BERJALAN TANPA HENTI

28 December 2011



Jom berjalan tanpa henti...


★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Kuyakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmatNya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Sesuai dengan mood yang baru tiba di Kampus Hijau ini setelah pulang sebentar ke Teratak Bonda di Taman Murai Jaya, Penang…kubuka penulisan ini dengan lirik lagu “Berjalan Tanpa Henti” nyanyian Kumpulan Devotees. Bagiku, lagu ini punya signifikan yang tersendiri. Mampu memberi motivasi dan mencetuskan semangat baru dalam diri, dan  sesuatu yang pasti, sedar tak sedar, lagu ini telah menghiasi laman blog ini hampir sebulan yang lalu. J

Lama juga kutidak meluangkan masa menukilkan sesuatu di sini. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan, lantaran detik waktu yang kulalui kini terasa penuh terisi dengan segala macam perkara yang jika dikongsi, pasti manis rasanya J Tambahan pula, aku jenis insan yang suka mengabadikan sesuatu dengan cara penulisan. Biar ia kelihatan kaku untuk sesetengah orang namun bagiku itulah  sumber kenangan abadi yang mampu menjadi nostalgia buat semusim bersama.

“Bersendiri, terlalu sedikit untuk dilakukan.
Bersama, banyak perkara yang boleh dikongsikan!”

Macam tu la kot petikan kata-kata Helen Keller, aku pun dah lama tak explore mencari kata-kata baru! Jika salah, mohon teguran…hehe



★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Nak imbas kembali rentetan perjalanan kira-kira seminggu yang lalu, kerana apa? Kukira manis untuk dikenang. (“,)

Hari-hari yang dilewati sepanjang minggu ke-14 yang lalu penuh kesibukan yang tiada taranya. Sekembalinya aku dari Perhimpunan Penulis Muda Nasional(PPMN) terus bersambung dengan hal lainnya. Bermula dengan meeting pra-syura kelab pada malam tersebut, kemudian urusan rasmi berkaitan hal ehwal study seperti tugasan terakhir iaitu penulisan skrip drama yang perlu disubmit, tugasan individu Psikologi juga yang last minute dapat perlu diselesaikan hinggalah perihal peribadi. Interview MAK-P kolej juga yang menjanjikan merit buat semester hadapan dan urusan membuat passport untuk program ke Medan, Indonesia. Selain itu, minggu ini jugalah akak kesayanganku akan melangkah ke fasa baru dalam hidupnya. Hal ini bermakna minggu tersebut aku akan pulang ke rumah setelah hampir beberapa bulan tidak pulang bertemu keluarga tersayang. Walaupun dalam hidup ini banyak perkara yang ingin kita lakukan namun, apabila bertentangan hari bersama perkara berkaitan keluarga…keluarga harus diuatamakan. Oleh sebab itu, aku tidak hadir ke syura kelab. Terkilan juga kerana aku telah terlepas peluang untuk merasai pengalaman bersyura. Dan beberapa program berbangkit pada minggu tersebut telah membuatkan kurasakan detik waktu yang dilalui begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik, tadaaa…minggu ke-14 telah melabuhkan tirainya. (“,)

Patutlah busy, ni ha…urusan membalut hadiah lagi..hehe
( berderet besday adik-adik Disember & Januari dan hadiah buat akak tersayang )

Pagi Hari Khamis. 22 Disember 2011. Waktu Kelas Psikologi Pendidikan. Kuterima mesej dari adikku yang mengesahkan bahawa kakakku telah selamat dijab kabulkan. Dalam hati, hanya Allah SWT sahaja yang tahu merontanya nak pulang bersama keluarga tersayang. Masih mampu bersabar dan menekuni pelajaran. Maklumlah kelas terakhir bersama Dr. Maria, pastilah banyak perkara yang perlu diberi tumpuan.

Tengah hari. Tamat kelas aku terus pulang ke kolej dan sambung mengemas  barang yang tidak sempat semalam ( sekadar pakaian yang perlu semasa kenduri nanti ). Makan dan solat zohor. Kemudian, bersama beg galas belakang, beg galas tepi dan bungkusan hadiah, kumengatur derap langkah ke kelas terakhir semester ini iaitu Linguistik Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Seperti yang diduga, kelas terakhir ini Puan Azibah membuat latihan ulang kaji. Memang perlu difokuskan kerana kukira apa yang diberi peneguhan harus diberi tumpuan. Mungkin itulah yang bakal disoal kelak. Dan sebagai pelajar, memang dapat agak soalan yang bakal keluar berdasarkan hint-hint yang diberi penekanan J Tepat jam 3 petang, hooray…tamatlah kuliah untuk semester ketiga ini. Sempat bersalam-salaman bersama tenaga pengajar. Sayup hati tatkala bersalam, beliau mengatakan ‘doakan saya’ J memang aku sedia maklum, Puan Azibah pelajar master ayahanda. InsyaAllah, saling doakan yea!

Tanpa membuang masa, terus tunggu bas untuk ke KTM Serdang. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya nampaklah kelibat bas comel itu. Mengharungi perjalanan bersama KTM hampir dua jam ke Rawang. Sedikit cabaran dan akhirnya tibalah di rumah Pak Tam dan Mak Tam yang sporting. Transit sebentar sebelum pulang ke Penang bersama mereka. Sekitar jam 3 pagi, kusampai di rumah J  Alhamdulillah…

Sibuk dengan Majlis Perkahwinan Akakku, Nur Hazwani dan pasangan hati yang direstui keluarga, saudara Mohamad ZulHanafi. Pertama kali kenduri besar di rumahku, maka jumlah panggilan para tetamu agak ramai. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah SWT. Majlis amat meriah dengan kehadiran sanak saudara, dari jauh dan dekat datang menggamatkan rumah comel kami J
Mak Abah tersenyum tenang 

--------->> Terima kasih buat bak dan mak tok, serta kaum kerabat belah mak yang rata-ratanya dari Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan.

--------->> Terima kasih buat sanak saudara belah abah dari Kedah, Kuala Lumpur dan Johor.

--------->>Terima kasih buat semua para tetamu yang sudi memeriahkan majlis kami. J

Ayong dan abang Zul

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*
~
KEPADA AYONG WANI :- Dirimu telah selamat bergelar isteri. Selamat melangkah ke fasa baru di kitaran kolej hayat ini. Selamatlah menjadi bidadari buat abang Zul. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Sayang kamu selamanya. Kakak yang sangat baik tehadap adik-adiknya. 

Hadiah kenangan buat akak tersayang


★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Begitulah serba sedikit coretan sepanjang Majlis Perkahwinan akakku! J Alang-alang balik ke rumah, kumengambil keputusan untuk stay sehari tambahan, hehe. Plan awal mahu pulang bersama Pak Tam la, sebab datang dengan beliau mestilah pulang bersamanya juga tapi setelah fikir-fikir…hehe…kumanjakan diri untuk sehari lagi di rumah. Kerana apa, pulangnya ku ke kampus hijau nanti menuntut seribu satu ketekunan dan kerajinan untuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi FINAL EXAM yang dijadualkan minggu hadapan. Gerun rasa hati, semua pantas berlalu. Alhamdulillah, syukur juga ke hadrat Illahi kerana hasil bantuan adik lelakiku, Iwan; kuselamat mengusaikan segala keperluan dan urusanku di sana. TQ Iwan. Awak hero saya la. (Habis membantuku, dia berangkat pulang ke Ipoh dan selamat sampai jam 10 malam. Semoga tabah menghabiskan sisa-sisa pengajian tahun terakhirmu di Politeknik Ungku Omar dengan jayanya!)
My Bro, Iwan

PAGI SELASA – Dalam tempoh mengemas barang, kuterima mesej pesanan ringkas dari akak Sabariah ( senior KBMUPM ) yang mengkhabarkan plannya untuk meraikan ulang tahun kelahiran Kak Ana. Pantas kumendapatkan mak di dapur yang tengah menghias bunga hidup hasil hiasan hantaran ayong ke dalam pasunya. Sayang jika dibiarkan layu katanya. Lantas, kumendapat idea untuk curi beberapa kuntum untuk menyerikan hadiah yang bakal kuberikan kepada Kak Ana. Spontan semua ini dan hasilnya seperti di bawah :-
 Nah, cun gak kan? 

Hehe..hope bila sampai di tangan Kak Ana masih elok la. Al-maklum, perlu mengharungi perjalanan sehari gak la di atas bas.

Sebelum berangkat pulang, sempat berjumpa dengan Pak Ndak sekeluarga yang akan pulang ke Kelantan. Sempat kuberikan majalah-majalah Ana Muslim yang kubeli kepada anak-anaknya. Kata Mak, ‘kak Ngah asyik buku je kerjanya.” J

Jam 10 pagi – abah menghantarku ke tempat menunggu bas. Sayu gak hati tetapi biasalah nak berjaya mesti ada pengorbanan kan?hehe.. Alhamdulillah dalam bas, ditempatkan sebelah Mak Cik yang baik, apa yang dia makan, pasti dihulurkan. Mula-mula malu juga, lepas dia kata, “ambil-ambil, jangan malu-malu.” Terus tak malu la, hehe…

Jam 2.30 petang – selamat tiba di Pudu Raya, KL. Mengatur langkah ke Plaza Rakyat. Kemudian ke Bandar Tasik Selatan. Mendapatkan KTM ke Serdang. Kemudian, menunggu teksi terus ke kolej. Sekitar jam 3.30 petang, kuselamat kembali ke KOlej Pendeta Za’ba J

★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Jam 7.45 malam. Seperti yang dijanjikan, acara meraikan ulang tahun kelahiran Kak Ana. Senior KBMUPM yang amat kuhormati dan sayangi seperti akakku sendiri. Tempat pula, sangat istimewa. Di I-City J Dah lama kuberniat nak pergi, Allah takdirkan detik ini J TQ Allah kerana menyuratkan segala yang manis-manis belaka.
 Halaqah cinta di I-City "sweet suprise kata Kak Ana"

 Kek Besday buat akak chumel, sedap sangat. Tambah pula makan time lapar..hehe

Bersama Kak Ana, sweet nite :)


TQ Ya Allah atas ukhwah fillah ini. Sayang kalian semua. 

Demikianlah rentetan perjalananku sepanjang seminggu yang lalu. 
Berjalan tanpa henti, moga Allah redha!

2 Lontarkan KALAM anda:

Jamilah Mohd Norddin said...

Wah..nice.. :) akak baru ter'baca' catatan ni..

:)

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

malu la akak, blog ni berterabur lagi...cuti sem, nak ubah wajah baru..bagi matured seiring usia.. ;)