Andai perjuangan ini mudah, Pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, Pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu, Turun naiknya, sakit pedihnya, Umpama kemanisan yang tiada terhingga, Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terlena, ingatlah janjiNya. Selamat berjuang!
Kita bukan pemula dan pengakhir, kita penerus legasi perjuangan ini. Insya-Allah.
Salam istiqamah,
Ina Nailofar, Kampus Hijau.
PARA PELAJAR CEMERLANG
CINTA KRAF
FACEBOOK : Kraf Ina Nailofar.
BLOG : galeri-krafnailofar.blogspot.com
***Jumpa di sana.
Sudahkah kita menghafalnya?
Jom, lazimi hidup sehari-hari dengan zikir asma ul-husna.
Hidupkan lebih bermakna, selamat mencuba.
Salam inspirasi,
-Ainul Hayat-
LENCANA
MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU
PESAN IMAM AL-GHAZALI...
"Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang HALAL sejak ia lahir. Makanan yang HALAL selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cerdas. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberikan makanan yang haram dan kotor."
RAHSIA PENCIPTA
:: Seindah mawar berduri,
Cantik dipandang memikat hati.
Menjadi dambaan setiap insan,
Yang punya misi hidup berwawasan.
Mawar berduri,
Teguh berdiri,
Berpaksikan prinsipnya yang bervisi.
Segalanya pasti dengan izin Ilahi.
Tinggal yakin dan percaya!
31 Ogos 2013…
Menuju ke takah kedua kehidupan. ::
HARUMAN UKHWAH
Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak pernah luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya -Imam Shafie.
----------(*^-^*)-----------
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita kepada jalan Allah SWT.
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment