Menggapai Harapan Semester 5 (2/2)

28 December 2012

Bersambung bahagian kedua. Panjang rentetan semester ini. Tak pernah ada dua edisi ini. J Benar, semakin lama belajar, semakin banyak ceriteranya.

Faktor lain, lama tak menulis blog maka banyak ceritanya. J Baiklah sambung subjek ketiga semester ini…

   3.  Hubungan Etnik
----> Encik Syariefuddin.

Subjek wajib universiti. Ya, Ina baru ambil semester ini J Kami kan budak baik ikut senarai kursus yang diaturkan oleh fakulti. Haha…impaknya, sekelas bersama pelajar muda-muda. Di awal pendaftaran pertama bukan kelas kumpulan ini, namun disebabkan seorang sahabat ajak tukar waktu dan mengenangkan kita bersahabat maka turut menukar haluan waktu. Rupa-rupanya Allah ada rencana tersendiri J Ina redha.

Banyak sangat yang berlaku dalam kelas ini. Nak mula dari mana ya? Walaupun setiap minggu sekali sahaja kelasnya namun besar sangat impak. Dari mula la ya. Tak mengapa bagi Ina ada hikmah masa senggang antara kelas pagi dengan dengan HE ini. Macam-macam Ina buat pada masa senggang itu. J

Pensyarah, En. Syarief. Dia seorang yang beriilmu tinggi. Memang nampak kepakarannya mengulas isu dan bercerita tentang hal ehwal etnik. Namun, sikapnya yang sangat sabar menunggu silibus baru HE sampai(masuk minggu ke-4 kot baru kami belajar) jadi agak meributkan kami di saat akhir. Banyak bab yang perlu dibaca sendiri. Pengajaran pula tidak berdasarkan slaid. Sebab beliau gemar melukis dan membuat peta minda di papan tulis. Jadi, pelajar kena peka. Laras bahasa yang digunakan juga bahasa tinggi. Maka pelajar yang tak faham(tak terjangkau dek akal) mudah hilang fokus dan berbual di belakang. Kelas meriah J  Takpa, setiap pensyarah ada stail tersendiri. Ina boleh terima dengan tenang.

Kumpulan HE kelas lain ada kuiz 1. Kelas kami tak dengar pun pensyarah cakap nak buat. Jadi situasi selesa. Tiba-tiba seorang rakan kata dia dapat mesej yang kelas ada Kuiz. Rakan tu pun bukan nak panjangkan mesej. Mengharapkan Ina juga. Sabar sahajalah. Di mana sikap amanahnya?pensyarah bagi kat telefon dia tapi dok pas-pas pula. Senyum. Tiba hari kuiz. Sampai kelas. Ada yang buat rileks sahaja. Ina tanya, tahu tak hari ini ada kuiz. Dia terkejut. Kiranya memang tak tahu dan mestilah tak bersedia. Situasi biasa, apabila sebaran maklumat melalui mesej je individu tertentu sahaja, mestilah ada yang tercicir dan tak tahu. Kelas HE memuatkan seramai 80 orang pelajar. Memang ada yang tak dapat. Pensyarah masuk. Dia kata dia baru tahu kena buat kuiz. Senyum. Jadi, nak buat kuiz la. Ina cuba minta budi bicara dia supaya buat secara ‘buka buku’. Adillah untuk orang yang tak tahu tu. Dan kebetulan memang Ina pun tak cukup sedia. Huhu…yelah dia baru ajar seminggu sahaja, nak buat kuiz. Tak patut. Tapi tetap dijalankan. Macam komunis J Soalan senang sahaja tetapi dah memang baca sekali lalu mana nak ingat. Tetapi terkejut ramai budak-budak lelaki kat belakang hantar awal. Tak sedap hati juga. Ina tulis ja apa yang terlintas di fikiran. Siap. Hantar. Bila keluar dari kelas, dengar ada seorang budak perempuan tanya jawapan kepada kawannya, dengan selambanya dia jawab. Aku tak ingat dah la sebba tadi tengok dalam buku. Ya Allah, sempat lagi dia buka buku tiru jawapan. Lebih parah, dengar budak lelaki pula cakap, yang duduk belakang semua google cari jawapan. Astaqfirullahalazim…sabar sahajalah dengar semua tu. Yang kita berada di depan, semua jenuh berfikir. Ini tidak adil. Ina manfaatkan laman emel yang ada, utuskan warkah cinta buat En.Syarief dan mengadu hal ini. Mana adil, rentetannya banyak. Dah ada pelajar yang tak tahu ada kuiz, kami minta tunda, dia taknak. Minta budi bicara buat secara open book test pun tak nak. Tengok pelajar di belakang rata-ratanya meniru. 10% kuiz tu. Kuluahkan segalanya. Dia baik. Dia balas emelku dan akan buat tindakan susulan.

Tengok-tengok, minggu depan dia buat kuiz lagi. Bagi pelajar yang tak puas hati dengan markah, boleh lagi sekali kuiz. Boleh open book test kali ini tetapi soalan esei. Takdir Allah mengatasi segalanya. Subjek Pemulihan ada buat tugasan mengajar di Sekolah di Cheras pada hari terbabit dan ina terlibat maka pada hari kejadian, Ina tak datang kelas HE la…maka, kuterlepas peluang buat kuiz itu. Padahal yang mengutus emel dan menyuarakan ketidakpuashatian itu aku. Konon nak jadi wonderpets buat yang teraniaya tak tahu ada kuiz tu. Rupa-rupanya mereka semua dapat peluang kedua buat kuiz dan aku? Redha dengan markah 6/10. Tak mengapa, itu nilai kepayahan. Senyum J Panjang pula ceritera tentang kuiz HE.
***
Cukuplah sekadar ini perkongsian HE. Lain-lain Ina ingat sendiri la. Banyak momen-momen tragis sebenarnya. J Menuju Final Exam, kertas ini merupakan kertas ketiga yang akan kutempuhi. Alhamdulillah, syukur ada insan baik yang memberi set soalan spot. Itu sedikit sebanyak membantu aku membuat ulangkaji sebenarnya. Isu semasa Rohingya dan Palestin pun ada.
***
HE adalah subjek terakhir untuk subjek universiti. Adik-beradik lain HE semuanya dapat A, maka untuk HE besar harapanku untuk dapat A juga. Ina suka mendepani subjek sebegini. Semoga segala urusanku akan dipermudahkan. Terima kasih kepada En.Syarief dan seorang pensyarah perempuan yang ganti (sangat power, kami tak mengantuk pun seminggu tu). Aku yakin beliau dah usaha yang terbaik untuk mengajar kami. Faktor silibus baru juga HE semester ini maka, pastinya setiap perubahan memerlukan masa untuk menjadi biasa.

~~Terima kasih juga buat Nadeera, awek Kelate seorang tu. Setia duduk ditepiku setiap kali kuliah. Buat ahli kumpulan yang lain Wong Yean Yi, Tan Fei Hua, Ley Li Ying dan Kak Janah J Semoga berjaya semuanya.

   4.  Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
---> Encik Omar Mamat. (mesranya Pak Omar)

Perancangan Allah SWT sangat hebat. Semester ini kuberpeluang bertemu insan hebat ini, Pak Omar. Sebelum ini hanya mendengar cerita daripada rakan-rakan yang mengambil minor KM sahaja. Ohya aku juga pernah bersamanya ketika menjadi pengacara majlis untuk pementasan drama lalu(Pak Omar diundang jadi pengulas tapi beliau datang lewat, tak patut J ) dan lawatan ke Medan di bawah kelolaannya. Akhirnya semester ini aku belajar secara langsung dengan beliau.

Jujur, aku menilai beliau sebagai seorang yang kreatif dan suka belajar menerusi alam sekeliling. Buktinya kerja kursus kami ialah mengadakan seminar penulisan di luar UPM. Tempat yang dipilih ialah di Lanchang, Pahang. Menjadi juga Bengkel Penulisan Apresiasi Alam di Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang Darul Makmur. Berpeluang melihat gajah di Kuala Gandah. Bagaikan mimpi minggu itu aku ke sana. Dek kerana program ini juga, aku memadamkan harapan untuk bersama Ila Husna di Perhimpunan MPR di Melaka. Ada hikmahnya. Itulah tugasan kerja kursus yang paling sempoi semester ini J
***
Kaedah pengajaran di kuliah pula. Lagilah sempoi. Beliau cakap, kami salin. Macam di sekolah dahulu. Senyum. Mungkin faktor fizikalnya yang semakin dimamah usia, jadi beliau selesa mengajar cara sebegitu. Aku sebagai pelajar, menerima seadanya dan setia menyalin di belakang. Ya, aku duduk agak belakang dalam kelas beliau. Namun, aku dapat dengar jelas apa yang dia tuturkan meskipun perlahan. Sedangkan rakan-rakan di depan pun ada minta ulang kadang-kadang tu. Itu kelebihan duduk belakang. Fokus. Haha…  Setakat ini kertas ini belum naik markah terkumpul. Tidak tahulah bagaimana penilaian yang dilakukan. Harapnya berbaloi dengan usaha.
***
Pak Omar,
Aku mengenalinya lewat penulisan biografinya,
Novel ‘Memori Bukit Pantai’ J
Seorang pendidik dan juga penulis…
Masuk ke kelasnya membuatkan aku merindui bidang penulisan, namun, aku tak puas belajar. Sebab ada lompang-lompang yang aku nampak dan di situlah kelemahannya. Aku tak nampak penekanan kepada  elemen KOMSAS dalam P&P itu. Jiwaku seakan memberontak di situ.
Apapun aku bersyukur dipertemukan pensyarah sepertinya.
Doaku, harumlah jasamu menabur bakti mendidik anak bangsa.
*Ina nak dapat A kertas ini*

    5.  Pengajaran Nahu Bahasa Melayu
--à Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian(ayahanda)

Ini subjek killer semester ini J Nahu BM. Tidak semudah yang disangka. Kerja kursus pun mencabar. Ada dua biasalah subjek ayahanda akan ada kerja individu dan kumpulan. Ina suka cara agihan tugasan ayahanda ni. Baru boleh nampak potensi pelajar. Perbandingan kerja individu dan kumpulannya.  Namun, sangat mencabar untuk individu sebab kami perlu hantar sebelum ayahanda berangkat ke Mekah. Bayangkan masa tu ina sedang berperang dengan subjek yang perbentangan giliran pertama, jadi memang kalut juga. Ina buat tugasan individu itu dalam masa dua hari je kot J Syabas Ina, hehe…untuk kumpulan pula lagi mencabar, kena buat rancangan mengajar dan ajar di dalam kelas. Soalan pun mencabar. Subjek ini habis betul-betul di minggu terakhir dan Ina kumpulan terakhir bentang J

***Komen dia masa Ina mengajar, cara dan bahan yang digunakan bagus sebab sesuai dengan pelajar tingkatan enam tapi kena ingat kamu cikgu, bukan pensyarah yang mengajar. Jadi kena banyak interaksi dengan murid. Ok ayahanda saya ingat! Dan terfikir juga, memang dia nampak aku ada gaya pensyarahkah?hehe…

Markah terkumpul untuk subjek ini sudah naik. Ina bersyukur sebab banyak juga bagi Ina. Untuk Final, ina kena fokus. Risau juga sebab exam ayahanda ni sama hari dengan kertas Pak Omar. Harapnya, ina boleh bawa dan kuasai kedua-dua kertas ini dengan baik. Chaiyok. Teringin juga nak A kertas ayahanda. Sebelum ni hanya A- sahaja. Ayahanda sangat tegas menyemak jawapan. Namun, kalau ina kuasai betul-betul nah utu, tiada yang mustahil. Positif. J

~Ina suka dengar pengalaman ayahanda pergi haji~

    6.  Pendidikan Syariah Islam
  è Ustaz Adib(Pensyarah import dari UKM)

Ini satu-satunya subjek minor yang Ina ambil semester ini. Masuk kelas ini terasa banyak sangat benda yang Ina masih tak tahu. Terima kasih ya Allah, ada kesempatan kubelajar di sini.

Tugasan subjek ini juga besar impaknya kepada diri. Kami diberi kebebasan pilih tajuk. Maka alang-alang semua ahli kumpulan pelajar pendidikan maka kajian dibuat di sekolah la. Sekolah Seri Serdang dekat UPM je menjadi destinasi.
Kami buat temu bual secara spontan kepada adik-adik di sana dan penghayatan terhadap Islam masih kurang. Ini isu besar yang perlu diberi perhatian. Sayang melihat adik-adik yang muda ini terus begitu. L

Ujian, tugasan kuliah, tugasan amali…markah terkumpul belum diketahui. Semoga terbaik buatku. Kertas ini dijadualkan pada hari terakhir peperiksaanku. Setakat ini belum sentuh Cuma sudah print semua tugasan sebab soalan masuk berdasarkan tugasan setiap kumpulan. Bayangkan ada lapan kumpulan, semua kena baca. Hebat J

Di akhir kelas yang lalu juga menjadi momen indah. Ustaz belanja makan nasi ayam untuk satu kelas. Pemurahnya dia. Itulah bagi insan yang ada asuhan Islam, dia tidak teragak-agak untuk infakkan. Semoga ustaz dimurahkan rezeki J

~Ina perlu fokus subjek ini, nak dapat A. Usaha. ~

 
    7.  Pemulihan dan Penggayaan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
   è Dr. Roselan Baki.

Peringkat awal ketika perlu mendaftar subjek ini seakan tertanya-tanya apa relevannya belajar ini? Sebab masih tak faham antara pemulihan khas dan pemulihan dalam pembelajaran. Tetapi selepas kelas pertama beliau Dr. Roselan Baki, seorang pensyarah yang hebat. Kepakarannya  
Mengajar memang memukau. Beliau seorang yang kelakar dan bersahaja. Namun, setiap perlakuan beliau sangat bermakna.

Kemuncak subjek ini ialah perlu mengajar di Sekolah Yaakob Latif di Cheras. Sebuah sekolah berkeperluan khas. Jujur, Ina jatuh cinta untuk mengajar para pelajar pemulihan  khas pembelajaran itu. Betapa mengajar mereka memang memerlukan kesabaran dan kreatif mengajar. Masih ingat nama anak-anak murid walaupun hanya dua jam mengajar mereka. Ezam, Wei Liang, Shah Amarul, Lee Chee Kheng, Azila dan Farhatul. Masing-masing ada potensi tersendiri. Sesuatu yang pasti aku pulang bersama segunung rasa insaf dalam diri. Betapa pengasihnya Allah menjadikanku sempurna serba serbi ini. Jujur, Ina tiba-tiba rasa pening yang bukan kepalang selepas pulang dari sekolah itu. Pelbagai perkara yang kufikirkan. Turun sahaja daripada bas terus berdenyut-denyut kepala, Alhamdulillah aku selamat sampai di bilik, solat dan sesudah baring atas katil. Fuh, melayang ke alam mimpi. J Penangan tugasan subjek ini.
***
Melihat dalam sistem maklumat pelajar, markah terkumpul untuk subjek ini adalah yang paling terbaik. Alhamdulillah. Namun, ujian akhir tidak semudah yang disangka. Apapun, Ina kena banyakkan bacaan tentang pemulihan khas dalam pembelajaran.

~Dr. Roselan Baki J
Semoga Allah memberkati usia dan perjuanganmu. Ina suka karekter dia. Cara dia latih kami bercakap di depan pun sudah menunjukkan kepakarannya. Selain bidang ini, beliau juga pakar dalam bidang penulisan(mengarang). Rasa bangga sahaja tengok buku hasil tulisan dia di PSAS. Itu buku pensyarah, jika buku sendiri lagilah gembira kan? J Harap dapat belajar lagi dengan beliau selepas ini.


Demikianlah perkongsian ekpress pengalaman semusim bersama insan-insan berjasa untuk semester kelima pengajianku ini.

***Entri yang lesu tanpa paparan gambar. Kusangat diburu masa. Ya Allah, permudahkan segala urusanku. Wassalam.

~Ina Nailofar, 12:26 am~

0 Lontarkan KALAM anda: