MENUJU PUNCAK : Semester 6 (Siri 2)

07 June 2013

***Sambungan....

1.   FCE3800 PEMBANGUNAN KURIKULUM


Kelas yang sempoi… J Tak pernah kuduga, FPP ada pensyarah yang sangat berkualiti seperti Dr. Hayati Alwi. Keseronokan belajar dalam kelas beliau tak tergambar rasanya. Kepakaran memang tak dapat dinafikan. Bekas pelajar tajaan MARA di Amerika Syarikat, juga pernah berkhidmat di MRSM sebelum ke UPM hingga kini. Ina suka sebab dia bertudung labuh. Suka…suka…suka. Sambil menyelitkan pelbagai unsur-unsur yang positif sepanjang pengajaran. Berita terkini dalam hal ehwal kementarian, dia tau dulu. Itu untungnya berguru dengan seorang luas pengetahuan. Mampu menjadi internet bergerak. Bab karakter peribadi memang memukau pelajar untuk pasang telinga sepanjang kuliah.

Tugasan amali???? Wah, ini yang maha mencabarnya. Tugasan amali yang sangat banyak. Perbentangan pertama diperlukan setelah pengagihan tugas mengkaji sebuah buku. Ina kumpulan ketiga bentang dan selepas selesai perlu sedia menjawab dua soalan secara spontan. Alhamdulillah, respon yang positif daripada sesi perbentangan tersebut. Ingat kan boleh rehat, rupa-rupanya tidak. Tugasan kedua menanti dengan reka bentuk kurikulum. Setelah bincang-bincang, kami setuju buat kurikulum Kelab Seni Kraf J yang menggabungkan idea seni kraf kreatif sebagai konsepnya. Bukankah negara kita punya seni warisan kraf yang tinggi nilai estetikanya. Mengapa kita biarkan sahaja? Tak bimbangkah diluput dek zaman? Maka dengan itu, kami angkat kembali khazanah tinggalan nenek moyang itu dan variasi dengan konsep bisnes sebagai bekalan kemahiran para pelajar. Respon positif daripada idea tersebut tetapi dikecam dengan hebatnya oleh Encik Addy. Biasalah provoke sakan J

Seterusnya, perbentangan ketiga in BI. Setelah mengkaji dua buah buku antarabangsa berkaitan kurikulum. Ingat lagi, tempoh masa yang kami ada untuk bersedia suma sehari semalam. Sangat menguji ketahanan mental, membaca buku bahasa penjajah dan perlu cari isi penting serta buat slaid dalam masa yang singkat dan esoknya bentang. Hikmah juga daripada tugasan tersebut. Jangan ada niat yang tidak baik terhadap kawan-kawan. Jika ya, begitulah akibatnya dan aku hanya mampu tersenyum seraya menggelangkan kepala sebab nampak Allah bayar tunai untuk kejadian tersebut. Allahuakbar. J

Mendepani final. Subjek ini sangat sukar. Banyak yang perlu dipelajari. Kena double triple bersedia.  Tambahan pula, jadual exam yang sama hari dengan subjek lain, menjadi cabaran terhebat. Walau bagaimanapun, kelas ini memberi kesan kepadaku agar bercakap mesti berdasarkan fakta. Bukan main sedap mulut korang je (Encik Addy Hameme,2013). J  Dr. Hayati Alwi pula, hendak memanusiakan manusia mestilah sentiasa kembali merujuk Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbangkan dari aspek JERIS berdasarkan kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan. J  Walaupun kelas kuliah Dr. Yati selalu buat ganti pada malam Isnin tetapi Ina suka. Mendengar pengajaran bagaikan sedang berada dalam bulatan usrah. Ini kelebihan insan yang ditarbiyah. Ina nak jadi sebegini juga.

Pastinya kami akan merindui suasana kelas ini. Walaupun hanya dua jam kredit tetapi tugasan maha banyak dan mencabar kesabaran dan keupayaan kami. Terutama tugasan perbentangan terakhir itu, nyaris-nyaris terkulai depan lappy…hehe  Apapun terbaik sampai dapat pujian Encik Addy kononnya slaid cantik. Alhamdulillah.

Markah terkumpul sudah masuk sepenuhnya dan kumampu tersenyum dan menarik nafas lega. Melebihi targetku. 54.2/60 J  Final exam, pastinya perlukan ketekunan. Insya-Allah yakin boleh.


2.   FCE3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Mendepani dunia yang semakin canggih kini, tuntutan menguasai teknologi juga semakin diperlukan. Oleh itu, kami bakal guru didedahkan dengan pembelajaran subjek ini. Kelas kuliah dikendalikan oleh Dr. Shaffe yang sangat komited. Masa pengajaran memang tepat dengan waktu yang diperuntukkan kepadanya. Dua jam maka dua jamlah J atau kekadang lebih masa lagi…hehe  Sebelum pengajaran bermula pasti ada video, itu bahan ransangan atau set induksi sebelum belajar. Lihat, betapa beliau memberikan contoh teladan terbaik tentang langkah-langkah pengajaran yang sebenarnya. Bakal guru yang wajar mencontohinya. Mungkin faktor pengalaman lampau yang merupakan seorang guru juga, malah guru media d perpustakaan. Aku sangat meminati opsyen ini, yelah menjaga perpustakaan, pasti seronok bukan dikelilingi buku-buku J

Kelas amali pula di bawah kendalian Puan Nurul Hijja Mazlan yang ayu dan solehah. Paling seronok, beliau merupakan seorang yang aktif bermuka buku. Dengan keterbukaannya beliau tambah para pelajar sebgaai kenalannya. Bagusnya kan? Nampak dia sedang membina hubungan yang sihat sesama pelajar. Pertama kali bertemu sudah membuahkan kekaguman di hati. Belajar guna kamera DSLR buat pertama kalinya pasti mengujakan. Aku bukanlah jenis insan yang gilakan gajet tetapi dalam kelas ini nak tak nak aku perlu belajar. Pertama kali memegang kamera DSLR.  Kelas amali berjalan dengan mudah dan ringkas sekali, kami perlu keluar mencari tempat yang menarik dan mengambil gambar. Berdasarkan suatu tema yang ditetapkan. Kemudian daripada edit gambar dan bersedia sesi perbentangan pada minggu hadapan. Alhamdulillah, sesi perbentangan gambar berjalan dengan lancar. Ina main cakap sahaja apa yang bermain di fikiran. Jom lihat antara hasil produk kami.

Tugasan amali kedua….buat PPBK J Inilah yang meributkan diri kami. Boleh dikatakan pada hari kelas baru kami pulun buat. Allah takdirkan sekumpulan dengan dua orang pelajar lelaki. Jadi, inilah yang sedikit meributkan kami. Banyak mis-communication la, itulah akibatnya…Ina memang payah bila dapat grup gitu. Tak mengapa, Allah bagi Ina, Kak Janah dan Kak Hasna belajar dan belajar lagi. Begitu juga dengan Asi dan Syakir. Belajar banyak perkara terutamanya untuk meguruskan masa menyiapkan tugasan saat akhir, maka perlulah ponteng kelas…tut…. J

Ujian 1-> Ina dapat markah yang sedikit hinggakan kena isi borang pemantauan. Haha…itu biasalah. Untuk ujian, Dr. Shaffe buat kejutan, dia maklumkan melalui emel. Ina kebetulan terbaca awal, post la di grup facebook. Maka kawan-kawan lain tidak bersetuju dengan perancangan Dr. itu. Yelah melibatkan empat bab tetapi tak diberitahu awal. Walaupun sebagai pelajar sepatutnya sentiasa bersedia. Tapi itulah… Positif J

Markah tugasan semua belum dikemas kini. Pastilah mengharapkan yang terbaik. Sebab subjek ini sangat mencabar. Kertas ini dijadualkan sebelum kertas yang terakhir. Insya-Allah masa yang ada, perlu dimanfaatkan untuk ulangkaji. Banyak yang dipelajari daripada kelas Dr. Shaffe dan Puan Nurul. Walau bagaimanapun guru kita, kita sebagai pelajar mesti hormat. Dia ajar lebih masa, pandanglah dari sudut positif. Sebab lepas kelas tu ada gap sejam jadi tak tergesa-gesa sangatkan? Adab dengan guru itu penting. Janganlah tunjukkan mimic muka tidak suka akan pengajaran pensyarah. Puan Nurul, beliau pon masih belajar (usha siapkan PhD). Jadi, kebebasan yang dia berikan patut digunakan dengan baik bukan mencari kesempatan lain. Apapun, kelas ni seronok sehinggakan akhir sekali diadakan jamuan makan KFC. J Semoga Ina dapat sudy dengan baik subjek ini. Nak A, lambang penguasaan ilmu J 

*Cabaran nota dalam BI dan BM : rojak*


3.   LHE3115 PENULISAN KREATIF DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Kembali mengutip mutiara ilmu daripada insan hebat dan tawaduk Dr. Ghazali Lateh. Jika dahulu belajar subjek pengajaran kemahiran mengarang tetapi kali menjurus kepada penulisan kreatif. Jujur, Ina tertekan juga belajar subjek ini kerana perlu menghasilkan penulisan cerpen. Benda yang dah lama Ina tinggalkan pastilah….huhu. Ina mengalami kecelaruan idea untuk memulakan penulisan. Serius, hampir sebulan mencari rentak menulis. Di saat rakan lain sudah siap, Ina masih mencari kekuatan untuk memulakan penulisan. Dalam kelas pula, ada satu minggu tu Dr.Ghazali pilih secara rawak beberapa orang pelajar dan datang bercerita tentang idea penulisan mereka. Rata-ratanya semua hebat sebab mampu hasilkan. Ada jua nama Ina dipanggil tetapi Ina hanya mampu menggelengkan kepala. Jujur, di saat itu Ina belum mula apa-apa. Jadi, ina jawab jujur belum buat. Tetapi mungkin ada kawan-kawan beranggapan Ina sombong. Tidak, bukan begitu. J Balik daripada kelas itu, Ina cuba dan cuba juga paksa diri mulakan penulisan. Dalam masa dua hari, siap. Alhamdulillah. Allah bantu walaupun masih merangkak-rangkak. Siap dalam tempoh yang dinyatakan, print dan hantar.

Selepas beberapa ketika, terserempak dengan Dr. Ghazali dan tanpa diduga, beliau minta Ina emelkan cerpen tersebut. Peluang berguru dengan insan hebat ini, maka Ina manfaatkan. Rupa-rupanya Dr. Ghazali buat suntingan daripada cerpen tersebut. Yang meleret, dia potong. Daripada 14 muka surat menjadi 12 muka surat. Terima kasih Dr., sungguh Ina terharu diatas kesudian beliau untuk meluangkan masa membaca dan menyunting karya yang ‘kerdil’ itu. Disarankan juga untuk dihantar ke penerbitan. Sungguh, Dr. Ghazali membuatkan aku merindukan kembali zaman dahulu. Zaman di mana aku bebas berkarya dan menghantar ke majalah. J Ya Allah, berikanku kesempatan untuk kembali menikmati saat itu lagi. Sudah hampir lima tahun aku hilang daripada dunia itu. Insya-Allah ina merancang, Allah juga merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Ada rezeki tak ke mana.

Markah keseluruhan tugasan masih belum keluar tetapi setakat markah ujian cukup memberangsangkan. Mendepani final, kertas ini menjadi subjek kedua peperiksaan. Nota semua ada, tak perlu risau apa, Cuma haruslah baca ye J Pastinya nakkan A untuk kertas ini. Insya-Allah.

Subjek ini, sumber kekuatan untukku bangkit dan mengejar pelangi J

Terima kasih, Dr. Ghazali Lateh!   


4.   FCE3101 ETIKA DAN PROFESIONALISME KEGURUAN


Tiba kita pada subjek wajib pendidikan iaitu Etika. Pensyarah yang mengajar ialah Dr. Ramli Basri J  Orangnya tegas dan memang layak mengajar etika. Sememangnya fakta bukan auta maka sepanjang pengajarannya, Ina pernah tertidur sekali. Seingat, itulah yang kritikal. Terlentok sekali je la, lepas itu kembali ke alam nyata. Lepas itu, borak-borak sesama rakan, rupa-rupanya yang keluar masuk sepanjang kelas dia itu ada yang pergi tidur di surau kerana terlalu mengantuk. Rupa-rupanya kes ina itu biasa untuk kawan-kawan. Ini contoh tidak baik bukan tetapi inilah realiti yang berlaku.

Ujian 1 : Ina dapat separuh daripada markah. Maknanya agak kurang memberangsangkan.

Tugasan : Kumpulan Ina dapat tajuk ‘Guru Sebagai Agen Moral’. Pembikinan pada mulanya mencabar juga kerana tidak jumpa sumber yang sahih…hehe…tetapi selepas diskusi semua jadi mudah. Perbentangan pula, lancar…Alhamdulillah J

Untuk FINAL J Ina kena pecut…..sebab tak boleh pandang mudah bab etika ini. Chaiyok…nak A…toink…toink.


5.   BBA2401 BAHASA ARAB 1


Kelas yang dimasuki secara tidak berdaftar. Di bawah Ustaz Hazri yang sporting J  Pada mulanya ina semangat lagi, yelah  dah lama tak belajar bahasa Arab. Paling akhir masa sekolah rendah. Tetapi jujurnya bukan mudah untuk kita yang tiada asas arab untuk belajar arab di universiti. Tahap itu sudah dianggap tinggi. Mujur ina tak berdaftar, jika tak memang tak tidur malam gamaknya. L Walau bagaimanapun, pengalaman yang menarik. Teringin nak menguasai bahasa arab, tetapi perlukan tempoh masa untuk mempelajarinya. Kena fokus. Syukron jazilan kerana memberikan kesempatan ini.


Khatimah


Semester keenam.  Medan kematangan J Serius, banyak tragedi yang membuatkan aku rasa sudah meningkat ke usia kematangan. Paling menyerlah, pemergian insan tersayang menghadap Ilahi pada hari bersejarah negara lalu memberikan tamparan hebat kepadaku. Sedekahkan al-Fatihah untuk Arwah datukku, Yusoff Bin Yaakob. Semoga Bak tenang di sana…amin.

Sesuatu yang pasti kini, lengkaplah tahun ketiga aku sebagai siswi di kampus hijau ini. Jujurnya, kurasakan bersyukur yang amat kerana dipermudahkan langkah untuk tiba di tahap ini. Alhamdulillah.

ü Dengan rasminya ditauliahkan sebagai ‘amirah’ KBMUPM memberikan keyakinan kepadaku bahawa dakwah itu wajib walaupun diri tak sempurna. Aku punya amanah menguruskan usrah kepada adik-adik muslimat qiyadah.

ü Silaturrahim sesama sahabat-sahabat seperjuangan juga bertambah baik. Aku amat senang dengan perubahan positif ini. Kita nak bersama bukan setakat di dunia kan?malah jauh lagi perjalanan dan amat besar impian kita agar dapat bersama di Syurga Allah kelak. Insya-Allah. Bersedia untuk ditegur dan berlapang dada memohon maaf antara resipi hikmahnya.

ü Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan juga memberikan reaksi positif. Kadang-kadang terasa tidak menang tangan juga. Sesungguhnya semua rezeki daripada Allah. Aku belajar erti bersyukur dan erti hidup pada memberi. Bukankah memberi orang gembira itu juga suatu sedekah? Jemput LIKE muka buku Kraf Ina Nailofar. J

ü Semangat untuk bangun dan mengejar sisa-sisa impian kembali menyerlah. Bagaikan menghela nafas kembali cerah. Pastinya dengan kunjunganku ke Pesta Buku yang lalu dan dorongan daripada seorang sahabat dan kakak yang amat dekat denganku. Ayuh, menulis! Satu buku sebelum grad… J

Tuntasnya, hanya berbaki satu semester lagi di bumi UPM sebelum kukeluar untuk menjalani latihan praktikal.  Masa untuk merealisasikan segala harapan dan cita-cita. Jom, pecut bersama!


0 Lontarkan KALAM anda: