PESTA BUKU 2013
02 May 2013
PWTC…Ina Nailofar datang! J
Bukti semangat yang tiada tara. Hari Jumaat, hari
pertama Pesta Buku. Syukur, bangun pagi tengok telefon, ada mesej masuk. Kelas
En. Addy batal! Yeay….alhamdulillah. Setelah berjaga malam mengedit tugasan
yang perlu dihantar, mata pun seakan beruang panda (sedikit saja…hoho) maka ini
peluang terbaik untuk berehat-rehat pagi itu. Maka, perancangan ke Pesta Buku
semakin mekar bak bunga kembang pagi. Usai mendobi dan mencari bahan untuk
perbentangan FYP, Ina bersiap untuk ke Pesta Buku. Selepas zohor yakni usai
orang solat Jumaat, seorang sahabat dunia dan akhirat(Insya-Allah, moga Allah
izinkan ) telah sedia datang menjemputku untuk ke PWTC. Ingat lagi, masa itu
ada seorang insan yang menghantar mesej dan siap update status di muka
buku. Cemburu akan daku. Hoho….Kak Jamilah! J
Alhamdulillah,
langkah mula dipermudahkan. Walaupun hujan sedikit gerimis sebaik sahaja
melintasi kawasan bandaraya namun itu hujan rahmat J Nampak sahaja
papan tanda ke PWTC, terus berbunga-bunga hati. Seronok. Tahu tidak perasaan
itu?
Untuk mudah, kami
naik ke tempat letak kereta di bahagian atas. RM10 ok? Baik. Itu bayaran yang
harus dibayar untuk masuk ke PWTC dengan selesa. Syukur. Kelihatan budak-budak
sekolah yang setia menyarung uniform sekolah. Ramai. Sangat. Ini mengingatkan
Ina akan tujuan asal ke mari hari ini adalah untuk menghabiskan baucer buku
kawan…hehe Jujur…dah orang pelawa nak
belanja. Itu rezeki kan? Mana mungkin Ina tolak… J Ina manfaatkan dengan membeli buku rujukan
adik-adik dan adik dia juga. Setelah Ina tanya baru dia ingat adik-adiknya.
Haru sungguh. Maka, calon guru cemerlang ini pun memilih set koleksi soalan
untuk adik-adik. Habis satu baucer buku di Penerbitan Sasbadi. Hampir satu jam di booth itu. Pilih buku punya
pasal dan beratur membayar. Ina baik, mengalah bagi budak-budak sekolah bayar
dulu…hehe
Ziyah dan Zimah...Makanan untuk kalian.
Berhenti solat.
Kemudian, kembara buku diteruskan. Jalan punya jalan, berkenan di Galeri Ilmu.
Dua buku disambar dan cukuplah satu baucer buku. Misi complete! Nampak booth
ITBM. Singgah. Nampak buku yang berguna untuk tugasan kuliah. Sahabatku itu,
bawa keluar telefon dan ambil butiran untuk bibliografi. Awas, jangan tiru aksi
ini. Ohya, Ina beli buku Antologi Syair
Dr. Ghazali Lateh. Tengok jam hari dah petang. Sekitar jam 6.30 petang kami
beredar.
Dalam hati belum
puas. Nak datang lagi. Hati yakin. Pasti
datang lagi. Pastinya dengan bajet dan ongkos sendiri pula. J
***
Kali kedua.
Cuti
Umum 1 Mei manjadi medannya. Kali ini, mengotakan janji untuk melunaskan
pertemuan dengan seseorang. Perjalanan ke sana dipermudahkan. Niat hati nak
tunggu bas KTM tetapi pertolongan Allah datang dari arah yang tidak
disangka-sangka. Kawan rumet, kebetulan lalu jalan yang sama. Kereta dia masih
muat dan Ina dan Oya Nazira beriringan ke KTM Serdang. Cuti umum rupa-rupanya
KTM agak lewat. Hampir empat puluh lima minit berdiri, akhirnya KTM datang….dengan
kepadatan yang tidak terkira. Tetapi usaha juga masuk. Alhamdulillah, untung
badan muat. Hihi…jika tak berebut, pasti belum dapat naik. Naz turun di BTS dan
Ina meneruskan perjalanan ke Putra. Dalam hati, kesian orang di sana menanti.
Ina selalu lewat bila janji temu dengan beliau. Memang masih belum cukup integriti
pada masa ni, huhu
Target nak sampai
10.30 di Putra tetapi lewat 5 minit…Tak mengapa, janji sudah menapak ke PWTC….sangat
ramai orang. Sudah terbayang lautan manusia yang bakal kuredahi…hehe Akhirnya, masuk ke PWTC. Mencari kelibat
seseorang yang berada di bahagian pentas utama. Mesej punya mesej….akhirnya
dari jauh kunampak seseorang yang manis bertudung serba ungu. Itulah dia, Ila
Husna. Alhamdulillah, Allah temukan kita jua J
Berjalan
beriringan. Mencari tempat makan. Penuh. Jalan-jalan tingkat atas pula. Alang-alang
naik. Beli buku dulu. Turun bawah kembali. Makan sambil bertemu penulis, Kak
Maz namanya (rakan Ila Husna). Berbual
dan dapat kurasai pengalaman menulis mereka. Berkawan dengan penulis. Hanya aku
yang belum berhasil. Hoho…macam mana nak ada hasil kalau tak menulis…hehe Akal menjentik sejenak.
Jujurnya, buku yang
Ina target semua dapat beli. Untuk Babu Zufar, untuk diri dan untuk adik-adik.... Dengan bajet RM200 nah… J
kupulang dengan baki yang cukup-cukup untuk bayaran pengangkutan. Tawakal
sungguh dan bukti kecintaan. Memadai dengan keperluan membacaku.
Rezeki Pesta Buku 2013
Inginku dedikasikan
di sini…untaian bait kata buat seorang teman…
Ila Husna.
Semanis nama.
Manis sekali berbusana serba ungu.
Semanis itu juga…. senyum yang terukir di wajahmu.
Sabar menanti tanpa jemu.
Diri ini yang sering kelewatan.
Terima kasih, kak…menemaniku.
Mengisi ruang masa yang ada. Bersama.
Terima kasih kak…Tuah berteman penulis.
Bisa menumpang diskaunnya. J
Usah serik bersamaku. Lain kali. Di lain waktu.
Insya-Allah bertemu lagi.
Nota = Pesta Buku kali ini memugar semangat yang kelam. Insya-Allah...Yakin dengan janji Allah. pasti. Jom usaha...
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
Ila Husna,
Pesta Buku PWTC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Lontarkan KALAM anda:
Terima kasih, Ina. Patutlah rasa mahu baca.
328
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Post a Comment