PESTA BUKU (Sorotan kenangan)

02 May 2013

Lama tidak menyapu sawang-sawang di sini....fffuuuh!

Tahun ini. Tahun ketiga berada di kampus Hijau. Bermakna…pejam celik, pejam celik…  sudah masuk kali ketiga aku berpeluang merasai kemeriahan Pesta Buku di PWTC. Namun, hingga saat ini belum ada momen kenangan yang dibingkaikan dalam entri blog ini. Kenapa ‘rajin’ sangat sih? (*^-^*)

Memori silam menjengah. Adegan kenangan muncul satu persatu.

Kenangan pertama kali ke Pesta Buku (Tahun 2011)

Keluar beriringan dengan Zulaikha Ibrahim dan Izwani, tunggu bas UPM untuk ke KTM Serdang. Dalam masa yang sama telah bersepakat dengan sahabatku, Liana Aziz. Waktu Liana masih belajar di KPTM Bangi. Kami berpakat untuk bertemu di KTM Bandar Tasek Selatan(BTS).

Takdir Allah memang indah. Perancangan berjalan dengan baik. Kami bertemu di BTS. Ingat lagi, riang tak terkata apabila bertemu. Sahabat sejatiku. Kami bersama beriringan ke LRT PWTC. Memanfaatkan detik masa bersama. Ina ingat lagi, tahun pertama ni Ina beli Al-Quran pink. Memang target nak beli ni. Alhamdulillah dapat juga miliki Al-Quran kecil terjemahan.  Setelah Ina amati, besar hikmahnya. Al-Quran…itulah sebaik-baik kitab yang perlu dibaca dan fahami. Memang menghabiskan masa dengan Liana. Mujur Liana arif tentang selok belok jalan di sana. Kalau harapkan Ina, pengalaman pertama katakan, memang tak tahu langsung la.

Kitab terbaik di dunia. 

Teman usrahku. Terapi jiwan muslimahku.

Paling menyengat di fikiran, masa nak balik. Kami naik KTM Pelabuhan Klang. Rancak punya berbual, rupa-rupanya terlepas stesen. Bila sedar dah berada di Maluri kot…haha. Bergegas turun dan tukar haluan.

Kenangan pertama bersama sahabat baik ini tak mungkin Ina lupakan. Perkenalan yang terbina di Kem Outreach Peringkat Kebangsaan ketika sama-sama mewakili Pulau Pinang pada tahun 2006 sangat berkesan di hati. Kemesraan terbina dengan utusan surat-surat yang mengakrabkan kami. Seterusnya, ICT Klang menjadi medan pertautan hati kami. Kita akan lebih mengenali seseorang itu apabila pernah keluar bermusafir dengannya, bukan? Liana…rindu kamu. Semoga Liana dapat praktikal dengan baik di Tabung Haji dan struggle menekuni tesis akhirmu. Sedar tak sedar, sahabatku ini dah menjadi tunangan orang. Allahuakbar.

Kenangan kali kedua ke Pesta Buku(Tahun 2012)

Tahun lepas. Ina diasak dengan tuntutan belajar yang maha mencabar. Hampir-hampir kumengetepikan hasrat hati untuk ke Pesta Buku. Tetapi, tahun lepas merupakan tahun bermakna untuk seseorang yang turut bertakhta di hati. Siapa tu? Ce teka….haha…Pastilah insan yang istimewa di atma. Jamilah Mohd Norddin.

Tahun lepas kan pelancaran novel pertama Ila Husna iaitu Friends Forever terbitan Galeri Ilmu. Masih ingat lagi, Kak Jamilah punya mesej tanya bila nak datang. Ina diasak dengan seribu satu persoalan. Antara keinginan dan harapan. Rindu kot nak pergi Pesta Buku. Aura tu dengan sangat. Jadi, selepas berakhirnya Program Tunas Kecemerlangan Di SMKA Maahad Hamidiah, Ina terdengar perbualan Kak Ummi dan Kak Liyana Salim untuk ke Pesta Buku. Pucuk dicita, ulam mendatang. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, begitulah…kiranya kami naik teksi untuk komuter dan PWTC, Ina datang. Terbayang lagi wajah Ila Husna yang sabar menanti di sana. Dalam keriuhan orang ramai, kami bertemu. Ingat lagi, masa itu dek poket yang kering..sebab apa yea???Ohya dah pergi on the spot jadi memang tak keluarkan duit. Selain itu, catuan duit untuk ke Medan yang menyebabkan kejimatan tiada tara. Tetapi dah tengok buku. Mana boleh tahan. Beli tetap beli. Buku yang memang Ina target masa itu ialah Buku I Wanna Be A Writer karya Ummu Hani.

Pesta Buku 2012 memperlihatkan kemesraan antara Ina dan senior PBMP ini. Yelah, waktu Kak Ummi masih solo (*^-^*). Juga sempat berbual mesra dengan Kak Jamilah. Walaupun tak lama tetapi amat rasa ukhwah yang terjalin.

Pesta Buku 2013????? Bersambung di entri seterusnya. 

0 Lontarkan KALAM anda: