TINGKATAN ENAM

21 May 2013

Beberapa hari  yang lalu, keputusan permohonan UPU telah keluar. Begitu juga panggilan ke matrikulasi juga telah diumumkan beberapa minggu lepas. Ada yang berjaya dalam permohonan tersebut dan ada juga yang tidak berjaya. Itu fitrah kan? Hanya yang memenuhi syarat dan berkelayakan sahaja diambil. Kebanyakan mereka yang berjaya mendapat tempat ke IPTA(panggilan pertama) dan matrikulasi merupakan mereka yang mendapat 7A dan ke atas.

Tahniah bagi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berjaya mendapat tempat ke universiti dan matrikulasi. Bagi para pelajar yang tidak berjaya pula? Ke manakah destinasi anda?

Bersama-sama keputusan di atas, panggilan ke Tingkatan Enam juga ditawarkan kepada yang layak. Ya, tingkatan enam juga berbentuk tawaran. Standart bukan? Walau bagaimanapun, jalan ini bukanlah menjadi pilihan ramai.

“Apa class kena pakai baju sekolah lagi. Tak rock la. Leceh giler”
Form Six tak best la, terikat dengan jadual waktu sekolah.”
“Memang tak mau p form six, macam budak-budak je.”

Pelbagai pendapat yang dilontarkan mengenai pilihan menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam. Benar pepatah Melayu ada menyatakan bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam.

Sekiranya diperhalusi dengan teliti, apabila masuk ke Tingkatan Enam dapat diibaratkan seperti sebelah kaki sudah berada di universiti, tinggal sebelah kaki lagi nak melangkah je. Tambahan pula, tingkatan enam juga dikenali sebagai pra-universiti. Benar penyataan ini. Tak percaya? Harus cuba dulu J

“Form Six sekarang dah sama macam tahap universiti. Guna sistem semester. Sejibik U dah la.”


Saya Graduan Tingkatan Enam tahun 2009

Saya enjoy zaman tingkatan enam saya :)

            Mengimbas kenangan lalu, amat manis sebenarnya kenangan berada di Tingkatan Enam. Zaman yang penuh warna-warni. Enjoy giler la senang kata.

            Masa di tingkatan enam juga merupakan masa untuk explore macam-macam. Maklumlah, kitalah yang paling besar (dari segi umur ya, bukan fizikal). Jadi, ke mana-mana je adik-adik akan respek. Akak-akak dan abang-abang tingkatan enam katakan. Kelas tingkatan enam juga standart. Contoh masa saya belajar dulu kelas kami dihiasi permaidani. Maknanya, masuk perlu buka kasut la. Seperti rumah gitu. Nama kelas pula guna nama universiti. Persis berada di universiti dah la.

            Selepas SPM dahulu, saya ada memohon untuk ke maktab perguruan (sebut IPGM). Tetapi, rezeki tidak menyebelahi saya. Sedangkan minat nak belajar dalam bidang pendidikan amat tinggi. Tawaran lain saya tidak minat. Kerana apa? Mata dan fikiran sudah nampak dengan jelas akan peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan melalui jalan STPM. Bezanya mengambil pendidikan di universiti, berbanding lepasan SPM di maktab perguruan.

            Apabila keazaman telah membulat, apa juga cabaran akan dapat ditempuhi dengan baik. Setelah bertungkus-lumus selama hampir setahun setengah itu, akhirnya saya berjaya mendapat keputusan STPM yang paling terbaik buat diri. Sehingga dinobatkan dalam kalangan enam orang pelajar terbaik STPM dan saya seorang perempuan Melayu Islam tunggal. Alhamdulillah. Rezeki saya di peringkat STPM.

            Dengan keputusan STPM itulah saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang pengajian yang diidamkan. Dapat ke universiti dengan jurusan pilihan pertama permohonan amat menggembirakan hati. Sangat mengujakan. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah.

            Namun, kejayaan yang diperoleh dalam STPM bukanlah dicapai dengan mudah. Ia disusuli dengan pengorbanan yang tinggi, usaha yang tidak pernah kenal erti lelah, bimbingan guru-guru, inspirasi teman-teman tersayang dan juga berkat doa ibu bapa tersayang. Peperiksaan STPM rata-ratanya berbentuk penulisan esei yang mengambil masa sekitar tiga jam (waktu menjawab). Memang memerlukan konsentrasi yang tinggi. J


Khatimah   

            Ketahuilah bahawa tingkatan enam merupakan tiket ke universiti. Bagi para pelajar yang tidak pasti atau masih ragu-ragu dengan minat dan arah tuju masa hadapan, bidang kerjaya apa yang diimpikan dan potensi diri, eloklah sekiranya memanfaatkan peluang dengan mengikuti tingkatan enam. Tempoh masa setahun setengah itu menjadi medan muhasabah untuk kalian mengenali potensi diri dan cuba menggali khazanah ilmu yang terbentang luas. Tambahan pula, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti sama pilihan kursus seperti lepasan matrikulasi.  Malah, lepasan matrikulasi akan bersaing bersama lepasan STPM untuk mendapat tempat ke IPTA.

            Bagi anda yang masih keliru dan mahukan pandangan serta pendapat bolehlah menghubungi saya. Usah malu bertanya, nanti sesat jalan J Usah terikut-ikut dengan pilihan rakan-rakan, mungkin ada yang mahu melanjutkan pelajaran ke kolej-kolej swasta, politeknik dan kolej kemahiran yang lain. Silakan, pilihan membuat diploma juga baik tetapi memerlukan tiga tahun pengajian. Selepas itu pula untuk Ijazah Sarjana Muda mengambil masa sekitar tiga hingga empat tahun. Agak memakan masa di sini.

Tepuk dada, tanyalah diri anda.

Di sini saya sertakan link grup STPM yang menghimpunkan mantan-mantan produk STPM sebelum-sebelum ini. 99% sedang berada di IPTA tempatan.

“Kejayaan milik insan yang tidak pernah berputus asa.”

“Jom sibukkan zaman muda kita dengan perkara yang berfaedah. Contohnya dengan sibuk menuntut ilmu.”

Sesungguhnya, Allah mengangkat darjat orang yang berilmu dengan kelebihan yang tersendiri. Wallahua’lam. 

3 Lontarkan KALAM anda:

Anonymous said...

Salam kak.
Seriously best entry akak ni. Btw, saya lepasan SPM 2013. Dah tekad dah nak masuk form 6! Tgh tunggu surat tawaran ke form 6 je lg. Syukran kak.

May Allah bless u :)
~F.

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

May Allah bless you :)

Anonymous said...

Assalamualaikum kak, macam mana saya nak berhubung dengan akak utk menanyakan beberapa perkara tentang f6 ni? Saya tidak mempunyai blog atau mana mana acc sosial. Saya cuma ada ws sahaja. Harap dapat berhubung dgn akak