Salam kemesraan berutus senyuman.
Alhamdulillah, Allah titipkan kelapangan waktu tatkala ini untuk kembali menulis di blog ini.
Jujur, terlalu banyak yang mahu dinukilkan di sini.
Blog 'Bingkisan Hayatku'--->Medan kecintaan ini.
Melewati minggu ke-8 kuliah...
Menjalani kehidupan akhir-akhir ini menyuratkan pelbagai perkara yang manis untuk dikongsikan.
Antaranya =
- Program mengajar murid-murid berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaakob Latif, Jalan Peel, Kuala Lumpur.
- Pengujian Soalan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor
- Bazar KBM pada Pesta Konvokesyen UPM
- dan kesempatan pulang berhari raya Aidiladha bersama keluarga tersayang, turut bermain di fikiran. meronta-ronta untuk dikeluarkan. (*^-^*)
***Ada ruang dan peluang akan kuabadikan di sini. Pengalaman pahit manis yang banyak mengajarku erti kesabaran, ketelusan hati, kerjasama dan erti pengorbanan.
Esok petang???
~Kredit gambar Ina Nailofar~
Insya-Allah Ina akan ke UIAM bersama Kak Amal.
Misi SERUMPUN 2012
(Seminar Penulisan Untuk Putra Putri Nusantara)
"Selangkah kata, serumpun karya."
Semoga semangat dapat digegarkan di sana :)
----> Kak Jamilah Mohd Norddin...jumpa di sana!
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment