KEMBARA ILMU “Semester 3”

28 December 2011

Salam kemesraan berutus senyuman buat semua.



Suatu pagi dari tingkat 3 FPPUPM


Setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang bertemu pasti akan berpisah.
Begitulah juga perjalanan pengajianku di semester ketiga ini. J

14 minggu telah selamat aku tempuhi. Pelbagai suka duka, pahit manis menyiapkan tugasan kerja kursus telah diharungi. Kini??? Suatu yang dinamakan study week sedang kulalui…sebagai memugar semangat juangku, kuluangkan sedikit kelapangan waktu ini untuk membaca kembali entri lama. Membawaku ke daerah muhasabah J

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*
~► SEMESTER 1 : http://suteraqaaseh.blogspot.com/2010/10/semusim-bersama.html  

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*
~► SEMESTER 2 : http://suteraqaaseh.blogspot.com/2011/04/catatan-semester-2-20102011.html

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*
~► SEMESTER 3 yang kian ke penghujung 
J

Semester ini menyaksikan aku mengambil tujuh subjek dengan jumlah keseluruhan 20 jam kredit. Jujur, inilah pengalaman peribadi mengambil jumlah jam kredit sebanyak ini. Sangat mencabar bagiku J Dengan jadual kelas yang bermula seawal jam 8 dan 9 pagi, tengah hari ada jarak masa dan di sambung ke petang pula. Menjadikan masa agak penuh. Alhamdulillah, kutelah berjaya mengharunginya. Kutelah berjaya menghadirkan diri ke semua kelas kecuali dengan surat pengecualian kelas bersebab. Pertama sebab mewakili UPM ke Pesta Pantun Bestari IPTA di UM dan kedua sebab MC dek demam.

Berikut merupakan kupasan ringkasku tentang perjalanan subjek yang telah kupelajari dan tenaga pengajarnya yang secara langsung menjadi insan yang banyak berjasa menyumbang ilmu dan berkongsi pengalaman. Matlamat penulisan ini tetap sama dengan edisi semester lepas-lepas, agar aku punya sesuatu yang boleh dirujuk apabila keluar kelak. J


1.      PSIKOLOGI PENDIDIKAN oleh Dr. Maria Chong Abdullah.

Mengikut jadual Final, subjek inilah yang akan menjadi pemula dan pembuka kertas peperiksaanku buat semester ini. Subjek ini jugalah yang menyaksikan keputusan test 1 ku yang paling rendah.  Subjek inilah yang paling digeruni antara aku dan rakan-rakan. Mungkin juga kerana tahap kesukaran yang agak tinggi, perlu menelitian untuk faham dan rajin menghafal. Mungkin juga dek kerana pengajarnya yang merupakan seorang yang tegas tika mengajar? Hehe…itulah dia empunya diri Dr. Maria Chong Abdullah. Mengikut sejarah pendidikannya, beliau juga merupakan salah seorang super duper senior PBMP suatu masa dahulu. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang psikologi akhirnya beliau berhijrah ke bidang ini J Selepas tamat SPM’07 dahulu, kujuga meminati bidang Psikologi ini sehinggakan kucuba memohon bidang ini di UIAM. Namun, aturan Allah itulah yang terbaik. Kubelajar Psikologi di sini, lebih spesifik ke arah pendidikan. Itu yang sebaik-baiknya buatku, Alhamdulillah J

            Sesi perbentangan subjek ini, 2 kumpulan yang mendapat tajuk yang sama jadi untuk perbentangan kami diminta bergabung. Bayangkan, gerak kerja lain-lain, usaha mencari maklumat semua lain-lain, tetapi apabila sesi perbentangan diminta bergabung dan satukan slaid-slaid kami. Memang kelam-kelibut juga pada peringkat awalnya namun, tika masa yang sebenar, kelihatan lancar juga. Dan Ina ambil part terakhir, penutupkan sesi perbentangan. Alhamdulillah, Dr. kelihatan berpuas hati dan tiada sebarang komen mahupun kritikan J Berkat pertolongan Hawa mengajukan soalan pula, Ina dapat bonus la untuk kemahiran tu. Syukur sangat. Usai sesi perbentangan pula, sebaik sahaja mahu kembali ke tempat duduk, Aishah sempat memuji, katanya ‘bestla Ina present!” J Begitu juga seorang lagi rakan turut berkata demikian tika nak beredar dari kelas. Apapun, itu pandangan orang yang melihat perbentangan. Segalanya Ina serahkan kepada Dr. Maria dan Allah SWT pastinya untuk menilai segala usaha yang telah dicurahkan.

            Tugasan bertulis pula menjanjikan cabaran buat Ina. Untuk individu, Alhamdulillah..Ina usai dengan sebaik yang mungkin. Untuk kumpulan agak serabut. Sebab apa? Ina sendiri kurang pasti salah di mana. Mungkin semasa sesi pembahagian kerja tu, segala pendapat tidak diberi perhatian. Maka, itulah jadinya J Pengajaran buat diri.

            Dan FINAL, inilah peluang yang Ina ada untuk buat yang terbaik. Ina kena usaha keras untuk cover semula segala yang Ina tertinggal dan kurang faham selama ini. Semoga ada kesempatan untuk itu. Markah kerja kursus juga belum keluar. Harap, hasilnya sejajar dengan usaha yang telah dilaburkan. Ina suka belajar Psikologi ini, semoga ilmu sedikit yang Ina pelajari di sini dapat diaplikasikan dalam kehidupan kelak. Dalam berkeluarga umpamanya, alangkah hensem dan anggunnya parents yang memiliki dan mempraktikkan ilmu psikologi ini. J Ya Allah, murahkan rezeki hamba-Mu ini. Harap dapat buat yang terbaik. Skor terbaik!




             2.  PENDIDIKAN AKHLAK ISLAMIAH oleh Dr. Fathiyah Fakhruddin

Ustazah tika hari terakhir kelas, sempat berkongsi tips tentang hikmah solat jemaah daripada Majalah Al-Islam. Kukagumi minat membacanya dan kesungguhan berkongsi ilmu bersama kami.

Subjek ini berada di hari kedua examku. J Jujur, aku amat senang belajar dengan ustazah. Lembut tutur bicara amat menawan hati. Ketetapan masa memang tak dapat dipertikaikan. Dua semester bersama beliau, kudapat fahami karakter beliau yang sangat menepati masa. 5 minit sebelum kelas bermula pasti beliau sudah ada. Mengalahkan pelajar pula datang awal ke kelas. Ini memberikan cabaran buatku supaya datang awal ke kelas sebelum beliau masuk, hehe…Alhamdulillah, kudapat istiqamah begitu. Dan kelas beliau, mencatatkan kehadiran penuh tanpa ponteng.

            UJIAN 1 – Syukur ke hadrat Illahi, Ina dapat skor 15/15. Sangat tak sangka, sebab masa jawab soalan agak mengelirukan. Tetapi memang Ina cuba jawab sehabis daya. Hasilnya, sangat menggembirakan. Ustazah bagi hadiah J Macam kembali zaman sekolah pula, dapat highest dapat hadiah, hehe..Itulah bentuk peransang yang Ustazah berikan. Memang time belajar akhlak pemurah pun masa tu. Syukran ustazah!

Dapat hadiah ini memberikan tamparan hebat buatku, kerna kutahu…nak cipta kejayaan jauh lebih mudah daripada mempertahankan kejayaan.

            UJIAN 2 – Musim ujian 2 ini waktu yang sangat sibuk. Ina dah usaha yang terbaik. Ina dapat 14/15. Ina bersyukur sangat sebab berbaloi la dengan usaha Ina (“,)

KERJA KURSUS DAN PERBENTANGAN – Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana pembikinan tugasan dijalankan. Ina redha dengan ketentuan ini, Alhamdulillah, dapat selesaikan dengan baik. Meskipun sangat last minute. Huhu…Sesi perbentangan pula, kena time lawan Pantun Interkolej. Ina bernasib baik, sikap ustazah yang sangat berdiplomasi semasa Ina kol dia untuk maklumkan yang ina terpaksa masuk ke kelas lambat dan diminta didahulukan grup yang lain dahulu. Betapa beliau sangat memahami. Dan sesi perbentangan pula. Ina sangat kurang persediaan. Bayangkan dua kerja dalam satu masa, mana mampu ku fokus. Hasilnya, Alhamdulillah, Ina cuba aplikasikan teknik penyoalan semasa membentang. Part Ina ada yang respon, dan tika sesi soal jawab, Ina dapat jawab mengikut pendapat Ina.

Hasil keseluruhan kerja kursus, markah 56/60. Syukur sangat. Carry mark terbaik buat Ina. Untuk FINAL, Ina mesti usaha yang terbaik. Semua topik masuk. Harap, Ina dapat ulang kaji dengan baik.  Ina nak dapat A untuk subjek ini. Ya Allah, permudahkan sesi menelaahku! J

A Akhir kelas, ustazah bagi kata-kata terakhir yang amat sayu...sedih lak Ina mengenangkan mungkin inilah kelas terakhir yang ustazah ajar, meskipun kutahu, kutetap akan jumpa dia sebab ustazah penyelaras minorku. Ustazah ucap tahniah kepada para pelajar yang mencatatkan kehadiran penuh ke kelas dan datang awal. Turut disertakan nasihat kepada yang tidak datang awal, selalu lewat, harap dapat disiplin dir. Tanamkan hajat tahun baru mungkin, untuk berubah. Sebut perkataan berubah, ina sangat sayup hati. :)

Sayang Ustazah Fathiyah! :))


3. DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU oleh Tuan Hj. Samsuddin Othman dan Cikgu Amin Min Had.

Subjek ini telah menyebabkan hidupku porak-peranda dan sibuk. Hehe…apa taknya, kami diajar bagaimana nak praktikkan drama dalam pengajaran bahasa Melayu. Bunyi macam senang. Tapi, tidak semudah teori. J  Kami telah ditugaskan menjayakan pementasan drama. Drama tersebut dipetik dari antologi KOMSAS Tingkatan Dua, Gema Sepi Gadis Genius.

            Sepanjang tempoh pembikinan, latihan para pelakon, persiapan props dan alatan teknikal serta sebagainya. Memang menguji semangat kerjasama yang jitu. Suatu kebiasaan, dek kelewatan rakan-rakan datang latihan maka habis lewat la. Standart kalau tamat sekitar lewat jam 12 pagi tu. Bagi minor PI pula, kelas kami semua bermula pagi, memang cabaran besar la. Bagi mereka minor KM, kebanyakan kelas lambat. Jadi, kelebihan buat mereka la. Nak berjaya, mesti hadapi susah payah kan? Alhamdulillah, semuanya dapat kutempuhi sebaik mungkin J

            Malam Pementasan Drama Inflakasta 2011. Ina berada dalam AJK Protokol. Tugas Ina jadi Emcee. Jika tahun lepas, Ina jadi emcee di Dewan Besar, semester ini di Panggung Percubaan pula J  Takdir Allah sangat indah la, TQ Allah!  

            Ops, lupa nak tulis awal-awal. Yang seronok belajar dengan Tuan Hj Samsuddin Othman ni sebab beliau merupakan seorang yang sangat sibuk. Jadi, kelas banyak batal..hehe..kejap ke Korea la, kejap ke macam-macam la. Selain itu, siap kena paksa beli buku antologi puisi Orang Bertujuh. J Ok la, ina redha kena paksa rela ni..hehe  Jujur sampai sekarang masih belum dihadam buku itu :)

Apa yang best belajar bersama Tuan Hj. Samsuddin Othman?
ASeorang penulis yang kukagumi. Memang tak sangka apabila masuk ke UPM, bertemu dan dapat pula belajar dengannya. Sangat sempoi, masuk kelas kami, penuh aksi dramanya. Memang kaya skil tu, tak rasa mengantuk pun time kelas beliau. Kira, ilmu drama tu diaplikasikan sepenuhnya, mata kami tak lari fokus pun. Hebat bukan?hehe

Apa yang menariknya belajar kelas amali dengan Cikgu Amin MinHad?
AAku mengenalinya lewat karya yang dihasilkan. Namanya memang familiar la J Tak sangka juga berpeluang berguru dengan beliau. Simple je orangnya. Amat komited dengan tugas, beliau sanggup datang tengok kami berlatih drama malam-malam. Ina tak banyak cakap sangat dengan dia, kecuali apabila disuruh bercakap je ( sebab kelas cikgu Amin asyik disuruh bercakap kat depan je…seorang demi seorang plak tu. Setiap minggu. Bayangkan nak habiskan giliran seramai 51 orang batch kami. Memang memakan masa 3 jam kelas amali tu la. Apapun, rasa bertuah dapat berguru dengan penulis yang bergelar pendidik ni J

BKemuncaknya, Ina bertemu mereka di Perhimpunan Penulis Muda Nasional anjuran PENA yang lalu.

UJIAN 1 : Sangat sempoi, masuk je bagi kertas soalan. Dalam masa beberapa minit minta kami jawab. Kemudian tukar kertas dengan kawan sebelah, semak jawapan. Walaupun soalan simple sahaja, tetapi memerlukan kefahaman kami. Hasilnya, Ina dapat 15/20 J Syukurlah, dah terbaik buat Ina..hehe

KERJA KURSUS : Skrip drama. Ini tugasan kumpulan J Last minute buat, memang perah otak betul-betul la time bincang sesame tu. Nak gambarkan kesungguhan kami buat skrip drama ni lihatlah gambar-gambar di bawah. Betapa bersungguhnya rakan-rakan grup Ina berfikir...hehe ( jangan marah kawan2 )

Inilah kak Hasna, pemegang watak bunga raya.

 Ini pula Zie, yang menjiwai watak bunga matahari.

Kak Janah, pemegang watak rumput.

Dan Ina pula dengan watak bunga mawar. Hope, hasilnya nanti terbaik buat kita berempat ( Ina, Zie, kak Janah dan kak Hasna )

FINAL pula, bentuk soalan sudah tahu. Ina kena ingat betul-betul konsep yang Tuan Hj, bagi penekanan tika kelas terakhir  yang lalu. Memang nak dapat A la subjek ni.
B Semoga berjaya Ina! J


4. FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN oleh Dr. Aminuddin bin Hassan.

              Kelas ini sangat sempoi. Betul, tak percaya? Silalah daftar dan masuk kelas ini J Kelas ini 2 jam kredit je seminggu, jadi kelas beliau amat dinantikan la. Tambah pula, karakter bersahaja pensyarah ini. Dia buat lawak, kami je yang berderai ketawa. Dia, maintain cool. Dengan mimic muka tidak bersalah dia. Memang best la. Beliau juga seorang yang sibuk. Jadi, minggu-minggu terakhir tu kelas batal. Itu yang best..hehe

UJIAN 1 = Soalan yang dia bagi latihan, itulah yang keluar ujian. Siapa yang tekun dan fokus pasti boleh jawab la. Ina???Dalam ketidak fokusan itupun mampu dapat 18.5/20 J Terbaik da untuk usaha Ina dalam ujian yang lepas.

                 Falsafah bukan fakta. Falsafah memerlukan pemikiran yang kritis J Sepastinya soalan esei la, Ina apa lagi selagi boleh goring, selagi itulah Ina tulis. Tetapi untuk FINAL???sayang, ko kena ubah stail tu yea…santuni skit nota yang dibekalkan.

TUGASAN setiap minggu ada J Itu yang best, bukan sekaligus dapat. Sikit..sikit…lama-lama jadi bukit..hehe    So far, carry mark belum naik penuh lagi. Hope sangat carry mark assignment dapat membantu untuk skor terbaik kertas ini. 


5. PENGAJARAN KEMAHIRAN MENGARANG oleh Dr. Ghazali Lateh dan Cik Zuraini Jusoh.

Sekitar lensa di kelas terakhirnya.

Sebelum ini, kuhanya mengenali sebaris nama itu melalui seorang kenalan MPR’07 sahaja. Dr. Ghazali Lateh J Guru yang sangat disayangi dan dihormati oleh sahabat saya itu. Siapa sangka, semester ini kuberpeluang belajar bersama insan hebat ini. Alhamdulillah, syukur sangat dengan kurniaan-Mu, Ya Allah.

Kelas beliau, memerlukan kami menyalin nota ekslusif miliknya. Memang rata-rata kebanyakan kawan-kawan mengeluh lenguh tangan la..hehe  Ina???Ina suka menulis. Jadi, tiada masalah buat saya untuk menyalin nota-nota tersebut. Itulah proses pembelajaran melalui teknik permodelan kot..hehe

Melalui sesi pengajaran bersama beliau, kudapat melihat sendiri kehidupan seorang penulis itu bagaimana…kukagumi sifat cintakan ilmu dan minat mengajar yang ada dalam dirinya. Walaupun banyak peluang yang jika dimanfaatkan, beliau sekarang pasti berada di peringkat atasan kementerian namun, beliau lebih memilih untuk  mengajar di sekolah. Kuterkesan dengan nasihatnya, “menulislah dari sekarang, proses mencipta nama memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun.” Ina tahu hal ini, namun, entahlah…Tepuk dada, muhasabahlah Ina. Bila lagi kalau bukan sekarang???? J

UJIAN 1 = Jujur, soalan mudah. Namun, ada sahaja yang Ina ingat-ingat lupa. Fitrahlah la kan, membaca sekadar membelek-belek, begitulah jadinya. Tetapi, time ujian berlangsung, Ina usaha keras untuk mengingat kembali apa yang dah Ina baca J Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Keputusan Ujian di luar jangkaan Ina, dapat skor 20/20 J

TUGASAN INDIVIDU pula, menghendaki kami menyiapkan 2 buah karangan berdasarkan tema yang diberikan. Ina dapat Karangan berformat jenis ulasan buku, dan karangan tidak berformat jenis  jenis situasi. Kedua-duanya dimensi individu. Syukur sangat, memang kena dengan diri Ina J lama Ina peram idea nak buat karangan tu. Cuti pertengahan semester yang lalu pun Ina dok berfikir lagi, belum menulis karangan. Sampai habis cuti balik UPM baru Ina buat. Itupun last minute la, beberapa lagi nak hantar baru buat. Tapi idea semua sudah ada. Cuma, proses menaip dan meluahkan segala yang ada di minda. Ketika menyiapkan karangan tersebut juga time busy dengan latihan drama Inflakasta tu. Sampai demam Ina dibuatnya. Dan jujur, kulakukan kerja mengedit karangan tersebut dalam keadaan demam. (Sebelum disyakki demam denggi oleh PKU, tetapi lepas dapat suntikan, Ina kembali bertenaga). Hasilnya, seminggu sebelum cuti, dapat kembali tugasan tersebut, syukur sangat Ina dapat 24.5/25. J Terima kasih kepada Cik Zuraini yang bijak menilai..hehe  Dua orang yang dapat paling tinggi ni..alhamdulillah. Dan yang paling Ina tak sangka, tiada satu pun kesalahan bahasa dalam karangan Ina. Ina rasa ada silap, cuma Cik Zuraini tak perasan kot….yang ada salah dua, itupun di muka surat depan ejaan ‘penunjuk ajar’ Ina eja rapat…dan typing error di muka surat halaman. Itupun diluar kawalan punya. Yang dalam karangan bersih dari ditanda dengan pen merah…hehe…Berbaloi sangat usaha keras tu.

TUGASAN BERKUMPULAN = Perlu menyiapkan Rancangan Pengajaran (RP) selama 80 minit. Kemudian, setiap individu perlu menjalani micro teaching selama 20 minit. Part inilah yang mengurangkan sedikit markah Ina J Tapi Ina redha. Ina dah usaha yang terbaik.

            Untuk sesi mengajar, Ina cuba aplikasikan tema yang Ina pegang selama ini, ‘guru kreatif, murid aktif.’ Ternyata berjaya gak la…dalam kelas Ina ramai yang sukarela angkat tangan nak baca. Contoh, pembahagian kumpulan, Ina sedaya upaya buat lain dari yang lain. Ina buat bintang guna kertas berwarna. Jadi, kalau dapat warna bintang yang sama, bermakna kumpulan sama la J Selain itu, sebagai sumber kenang-kenangan kepada kawan-kawan yang penat berlakon, memberi kerjasama dalam kelas Cikgu ina ( konon..hehe )..Ina siapkan penanda buku ( hasil Kraf Ina Nailofar, sebenarnya nak menghabiskan sumber bahan yang ada..kan akhir tahun da, nak kemaskini stok baru pula la..hehe )

 Selerak, campur-campur designnya.

Setelah dibahagikan sama rata ikut pembahagian kumpulan nanti. Macam nak bagi kat budak-budak sekolah tadika pula..hehe

BDemikianlah sedikit sebanyak perjalanan kelasku bersama Dr. Ghazali Lateh dan Cik Zuraini. Walau aku hanya diam je dalam kelas, mereka pun memang tak kenal pun aku, tapi itulah yang penting, ilmu yang disampaikan diserap cepat dan dapat dipraktikkan bila keluar mengajar kelak. J Alhamdulillah, secara keseluruhannya, Ina dapat skor 67/70 carry mark setakat ini. Final yang menjanjikan 30% chaiyok2 Ina..semakin menghampiri sinar A untuk kertas ini. Usaha sehabis daya ye sayang! J





6.  LINGUISTIK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU oleh Puan Azibah Baharom

Pada peringkat awalnya, subjek ini diajar oleh ayahanda Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian. Namun, disebabkan ayahanda sangat sibuk, jadi digantikan kepada anak murid master ayahanda iaitu Puan Azibah. Beliau merupakan warga pendidik dari IPGM Kampus di Negeri Sembilan. Sepanjang belajar dengan beliau, memang tegas orangnya. Buat pengetahuan semua, subjek ini mencatatkan tugasan yang begitu banyak..hehe

Ada ujian 1, tugasan individu, tugasan kumpulan ( kajian ), perbentangan kumpulan ( hasil laporan kajian ), dan pengajaran dialek. Kumpulan Ina dapat ‘Kesan Dialek Pantai Timur Dalam Pendidikan Bahasa Melayu.’ Memang sibuk mencari buku dialek Kelantan yang menjadi fokus kami. Di saat akhir baru ketemu bukunya. Punya kalut buat. Tambah lak, kami kumpulan pertama bentang. Lagilah mencabar. Alhamdulillah, hasil kajian kami diterima. Hehe.. Berbaloi penat berjaga sehingga lewat pagi, berjalan seorang diri pulang ke kolej di waktu orang lain sedang tidur ( lantaran buat tugasan di kolej sebelah, ikut majoriti ahli kumpulan ramai di kolej KTP ). Ingatkan mampu menarik nafas lega selesai tugasan kumpulan tu, rupa-rupanya perlu mengajar dialek pula. Kali ini undian dibuat, kami dapat kumpulan tengah-tengah. Jadi, mampu bersedia walaupun saat akhir kelam kabut juga.

          B  Subjek yang agak berat bagi Ina. Banyak yang Ina kena pulun study lagi. Kena ingat dan faham definisi setiap istilah linguistik tu. Hint soalan dah dapat, insyaAllah ia memandu Ina untuk study. Nak sangat skor terbaik subjek ni. Ya Allah, moga Ina dapat belajar dengan baik dan jawab soalan subjek ini dengan cemerlang yang boleh. Nak skor A kalau boleh, nak tebus skor subjek Tatabahasa bagi semester lepas.


    7. PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Bin Muhamad.

         Subjek ini merupakan kertas terakhir yang akan Ina duduki examnya. Ada lima hari yang menjadi gapnya. Ina harap tindakan ina mengabaikan dahulu subjek ini, suatu tindakan yang bijak la. Sebab lima hari yang ada, boleh tumpukan subjek ini.  Setakat ini carry mark agak memuaskan, Ina dapat kumpul 51/60. J

   Berpeluang belajar dari orang lama, Dr. Fauzi yang lebih selesa kupanggilnya ustaz. Gaya pengajaran ala santai, selalu dia ingatkan kita kuliah, bukan khutbah Jumaat. Jadi, ada yang tak faham, boleh tanya J Tugasan kumpulan memberikan kebebasan kepada kami untuk memilih tajuk yang diingini tetapi bersumber Al-Quran dan Al-Hadis. Perbentangan pula hanya mengambil masa 10 minit. Boleh bayang kan?betapa kami ekpresnya nak habiskan masa yang beliau peruntukkan. Hehe.. Suka falsafah dan perkongsian cerita dari beliau. Terutama pengalaman di Bumi Anbia. Pengalaman belajar berhempas pulas selama dua tahun untuk mendapat PHD. Sampai meninggalkan kesan di kelopak matanya, tanda lebam tu. Katanya, ‘biarlah lambing usaha keras PHD.’ Bukan senang nak hidup senang. Sangat aku kagum melihat kesungguhan beliau.

            Belajar kelas beliau telah menyebabkan aku terasa begitu malu orang Islam tapi tak tahu bahasa Arab. Huhu…Ini perlu Ina highlightkan…huhu   Menyebabkan Ina rasa terpukul kerana alasan sibuk kononya telah menyebabkan kujauh dari menghafaz Al-Quran. Sedangkan buku-buku, majalah-majalah…mampu aku hadami. Ya Allah, moga ada kesempatan untukku berubah..kembali kepada jalan yang Engkau redhai.

            
Terima kasih Dr. Fauzi kerana mencetuskan semangat ini. Belajar hingga peringkat tertinggi, katanya! J

★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★



Demikianlah, antara cebisan kisah yang melatari kembara ilmuku sepanjang semester ketiga ini. Permulaan dan pertengahan agak pahit, pelbagai cabaran silih berganti namun, di hujung ada kemanisan terselit di situ. 
J Kawan-kawan sekelilingku punya pelbagai karakter, kadang-kadang terasa down juga bila kena yang tidak menepati selera kita tapi inilah asam garam persahabatan kan? Kita terima seadanya dengan penuh redha. Sibuk tak sibuk? Kubelajar banyak perkara hinggakan setiap cuti hujung mingguku pasti punya rencana dan aktiviti yang dilakukan. 
Semester ini juga nyata ada kelainannya sebab kubergantung hidup dengan wang amanah. Ada impak positifnya berbanding kewangan semester lepas-lepas namun ada juga kontranya. Dugaan juga sebab semester ini kerap juga PC Fair, Bazar jualan dan sebagainya..hehe


Kubanyak juga keluar dari UPM, hehe..
maksudnya dengan berprogram yea...
ASekolah KBM = tersangat banyak aktiviti yang mewarnai hidupku. Kupilih gambar yang mampu dicapai dengan cepat..hehe
Gerai Jualan KBM, yang ini sempena Diskusi Intelek - Cheng Ho
menyebabkan koleksi buku yang menanti dibaca memenuhi senarai menunggu.

Mengembara di KLCC bersama kaum kerabat KBM

AKelab PBMP = menjadi Timbalan Pengarah bersama untuk program Tunas Kecemerlangan Bersama Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang. 

Murid-murid yang rajin hadir ke sekolah


Bergambar kenangan sebelum usai program kelas tambahan


AKelab Pantun Cenderawasih, UPM
Bersama Kak Ummi Nazifah, senior PBMP yang paling kusayang..hehe
- Pesta Pantun Bistari IPTA di UM.

dan banyak lagi program yang best...antaranya :-
AFestival pantun Interkolej - Menang KPZ no.3
AKarnival kesenian Islam - Pertandingan menulis sajak, menang no.3
AKhemah Ibadah Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.
APerhimpunan Penulis Muda Nasional kali ke-3 (PPMN)
Adll...ini je yang mampu dicoretkan di sini. 
                                                                 ★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Syukur ke hadrat Illahi atas segala anugerah yang diperoleh sepanjang semester 3 ini.
Semua yang indah, abadi dalam kenangan.
Segala yang pahit juga tidak cepat dibuang sebaliknya terima dengan redha dan fikiran sepositif yang boleh bahawa
Allah SWT sedang merancang sesuatu yang terbaik buatku.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua insan yang telah berjasa kepadaku sepanjang pengajian di semester ketiga ini.
Mohon dimaafkan segala khilaf yang melatari ukhwah kita.
Semoga dapat buat persediaan sehabis baik untuk FINAL,
Dapat harungi FINAL dengan tenang hingga ke kertas yang terakhir.

Ina bersangka baik sepenuhnya atas usaha yang telah, sedang dan akan Ina lakukan.
Moga Allah redha J

~Ina Nailofar~

2 Lontarkan KALAM anda:

jamilah said...

Assalamualaikum..

Ina... Akhirnya kamu mengemaskini laman ini. :) tahniah!!!!!!

Setelah lama menyepi, entrinya sangatlah panjang.. Selamat berperang dengan buku.

psst... kak eja pesan, jangan bagi nampak MPR 2007 macam sepi sangat, kamu termasuk sekali. hihi. :)

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

wslm akak :)

hehe..entri panjang ni punya matlamat tersendiri. Memang suatu kewajipan sebelum study muhasabah skit..hehe

Tersentap dengan pesanan kak eja.. ;))