MOTIVASI SEORANG SAHABAT

10 January 2012


Salam imtihan berutus senyuman :)
Final Exam Ina tinggal 1 paper lagi. Kawan-kawan yang lain macam mana?

Untuk memugar kembali semangat untuk berjuang hari Khamis ini, Ina nak muhasabah seketika...yelah paper terakhir ni ada gap skit jadi banyak cabarannya..hehe  Tidak seperti paper sebelum ini yang berderet macam kereta api laju je...tup tup usai 6 paper...haha

Ok la, nak ambil motivasi dari kisah kecekalan seorang sahabat di bawah :)

Namanya Cik Fazielah Gulam...

~ Dia 'accident' beberapa hari sebelum Final Exam. ~

Yea, dia terlibat  dengan kemalangan yang mengakibatkan dia perlu berkeadaan seperti di atas. 
Dari seorang gadis normal  yang riang ria berjalan hingga berkerusi roda seperti di atas.
Namun, lihat? seperti dalam gambar...dia masih mampu tersenyum manis di hadapan kami.

Kukagumi ketabahannya...tiada satu paper pun yang dia missed. Semua paper setakat exam hari ini dia datang ke tempat peperiksaan dalam keadaan begini. Dengan luka yang belum kering, masih jelas air bisa. Dapat rasa kepedihan dan kesakitan yang dialami. Memang mengundang ketidak selesaan menghadapi peperiksaan. Itulah realiti yang sedang dia hadapi. 

So, Ina...Bersyukur la dengan nikmat sihat yang dikecapi kini. Apa yang ditunggu lagi, terus tekunlah mendepani paper terakhir ini.

Teruskan perjuangan!

Nota : Semoga Zie terus kuat dan bersabar di atas dugaan ini. 
Bear in mind, everything happens for a good reason! May Allah bless you.

0 Lontarkan KALAM anda: