TINGKATAN ENAM
21 May 2013
Beberapa
hari yang lalu, keputusan permohonan UPU
telah keluar. Begitu juga panggilan ke matrikulasi juga telah diumumkan
beberapa minggu lepas. Ada yang berjaya dalam permohonan tersebut dan ada juga
yang tidak berjaya. Itu fitrah kan? Hanya yang memenuhi syarat dan berkelayakan
sahaja diambil. Kebanyakan mereka yang berjaya mendapat tempat ke
IPTA(panggilan pertama) dan matrikulasi merupakan mereka yang mendapat 7A dan ke
atas.
Tahniah
bagi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berjaya mendapat tempat
ke universiti dan matrikulasi. Bagi para pelajar yang tidak berjaya pula? Ke
manakah destinasi anda?
Bersama-sama
keputusan di atas, panggilan ke Tingkatan Enam juga ditawarkan kepada yang
layak. Ya, tingkatan enam juga berbentuk tawaran. Standart bukan? Walau
bagaimanapun, jalan ini bukanlah menjadi pilihan ramai.
“Apa class
kena pakai baju sekolah lagi. Tak rock la. Leceh giler”
“Form
Six tak best la, terikat dengan jadual waktu sekolah.”
“Memang
tak mau p form six, macam budak-budak je.”
Pelbagai
pendapat yang dilontarkan mengenai pilihan menyambung pelajaran ke Tingkatan
Enam. Benar pepatah Melayu ada menyatakan bahawa hanya jauhari yang mengenal
manikam.
Sekiranya
diperhalusi dengan teliti, apabila masuk ke Tingkatan Enam dapat diibaratkan
seperti sebelah kaki sudah berada di universiti, tinggal sebelah kaki lagi nak
melangkah je. Tambahan pula, tingkatan enam juga dikenali sebagai
pra-universiti. Benar penyataan ini. Tak percaya? Harus cuba dulu J
“Form
Six sekarang dah sama macam tahap universiti. Guna sistem semester. Sejibik U
dah la.”
Saya Graduan
Tingkatan Enam tahun 2009
Saya enjoy zaman tingkatan enam saya :)
Mengimbas kenangan lalu, amat manis
sebenarnya kenangan berada di Tingkatan Enam. Zaman yang penuh warna-warni. Enjoy
giler la senang kata.
Masa di tingkatan enam juga
merupakan masa untuk explore macam-macam. Maklumlah, kitalah yang paling
besar (dari segi umur ya, bukan fizikal). Jadi, ke mana-mana je adik-adik akan
respek. Akak-akak dan abang-abang tingkatan enam katakan. Kelas tingkatan enam
juga standart. Contoh masa saya belajar dulu kelas kami dihiasi permaidani.
Maknanya, masuk perlu buka kasut la. Seperti rumah gitu. Nama kelas pula guna
nama universiti. Persis berada di universiti dah la.
Selepas SPM dahulu, saya ada memohon
untuk ke maktab perguruan (sebut IPGM). Tetapi, rezeki tidak menyebelahi saya.
Sedangkan minat nak belajar dalam bidang pendidikan amat tinggi. Tawaran lain
saya tidak minat. Kerana apa? Mata dan fikiran sudah nampak dengan jelas akan
peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan melalui jalan STPM.
Bezanya mengambil pendidikan di universiti, berbanding lepasan SPM di maktab
perguruan.
Apabila keazaman telah membulat, apa
juga cabaran akan dapat ditempuhi dengan baik. Setelah bertungkus-lumus selama
hampir setahun setengah itu, akhirnya saya berjaya mendapat keputusan STPM yang
paling terbaik buat diri. Sehingga dinobatkan dalam kalangan enam orang pelajar
terbaik STPM dan saya seorang perempuan Melayu Islam tunggal. Alhamdulillah. Rezeki
saya di peringkat STPM.
Dengan keputusan STPM itulah saya
berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang pengajian yang
diidamkan. Dapat ke universiti dengan jurusan pilihan pertama permohonan amat
menggembirakan hati. Sangat mengujakan. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Alhamdulillah.
Namun, kejayaan yang diperoleh dalam
STPM bukanlah dicapai dengan mudah. Ia disusuli dengan pengorbanan yang tinggi,
usaha yang tidak pernah kenal erti lelah, bimbingan guru-guru, inspirasi
teman-teman tersayang dan juga berkat doa ibu bapa tersayang. Peperiksaan STPM
rata-ratanya berbentuk penulisan esei yang mengambil masa sekitar tiga jam
(waktu menjawab). Memang memerlukan konsentrasi yang tinggi. J
Khatimah
Ketahuilah bahawa tingkatan enam
merupakan tiket ke universiti. Bagi para pelajar yang tidak pasti atau masih
ragu-ragu dengan minat dan arah tuju masa hadapan, bidang kerjaya apa yang
diimpikan dan potensi diri, eloklah sekiranya memanfaatkan peluang dengan
mengikuti tingkatan enam. Tempoh masa setahun setengah itu menjadi medan
muhasabah untuk kalian mengenali potensi diri dan cuba menggali khazanah ilmu
yang terbentang luas. Tambahan pula, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti
sama pilihan kursus seperti lepasan matrikulasi. Malah, lepasan matrikulasi akan bersaing
bersama lepasan STPM untuk mendapat tempat ke IPTA.
Bagi anda yang masih keliru dan
mahukan pandangan serta pendapat bolehlah menghubungi saya. Usah malu bertanya,
nanti sesat jalan J Usah
terikut-ikut dengan pilihan rakan-rakan, mungkin ada yang mahu melanjutkan
pelajaran ke kolej-kolej swasta, politeknik dan kolej kemahiran yang lain.
Silakan, pilihan membuat diploma juga baik tetapi memerlukan tiga tahun
pengajian. Selepas itu pula untuk Ijazah Sarjana Muda mengambil masa sekitar
tiga hingga empat tahun. Agak memakan masa di sini.
Tepuk
dada, tanyalah diri anda.
Di sini
saya sertakan link grup STPM yang menghimpunkan mantan-mantan produk STPM
sebelum-sebelum ini. 99% sedang berada di IPTA tempatan.
“Kejayaan
milik insan yang tidak pernah berputus asa.”
“Jom
sibukkan zaman muda kita dengan perkara yang berfaedah. Contohnya dengan sibuk
menuntut ilmu.”
Sesungguhnya,
Allah mengangkat darjat orang yang berilmu dengan kelebihan yang tersendiri. Wallahua’lam.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Lontarkan KALAM anda:
Salam kak.
Seriously best entry akak ni. Btw, saya lepasan SPM 2013. Dah tekad dah nak masuk form 6! Tgh tunggu surat tawaran ke form 6 je lg. Syukran kak.
May Allah bless u :)
~F.
May Allah bless you :)
Assalamualaikum kak, macam mana saya nak berhubung dengan akak utk menanyakan beberapa perkara tentang f6 ni? Saya tidak mempunyai blog atau mana mana acc sosial. Saya cuma ada ws sahaja. Harap dapat berhubung dgn akak
Post a Comment