MENUJU PUNCAK : Semester 6 (Siri 1)

07 June 2013

Sebiru hari ini, birunya langit  terang benderang.

Sebiru hari kita, mari kongsikannya bersama J

Setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam kerana kasih sayang yang Maha Melimpah-Nya; menganugerahkan aku dengan nikmat kesihatan yang baik, kesejahteraan jiwa yang padu dan kekuatan yang tidak pernah padam sehingga detik ini. Alhamdulillah. Semester keenam di bumi hijau ini bakal melabuhkan tabirnya.

Fakta terkini, 14 minggu kuliah sudah berakhir. Sekarang, minggu ulangkaji sedang menginjak ke hari ke-5. Dan aku, mengambil kesempatan ini untuk membelek kembali catatan kembara lalu untuk mengecas semangat dan pastinya menurunkan tinta kenangan sepanjang perjalanan hayat sekitar tempoh semester keenam ini.

Bingkisan Hayat…

Ini medan muhasabahku saban semester.
Ini cetusan semangat seorang hamba.
Ini apresiasi penghargaan buat insan berjasa.
Ini juga bekal pengalaman yang bakal kukenang sebaik sahaja bergraduasi kelak.
(Semoga Allah izinkan, insya-Allah)

Arkib Catatan yang sudah berusia 3 tahun…. J







“”””Kenangan lalu, memori indah, masa hadapan

Gula-gula kapas mula bercerita...alangkah manisnya! J

Permulaan semester keenam sedikit perit tetapi sepanjang melalui terasa manis sekali. Segala-galanya bermula dengan kelewatan kemasukan duit biasiswa dari KPM. Hampir 4 minggu kuliah lewatnya. Atas beberapa faktor juga yang mempengaruhi kelewatan ini, antaranya lambat kirim slip keputusan peperiksaan, maka lewat jugalah urusan pemprosesan dan kemasukan elaun. Tak mengapa, positif J Tapi ingat ya rakan-rakan sekalian, kita punya amanah untuk hantar slip keputusan imtihan, bagi kerjasama ok? Apapun, duit simpanan semester lepas-lepas masih berbaki dan sumbangan dari kakak dan kedua ibubapa juga membantu langkahku untuk memulakan semester ini dengan tenang. Alhamdulillah.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Begitulah, suratan menetapkan bahawa Ina telah berjaya menjadi pemenang utama untuk Pertandingan Menulis Cerpen anjuran Seksyen Kaunseling UPM. Percubaan pertama menulis cerpen di bumi hijau ini ternyata memberi tuah. Memang berbaloi pengorbanan aku tidak pulang sewaktu cuti pertengahan semester pada semester kelima yang lalu demi menyiapkan beberapa tugasan antara satunya pembikinan cerpen tersebut. Hadiah kemenangan berupa wang tunai itu telah membantu aku untuk menyara kehidupan. J

            Semester ini juga mengajar erti sabar. J Melihat jadual kuliah yang maha dahsyatnya penuh daripada pagi hingga petang membuatkan kehidupan terasa berlalu begitu pantas. Sungguh. Cepat peredaran masa. Allahurobbi. Mengambil tujuh subjek secara sah (daftar di ESMP) dan satu subjek tambahan iaitu Bahasa Arab yang masuk secara sah juga tetapi tanpa pendaftaran di ESMP memberikan variasi makna kepadaku. Jom, telusuri bersama.


1.   LHE3403 PENGANTAR SEJARAH ISLAM

Peluang berguru dengan Dr. Fauzi buat kali kedua mana mungkin untuk dilepaskan. J Memang tak sangka dapat belajar sejarah Islam kembali. Setelah mengharunginya ketika di peringkat STPM dahulu tetapi kali ini lebih terperinci dan sukatannya meluas. Mencabar akalku untuk kembali menghayati kisah dan sirah perjuangan Islam. Pada awalnya, sedikit cabaran ketika hendak menyusun jadual kuliah. Terdapat pertindihan waktu dengan subjek major. Jadi, turun naik bahagian akademik juga untuk mendapatkan masa untuk kami. Mujur ada kelompok pelajar daripada FBMK yang mengambil bahasa Arab juga turut mengalami masalah yang sama, makanya ada geng…hehe. Solusi yang diambil, tambah satu kumpulan baru. Menjadikan kelas kuliah untuk subjek ini menjadi dua J Syukron jazilan ya ustaz kerana memahami kesulitan kami dan dengan rela hatinya menambah masa dalam jadual mengajarnya. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Belajar sejarah memang mengundang mengantuk. Tambahan pula belajar pada waktu petang. Tetapi, Dr. Fauzi bijak membaca karakter kami. Nampak je mata kuyu maka dia menyelitkan pengalaman lampaunya ketika membuat PhD di Al-Azhar. Cara dia berhubungan dengan orang Arab. Cabaran yang dihadapi sepanjang musafir ilmu di sana. Semuanya membawa kami menyelusuri pengalaman emas di bumi anbia itu. Sekaligus menyuntik semangat untuk pasang niat nak jejakkan kaki ke sana pada suatu hari nanti, insya-Allah. J

Ujian 1 = Soalan esei. Dengan ilmu yang tak seberapa, Allah permudahkan. Hasilnya, skor 23/25. J

Ujian 2 = Hambatan waktu dengan limpahan tugasan kuliah. Allah bantu juga. Berjaya skor 33/35 dan mendapat markah tertinggi antara yang lain. Kembang semangkuk juga sewaktu diberitahu begitu tetapi semua ilmu itu milik Allah bukan? Jauh sekali untuk riak…nauzubillah.

Keseluruhan markah terkumpul = Menjadikan jumlah setakat ini 56/60. Alhamdulillah, markah yang amat membantu dan memberi semangat untuk terus tekun menyantuni nota sejarah Islam bagi mendepani imtihan.   Berbaki 40 markah lagi untuk imtihan akhir. Usaha J

“Di hadapan musuh, di belakang api.” Bangkit dan terus berjuang.

“Mesti ada niat nak sambung master dan PhD.”

Amanat Dr. Fauzi yang sering kali diucapkannya…

            Seronok berada dalam kelas ini. Banyak dapat hikmah sebab belajar daripada ‘orang lama’. Kagum juga dengan semangat ustaz yang tak pernah lelah untuk berkongsi ilmu serta pengalaman. Kegigihannya mengajar, menghabiskan sukatan dengan jayanya membuatkan aku ‘orang muda’ ini malu untuk berasa malas belajar dan jauh sekali sikap untuk ponteng kelasnya. Beliau juga kuat menghafal, ingatannya untuk tahun setiap cerita perkongsiannya tepat. Angka juga, bilangan semua tepat. Subhanallah. Hikmah menghafaz al-Quran J

            Menuju imtihan ini, pastinya mahu skor terbaik untuk subjek ini. Nilai A menjadi dambaan kerana ia lambang penguasaan ilmu. Tambah pula untuk subjek sejarah Islam ini, perlunya sejarah itu dihayati dan diingati. Baru kita umat Islam sentiasa bermotivasi kerana kita sudah melalui suatu zaman yang penuh gemilang suatu tika dahulu, jadi sekarang memang menjadi tanggungjawab kita untuk terus menggemilangkkannya. J Insya-Allah.


2.   LHE3409 KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN ISLAM


Kembali belajar bersama Dr. Asmawati Suhid dan amalinya bersama Cik Syuhada, pelajar master pendidikan. Kelas yang ‘happening’ kerana memerlukan kami membuat pengajaran mikro secara individu selama 30 minit. Semua jadi budak sekolahlah, berlakon kan J Kelas yang mencabar kukira kerana perlu menulis jawi. J Sedangkan diri ini sudah lama tidak menulis jawi. Jenuh berfikir bagaimana untuk dapatkan kekuatan untuk kembali ‘fasih’ dan lancar menulis jawi. Ini akibatnya sudah terbiasa dengan tulisan rumi hinggakan terasa kekoknya untuk menulis. Apatah lagi, menulis di papan putih, rasa tak yakin pun ada. Tetapi, Allah Maha Memahami. Untuk mengajar kemahiran menggunakan papan hitam, aku terlepas. Yahoo….hehe…semasa mengajar kemahiran, ina dapat menggunakan bahan bantu mengajar. Maka, aplikasi slaid powerpoint la yang digunakan. Selamat terlepas….hehe  Tetapi untuk pengajaran individu, Ina perlu juga cuba menggunakan semua kemahiran yang telah dipelajari. Masa ini, nak lari daripada menulis di papan putih, ada caranya J

Kelas yang meriah kerana setiap guru yang mengajar pasti ada membuat peneguhan positif, iaitu hadiahlah bagi yang memberi kerjasama. Di saat teman-teman terfikir nak bagi hadiah apa ya, Ina sudah mampu rileks dan tenang je. Produk Kraf Ina Nailofar kan ada. Tinggal pilih dan kasi je J Alhamdulillah. Ini gunanya bisnesku itu.

Ina bernasib baik juga kerana seorang kakak sepupu ada jual stiker huruf arab untuk keyboard. Maka, daripadanya Ina dapatkan jenis yang transparent punya. Cun oooh J Amat membantu ketika menaip…hihihi   Tetapi, selepas itu bila dapat tahu ada khidmat e-jawi untuk tukarkan rumi ke jawi maka, tunggu apa lagi. Lagi mudah kerjanya J Alhamdulillah…semua ini membantu persediaanku untuk mengajar. Dapat giliran ke-25, lagilah senang hati. Ada tempoh masa yang cukup untuk bersedia. Pada hari kejadian, Ina mampu berasa tenang dan mengajar seperti yang telah dirancangkan dalam rancangan pengajaran J Markah yang diperoleh juga, mambuatkan teman-teman jeles, tetapi jujurnya Ina tak tengok markah selepas mengajar tu. Taknak terfikir-fikir tetapi setakat yang tinggi dua orang teman baik yang mebgajar lebih awal dapat 28/30 untuk mengajar, selepas ina mengajar depa pergi tengok markah Ina dan gitulah melontarkan kata-kata ceeeewahlah dan pujian tahniah. Berapakah markahku???tunggu dalam tengok esmp lah J Allah tak tengok hasil bukan, yang penting usaha yang dah dilakukan.

Untuk imtihan, subjek ini bakal membuka tirainya. Jadi, Ina mesti pulun tengok nota…hehe   SEmoga yang terbaik. Perlu study lebih untuk dapat gred A. Insya-Allah. Subjek ini jelas penting kerana kelak inilah yang bakal kuaplikasikan di sekolah. SEmoga Allah memberkati ilmu yang telah dipelajari dan memulangkannya di saat aku memerlukan. Amin.

3.   FCE3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Sekali lagi berpeluang belajar bersama Dr. Roselan Baki J dan kelas amali bersama Puan Fiza. Pada awalnya kelas ini sangat enjoy tetapi lama-kelamaan apabila semakin mendalam pengajaran dan tugasan tahun akhir pun sudah dapat maka semua jadi agak tertekan…hehe  Kelas ini juga awal pagi, jam 8 pagi. Tetapi sekitar jam 7.55 pagi, Dr. Roselan sudah tercegat masuk J awal kan pensyarah berdedikasi ini. Ini kualiti peribadinya.

Kepakaran Dr. Roselan sangat diperakui. Buktinya kelas beliau tiada seorang pon yang mengantuk rasanya. Aksi yang bersahaja sambil berjalan sekeliling dewan kuliah memang mengujakan. Seorang yang aktif walaupun pada usia yang sebegitu tetapi maintain cool dan penuh ketenangan. Di kelas kuliah begitulah, senang menjadi pendengar yang baik buat cerita-cerita Dr. Roselan yang sangat mengasyikkan. Hikmah orang lama, banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman lampau mereka. Acapkali ada sindiran yang dia berikan tapi itulah kenyataannya.

Kelas amali. Ina ditempatkan dalam kumpulan amali yang sama dengan hari kuliah. Pagi kuliah, petang kelas amali. Memang agak stres sebab kebetulan jadual hari Isnin memang padat. Direct je kelas jadi sememangnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Puan Fiza pula, beliau baru mendirikan rumah tangga. Pengantin baru la ni J Minggu ke-4 kuliah beliau cuti berkahwin, seronoklah kami kelas cuti. Tetapi minggu-minggu seterusnya agak mencabar. Belajar sekerat jalan sudah ada kuiz. Tanpa diberikan notis, kami perlu berhadapan dengan kuiz (10%) tetapi yang mengundang pra sangka negatif, dalam masa yang sama, sistem esmp sudah masuk markah walaupun tiada sebarang penilaian yang dibuat. Memang syak wasangka habis. Walau bagaimanapun, kuiz tersebut secara open book test maka mudah lah untuk merujuk dan menyalin…hehe   Memang untung pelajar yang rajin bawa buku teks tebal-tebal ke kelas. Jadi on the spot buat kuiz pun ada benda yang dirujuk. Alhamdulillah.

Kelas amali berjalan dengan sederhana lancarnya. Semua masih dalam proses belajar. Ina faham kondisi Puan Fiza J Apapun, kita kena bersikap profesionallah. Belajar SPSS menggamit kenangan di kalbu. Semoga ilmu yang dipelajari hanya dalam masa dua jam itu mampu difahami dan diaplikasi dalam tugasan tahun akhir kelak. Tugasan individu selain bentang perancangan FYP dan perlu menyiapkan proposal. Ina redha buat tajuk Hubungan Konsep Kendiri dengan pencapaian akademik pelajar itu untuk tugasan tersebut. Dalam tempoh sekitar 4 hari sahaja menyiapkan kerja tersebut sudah boleh dikira terbaik. J

Markah tugasan belum keluar. Mendoakan yang terbaik, insya-Allah. Mendepani peperiksaan akhir.  Khabarnya soalan Dr. Shaffee yang buat. Ina pon pernah terserempak dengan beliau dan ada bergurau, dengar kata soalan Dr. buat power. Dia senyum-senyum dan berkata, kalau baca tak susahlah J Gitu….maka dengan bantuan soalan hint yang ada, Ina perlulah ulangkaji. Untungnya kertas ini exam pada hari terakhir. Yeay…insya-Allah punya ruang dan masa. Jom usaha kuat, untuk subjek ini. Mesti mahukan A setelah bersusah payah selama ini. 

***Bersambung :) 

0 Lontarkan KALAM anda: