ekspo Industri Sukan KISMAS
Tarikh : 28-31 Oktober 2010
Tempat : Palace of Golden Horses dan Mines Resort City.
"Time is like a river...you can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again. So, enjoy every moment of our life as you will not catch the last time..."
Mood = Dari laman kampus turun ke lapangan umat. :) Hmm, first time menjejakkan kaki ke The Mines melalui program ini. Jika tidak terlibat nescaya tidak datang la. Ketahuilah parents, anakmu ini amat menjaga amanah yang diberikan dan sekali-kali tidak menggunakan tiket kebebasan di sini untuk keluar sesuka hati saja...except Kak Ngah ke Jalan TAR je ritu...hehehe
Berbalik kepada story asal...banyak juga pengalaman baru yang diperoleh sepanjang program. Namun, tidak berapa berpuas hati sangat kerana kerja kesukarelawan ini minimum saja. Banyak kerja-kerja diuruskan oleh pegawai KBS sendiri so, para sukarelawan yang datang ke sini ditarik bermain menjadi peserta la pula. Apapun, berpeluang la membawa pulang hadiah dan cenderahati seperti yang diterima oleh kak Jannah, naib johan permainan tradisional congkak. :)
Berpeluang melihat pelbagai gelagat lapisan masyarakat di kota raya ini. Apa yang kukagumi, semuanya menyahut seruan kerajaan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.
"Tiada alasan untuk tidak cergas"
Apa tunggu lagi? Ayuh CERGAS!
Konklusinya, sebagai pelajar yang ranum meniti dahan-dahan perjuangan ni, kecergasan perlu dinilai dari pelbagai bidang. Keseimbangan kesemua elemen insaniah itu perlu di"highlight"kan :) Ingat...matlamat tidak menghalalkan cara. Lebih indah andai semuanya kembali cergas melalui jalan fitrah.
Moga Allah redha! InsyaAllah.
Tq kepada semua pegawai KBS yang telah menjemput dan menghantar kami pulang ke kolej. May Allah bless u all.
Label : Coretan
SRMUPM,
SUKARELAWAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment