PESTA BUKU 2013

02 May 2013

PWTC…Ina Nailofar datang! J

Bukti semangat yang tiada tara. Hari Jumaat, hari pertama Pesta Buku. Syukur, bangun pagi tengok telefon, ada mesej masuk. Kelas En. Addy batal! Yeay….alhamdulillah. Setelah berjaga malam mengedit tugasan yang perlu dihantar, mata pun seakan beruang panda (sedikit saja…hoho) maka ini peluang terbaik untuk berehat-rehat pagi itu. Maka, perancangan ke Pesta Buku semakin mekar bak bunga kembang pagi.  Usai mendobi dan mencari bahan untuk perbentangan FYP, Ina bersiap untuk ke Pesta Buku. Selepas zohor yakni usai orang solat Jumaat, seorang sahabat dunia dan akhirat(Insya-Allah, moga Allah izinkan ) telah sedia datang menjemputku untuk ke PWTC. Ingat lagi, masa itu ada seorang insan yang menghantar mesej dan siap update status di muka buku. Cemburu akan daku. Hoho….Kak Jamilah! J

Alhamdulillah, langkah mula dipermudahkan. Walaupun hujan sedikit gerimis sebaik sahaja melintasi kawasan bandaraya namun itu hujan rahmat J Nampak sahaja papan tanda ke PWTC, terus berbunga-bunga hati. Seronok. Tahu tidak perasaan itu?
Untuk mudah, kami naik ke tempat letak kereta di bahagian atas. RM10 ok? Baik. Itu bayaran yang harus dibayar untuk masuk ke PWTC dengan selesa. Syukur. Kelihatan budak-budak sekolah yang setia menyarung uniform sekolah. Ramai. Sangat. Ini mengingatkan Ina akan tujuan asal ke mari hari ini adalah untuk menghabiskan baucer buku kawan…hehe  Jujur…dah orang pelawa nak belanja. Itu rezeki kan? Mana mungkin Ina tolak… J  Ina manfaatkan dengan membeli buku rujukan adik-adik dan adik dia juga. Setelah Ina tanya baru dia ingat adik-adiknya. Haru sungguh. Maka, calon guru cemerlang ini pun memilih set koleksi soalan untuk adik-adik. Habis satu baucer buku di Penerbitan Sasbadi.  Hampir satu jam di booth itu. Pilih buku punya pasal dan beratur membayar. Ina baik, mengalah bagi budak-budak sekolah bayar dulu…hehe

Ziyah dan Zimah...Makanan untuk kalian.

Berhenti solat. Kemudian, kembara buku diteruskan. Jalan punya jalan, berkenan di Galeri Ilmu. Dua buku disambar dan cukuplah satu baucer buku. Misi complete! Nampak booth ITBM. Singgah. Nampak buku yang berguna untuk tugasan kuliah. Sahabatku itu, bawa keluar telefon dan ambil butiran untuk bibliografi. Awas, jangan tiru aksi ini.  Ohya, Ina beli buku Antologi Syair Dr. Ghazali Lateh. Tengok jam hari dah petang. Sekitar jam 6.30 petang kami beredar.

Dalam hati belum puas. Nak datang lagi.  Hati yakin. Pasti datang lagi. Pastinya dengan bajet dan ongkos sendiri pula. J

***
Kali kedua.

 Cuti Umum 1 Mei manjadi medannya. Kali ini, mengotakan janji untuk melunaskan pertemuan dengan seseorang. Perjalanan ke sana dipermudahkan. Niat hati nak tunggu bas KTM tetapi pertolongan Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Kawan rumet, kebetulan lalu jalan yang sama. Kereta dia masih muat dan Ina dan Oya Nazira beriringan ke KTM Serdang. Cuti umum rupa-rupanya KTM agak lewat. Hampir empat puluh lima minit berdiri, akhirnya KTM datang….dengan kepadatan yang tidak terkira. Tetapi usaha juga masuk. Alhamdulillah, untung badan muat. Hihi…jika tak berebut, pasti belum dapat naik. Naz turun di BTS dan Ina meneruskan perjalanan ke Putra. Dalam hati, kesian orang di sana menanti. Ina selalu lewat bila janji temu dengan beliau. Memang masih belum cukup integriti pada masa ni, huhu

Target nak sampai 10.30 di Putra tetapi lewat 5 minit…Tak mengapa, janji sudah menapak ke PWTC….sangat ramai orang. Sudah terbayang lautan manusia yang bakal kuredahi…hehe   Akhirnya, masuk ke PWTC. Mencari kelibat seseorang yang berada di bahagian pentas utama. Mesej punya mesej….akhirnya dari jauh kunampak seseorang yang manis bertudung serba ungu. Itulah dia, Ila Husna. Alhamdulillah, Allah temukan kita jua  J

Berjalan beriringan. Mencari tempat makan. Penuh. Jalan-jalan tingkat atas pula. Alang-alang naik. Beli buku dulu. Turun bawah kembali. Makan sambil bertemu penulis, Kak Maz namanya (rakan Ila Husna).  Berbual dan dapat kurasai pengalaman menulis mereka. Berkawan dengan penulis. Hanya aku yang belum berhasil. Hoho…macam mana nak ada hasil kalau tak menulis…hehe  Akal menjentik sejenak.

Jujurnya, buku yang Ina target semua dapat beli. Untuk Babu Zufar, untuk diri dan untuk adik-adik.... Dengan bajet RM200 nah… J kupulang dengan baki yang cukup-cukup untuk bayaran pengangkutan. Tawakal sungguh dan bukti kecintaan. Memadai dengan keperluan membacaku.

Rezeki Pesta Buku 2013

Inginku dedikasikan di sini…untaian bait kata buat seorang teman…

Ila Husna.
Semanis nama.
Manis sekali berbusana serba ungu.
Semanis itu juga…. senyum yang terukir di wajahmu.
Sabar menanti tanpa jemu.
Diri ini yang sering kelewatan.
Terima kasih, kak…menemaniku.
Mengisi ruang masa yang ada. Bersama.
Terima kasih kak…Tuah berteman penulis.
Bisa menumpang diskaunnya.  J
Usah serik bersamaku. Lain kali. Di lain waktu.
Insya-Allah bertemu lagi.

Nota = Pesta Buku kali ini memugar semangat yang kelam. Insya-Allah...Yakin dengan janji Allah. pasti. Jom usaha...  

2 Lontarkan KALAM anda:

Anonymous said...

Terima kasih, Ina. Patutlah rasa mahu baca.

tenku butang said...

328

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/