Pemenang MAAL HIJRAH FREBIES (^_^)

08 January 2012

Salam Tahun Baru 2012 J

Pejam celik, pejam celik, sudah lapan hari kita di tahun baru.
Bagaimana permulaan hidup rakan-rakan BLOGGER di awal tahun?

--------->> Perjalanan hidup Ina Nailofar pula?
Lafazkan kalimah itu,
 lafazkan kalimah syukur, "Alhamdulillah." J

--------->> Siapa sangka penyertaan Ina dalam 'Maal Hijrah Freebies'
 anjuran Kraf Malinja telah menjadi tuah kepada Ina. Rezeki awal tahun.

Berikut papan notis pengumuman pemenangnya : KEPUTUSAN MAAL HIJRAH FREEBIES‎(◕‿◕✿)

Sejambak terima kasih kepada Kraf Malinja. 
Semoga tahun baru HIJRAH ini menjadi titik penyegar ke penerokaan bisnes serta kreativiti yang lebih gemilang. Semoga berlipat ganda rezeki Kraf Malinja.  

Jom support Kraf Malinja! J

Fb Rasmi Kraf malinja : Jemput ziarah
Fb Bos Kraf Malinja : Kak Amalina
Blog Kraf Malinja

--------->> Berita kemenangan ini menambahkan semangat Ina untuk menekuni pelajaran menghadapi Final Exam ini. Alhamdulillah, setakat ini 6 paper telah berjaya dilepasi. Tinggal 1 paper lagi pada 12 Januari nanti. Mohon doa kalian agar segala urusan mendapat restu dan redha Illahi. Cuti semester ini boleh buat kraf. Lama tak membuat kraf. Sangat rindu akan dunia kreatif ini. Terima kasih Kraf Malinja kerana merealisasikan hasrat ini. Terima kasih ALLAH, takdir ini sangat indah. Alhamdulillah. J

0 Lontarkan KALAM anda: